Thursday 17 June 2010

Balik kg & Kenduri Oya..:)

Salam semua

Sebelum saya berjalan jauh nih...baikla saya update blog saya cecepat. Besok saya nak cerita jalan jauh saya pulak..hehehehe

Baru-baru ni saya balik Alor Setar...mana lagi kalau bukan kampung halaman tercinta saya tu.
Kalau boleh...tiap-tiap bulan nak balik sana. Tujuan utama balik sana ialah nak pegi kenduri kahwin Oya. Dah block awal-awal dalam kalendar..this date MESTI ada kt KEDAH. Kalau ada program jalan-jalan makan angin (Bali) ke apa ke..BATALkan. Kenduri Oya lagi penting dari segala-galanya...hehehehe.

Saya bertolak dari KL hari Khamis, 10/6/10. Barang-barang memang dah kemas beberapa hari awal in advance. So, on the day itself..just masuk boot kete, susun elok2 then zasss. Tupun ada jugak yang tertinggal..haaihh..biasalah tu kan. Best drive balik sana on weekdays..jalan tak jem, eksiden tak ada, R&R tak penuh, selesa aje..smooth aje. Bertolak pukul 8.30am, 1.30pm sampai..tepat-tepat 5 jam sampai kampung Bkt Pinang tu. Lunch time...just nice. Mana taknya..speed dlm 130 - 140 all the way..kdg tu terbabas to 150...hehehe. Tu pun dah paling sopan dan berhemah di jalanraya tau. Ntah-ntah lagi lajula kot. Sapa yang pernah naik kereta dengan saya...depa taula cara-cara pemanduan saya macamana.. ;-P

Paling best dapat makan masakan my mother. Dah lama rasanya tak dapat rasa masakan dia. All her cooks...cuuuuukuuup rasa. Walaupun sesimple dish...pun dah sedap. Auntie tahu kegemaran saya iaitu ayam. Sepanjang saya kat sana, hidangan ayam TETAP menjadi keutamaan. Hehehe...thanks Auntie!!

Nak kata sekarang musim buah-buahan..tak nampak pula orang jual buah-buahan tempatan..macam manggis, langsat, rambutan, durian. Ada tu ada tapi tak sebanyak selalu-selalu yang saya nampak. Papa sempatla pegi pekan Bkt Pinang beli durian. Dia kata durian sini tak berapa nak elok..dia suka durian Siam. Heemm...cakapla durian siam ka, durian kampung ka, durian brazil ka...i don't even give a damn..sebab saya tak makan. Kesian kat saya ni...raja segala buah saya tak makan. Nak buat camne...memang saya tak boleh nak makan durian tu. Tapi, saya boleh tolong beli, tolong potong, tolong kupas, tolong tengok dan tolong sibuk. Tolong makan tu...heemm..mintak maafla...tak boleh nak masuk kat tekak nih..:-) Papa dia boleh makan buah tu sebiji hadap dia saje...heh..heh..heh. Kalau dah suka...cara makan tu tak penting...kenikmatan tu yang penting.


Masa kat kampung..sempat saya dan papa ziarah kubur arwah tok. Last sekali pegi ziarah...masa hari raya haji. Dah tumbuh lalang dah tu ha. Buang lalang-lalang, cabut pokok-pokok kecil yang tak berkenaan..kemas-kemas sket keliling kubur tu. Memang dah menjadi kebiasaan, selalu kalau balik kampung, mesti ziarah kubur arwah tok. Buat macam ni selalu, mengingatkan kita yang kita ni akan pegi bila-bila masa saja. Zaman sekarang ni tak kira tua, muda, sakit, sihat..even dalam tidur pun kita boleh pegi. Sedekah Al-Fatihah pada kedua arwah tok pun sudah dapat mukjizatnya. Rindu plak tiba-tiba kat arwah tok.

Balik Alor Setar kalau tak singgah Pekan Rabu memang tak sah. Bukannya nak beli apa pun...saja tengok-tengok. Dalam duk tengok-tengok tu pun...Papa sempatla beli Songkok dan Kain Sampin. Memang his favourite la beli sampin-sampin ni. Dah bertimbun-timbun sampin dalam almari tu. Well, tak pe..sampin ni ada value..lagi lama kita simpan...lagi tinggi harga dan qualitynya..it has its sentimental value on its own. Saya pulak..beli dodol, karas, kerepek-kerepek, kuah kacang, etc..etc..etc. Ada 1 kedai kt Pekan Rabu tu...Ais Kacang dia SEDAP sangat!! Tak ingatla plak nama kedai dia tu. Kedai dia senang aje..masuk main entrance Pekan Rabu tu, his shop is on the left..kedai no. 2. ABC tu besar, isi padat, macam-macam ramuan, tinggi aisnya, penuh + aiskrim. Harga RM2.50 aje!! So cheap and sedap. Kiranya..cuuuukuuup rasa. Ok...tu cerita Pekan Rabu.

Sebelum saya balik KL..sempatla saya pegi dentist kat Jitra buat scalling. Macamla kt KL ni tak ada dentist ye dak? Ada tu ada...tp malas nak jumpa dentist2 kt KL ni....syok jumpa dentist kt Jitra nuunn..hehehehehe. Firm pun dah boleh claim dental treatment kan...so apa lagi..gunakan dengan sebaik mungkin kemudahan yang diberikan. Tunggu pun tak lama, patients pun tak ramai. Memang syokla pegi dentist kat Jitra tu. Doctor tu siap suruh datang lagi either December or next year. Saya OK aje...sbb doctor tu handsome...heheheheheHari-hari pegi pun tak pe. ;-)

Well, that is part of my activities kat kampung. Kalau nak diceritakan...ada lagi program2 lain..macam makan, tidur, tengok grand opening World Cup, ziarah rumah sedara mara, pergi makan kat old convent yg dah di transform pada kedai makan, ada lagi la sebenarnya..nak cerita panjang sangat pulak dah. Ni tak cerita bab kenduri Oya lagi nih. meh..meh..meh..kita cerita bab kenduri Oya plak.



My mum pagi-pagi lagi dah sediakan Laksa dan Mee Kari untuk tetamu-tetamu saya. Bahan-bahannya ada dan senang nak disediakan, everything in her finger tips. Harapkan sayala nak ke dapur...addooiilaaa... Tak siap2 agaknya juadah2 tu..hehehe. My first guest is Jess & Azimah. Depa bertolak dari KL pukul 6.30am. By 11am dah sampai my house. Terbang agaknya Jess bawa kereta tu. Dapatla depa berehat, cuci-cuci muka, makan, bersembang dengan my parents. Then Intan sampai from Ipoh. Lama jugak tak jumpa Intan...last sekali kalau tak salah somewhere in January...after 5 months baru jumpa balik. All this while, we contact through e-mails saja. Wana, Intan's daughter pun dah big girl..kejap aje dah besar. Intan and her family tukar baju dan bersiap-siap at my house. Soon after that, Ziez and her family sampai. Dia lagi la lama tak jumpa...setahun lebih tuu... Aisya anak dia pun dah big girl..sebaya dengan Wana. Saya tak pernah jumpa Aisya tu, ni la baru jumpa setelah setahun lebih. Such an adorable kids Aisya and Wana. Semua dah gather-gather, berehat, dah makan kenyang-kenyang barula kami ramai-ramai gerak ke rumah pengantin kat Jalan Kuala Kedah...4 kereta konvoi semuanya. Plannya nak lalu hiway aje senang terus keluar exit Alor Setar (S). My dad kata, bawa depa jalan bandar..boleh depa tengok bandar Alor Setar. Good idea tu...so kami lalu jalan bandar.

Sampai rumah pengantin, kebetulan pengantin pun baru sampai jugak. Dapatla tengok Oya & Rizal, keluar dari kereta, jalan masuk dalam rumah..bergambar atas pelamin..posing-posing
sikit dengan pengantin. Lepas ni tak dapat dah peluang camni..hehehehe. Dah selesai bergambar sesi makan-makan pulak. Sedap lauk kenduri tu. Tak sangka pulak kat majlis tu..ramai plak sedara-mara saya kat situ. Rupa-rupanya..kami ni ada saling kait mengait ikatan persaudaraan. Macamana ikatan tu...tak boleh saya nak pastikan....tapi yang pasti..kami ni ada ikatan saudarala dengan parents Rizal tu... Haaihh Oya...kita ni bersedara rupanya...heheheh..what a small world.

Lepas kenduri Oya, saya hantar Intan ke hotel di Grand Crystal. Lepas solat Asar, kami keluar semula untuk explore Bandar Alor Setar. Mula-mula kami singgah di rumah Mahathir, tapi dah tutup..rumah tu tutup pukul 5pm, kami sampai 5pm lebih. Lepas tu, kami pegi ke Pekan Rabu. Intan pulak nak shopping-shopping kat situ. Lepas dah selesai...dah gelap nak hujan pulak. Tak terus balik...round sekitar bandar alor setar cari kedai makan. Saya call sana, call sini tanya idea kedai makan, finally, dinner kat Perindu Restoran. Kedai ni its a long the way to Kuala Kedah..kedai dia tepi jalan dan sangat happening dan sedap. Kami order Udang, Sotong, Sayur Kailan, TomYam. Tokey kedai tu kata, Ayam & Daging tak ada dari semalam lagi, sebab semuanya dah habis orang booking untuk kenduri kahwin. Itu diaa…hebat tak hebatnya kenduri kt Kedah…ayam/daging all fully booked. Musim cuti sekolah mmg penuh dgn kenduri kahwin…so kami makan seafood ajerlah. Kalau nak pegi sini, pastikan pegi awal sebab kalau sampai lambat..alamatnya..lambat jugakla dapat makanannya.

Itu sajala program saya sepanjang saya berada di Alor Setar selama 5 hari. Tak cukup rasanya 5 hari tu. Kalau boleh nak duduk sebulan or maybe more...hehehehe.



Kat kubur arwah tok

Durian-durian..mari-mari...:)

Ni buah nyoq. Perasan tak ada macam rupa bentuk 'orang'. Ada mata, mulut..:)

Intan with Wana, Ziez with Aisya..comel kaan? At my house kat kampung tengah ready nak gerak ke rumah pengantin.

Aisya & Wana..such an adorable..:)

Ziez, Intan & Me..ooppss.. Wana :)

Masa ni pengantin baru aje sampai

PENGANTIN YANG SAMA CANTIK DAN SAMA PADAN




SELAMAT PENGANTIN BARU OYA & RIZAL!!
Ni my brother from http://allmoments.fotopages.com/. Kalau nak tengok more weddings pic..boleh singgah kat fotopages dia..:)

Ni Intan dgn family dia kt Pekan Rabu..tengah membeli belah.
Wana tengah makan nasi berlaukkan Udang


Udang ni ada 6 ekor..sorg 3 ekor. Rasanya superp!! Sayangla plak tak makan kan..habis jugak akhirnya..sedap, gemuk, besar, lemak, berkrim..semua rasa adala...:)

Muka kami setelah kekenyangan. Tengokla hasilnya...penuh meja..:D


Tuesday 1 June 2010

Perihal tailor..


Kali ni saya nak bercerita mengenai tailor saya ni. Kedai dia kt Medan Mara. Semenjak saya pindah area KL Sentral ni...saya hanya akan ke sana hari Sabtu. Lepas tu, pandai2la saya menjelajah sekitar Jalan TAR, Sogo, Kamdar, Semua House, Maju Junction...cari baju office ke, cari tudung ke, cari kain murah2 kat Aked. Nice and cheap. Kita boleh dapat yang cantik-cantik kalau kita pandai cari and bargain. Senang sebenarnya jalan sorang-sorang ni. Tak banyak sangat kerenah..free and easy aje..hehehehe.

Dulu office saya dekat Jalan Sultan Ismail tu..tak la jauh nak ke Medan Mara tu. Skrg dah jauh 'sigh' . Memang dari dulu lagi saya hantar baju-baju pada dia untuk dia jahit. Dulu-dulu memang best...bila saya hantar aje kain awal bulan...a month later dah siap. Kalau nak tempah jahit manik-manik ke...sulam-sulam ke...kerawang2 ke memang saya puas hati sangat. Harga pun bolehla tahan...kiranya mampu bayarla..heh..heh..heh Saya ni suka lain dari yang lain...dan tak suka sama dengan orang lain. Tapi kadang-kadang ada juga tersama fesyen dengan orang lain...:P Bukannya tiru 100% cuma 30% - 40% aje...the rest is my own ideas. Kakak yang menjahit tu kata, badan saya ni senang. Memang dari dulu...hinggala sekarang tak berubah-ubah (elokla tu kan..maintain) Dia memang tak risau kalau saya pegi tempah baju..mmg fixed measurement. Memang senang hidup diala..:)

Lately ni..dia dah berubah. Bukan berubah dari segi perangai ke apa ke. Berubah dari mutu perkhidmatan dia. Tahun ni...ada beberapa helai kain saya dah hantar pada dia since Feb - March. Then in April - May saya hantar lagi...for hari raya. Siap bagi gap for her untuk siapkan sebelum bulan Jun. Biasala bulan Jun ni musim cuti sekolah Banyakla majlis nikah kahwin semua. And for hari raya pun saya dah tempah awal-awal lagi. Saya tak suka menyusahkan hidup sesiapa. Tapi akak ni menyusahkan hidup saya. Saya dah bagi sepenuh kepercayaan untuk dia jahit baju saya ni dan siap pada tarikh yang ditetapkan. Tapi ‘sigh’ :( :(

Baikla….saya nak bercerita…what has happen just now. This is how it goes –

Me : Salam Kak, Ni Shahira.

K. D : Salam Shahira.

Me : Kak dapat tak message semalam dan dulu semalam dan minggu lepas dari
Nana?

K. D : Ye dapat-dapat. K. D tak tengok lagi kain tu rasanya staf K. D tak potong lagi
baju Shahira ni

Me : [#$%#@&*] TAK potong lagi?!?! Kak tolongla kak, saya nak pakai baju tu hari
Ahad ni..sepupu saya kahwin. Saya hantar kain ni dari bulan March lagi kak. Bulan lepas masa saya datang ambik baju saya, saya dah pesan kat akak yang saya nak datang ambil on this date [this coming Saturday]. Sile pastikan baju saya ni siap kak. Bukannya saya hantar semalam or minggu lepas yang saya nak pakai bulan Jun. Saya hantar bulan March. Tolongla kak, saya ni bukan baru dengan K. D. Dah lama dah...kalau saya kahwin...anak saya dah masuk sekolah rendah ni kak. Haa..lama tak lamanya saya kenal dengan akak. Tolongla kak…bukan baru-baru ni saya bagi reminder kat akak. Boleh dikatakan...seminggu sekali saya call kat akak tanya dah siap ke...boleh ke nak ambik... Kalau ada masalah apa-apa, tolongla kak telefon saya. So, that saya bolehla cari baju lain ke, cari yang ready made ke, sewa ke [pengantin ke nak sewa-sewa], apa ke…hadoillaaa.

K.D : InsyaAllah Shahira...nanti akak usahakan. Lagi pun staff tak ramai...tempahan
banyak ni. InsyaAllah..insyaAllah. Kain yang mana tadi?

Me : [%#@$@% kain yg mana?!?!?!?!] Kain yang warna purple & blue turqoise...saya dah bagitahu pada Nana receipt number semua pada dia. Saya bagi baju contoh sekali, mintak akak buat exactly mcm baju contoh saya tu. Takut pulak nnt saya tempah lain turn out lain plak. Dah la saya tempah ada kerawang-kerawang semua. Ni kak, kalau buat kelam kabut ni...rosakla baju saya ni kak.

K.D : Eh' x la...kamu jangan cakap macam tu insyaAllah tak rosak.

Sedih pun iyer jugak nih. Agaknya...kalau saya tak telefon bagi reminder kat dia...sampai tahun tahun tahun depan tak siap jugak kot.

Yelah...skrg ni dh macam trend dia pulak...nak kena call dulu baru boleh amik. Dah tu apa gunanya receipt siap tempah tu? Kalau dah tak boleh siapkan baju kita on the date as promised? Haaihh..ntahla.. Nak tukar tailor lain, takut tak selesa pulak. Saya dah bagi sepenuh kepercayaan pada dia..end-up jadi macam ni pulak. We pay for their service…ini la orang melayu..macamana nak maju kalau janji tak ditepati. Sakit hati laaaaa!!!! Kalau tak siap jugak hari Sabtu ni..nampak gayanya kena beli yang ready made la..:(