Tuesday 26 July 2011

Bercuti @ Melaka

Salam my dear friends and family

Hari ni saya nak bercerita mengenai cuti-cuti saya yang tak plan. Selalunya memang macam ni, asal yang tak plan tu...harusla menjadi. Tapi kalau plan awal-awal tu...plan 2 3 bulan sebelum tu confirm sah tak jadi..hik hik hik.

Kami tak pegi jauh pun, pegi Melaka aje..about an hour drive je. Alhamdulillah traffic ke Melaka pun tak sesak..smooth ajer..kete pun tak banyak. Lagi pun sebab bukan cuti sekolah, atau cuti umum. Itula senangnya kami nih, we can just plan ad hoc, pack and go. Nothing much to think about..hehehe. Tak pening-pening nak tunggu cuti sekolah la, condition kete la (tu kena service and maintain selalu, insyaAllah selamat), cash kena ada selalu (yg ni alhamdulillah sentiasa ada) tak kira, awal bulan ke, tengah bulan ke, hujung bulan ke, rasa-rasa nak pegi..just GO. Ni mentality orang bujang...jangan ikut style saya ini..tak elok...hehehehe.

Saya, Ell & Li Lin ni, kami berkawan dah lama...about 13++ years. Dulu-dulu kalau kami nak pegi mana-mana ke, dengan depa-depa ni la saya selalu hangout. Dah merata ceruk negeri kami jelajah bersama. Kalau nak diikutkan ada lagi kawan-kawan yang lain macam Akla, Alin, Kay, tapi depa2 ni dah berumahtangga dan dah ada family masing-masing and their family pun getting bigger, alhamdulillah rezeki Allah tu. So, tinggal kami berdua ni yang masih lagi terkontang kanting bersendirian..Ell dah engaged...hehehe.

Meh saya nak bercerita sikit about our short trip ni. Semua orang pernah pegi Melaka kan. Tapi, trip saya ni berlainan sikit....sikit je lainnya. Kami sampai sana pun dah agak lewat, check in at Mahkota Hotel. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Mahkota Parade...walking distance aje dari hotel kami. Pastu, dari situ boleh aje jalan kaki nak ke Dataran Pahlawan ke, Menara Taming Sari ke, kota A'famosa ke, Bandar Hilir ke, Jongker Walk ke...mmg dekat and walking distance aje. Ni to those yang jenis berjalan lengang2 kangkung without 'handbags' yea... Kalau yang ada anak-anak tu tak elokla nak jalan kaki sbb jauh jugak untuk budak-budak...nak cross jalan yang dah memang sediakala sesak bangat!! Jadi, berhati-hatila yea. Yang ada 'handbags' tu sebaik-baiknya bawala kereta..lebih selamat.

Mula-mula tu plan nak pegi ke Jongker Walk, bila kami dah sampai jalan sesak penuh dengan manusia-manusia...rimas plak jadinya. Pastu kami terus zass keluar dari situ nak ke Bandar Hilir semula. Kami ni bukan familiar sangat jalan-jalan kat Melaka ni, apa lagi redahla mana-mana sign yang ada tulis Pusat Bandar. Pusing punya pusing punya pusing tak jugak jumpa...adala 3 kali kami lalu jalan yang sama...end-up kami dah sesat ntah camne kami boleh termasuk kat Kampung Morten. Seumur hidup saya..tak pernah tahu ada perkampungan yang sangat cantik waktu malam disini. Tak percaya tengok gambar-gambar beloww.


Kami dah siap nak keluar jalan-jalan pusing town..ni kat our room area


Nite view @ A'Famosa ni cantik sangat!!





Told u kan...cantik at nite.




Ni la salah satu rumah paling unik paling cantik kt kampung morten ni cantikkk...ramai yang suka rumah kampung ni. Kampung ni merupakan sebuah kampung tradisional melayu yang lokasinya mengadap betul-betul Sg Melaka. Sungai ni pulak adalah laluan yang naik River Cruise. Adala lebih kurang 100 buah rumah tradisional lama yang terdapat kat kampung ni dan telah dipelihara dengan baik dengan bantuan kerajaan Melaka dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang mesti dilawati bila ke Melaka. Tapi, sekali lagi saya nak pesan, yang ada anak kecik tu janganla datang tengah-tengah malam macam kami buat ni, tak elok budak-budak berembun time2 camni. Ganggu plak time tidur depa tu kan. Kalau nk pegi elok pegi waktu siang...boleh jugak masuk dalam rumah2 tu sambil menikmati barang-barang antik yang terdapat dalam rumah2 tersebut. Pada kami time camnila tak ada orang sangat sebab dah midnite...aman damai aje. Setiap pintu rumah nak bergambar pun boleh tak ada sapa nak halang..heheheh.



Salah satu rumah yg terdapat di Kampung Morten. Cantik kann...



Yang ni lagi unik lagi cantik!!

Cuba perhati betul-betul rumah ni, siap ada pelamin tu...cantik kaann..


Melaka memang terkenal dengan tangga yang cantik2..tengok ni tengok ni




Berhadapan rumah ni...ada...


INI!! Sangatla syahdunya permandangan malam-malam kat Kampung Morten ni.


Ok next...setelah jumpa jalan ke pangkal jalan iaitu Bandar Hilir, kami park kete di Dataran Pahlawan, kami berjalan kaki hingga ke Kota A'famosa...tak jauh pun..jalan pelan-pelan la kan...pastu malam plak sejuuukkk aje. Sambil menikmati udara nyaman waktu malam. Bergambar kat situ pun tak ada orang nak kacau..yelah kami buat kawasan tu macam kami yang punya.... Kalau tak, kan kena rebut2 dengan orang lain...eh' saya plak..eh' saya dtg dulu..eh' jap jap tak ready la..eh' gambar tak lawa la amek sekali lagi...mcm2 hal. Hehehehehe



Ni kat Bandar Hilir...kami rasa macam tempat tu kami yang punya. Kami boleh bergambar sesuka hati kami, yelah bayangkan dah pukul 12.30am..kami masih lagi berlegar-legar kat situ.


Sini pun ada wind mill tauu...hehehe




Next day lepas bfast, kami naik cruise plak. Cruise ni ala-ala mini Amsterdam gituu.. Murah je tiket naik cruise ni RM10 utk dewasa, RM5 utk kanak2. Cruise ni mengambil masa selama 45 minit. Best tau...boleh kita tengok mural at every building cantikk pandai depa lukis dan warnakan...cross beberapa jambatan yang cantik-cantik. Yang saya tak tahan ialah, TOO HOT!!! saya duduk paling depan bot tu...yang lain2 semua dah CHOOP!! tempat yg teduh..isshhh!! rimas naik dgn bangsa2 asing nih. Tp, nk wat camne kan..redha ajerlah... Dia punya bahang panas tu..Tuhan ajerlah yang tahu...terasa terbakar kulit muka, lenggan ni semua...dah la saya pakai tudung HITAM!!! Sebaik-baiknya...naikla cruise ni waktu malam...lagi sejuk...lagi cantik..sbb setiap bangunan tu dihiasi dengan lampu-lampu yang colorful. InsyaAllah, kalau ada kesempatan kami akan datang lagi kesini, tp kali ni nak naik waktu malam plak...malam lagi best..lagi cantik..:)





Berlatar belakangkan Casa Del Rio hotel.


Dah rasa macam bergambar kt overseas plak..hehehe



Super duuper HOT!!








Aksi-aksi dalam cruise..kami dah sampai kat jetty nak turun bot..:)


Kami tinggal kat hotel sini...best tauuu...:)


Swimming pool pun best..besaarr... Tp, kami tak sempat mandi pun bangun lambat..hehehe





Gambar kami yg terakhir sebelum kami check-out.


Sebelum balik KL, kami singgah rest Kenny Baba Nyonya ni for lunch. Sedap jugak dia masak. Tak ingatla jalan apa...tiba-tiba aje kami nampak kedai dia ni tepi traffic light...terus belok..teruk park..terus masuk..terus order..terus makan..hehehe.

Kami diiringi oleh Harley Davidson bikers on our way home..nampak tak mamat tu bagi sign 'peace' kat kami...heh..heh..heh..



Monday 11 July 2011

FloRia @ Putrajaya


Salam my dear friends dan family.

Pernah dengar Floria? Mesti pernah dengar kann…sekarang ni kat Putrajaya tengah berlangsung Pesta Flora bermula dari 9 July – 17 July 2011. Semalam saya, Kak Sue & Ami berpeluang untuk menyaksikan sendiri bunga-bunga yang sangat cantik kat sana. Ada indoor decorations..semuanya digubah dengan menggunakan bunga ros. Outdoor plak digubah dengan pelbagai jenis bunga dengan bentuk konsep gaya taman pelbagai yang sangat indah!!

Meh kita tengok gambar-gambar ni…banyak sebenarnya gambar yang saya ambil tapi ni pun dah cukup banyak..dah cukup cantik..kalau nak lagi cantik…nak bergambar dengan bunga-bunga..seelok-eloknya pegi sana sendiri…best tauu..!!

Selepas selesai kami pusing sekitar area taman flora ni, kami pegi ke Pullman Hotel & Resort pulak. Tapi kami tak masuk dalam resort tu, cuma kami berjalan-jalan sekitar kawasan situ ajer sambil berehat..sambil hirup udara jerubu..uhukk..uhukk…:( Kat sini macam laut buatan…tapi version kecik...laut mini..hehehe. Kalau hari-hari cuti tu nak datang sini berkhelah ke…bolehla bawa anak-anak mandi manda kat sini…budak-budak saja tau…orang tua janganla join sekali tak sesuai…hehehehe.


Entrance sebelum masuk ke indoor decorations.





Hasil gubahan dari Indonesia




Jemput masuk...hehehehe


Kalau kreatif...boleh copy paste camni kat rumah..:)











Yang ni plak entrace bahagian luar


Tak yah g jauh-jauh sampai ke Holland tengok tulips...sini pun ada..keh keh keh


The lilys


Sesi bercucuk tanam..:)


Buah strawberry pun ada..nampak tak..tu yg kecik comey tu...tu tuu..




Kami dlm gazebo ni kat atas tu ada pasu2 pokok strawberry.


Dikelilingi dengan orkid.





1 Malaysia







Pullman Hotel & Resort







Inila laut mini...kecik aje kaannn...:) :)


Ok kami nk balik dahh...bye...