Saturday 25 August 2007

Linda's wed & balik kampung

Hari ni attend wedding Sazlinda cum balik kampung. I bertolak dari KL pukul 9.30am. Kenapa lambat? Pagi2 nak kena pegi pasar dulu, beli barang-barang for weekend while i'm away and siapkan breakfast..tu yang lambat tu. Drive alone to Penang..took me 4 hours journey. Traffic not that heavy, along the way from Sg Buloh to Tapah a bit slow coz of the upgrading the hi-way from 2 lane to 3 lane. Well, kena siap before Hari Raya i guess.


Sampai Penang, eh' sampai tol Juru i call Ziez, dia yang tunjuk i jalan nak pegi rumah pengantin. I tak tahu jalan nak p Gelugor tu, nasibla dia ada. Thanks ZIEZ!!! Sampai sana pengantin dah selesai makan dah, tengah duk bersalam-salam dgn tetamu. Well, i dgn Ziez apa lagi, cari pingganla nak makan...lapar weeiihh...jauuhh wooo...driving alone, without co-pilot. Kat sana i jumpa, Nur, Gerard, Sirajuddin & ada lagi, tapi tak berapa nak kenal. Lepas snaps pics here and there, i pun nak balik dah...bukan balik KL, tapi balik Alor Star...hometown yang paling i rinduiii.....


Ziez show me the way out from Penang, nasibla tak sesat....Thanks again Ziez!!!


On the way to Alor Star, suppose to go to Izuan's place to visit his twins, but my parents told me not to stop anywhere just drive direct to Alor Star. Takut nanti kalau I singgah mana-mana nanti sampai sana dah lewat and it's dangerous. So, OK, i dengar nasihat orang tua...terusla balik kampung. Sampai sana pun dah almost 6pm, sebab i drive tak laju pun, slow drive tengok scenery kampung. Lega rasanya sampai kampung, auntie & uncle dah tunggu depan pintu as usual tunggu anak depa balik. Sembang2 kejap, pehtu makan, pehtu mandi, pehtu rehat. Then dinner, sembang2, tengok tv, sembang2, then barula tido. Letih jugakla hari ni...letak2 kepala terus lena tak ingat.


Next day, 26/8 - Lepas b'fast, I pegi Pekan Rabu, shopping barang-barang sikit yg nak bawa balik KL. Banyak barang makan actually..mcm karas, kuah rojak, cucuk meneram, ikan pekasam, minyak gamat, dodol (paling byk), pulut hitam, serunding daging, empeng, dll. Nasibla ada adik yg meniaga kat kedai tu baik hati tolong i bawakan barang2 shopping ke kereta. Kalau tak...mau putuih lenggan I nih punya byk hasil shopping nak bawa tu. Then singgah ke nasi bryani plak, auntie malas masak katanya...well, i belanja makan nasi bryanila hari ni. Dah tu sampai rumah, lepak jap, makan, then tido. Tu la xtvt i paling suka kalau balik kampung, dpt makan, rehat and tido...aaaiii...syiookknyaaa...


Next day, 27/8 - K. Rihana called ajak keluar. So, OK after lunch she came to my house..then we went to Sg Petani. Dia nak tengok wayang, sbb dah lama tak tengok wayang. Ok, when we reach there, the show that we suppose to see dah lepas...next show dah lmbt, lagi pun kami sampai sana pun dah dah petang. Minum kat Old House Kopitiam, then we went to Tanjung Dawai. Kat sana makan seafood. Along the way, jalan kiri-kanan is bendang. Cool sgt. Traffic pun tak banyak..smooth aje driving. Ni la baru 1st time nak pegi sana, sbb all this while, i memang tak tahu pun pasal Tanjung Dawai. Tempatnya dekat dgn beach, beach tu takla elok mcm kat penang ke, pd ke...yang boleh mandi, tempat nelayan...tapi cool la. Seafood kat sana murah...murah sangat!! Dah tu sedap plak tu. We ordered, Ketam 2 ekor..ketam tu masak 3 rasa, Ikan Terubuk bakar, Tom Yam campur, nasi + fresh orange...RM22.00. Murah kan?!?!?!? Dah kenyang, tak larat dah nak drive, but kena drive gak le...kang lambat plak smpi Alor Star. Masa nak balik, kami tak guna PLUS hi-way, kami guna jalan dalam. Lalu jalan kampung-kampung, widing road,...tp kena jaga-jaga jugak...sbb lembu, kerbau byk kat situ, takut ada yg tiba-tiba akan melintas. Lalu jln kampung, jimat duit tol RM12.00.


Next day 28/8 - Balik KL. Yang paling lega, my parents pun ikut balik sekali..sbb nak teman i. Depa risau sebab i drive sensorang so depa nak teman. Otw, kami singgah Sg Petani, rumah Abg Shiral nak tengok Ikhwan Adam, my new nephew..dah big boy dah dia pun. Then, singgah Seberang Perai, rumah Izuan, nak tengok twins dia, especially Imeen aka Mohammad. Dia baru aje discharged sbb Neumonia, alhamdulillah dia dah sihat. Ifeen tu jgn ckpla...very hiper active. Then singgah rumah Nazwal plak, nak ambil biskut and other things...then only baru balik KL. Lunch at Tapah and reach KL at 6.30pm.




Friday 24 August 2007

lawak yang tak pernah dilupakan..


Nak buat apa hari ni? Bos plak tak masuk seminggu, kerja pulak dah beres..maka I pun taktau nak buat apa, kawan I suruh I surf la satu web forum tu, jumpa satu thread 'Dialog lucu filem P.ramlee'...lawak gila I baca. Hilang segala tension..memang dialog dan filem P.Ramlee tiada orang yang boleh menandinginya. Kalau korang tengok balik citer P.Ramlee, mestinya nak tergelak lagi, kan? Antara dialog2 lawak yang tak kering gusi;


Dalam Pendekar Bujang Lapok...

Ramlee : "Ei Sudin! itu apa bacanya"
Sudin : "Alif! Mim! Waw! Nun! ...............Alif tendang Waw bunyi nya sarkes daaaaaaa"
Ramlee : "Ei apa daaaaaa! takkan yang tulis panjang panjang tu bunyik nya sarkes"
Sudin : "Ei! yang panjang panjang tu dia punya bunga saja daaaaaaaaa. Apa? ko ingat ceti saja yang pakai bunga?


PENDEKAR BUJANG LAPOK

Cikgu Ros - "Aa.. sekarang Cik Sudin pulak"
Sudin - "Saya cikgu"
Cikgu Ros - "Aa.. kenal tak dengan huruf ini?"
Sudin - "Saya kenal cikgu"
Cikgu Ros - "Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ni matanya di atas"
Sudin - "Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet"
Murid-murid - "Toncet?! (ketawa) Ha ha ha..."
Cikgu Ros - "Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat"
Pak Abu - "Cikgu.."
Cikgu Ros - "Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak"
Pak Abu - "Yang mana?"
Cikgu Ros - "Yang ini.."
Pak Abu - "Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M"
Cikgu Ros - "Itulah Pak Abu, jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!"
Pak Abu - "Huruf Khaaa?"

citer labu labi dialog antara labu n labi: "err labuuuuuuu tulun ppgl kan bapak aku"labu kuar dr dapur : "ei bkn ke bapak ko da mampusss"

Sawan Si Labu Haji Bakhil- "Allah, pecah juga harta aku Labu..."
Labu- "Yang sebetulnya encik, saya ada sawan encik. Bila terpekik saja, sawan saya datang encik"
Haji Bakhil- "Kerana penyakit sawan kau tu.. papa lah aku Labu"
Labu- "Tidak encik, lain tahun nanti sawan saya kasi kaya encik"
Haji Bakhil- "Bodoh! Setan!"
Labi- (Labi muncul dari luar) "
Apa engkau ini Labu.. angkat itu pun tak larat ka? Bodoh!"
Haji Bakhil- "Diam!! Kau pun setan juga"
Labu- (Labu menyampuk) "Ya encik.. setan! Setan gondol encik. Bodoh! Baghal!"
Haji Bakhil- "Diam!"


citer Nasib DO RE MI...sambungan dari DO RE MI masa diaorang lari kat dalam hutan lepas kena kejar ngan orang kampung jual ubat tipu.Masuk rumah orang giant tu... pastu tetiba Ibrahim Din (MI) : menjerit..Tompel (RE) : terkejut, dia tanya ngapa kau menjerit??MI : aku nampak nasik... RE : mana ???!!!!!!MI : ni (dia tunjuk something yang bertutup ngan kain kat dinding rumah tu) RE tarik kain tu and menjerit jugak sebab terkejut ada patung kepala beruang pastu dia cakap.. : ni bukan nasik.. ni nenek kau!!


SENIMAN BUJAK LAPOK...

P Ramlee : Betapa senang beta punya hati.. betalah yang digelar setan amirul rashid...Director (Ahmad Nisfu) : Bukan setan Syaitannnnn... Sultannnnnn.......


SENIMAN BUJANG LAPOK - masa nak gi screen test..hei ramlee, sapa kau??aku lah king!!king apa??king kong??king kong kepala hotak kau ...


PENDEKAR BUJANG LAPOK..masa dpt surat dr ROS, anak PENDEKAR MUSTAR..

aziz : sekali syair daaa... alkisah..
sudin: tayyib..
aziz: alkisah maka tersebutla kisah..
sudin: tayyib..
aziz: sang kancil datang beramai2 mengadap ke bawah dulu sultan firaun..
ramlee: mane firdaun pakai sultan..
aziz: ntah..(jawab dengan muka toya jeeeeeeeeeee)


PENDEKAR BUJANG LAPOK..

time belajar ngan pendekar mustar...hai mambang biru mambang kuning mambang angin mambang laut..... mambang mabok minum brandy... hahahahahahah!!!lepas tu kena marah dengan pendekar mustar : kau ingat negeri mambang atas sana ada jual brandy..


Seniman bujang lapok...

Sudin... "Oooo dia pakai ekjos besi... patut lah trang-tang-tang. kenapa tak pakai ekjos buloh?"

Bujang Lapok Scene : Sudin melengah-lengahkan masa mak dia dari masuk ke bilik diorang (tengah cover line Ramlee & Cik Normah dalam bilik)

Sudin : (sambil menghalang mak dia masuk ke dalam bilik) mak kenapa mak datang sorang? kenapa tak ajak bapak datang sekali?

Mak Sudin : Kau dah gila Din! Bapak kau kan dah mati?


Seniman Bujang Lapok

SUDIN : Makcik.. Makcik !!.. encik !!.. Encik ni cakap.. PakMat …wroooooooo ruhhhhhh kelepok.. kecepar .. pon pon pon… Belanggar !!! motokar..
MAKCIK : Pak Mat kau selalu begitu .. naik basikal.. tak pernah naik motokar ..
SUDIN (Nada Geram)… : Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrrRRRR...


Seniman Bujang Lapok

A. NISFU : Saudara Majid... mana dia setan-setan tu...
MAJID : Sudah datang tuan...
A. NISFU : Aikk.. ini cat ka kapur ?
AJIS :Bedak tuan....
A. NISFU : Yang ini macam Russian terlepas...
RAMLEE : Baru turun dari bulan tuan....
A. NISFU : Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung...
RAMLEE : Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh... tuan...


NUJUM PAK BELALANG

Pencuri 1 :1 untuk aku, 1 untuk engkau, 2 untuk aku, 2 untuk engkau, 3 untuk aku, 3 untuk engkau, 4 untuk aku, 4 untuk engkau...
Pencuri 2 :Haii.. ini macam kira, berapa lama mau habis.. Pegang.. aku kira.. 1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa?
Pencuri 1 :hentam sajalah
Pencuri 2 : hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah..
Pencuri 1 : bedallah
Pencuri 2 : bedallah untuk kau, bedallah untuk aku
Pencuri 1 : ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah
Pencuri 2 : ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku
Pencuri 1 : ehh .. apa da
Pencuri 2 : ehh.. apa da untuk kau, ehh.. apa da untuk aku
Pencuri 1 : ehh .. dia ni
Pencuri 2 : ehh.. dia ni untuk kau, ehh.. dia ni untuk aku
Pencuri 1 : ehh .. kau nak mampus yer
Pencuri 2 : ehh.. kau nak mampus yer untuk kau, ehh.. kau nak mampus yer untuk aku
Pencuri 1 : kepala hotak engkau
Pencuri 2 : kepala hotak engkau untuk kau, kepala hotak aku untuk aku
Pencuri 1 : aku bagi karang
Pencuri 2 : aku bagi karang untuk kau, aku bagi karang untuk aku
Pencuri 1 : eh eh eh
Pencuri 2 : eh eh eh untuk kau, eh eh eh untuk aku


Labu Labi

Pak Aji : Mana surat khabar aku ni …. Labiiiiii…
Labi : Ya encikkk… kereta dah siap…
Pak Aji : aku tak mau keretalah .. bodohhh.Labi : kalau encik tak mau kereta.. nanti saya bawakan lori..
Pak Aji : Loriii ??? Kan lagi elok kau bawak kepala kereta api kemari … aku nak surat khabar la !!!
Labi : aaa...surat khabar … ini yang saya sedang cari ni …
Pak Aji : dari tadi kau mencari . baru menyonsor ??
Labi :tadi dah jumpa .. sekarang dah berkecai…

Abisss Daaaaa......
Ada sapa2 teringat dialog P.Ramlee lagi? nak sambung??

Thursday 23 August 2007

ORANG TUA le Kata

Kalau makan tersedak, tandanya ada orang sebut nama kita

Kalau terpakai baju terbalik, tandanya nak dapat duit

Kalau serentak nak amik makanan yang sama, ada orang nak datang umah

Kalau rama2 masuk umah pun tandanya orang nak datang

Kalau ber*k kat umah/tempat yang kita baru datang, tandanya nak datang lagi tempat tu

Kalau tiba2 tergigit lidah, tandanya ada orang sedang mengata

Kalau mata belah kiri bergerak2, tandanya nak tengok orang jauh

Kalau mata belah kanan bergerak2, tandanya nak menangis

Kalau bulu mata gugur, tandanya ada orang rindu

Kalau telinga berdesing, tandanya ada orang meninggal

Kalau burung gagak berbunyi2 pun tandanya ada orang meninggal

Kalau mimpi kene patuk ular, ada orang nak meminang (ni seantero Malaya pun tahu..hehe)

Itulah antara 'firasat' orang2 tua yang penah i dengar sepanjang hidup ini, ada setengah negeri mungkin petanda2 itu membawa maksud yang lain. Ada juga yang tak penah wujud pun kat negeri lain tapi ada kat negeri Kedah.

Ada masanya, 'tanda2' ni memang benar, terutamanya bab rama2 masuk umah tu, memang selalunya ada la orang yang nak datang umah. tapi sebagai orang Islam, kita tak sepatutnya terlampau mempercayai, mungkin apa yang berlaku cuma satu kebetulan. Rukun Iman keenam - percaya pada Qada' dan Qadar, itulah yang patut kita pegang

Tapi satu tanda yang memang tepat dan tidak dapat disangkal oleh mana2 orang tua di Mesia ini ialah :-

Kalau menguap, tandanya nak tidur..hehehe

So, korang semua ada tak mengalami apa2 tanda kebelakangan ni? Dan kat tempat korang, sama tak maknanya dengan apa yang I tulis tu?

Bila Dah Bergayut


Kenapa ye, bila kita dapat panggilan telefon terutama dari orang yang kita kenali / panggilan tak rasmi, selalu kita jadi 'hilang kawalan' semasa menjawab.

Semalam, KakRehana call I, nak tanya pasai weekend ni punya xtvtla...masa tu I dalam 'limosin' panjang I, balik dari kerja... (selesai je bercakap, tiba2 mak cik di belakang mencuit I).

"baru dengaq sora hang..sebelum ni tengok diam saja.."

aku pun cuma sengeh2 menjawab.. "kazen telefon, dari jauh...tu yang ralit sembang.."

Sebenaqnya I dah malu2 kuceng jugak, sebab maybe masa I tgh dok syok sembang tu, satu 'limosin' tu dengaq apa I cakap. Dah le sekejap cakap KL, kejap cakap utara. Ntah apa agaknya orang pikir.

Tapi kan, tabiat ni bukan I sorang je yang ada. Di keliling I, I perhatikan;

Papa I, I perhatikan, bila dapat call je, 'kemas' jadinya meja telefon dan almari buku kat tepi telefon

I dulu2..masa gayut dengan boyfriend...kejap tutup tingkap, kejap bukak tingkap..nasib tak pecah tingkap! kalau dengan handphone, berguling2 atas katil..kalau phone umah, gentel2 bunga kat tepi telefon, or gentel2 wire telefon tu, pehtu kalau ada pen..capai pen tu... ha...sepuluh minit satgi, tengok la, mesti banyak la lukisan2 zaman paleolitik kat dinding, kat buku telefon, kat tangan...eloknya dia conteng dahi dia sekali..kah kah kah..

Masa zaman belajar dulu, nak call bf kat hostel kan kena beratur, adala romete I sowang ni, i ni jadi pak tunggu ke dia tu...cakap tepon tengah makan. Masa tu kami sama2 beli dua roti..tapi gayut punya pasal, dengan roti2 I pun di sadap nya.

Korang pulak macam mana?

Girls


Kenapa Tak Ngam

I pernah terbaca, dan I rasa orang lain pun penah terbaca jugak kot, tentang bagaimana menentukan 'keserasian' atau ngam tak ngam dengan individu lain, berdasarkan 4 unsur yang ada dalam diri :- tanah, air, api dan angin

Nak menentukan unsur ni mudah; cuma dari kedudukan dalam keluarga sedarah daging, anak sulung semestinya tanah, kedua, air, ketiga berunsur api dan keempat berunsur angin. Anak ke-5 akan mengulang balik unsur tanah, keenam air dan seterusnya. tetapi susunan perlulah dalam 'adik beradik sedarah daging', maknanya kalau ada adik-beradik tiri, contoh; kedudukan korang tetap sulung walaupun dari keseluruhan adik beradik, korang adalah anak ketiga. Jadi, anda adalah tanah. Begitu juga, adik beradik yang sudah meninggal juga perlu diambil kira.

Sifat2 unsur ni, rasanya tak perlu la diterangkan lagi,kan..tanah - ada lembut, ada keras, boleh padam api, tetapi kalau selalu sangat, ia pun jadi 'panas' jugak, ada sifat pemimpin dan berbudi pada orang lain. Air - sejuk, boleh menenangkan, kene berjaga2 dengan angin, kalau tiupan angin lembut, jadilah ombak yang tenang, kalau sebaliknya, boleh jadi ribut kencang. Api - panas, tidak boleh disatukan dengan api atau angin (jadi lebih besar), boleh accept orang bersifat tanah, paling 'tunduk' dengan sang Air, dan akhir sekali Angin - hmm..tau2 aje lah..memang angin!...ada mood ok, elok lah dia..time mood dia down...jangan diusik!..tapi si Angin ni bersifat manja, pandai membelai..chewah..

Keserasian Unsur
tanah dengan tanah - ok
tanah dengan air - boleh bersatu seperti air sungai
tanah dengan api - boleh bersatu, tetapi tanah kene banyak sabar
tanah dengan angin - tak berapa boleh, sebab angin boleh jadikan tanah 'pemedih mata'
air dengan air - memang ngam
air dengan api - boleh bertolak ansur
air dengan angin - smooth ok, kuat bahaya (apa tu?)
api dengan api - fire,fire,fire
api dengan angin - fire, fire, fire kababommmm
angin dengan angin - sorang ke timur, sorang ke barat..kene ada 'pemantau' atau pendorong

As for I ni..API. I ni takla garang mana pun...cool jugak..heh...heh...heh. Only on certain2 things yang really2 make me easily piss-off!! I marah there and there jugak, tak akan bawa pada keesokkan hari, minggu depan, bulan, tahun depan..habis situ..habisla. Tak akan pendam punya..dan i ni cepat cool.

Kajian korang pulak macam mana ye? Silalah komen.....

Tuesday 7 August 2007

Birthday Abang2 bulan July


17 July 2007 – Happy 35th Birthday, dear bro. Busy flying is it sejak naik Captain ni…heheheheh…no worries we all know your flying life…what the hac…cheerss!!!

Nadisha my 3rd elder brother in the family. I tell you.. he’s a cartoonist/artist in the making. he really can draw very well..at the tender age of 7 dah nampak minat dia and his imagination n creativity mmg mengkagumkan.. most of his drawings is byk aircrafts..patutla dah besar ni jadi pilot.

Shira wish u all the best in ur future undertaking, may u have great years ahead and Allah bless u with good health and happy life :P



Pemuda duduk paling kiri baju putih. That's Nadisha

21 Jul 2007 ~ Happy 39th Birthday, dear big brother. Sorry to hear that u had a fever since the last 3 days. Hope u have enough rest and get well soon.

Nazwal or known as Abg Wan all his life, but to my mother call him as ‘Yang’ why arr?? Why Yang?? He’s my eldest brother, first born and first child of Hj Sulaiman. He’s a funny guy, a very protective brother, hard to understand and yet, easy to get along..he has his flaws but I still love him. He’s handsome too…known as Harrie Osman among my to closest friends..he..he..he..kembangla tu.

Abg Wan,
you're one year older and should be wiser :) have a great year ahead and I pray for your success, health + happiness.


With his wife Husnidar.

Demam??

Tatau la nak cakap camana lagik. I pun dah naik bosan la dengan demam I ni, nak kata demam teruk tak jugak. Nak kata demam kura-kura pun tak jugak. Entahlah, tapi yg I tau mata I dah berair, idung I dah tersumbat, bersin dah tersembur sana sini dan badan I dah panas sejuk since last week. Ekon kat office ni…I cadangkan kalaula depa boleh control tutup buang dlm 3 4 jam ke….legala sket…..ni dari pagi smpi petang…tak tahan sejukla. Hidung ni duk sok sek..sok sek…ckp phone dgn client pun sengau, nak pronounce nama client pun dah jadi nama orang lainla plak. Adduieehhh….tak tahanla. Baru jer seminggu lebih la, aku sihat skit, dah demam lagik. Bosaannnnyaaaaaaa I.

Tapi dalam I duk rasa nak demam tak demam nih, keje I tetap buat, update blog pun I buat jugak..walaupun tak hari-hari. Sementara masih larat. Actually I tak suka sangat amik mc. Kalau setakat demam sikit, selsema sikit, pening sikit, sakit perut sikit tu, bolehla tahan lagi. Lain la kalau dah tak larat langsung..tu lainla citer. Doktor nak bagi mc pun i tak amik. Baikkan i nih...eemm...Kan best kalau boss I outstation jauh-jauh, meeting lama-lama tak balik office ke, barula best. Tapi jangan harapla…bos semua sibuk dgn tax comp kena review semua..balik pun tak tentu masa. Yang penting, I mesti balik on time…5.30pm cabuutt. Tak der maknanya nak lepak office lelama.

Dan sekarang keje aku dok menguap je la kat opis nih pasal dah makan ubat selsema tadi ahahhahhha.