Thursday 8 December 2011

Wednesday 7 December 2011

Cuti2 @ Taiping

Salam to all my dear friends and family,


Kali ni saya nak bercerita pasal Taiping plak. Kalau tak salah saya Taiping ni penuh dengan senibina klasik yang hingga sekarang dikekalkan seni binanya. Bandar Taiping jugak terkenal dengan panggilan Bandar hujan kerana Taiping adalah kawasan yang menerima tadahan hujan yang paling tinggi dan cuacanya sentiasa lembab di Malaysia ni...asal saya lalu Taiping nak balik north mesti hujan..asal lalu aje hujan...kalau tak lebat..mesti renyai..confirm! Taiping ni juga terkenal dengan tempat-tempat percutian seperti Bukit Merah, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo dan banyak lagi.


Our journey started near to 3 and we managed to arrive around 6 something. Alhamdulillah everything went fine…walaupun hujan lebat along the way from Slim River to Taiping.


We checked-in at Taiping Golf & Country Resort which is another 10 minutes drive ahead from Kamuting exit..the room was not that bad..mengadap bukit. Kalau mengadap padang golf mahal la plak…tp kami bukan nak tengok orang main golf…kami cuma nak berehat je..hehehe.


Hujan lebat...tengok tu!! Walaupun saya drive di right lane...saya sentiasa alert!!


Anyway, later that night we went to taiping zoo for night safari..best jugaklaa..although most animals were asleep we managed to watch those who stay up like bats, owls (cute2), some birds, giraffe, camels, lions, tigers and leopard. Leopard tu bulu hitam berkilat berjalan dari hujung cage ke hujung cage. Kami naik sort of keretapi kat zoo tu and the driver stopped in front of their cage for a while. We also managed to watch rhino tidur tergolek yang dah nampak macam 3 4 ketulan batu yang sangat besar..tengok gajah, hyppo dan pelbagai spesis binatang lagi. Although it was quite scary listening to the ‘jungle sound’ malam plak tu...so what do u expect, we really enjoyed it..:)

Map di nite safari. Tak clear sangat gambar ni..tapi boleh faham kalau tengok dekat-dekat.



Rehat kejap lepas tengok haiwan-haiwan diwaktu malam.


Kalau datang pegi Taiping..jangan lupa pegi sini k. Datang melawat haiwan-haiwan kat sini...depa pun nak berkawan jugak...hehehehe.

Next



Tak sah kalau pegi Taiping tak singgah tasik taiping. Kami singgah sini selepas kami balik dari Bukit Merah. Setelah selesai menjamu selera, kami pun membuang masa dan lepak-lepak di sekitar Taman Tasik Taiping yang sememangnya terkenal dengan kawasan landskap yang sangat indah dan cantik. Sini jugak memang terkenal untuk para pengantin ambek gambar outdoor. Petang tu saja...baaaanyak couple yang kami nampak...almaklumla...cuti-cuti umum termasuk sekali dengan cuti sekolah....naik malu plak jadinya saya tengok depa tu berposing...hehehe.












Panorama yang sungguh indah selepas hujan..:)



Sebelum bertolak balik ke KL, sempat kami beposing kt sini..tempat penginapan kami:)

Begitula serba sedikit cerita mengenai percutian mini saya bersama Kak Sue & Amie. InsyaAllah kalau umur panjang...murah rezeki..boleh lagi kami datang ke sini.




Tuesday 6 December 2011

Cuti2 @ Bkt Merah






Salam to all my dear friends and family,


Selepas Slim River kami ke Taiping plak...ni nak cuti-cuti M'sia..short trip je ni.Tak jauh pun dari Slim River ke Taiping, the journey took us about 2 hr ++ to reach there..mcm lambat kan..kami pun tak boleh la nk drive laju-laju lagi pun tengah hujan, heavy traffic, accident sana sini hari tu. Kat Taiping, kami stay kt Taiping Golf & Country Club. The rate is affordable not that expensive. Dari hotel tu dekat jugak kalau nak ke Zoo & Nite Safari, Tasik Taiping, In/Out PLUS hiway, tempat makan pun banyak, senang and convenient..kiranya tak susahla nak cari.

Kami sampai je sana petang tu, pengsan masing-masing..sbb penat sangat..hehehe. Amie kata boleh berakaq pungkoq...hahaha...Standardla tu kan travel long distance. Tu tak merasa lagi travel further up north, Penang, Kedah & Perlis. Tak pe..nnt 1 day saya bawak K.Sue & Amie cuti-cuti kat North plak..sbb depa kata..depa tak pernah lagi sampai sana. Ok...dh kena start make plans ni for next year..sbb dah ada geng baru..hehehehe. Tp, geng lama tetap sentiasa diingati..kalau nk join us..jommmm...:)


Lepas solat maghrib, kami keluar g makan malam pastu ke Nite Safari. Tapi saya bukan nak bercerita pasal Nite Safari, saya nak bercerita pasal Bkt Merah. Taiping saya cerita next post k.Ramai yang dah tahu tempat ni. Cuma saya aje baru nk pergi..baru nak explore..hehehe. Lepas breakfast..gerak ke BM..tak jauh dalam 20km dari Taiping. Sampai sana, parking dah FULL. Yelah...dah pukul 11am lebih masa tu. Addooi..mana nak park ni? Kawasan open space tu ada..tp almost full and lecak plak sebab baru lepas hujan..kami takut tayar keta kami sangkut tak boleh keluar dari lecak tu...naya je. So, kami dengan selambanya park kat guest parking dalam resort tu..yang penting, terjamin selamat dan selesa..hehehehe.


Jom kita p Bkt Merah.



Breakfast dulu kat hotel...ntah masa bila Amie ambek gambaq ni pun saya tak perasan..tgk2 dah ada muka saya.. kusyuknyaa....lapaq...taula kan dh pukul 10.32am..:)


Bayaran masuk RM14 utk dewasa dan RM10 utk kanak2 (bwh 12thn). Ni kalau kita amek pakej tour (Pulau Orang Utan, Ecopark & Skycycle or Chairlift) different rate. Tapi utk org ber alamatkan Daerah Kerian di My Kad, dpt diskaun. Berapa inggit tah! Cheaper lagi kot.

Lepas beli tiket, kami terus ke Jeti Utama untuk ke Pulau Orang Utan "OU". Perjalanan feri ke Pulau OU about 10 minutes kot..tak kirala…tp lebih kurang la..hehehe

Harus ada gambar dalam feri ni...masa ni feri tak gerak lagi..tunggu bagi penuh dulu baru boleh jalan..kalau tak rugi je.


Ni saya dengan Amie. Life jacket memang disediakan untuk semua penumpang.

Beginila rupa bentuk feri ke Pulau OU.




Hampir sampai di jeti Pulau OU. Sampai sana, kami disambut oleh pekerja wanita yang bertindak sbg pemandu pelancong..(xde plak gambar awek tu..hehehe) Beliau akan terangkan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang terdapat di POU ni.


Tadaaaa!! Welcome to our island!! Jangan terkejut... OU ni banyak tau kat pulau ni...seronok..kelakar tengok gelagat depa-depa ni..macam-macam gaya depa buat untuk menarik perhatian kami.

Baby OU ni dijaga seperti menjaga baby manusia. Siap bagi pakai diapers lagi. Saya difahamkan, setiap baby OU memerlukan 15 keping diapers sehari..banyak tuuu!! OU akan dilatih berperingkat untuk berdikari supaya apabila dilepaskan dalam hutan nanti, mereka boleh hidup dengan sendirinya. Cute tau baby OU ni masa kecik...dah la aktif..pastu panjat sana..panjat sini..memang depa tak duduk diam...baby OU ni sentiasa diawasi oleh pasukan perubatan khas.




Hanya air yang memisahkan OU dari jeti tersebut.




Semua pengunjung dibawa masuk kedalam terowong sangkar ni untuk melihat OU dengan lebih dekat . A’ah sangkar, biasanya kita melihat binatang dalam sangkar, tapi kt sini, binatang plak yang tengok kita dalam sangkar..:) Pengunjung boleh melihat spesies ini melalui laluan 100-meter yang bertutup yang dibina khas. Taman ini dibuka bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.


Nama dia Karena…knp diletak nama tu...xtaula saya knp...mgkn sebab pemberi nama tersebut suka tengok filem hindi kot..hahahaha. Karena ni tak duduk diam..ada saja aksi-aksi yang menarik perhatian kami. Kalau nak tahu aksi apa, kenala datang sini. Nampak je depa ni jalan pelan-pelan, tapi kekuatannya sama dengan 10 orang dewasa!

Pulau ini berada di dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort dan hanya 5 ekar digunakan untuk tujuan pemuliharaan, pembiakan dan tempat perlindungan di mana OU bebas berkeliaran. Tengok..tengok..nampak tak? Atas pokok ada...kat bawah ada...tengah gayut2 kat tali pun ada. Byk juga info yang diterangkan oleh pemandu pelancong tu…antaranya, DNA OU ni 99% sama dengan manusia (kalau tak silapla), OU juga mempunyai sakit yang sama seperti manusia, jantung & kencing manis.




Sementara menunggu feri sampai untuk bawa kami balik ke main land..lepak kat sini jap sambil tengok gelagat OU. Setelah puas melihat OU, kami pun meninggalkan Pulau OU dengan OU dengan penjaganya. InsyaAllah kalau umoq panjang boleh datang sini lagi... :)



Next..



Ni jeti Ecopark…apabila balik dari Pulau OU, feri singgah sini dulu sebelum ke jeti utama.





Ni Chalet Kampung Air. Ia merupakan chalet termahal di BM Resort ni..kami hanya mampu tengok dan bergambar dari luar je..:)



Apa yang menarik mengenai Ecopark ni, pengunjung akan berjalan diatas pelantar atau jambatan..suasana pun macam kita berjalan dalam hutan rimba..sejuk je tak panas…sambil tu kita boleh melihat binatang dari atas. Ecopark ni lain sikit dari Zoo Negara, di sini kita boleh tengok haiwan dengan lebih dekat, bagi makanan dan sentuh haiwan tersebut..(lebih jinak)..tapi tak semua haiwan ada.






Mata bulat with that piercing look…ada misai…strong, sexy and mystery. Bulu lebat hitam berkilat..adorable sangat. Nama dia Binturong/Bearcats.


Eco Park ni pulak ada banyak spesis haiwan, antaranya rusa, arnab, ikan, ular, buaya, burung, monyet dan macam-macam lagi la. Patutnya ada animal show at 4.30pm. Kami terawal sampai sana..terus proceed tengok binatang-binatang yang lain. Masa kat sana…awal-awal saya bagitau dengan K.Sue & Amie..yang lain semua boleh tengok…tp..kat zon reptilia…saya tak sanggup nak masuk!! Takot!! Sebab dalam tu ada Iguana, ular-ular… so mmg tak la nak pegi tengok…eeeeewww..:( :(


So, sesiapa yang datang ke Bukit Merah ni, saya recommend lah untuk masuk sini. Walaupun binatangnya tak sebanyak mcm zoo, tp kita macam boleh berkomunikasi dengan binatang-binatang tu dgn lebih dekat. Kat sana ada disediakan makanan untuk haiwan..beli combo RM5 (ada carrot + kacang panjang, sawi, kuaci, makanan ikan & roti), kalau nk beli secara berasingan pun boleh, setiap satu is RM1..je tak mahal.

Next...




Seterusnya, kami naik Chairlift. Chairlift ni macam buai yang orang naik main ski tu. Kalau kita naik Chairlift ni.....kita dapat tengok suasana di Waterpark dari atas..sebab chairlift ni lintas atas waterpark. Walaupun gayat...tp best!! Chairlift ni bermula dari Zon A hingga ke Zon B..begitula sebaliknya..Zon B balik semula ke Zon A.








Ramai sungguh manusia masa cuti sekolah ni. Dah nampak macam semut kecik plak..hehehe.



Itula serba sedikit mengenai pengalaman saya, K.Sue & Amie di BM. Rasanya setengah hari tak cukup kalau dah pegi sana...kena sehari suntuk kat sana barula boleh habis pusing laketown ni. Malamnya pulak ada Nite safari..mcm di zoo taiping. Nak pegi sana..kena gerak awal pagi...sebab banyak tempat-tempat menarik boleh explore kat sana. Untuk kanak-kanak memang seronok pegi sini...sebab mendekatkan depa dengan haiwan-haiwan yang terdapat disini. Jemputla datang sini bila ada kelapangan k.