Friday 27 November 2015

Autumn trip - Day 1


Salam to all my dear friends and family.

29th Oct - 30 Oct 2015 - KLIA, Dongdaemun Guesthouse, Myeongdong

Tak sabar saya nak bercerita bertapa seronoknya trip saya kali ni ke Korea. Yupp..this is my 2nd trip to Korea.  Dulu saya pegi sana musim sejuk..kali ni autumn pula.  Tak dapat saya bayangkan macamana keadaan cuaca dan view kat sana sehinggala saya tengok sendiri dengan mata kepala sendiri..hehehe.

Untuk pengetahuan semua, there are 8 of us.  me, K Bisma, K Kay, K Ita, K Sue, K Nora, Fiza and Amie.  Ramai kann..?? Hehehe..the more the marrier. Kami naik MAS, kami dapat tiket lebih murah dari AA...hehehe syukur sangat2..bukan senang nak dapat harga murah MAS...rezeki kami.  Penerbangan ke Korea mengambil masa selama 6 1/2 jam..depart dari KLIA 11.30pm, arrives 6.45am..they are 1 hour ahead of us.  We checked in at KL Sentral..kami semua berkumpul kt situ..senang checkin terus.  Bag dah jalan dulu..kami dah boleh lenggang2 kangkong ke KLIA.

KL Sentral...lepas kami dah check-in our luggage.


Satelite terminal..macam2 ada kt sini..boleh shop till you drop..hehehe.  Tapi...baikla kita shop till you drop ke Korea yea dakk...ballooiii...kekekekeke.




Dinner di Grandmom's Satelite terminal KLIA

  Geng ke Korea ke kita..hehe



KL from the air..cantikkan...?


Early snack sebelum kami..zzzzzzzz


Tengah nyenyak2 Zzzz..at 4am lampu cabin nyala...makan time..:P


Dah dekat dahh..:)


Arriving Seoul soon..!!

 Welcome to Seoul










 Isi borang kerakyatan korea...hahaha..:)




Bag berwarna warni aneka jenama..hahahaha.

Sembang apa tu Kak Ita....Kak Sue xmo layan..kekekeke


US and our luggages...!! 

Cactus deco at arrival hall Incheon Airport.





Muka happy dah top-up T-Money

Masa kat airport sana, kami kena topup T-Money.  Kami tak beli T-Money ni, we get it for free kt Korea Tourism Organization @ Menara Hap Seng.  How to get this card? Senang saje, masuk website KTO - http://www.visitkorea.com.my/ and register.  U need to fill in online forms and a few Q&A which is very easy and just a general questions about Korea, then submit.  U need to go to KTO office base in KL and compile the forms with the pin/password (KTO will email) + e-ticket + ic.  Pass to the receptionist, wait for a while a few minutes later they will call you and give a Korea pamphlet + subway map + T-Money.  It’s valid till Dec 2015 sahaja.  To those yang nk pegi Korea whithin this year before Dec 2015, boleh la ke KTO office to get the T-Money for free and dalam tu ada value 10,000won.   Kad ni kegunaannya sebiji macam Touch N Go kt Malaysia ni.  So, kami topup kat Incheon Airport 30,000 won untuk sepanjang perjalanan kami di Seoul. 

Oh ye, untuk siapa-siapa yang nak pergi ke Seoul, subway adalah option terbaik kalau nak pergi ke mana-mana tempat dalam Seoul ni sebab aksesnya yang luas, cepat, murah dan best. Kenapa best? Sebab dalam train subway ni la kita dapat tengok dan belajar juga cara hidup orang-orang Korea. So kita boleh study map subway ni betul-betul. Nampak je complicated, tapi kalau kita dah biasa naik and tukar-tukar train kat KL, tak akan ada masalah. Trust me. Kat sana, ada Exit, Transfer and Line. So, baikla kita teliti/study/baca kat mana kita nak pergi ..then kita boleh refer to the map or phone Subway Apps.

Tapi kalau untuk yang baru sampai Incheon tu dengan beg-beg yang besar, disarankan naik la bus/taxi limo kalau tak nak patah tangan dan bahu kita turun naik tangga dalam subway tu. Fyi, subway ni macam 4 tingkat ke bawah tanah tau. Kalau terkena station yang ada escalator takpe juga, tapi kalau yang semuanya tangga, hah nasib badan la. Serius! 


 Tunggu train untuk kek Seoul Station.  Kami amek AREX cost 6,000Won per pax.  AREX is a railway line that connects downtown Seoul with Incheon International Airport and Gimpo Airport.  It can be boarded at Incheon Airport, located within the airports transportantion centre, directly opposite the airport entrance.




Dalam AREX Train ke Seoul Station sebelum kami naik subway ke Singseol-Dong. 


 Our luggage dalam AREX.

Kami semua sebelum adegan kena tinggal...2 orang kawan kami tertinggal a.k.a terlepas train..sila baca dibawah ni.

First day kami sampai dah ada drama which is...jeng jeng jeng..hehe. Kami dari Seoul Station nak ke guesthouse kami di Dongdaemun. Tapi area Sinseol-dong. Kami baru smp sana..tak tahu system subway macamana..kami dengan bag2 sebesar peti ais..terkial-kial la kan..can you guys image?? Boleh..? Tak boleh? Takper takper...so, masa kami tunggu tren to our destination di Sinseol-dong..tak lama lps tu..tren sampai. Kami dengan luggage yang gedabak..masuk dalam koc..tup tup...sampai turn Kak Kay...pintu tutup...dia sangkut kat tengah2...I try to push her in..tak boleh..tolak jugakla sampai boleh... Then pintu bukak..pheww..lega lepas. Rupanya..tren tu stop less than 10 seconds!! K Kay lepas masuk..then I masuk...pintu tutup...kawan kami Nora and Amie tertinggal..!! I was like...tercenggang2..!! Tak percaya kawan kami kena tinggal..!! 

Adegan seterusnya.. bagusnya Korea ni..merata ada open wifi. Gigih cari yang open..moga2 kawan kami yg tertinggal tu cari open wifi. Lama jugak kami tunggu..tak lama lepas tu msg wassap masuk from Amie..asking where to go..they are now at Dongdaemun. Told her its at Singeol-Dong station another 2 stops. Depa kena naik semula train..tak lama lepas tu baru la depa sampai..tunggu depan pintu nak tarik bag yang sarat berat..takut tak lepas lagi..syukur kami semua bertemu semula di Singseol-Dong station..tak tahu nak kata apala masa tu...nak happy..nak nangis...huhu. Alhamdulillah.




First sekali apps ni ada full map untuk semua subway kat Seoul.  So, from this apps, kita boleh dapatkan laluan macamana nak ke satu station tu dengan touch station mana nak depart dan station mana nak arrive.  Dari situ jugak boleh tau pukul berapa train akan sampai, berapa station antara tu dan berapa lama perjalanan, kat mana nak transit, dan pukul berapa last train yang ada.. Haa..berguna sangat kan? Sebab dalam train tu, bila announce station, memang tak faham.. Lagi pula 1 station sampai ada 3 line train, bertingkat-tingkat.  Awal-awal memang pening sikit, tapi bila dah guna apps ni memang sangat membantu.  Bila kami dah hari-hari selama 7 hari naik subway..mestila dah expert ..keh keh keh.



Lega kami semua selamat sampai di Dongdaemun Guesthouse. 


Peringatan : Tangga Subway ni sangat tinggi dan banyak transfer dan jugak exit. Kadang tu satu2 station ada 14 exit..salah exit memang penat nak menapak dengan tangganya lagi... Jadi pakaila kasut yang selesa..kasut tumit tinggi tuu..cari nahas jer..serius..!! Lagi satu sebelum pi Korea..elokla rancang mana nak pi..station apa...turun exit apa..memang mudahla percutian kita. Jangan takut bab subway tu..walaupun banyak line and trnasfer..bila dah lama-lama senang faham..memang tak susah untuk kita gunakan sebagai pengangkutan kat Korea di samping dapat jimat cost. Serius saya rindu suasan kat sana..jalan2 kat subway dapat tengok cara hidup orang sana yang macam jepun jugak...jalan laju2, kejar masa nak ke satu2 tempat..disiplin diaorang memang terbaeeekk. Jangan lupa beri laluan, kat sana sebelah kiri ya...bukan kanan..hihihi. Orang sana ni laju2 belaka..please take note..!! Train approching..yang bestnya train/subway kat korea ni ada nada music...tu yang best..rindu kt music tu..hehehe.

Sila buat itinerary siap-siap.  Mana tempat2 yang menarik nak pegi..nanti kt sana tak kelam kabut..dan tempat yang teringin nak pegi tu akan dapat kita jejaki.  Pada yang cepat lapar tu..bolehla bawa bekal dari Malaysia.  Contohnya : sambal ikan bilis, serunding dan yang seangkatan dengannya..mudah untuk dimakan bersama nasi kt Korea.  Kat sana..boleh beli nasi di family mart..balik Guesthouse...cuma panaskan jer dalam microwave yang disediakan kt guesthouse.  Maggi pun patut bawak..!!

Sampai di guesthouse kami berehat for a few house..mujur kami dibenarkan checkin awal.  Tn rumah pun kebetulan ada..dia check tengok bilik-bilik kami dah siap boleh la kami masuk dan berehat.  Bilik dia not too small not too big..just nice for the 4 of us in 1 room.  Tapi kami tak dapat connecting room..tapi bilik kami mengadap each other.  Berehat for a few hours..pukul 4pm kami keluar explore Seoul..!!  Rugila datang jauh-jauh nak perap dalam bilik...kita datang tempat orang nak berjalan..yea dakk?? Jom kita pegi Myeongdong our 1st destination.


We're ready.. Ni kat Singseol-dong station.  Dari guesthouse nak ke sini...tak jauh...5 minit aje jalan kaki.  Station ni sangat convenient to us.  

Line 1 trainline 4 subway
  1. Sinseoldong Station
    3min - every 10 minutes - line 1
    M$ 5 - M$ 6
  2. Dongdaemun Station
    5min - every 10 minutes - line 4
    M$ 1
  3. Myeong-dong Station









Antara aktiviti yang best nak buat kat area Myeongdong ni, selain dari shopping is people watching, macam2 gelagat orang kita boleh tengok.  Nanti dalam ramai2 tu adala 2-3 orang young lady yang super lawa, hidung mancung, kulit halus mulus, macam wow sangat..!! Lepas tu sure speku..mesti depa ni buat plastic surgery..hahaha.. Maklumla kat Korea ni kan famous dengan plastic surgery..hehehehe. 

Memandangkan Korea ni sgt baik hati..cara promosi depa..sgt2 saya berkenan..murah hati betul.  Kita patut contohi cara depa ni..kedai2 kosmetik ni lain dari yg lain..rajin betul depa bg free gift untuk tarik perhatian pengunjung2 yang ada di Myeongdong ni..depa akan bagi bakul jika masuk ke kedai depa..dan dalam tau ada free gift jugak.. Kalau masuk beli barang depa..sure dpt free gift lagi.. tak adala kami keluar dengan tangan kosong..beli jugak la walaupun 1 product sebab tak nak menghampakan..beliyg paling murah dan agak2 sesuai…kekekeke.  Rasanya yang banyak beli is face mask.. Best mask dia murah okey..sgt murah 1000won utk 10pc+10pc.  Ada sesetengah tu tak sampai 1000won..harusla beli untuk kengkawan dan sedara mara kat mesia..hehe



Holly's Coffee our 1st coffee place yang kami jumpa..recommended sangat. Cawangan agak banyak..so jangan risau.. Harga not bad, tapi sila jangan convert.


Benda ni akan mengeluarkan bunyi..tandanya...our coffee dah siap.


Lama kami lepak kat sini...sebab dlm ni panass..ada heater.






Ready to go explore more, and go home.

Baru 1st day sampai dah banyak damage ni...huhu. Tapi damage untuk ourself..sangat gumbiraaa....!!!  Memang happening tak kira siang atau malam.  This is must visit kalau datang Seoul. Souvenir pun ada dijual kat sini, tapi kalau nak beli better kt Nandaemun market.  Sana murah sket.


Model Zara di Korea untuk promosi pakaian muslimah...kekeke


Ntahla depa ni mai dari mana...memandangkan dalam group kami ni ada sorg tu minat benau IronMan...tu terselit sikit IronMan baru muncul..kekeke.

Sekian dulu...banyak lagi nak cerita...banyak episod...banyak tempat...banyak info.. Kami pun dah penat...seharian we're on the move.  It's about time we go home and rest.  Next day another day.  Till then.