Friday 14 April 2017

Business and Wedding


Salam to all my dear friends and family

Ni memang cerita lama...tapi tak basi lagi..hehehe.  We've decided to go back to Alor Setar naik ETS.  This is my 2nd time naik ETS balik kampung. Dr KL ke AOR hanya memakan masa 4jam setengah saja.  Kalau naik pukul 7am...pukul 11am dah sampai sana..bestkaannn?  Kiranya memang senangla naik tren ni..tak payah saya pening-pening kepala nk kena drive ye dakk..sebab yang drive pun hanya saya seorang saja..penaatt..huhu. 

Best tren baru ni..well maintain, ada tv, bistro, tempat solat dan yang paling penting tandas yang bersih dan sentiasa dicuci bersih.  Priority untuk Papa la..coach C semua lengkap.  Ada bistro, ada surau, toilet OKU pun situ jugak.  Senang untuk Papa nk p toilet situ, sbb memang luas untuk keselesaan pengguna OKU macam Papa.  Memang coach C is our priority kalau naik ETS.  Sepanjang perjalanan tu..boleh tengok tasik, sungai, pokok-pokok, sawah padi, bandar dan kampung yang outskirt dari yang biasa kita tengok.  

Tujuan balik sana nak attend kenduri kawin sedara..sambil tu nak ziarah kubur arwah mama..lama rasanya tak balik ziarah..dan buat sedekah sket kat kampung.  Kebetulan masa tu, ada konvo kat uum sintok.  Abg Wan [my bro] & Kak Hus [my sis in law] ada booth kat sana meniaga kambing grill.  Memang kambing depa tu terbaik...tersedapla kat sana.  Depa meniaga kat sana ada kot 5 hari kalau tak salah...kiranya sepanjang konvo berlansung.  


Kami dalam ETS to Station Anak Bukit.  Station Anak Bukit ni dekat dengan kampung saya.  So tak payah nk turun kt Alor Setar..sebab sana jauh lagi banding AB ni.


Air Chun ni memang hasil tangan Abg Wan.  Dia aje yg tahu ramuan isi kandung dalam jus ni.  Kalau dari gambar ni kita nampak lemon, asam boi, serai, daun pudina, strawberry, lychee, 7Up + ais + secret...kekekekeke.  Students ramai beli air ni...cepat laku cepat habiss.. Lagipun tengah panas2 tu...sedut air ni..pegghh!! Nyaaamaaannnn.


Main menu kat sini is Kambing.  Sedap I tell you...!!  Kak Hus ni memang terror masak.  Resepi yang dia masak semuanya letops-letops!!  Kena rajin minat baru boleh berjaya..yea dakk? 


Set ni semua makan bersama Kambing.


Masa tengah duk grill ni..dia punya bau laaa..semerbakk sedaaapp.  Bau tu la yang memanggil2 tu...orang ramai serbu non-stop.


Abg Wan tengah bagi depa test kambing.  Bila dah test terus depa nk beli.  Skill meniaga tu jugak..hehehe




Kat Penang kalau ada mana-mana expo ka...jom heboh ka...sure they will take part g meniaga kat sana.  It's family businessla boleh dikatakan.  Abg Wan's family especially..:)  Business apa yang depa tak buat...business sewa keta ada...business cuci-cuci [office, rumah, kilang] pun ada...business kambing ada...business insurance ada...murah rezeki depa!!!  So, kalau ada sapa-sapa nk buat kenduri ka..nk buat expo ka..rasa macam nak tetamu makan kambing...boleh contact kt nombor yang tertera kat banner itu. 


Non stop orang datang booth.  




Musim konvo kan..memang laku la bunga2 ni semua...:)


Saya tolong sikit-sikit aje...sebab kekok tak reti sangat... Tolong pack makanan boleh...hehehe


Keesokkannya, berlangsung majlis kahwin sedara kami.  Majlis buat kat TH Hotel Alor Setar. Masa kenduri-kendara ni la baru boleh jumpa dengan sedara-sedara jauh dan dekat.  Sapa-sapa yang duk kt KL /overseas kenala terpa mai balik AOR macam kami ni haa..hehehe. Kalau tak sakit demam..insyaAllah sampai la kan.  Kalau tak sihat, kenala minta maaf awai-awai kt tuan rumah tak dapat datang. 





Kak Hasiah, my sister in law.


Nak jugak bergambar depan pelamin..:)


Seronok Papa dapat jumpa ramai close cousins and relatives.



With Kak Norzi..:)



Yang sebelah Papa tu...bapak pengantin perempuan


Yang tengah ni..mak pengantin perempuan.


Diyana & Irfan
Best wishes on this wonderful journey, as you build your new lives together.



Siblings...hehehehe. Selesai sudah majlisnya...jom kita balik.  InsyaAllah panjang umur boleh jumpa lagi.  Raya pulak la kalau nak jumpa ramai-ramai camni.  

Kami bertolak balik KL the next day, tren petang pukul 4.30pm.  Pagi tu dah memang menjadi kebiasaan akan ke Pekan Rabu.  Saya dah pesan kt Papa not to buy anything, sebab kita balik tren tau...tak ada sapa yang nak mengangkut banyak-banyak barang ni nanti..  Kalau bawa kete boleh la shopping kt Pekan Rabu ni.  Baru dia ingat..kalau tak pesan camtu...habis macam-macam dia beli kt situ.  Beli untuk geng-geng surau dia la selalunya.

Sampai sini dulu...nanti saya sembang-sembang lagi kat sini.

Sekian.

Thursday 13 April 2017

Golden wedding anniversay


Salam to all my dear friends and family.

A short post for today.  Hari ni baru sempat nak update kat sini.  

50th Golden Wedding Anniversary for my aunty Tengku Norazah & Syed Mokhsen. It was a surprise party.  Memang depa tak tahu hinggala ke hari kejadiannya majlis ni.  Pandai anak-anak depa arrange and simpan rahsia for this party.  

Semua close cousins, uncles and aunties...pakat-pakat duk simpan rahsia so that tak terbocoq..jangan bagi depa tau kalau boleh.  Saya pun berkali-kali duk pesan kt Papa not to talk anything about this party...he said..OK OK...  Papa ni kira very close cousin to my aunty ni..selalula depa duk sembang on the phone tanya habaq this and that..hehehe. Good job Papa..pandai simpan rahsia...hehehehe.

The event took place kat Sime Darby Convention Centre. Ada makan-makan...ada persembahan dari anak-anak menantu .. Cucu tak boleh lagi nak present sebab kecik lagi..hehe.  Ada dancing...ada slide show to bring out the old memories dari zaman depa mula-mula kenai dulu. Hard work jugakla nak cari gambaq-gambq lama ...gambaq zaman A GO GO dulu kaannn..hehehehe.  Lepas tu nak kena korek rahsia..how they met...their first house...till current house...etc etc.  Lagi pun benda ni kan rahsia...so kena buat elok-elok bagi tak bocoq right?.. .:)

It was fun.  Depa pun tak sangka sampai kesudah yang there is surprise for them.  They was so happy...and laugh all the way sampai habis majlis.


Kampung Tunku ni nama rumah yang depa pernah stay.  Current is at Dsara Heights.  Sebelum ni..ada dalam 3 rumah kot ..yg depa pernah duduk...tak ingat dah..:)


My cousin Kak Bisma and her family.


Guest of honour dah sampai.  Too excited tak sangka with this surprises..!!


Their daughters with the touching and loveble speech. 


Cake cutting..:)


With anak cucu menantu.


Didi ni stay kat Finland.  Dia balik just for this occasion..so nice of her kan.  Kena la balik sini...tak kan tak balik...Golden anniversary tuuuu..:)  Nice meeting u Didi..:)





Papa ni pengapit Ami Mohsen dulu...patut pun depa rapat kan...:)

Aunty Non and Ami Mohsen, Love that grows through time is such an inspiring thing. Congratulations on your 50 years together!!


Tuesday 11 April 2017

Jalan-jalan Tganu


Salam to all my dear friends and family.

Saya nk cite pasal short trip saya ke KT.  Lagipun kebetulan Adik (my niece) dah habis semester dia kt Uitm KT..just nice for us to take a quick short trip to KT.  Saya amek cuti hari Jumaat..so dapatla 3 hari direct till Sunday.  Mujurla abang saya join ikut sekali, so tak la penat nk drive sorg2 sampai KT nuunn.. jauh tu beb!! 

Dalam pukul 7am jugak la kami gerak.  Slow drive aje...lagipun traffic smooth sgt..hiway boleh dikatakan kosong kereta tak banyak.  Yelaahh sebab bukan cuti skolah...cuti umum...tu yg seronok tu...tekan minyak smp tak sedar dh cecah 140mph..huhu. Hiway Gombak / Hiway Karak / LPT all the way memang smoootth.  Kan best kalau drive up north traffic camni jugak...confirm 3 jam boleh sampai Loqstaq..hehehe. 


Pintu pagar Istana Syarqiyyah. Sempat snap ..tak lama lepas tu kena halau dgn guard istana..kawasan larangan daaa...huhuhu.


Sampai KT about 12pm...sebab hari Jumaat...cuti plak tu kat Tganu ni. Emm..cadang nk g straight homestay..tapi tuan rumah dah p masjid nk solat Jumaat.  Takperla, then kami terus ke campus Adik..tak la jauh dari homestay tu..memang cadang amek homestay dekat dgn campus dia.  Paper dia pun dah habis pukul 12pm...settle dah la zaman Diploma dia.. Cepat aje masa...3 tahun kt Tganu.  Lepas dah settle amek barang dia semua, dia pun dah checkout dari asrama dia.  Kami nk pegi homestay pun tak boleh lagi. Kami make a short tour ke kawasan Istana Syarqiyyah..tak boleh masuk pun..pusing-pusing depan pintu aje.  Lepas tu Adik ajak jalan2 ke Pantai Baru Burok.  Pantai paling dekat dengan town.  Latest attraction kat situ ada buai.  Yang ala-ala Lombok gituu... Memang excited betul nak g tengok buai kt situ.  Memang tengah hangat lit lit baq hang!! Tak kisah nak jugak amek gambar kat situ.  Masa tengah panas-panas ni la yg view cantik tak hengat!!  Blue sky, blue sea..memang cantik!!


Buai yang menjadi sebutan/rebutan ramai..:) 


Dah rasa macam bukan kt Tganu...rasa mcm kt Lombok ...Bali...negara belah-belah Indon nuuuun.  Kat sana kan memang banyak benda2 camni kat laut depa kann :)


My tourist guide ..tq Adik bawa kami jalan-jalan Tganu..:)


Sapa la yang sanggup duduk kt buai ni waktu tenghari rembang hangat lit lit ni...:) :D  Apa-apa pun saya puas hati..view memang cantik!!



Kat area situ ada food court.  Kami beli lunch kt situ ajer and terus bawa balik makan kat rumah.  Lagipun, tengah panas sangat ni..nak jalan g mana-mana pun rasa macam tak best la... Rehat dulu kat rumah..mandi solat makan tido...bagi tambah energy ..hehehe. 

Homestay yang saya book ni kat Chendering.  Memang dekatla dengan campus Adik. Dalam 5 minit camtu sampai dah.  Homestay ni nama D'Chendering Homestay (siler google) for more info.  It's new..bersih...kemas...besar..luas..selesa.  Kemudahan semua tip top!!  Memang sgt selesa for us all.  To those yang nak datang KT..boleh stay kt sini. Harga..1 malam RM180.00.  Consider still cheap for 3 bedroom + 2 bathroom. Kelengkapan kat sini semua cukup. Bilik-bilik pun ada aircond..memang selesa la duduk sini.


View depan homestay.


Dapur pun lengkap semua..ada gas nak masak situ pun boleh..pinggan mangkuk periuk belanga kuali sudip sudu garpu cawan gelas..semua ada laaa..name it got it..hehehehehe.


2nd room.


Masterbed room with attached bathroom.


3rd room.


Living room 


Living and dining area.  Luas jugak kat sini..boleh bentang Toto tidur kat depan sini pun boleh..lagipun kat living area ni sejukk..:)

Malam patutnya kami nak jalan-jalan cari makan.  Cuaca tak mengizinkan malam tu..hujan ulak.  So, nak tak nak kena tunggu hujan reda barula boleh keluar.  Tak juga redanya. Keluar jugakla ke Pantai Baru Burok...tempat yang kami beli lunch masa tengahari tadi.  Boleh tahan mahal jugak harga kat situ. Dari kebulur..makan ajerla..hehehe.  Cadang nak lepak kat beach..tp dah tak larat dah penat..kesian kat papa.  Lepas makan terus balik.  Boleh tidur awal...esok nak explore KT.

Next morning, cari mekanik.  Sebabnya lampu signal kiri kanan tak menyala..hon pun tak bunyi..central lock pun tak function.  Benda ni terjadi malam sebelumnya.  Merawang kami mencari mekanik.  Mujur jumpa 1 ni area Rusila.  Rosaknya tak la major...just tukar fius ajer..legaaaa!!  


Tengah tukar fius..huhu.


Bila dah repair barula boleh rasa tenang nak berjalan kan.  Kalau tak jenuhla nak kena bagi signal tangan ajer ye daakkk...hehehehe.  Kami branch [bfast/lunch] kt Warung Rusila tepi pantai tempat ni.  Yang sedap kt sini roti canai diaa...sangat mabeless i tell youuu..!! Sorg makan 2 keping..haa ameekk...  Nasi campur pun lauk dia sedap jugak..and harga pun berpatutan...kiranya lebih kurang standard harga KL jugakla...kiranya harga mampu milik la.  Roti canai - RM1 aje..i loikkee!!


View belakang kedai..cantik kan..? Mengadap laut tuuu..:)


Roti canai sedap..sorg makan 2keping..hehehehe


Belakang tu ialah Pulau Kapas.  Adik kata..kalau nk g sana..boleh g balik hari aje.. G pagi balik petang...OR nk tidur sana 1 mlm pun boleh jugak..banyak chalet2 yang disediakan kat sana untuk keselesaan pengunjung..:)  My next trip nak plan la g Pulau Kapas tu..:)  View belakang kedai ni memang saya suka..rasa macam boleh duduk situ forever!!


Lepas brunch, Adik cakap nak cari tasik pepsi blue.  What?? Pepsi blue..apa air pepsi amek dari tasik tu ke??? Adik kata...Taklaa Aunty...air dia biru macam air pepsi blue. Tasik Pepsi Blue ni kat Rusila, Tganu.  Dari homestay kami tak la jauh lebih kurang dalam ½ jam camtu.  Nak masuk ke tasik ni jalan dia berliku jugak.  Sebelum jumpa tempat ni...jenuh tanya penduduk situ the exact location..sebab kawasan dia memang tersorok.


 Tasik ni tersorok kat sebalik bukit-bukau memang tak akan nampak ..kena park kereta tepi jalan..lepas tu kena hiking sket ke dalam.



Subhanallah…memang cantik tempat ni.  Bukan kt NZ aje yang ada blue lake….Tganu pun ada tauu… Air tasik ni memang biru…sebiru-birunyaa…rahsia Allah kan..:)  Our own country pun secantik negara luar.


Thanks to Adik…ada jugak kenangan kami kat Tasik Pepsi Blue yang indah ni.. Nak pergi lagi sini..memang tak tahula bila ye daakk.  It was so beautiful and blue..setenang jiwa memandang ..sedamai biru airnya..:)


Puas hati..hilang penat bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung ni.  Bare in mind..tasik ni tak boleh suka-suka nak terjun mandi tau.. sebab airnya berasid Tempat ni dulu asalnya tapak kawasan perlombongan emas.  Kawasan tasik ni agak curam berbahaya jugakla..tipula kan tak cuak bila duduk tebing tasik ni..huhuhu.


Next pitstop is Chendering Lighthouse. Nak masuk simpang sini pun boleh sesat..pun lorong nak masuk ni tersorok jugak.  So, kalau nk explore tempat-tempat cun..harusla redah jugak lorong-lorong rahsia nak ke sini.  


Papa, kami tinggalkan dia kt pondok ni.  Lagipun dia tak larat nak jalan sampai tengah laut nuunn...lagi pun panaassss.  Dia lepakla sorg-sorg..sambil makan asam..minum air...jaga kete...kekekekeke.  Tengok kami dari kejauhan..hehehehe.


Silala menapak ke lighthouse ...rasanya sejauh 500meter kot..or more... Tak ukur plak aritu...tak tahan panas beb!!


Jalan sampai hujuunnng nuunn..:)


Ada yang memancing ikan jugak kat sini.


Jauh kami tinggalkan papa... Nampak kan bumbung rumah tu...haaa situ la dia duduk..:)




Tak la tinggi lighthouse ni...tapi dah sampai sini..kenala panjat kannn... Tengok view laut dari atas.


Haaaa...berpayung okey!!  


Mesti ada ikan kat sini..kalau tak....takan depa beria-ria mancing kann...?


Fuhhh ...mikirkan nk patah balik tu....sabarr...sabarr....:)


Its windy up here..terbang-tebang tudung Ai...hehehehe




Next pitstop - Masjid Kristal.  Rasanya ramai dah tahu pasal masjid ni kan..sebab masjid ni tersangatla popular kat Malaysia ni, Tganu apatah lagi kan.  Masjid ni terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, KT.  Untuk datang sini, walaupun terletak di pulau, kita tak perlu naik bot untuk ke sini ye...dah ada jalan penghubung melalui darat.  Kena datang ikut arah ke Losong (kawasan yang terkenal dengan keropok), senang lagi ikut arah ke Muzium Losong pun boleh sebab memang akan ikut muzium tu dulu, nanti jumpa simpang ke kanan ..terus aje sampai TTI, Masjid Kristal ni terletak di hujung pulau di persisiran sungai.  Di pulau ni memang tak ada penghuni atau perkampungan. 


The 3 generations..:)



Pintu masuk ke kawasan masjid.  Myself with the umbrella memang tak dapat dipisahkan kalau datang sini.


Nampak mewah masjid ni...cantik sangat!!



Masjid ni kalau dari jauh...senireka nak nampak hampir sama dengan Taj Mahal. Hampir sama aje...bukan exact pun..hehehe. Apapun saya happy sebab dah lama simpan hasrat nak mai sini...Allah izinkan kami semua sampai jugak kat sini. Alhamdulillah.


Okey dah..jom balik homestay.  Papa kena rehat..dah lama sangat dia keluar ni..it's his rest time.  Malam nanti  lepas maghrib kita keluar pulak p cari makan.  Adik kata ada 1 tempat ni nasi goreng ayam dia sedap and murah.  So, malam nnt kenala explore g sana pulak kan..:)  


Tempat makan ni kat Bukit Besar.  Apa ada kat sini...eemm...tak sure ada apa..sbb tujuan kami datang sini nk makan nasi goreng ayam...Adik kata sedap.  Kami semua order the same dish + tomyam putih.  Emm...yess..memang rasa mabeles.  Especially the tomyam putih dia tuh.  Nama kedai ni ialah Restoran Ala Ghapoo.  Boleh la singgah sini sapa-sapa mai Tganu besok ni naa.:)

Lepas makan..Papa kata..still early to ho home, why not kita p beach..lepak pantai katanya...:) Orait let's go to the beach..mana lagi kalau bukan Pantai Batu Burok. Kat sini at nite byk gerai tepi jalan yang menjual pelbagai makanan ringan bergoreng, minuman, sate ikan, rojak buah, jagung bakar dan banyak lagi. Kereta kuda ada jugak kat sini..boleh bawa kids pusing-pusing satu pantai PBB ni, tang harga tu tak sure plak berapa.

Kami duduk kat bench tepi pantai..sambil tengok bulan terang..dengar ombak kuat hempas pantai.  He really enjoy it..dia kata peaceful kat sini..tak macam KL semak!! Lama jugak kami duduk kat pantai tu..till almost 11pm++ camtu.  Tu pun dah sedar sebab tiba-tiba langit gelap nak hujan. No more full moon.  We better make a move..tak sempat ni nak lari kalau  hujan turun.  Mujur sempat berteduh sebelum hujan lebat turun.  Memang unpredictable weather kat sana.


Well, tamat sudah cerita jalan-jalan Tganu kali ni.  Memang short trip ajer.  Shopping pun tak kali ni...kopok apa pun tak beli.  Bukan tak biasa makan kopok kan...KL pun berlambak kopok..hehehehe. Pasar Payang pun tak pergi...hehehe.  Bahaya kalau pergi..takut cash laju aje keluar kalau shopping dengan Papa... Mana taknya...dengan segala songket, batik dia nak beli.  Its better tak payah pegi langsung...jimat duit..hehehe.  Yang duk ada dalam lemari pun tak habis pakai lagi..ni nak beli lagi yang baru...jangan bazir beb...hehehehe.

Depart from KT aroung 9am, lepas breakfast kt Rusila..makan roti canai sedap iteewww..!!!  Sampai KL dalam pukul 3pm++.  Memang lambat kami sampai sebab..stop banyak tempat...hujan at certain-certain place tak boleh nak speed.  Papa really enjoy this time..dapat jalan-jalan tengok tempat orang..walaupun dia byk bising..hahahaha. Kami anak beranak dengar dengan hati yang penuh sabarrrrr...:) :D

Sekian.