Salam to all my dear friends and family.
Kalau nak diikutkan..sapa-sapa yang mengorganize majlis jumpa-jumpaan ni bagusla kan. Yang jauh nuun...boleh jumpa semula..yang dekat area-area sini pun lagi mendekatkan silaturrahim..memang elok sangatla nak buat alumni ala-ala reunion ke.
Hemm...terus terang saya cakap...saya ni tak berapa suka sangat nak jumpa dengan orang...hendaknya dengan majlis camni. Saya lebih suka berjumpa dengan kawan-kawan rapat yang tertentu sahaja. Kawan yang betul-betul mengenali diri kita ini...kenal inside out...up and down in life...ketawa menangis...kawan yang boleh saya bercerita apa saja..yang boleh share everything.
My close friend pun tak ramai sebenarnya..ada la kot dua tiga kerat yang saya boleh harap..boleh luah perasan..cerita susah senang keadaan saya. Tak semua kawan boleh faham dengan keadaan saya ni. Pilihan saya memang tepat...dan kami masih lagi berkawan hingga ke hari ni...dikala saya susah she's always there for me..dia tak pernah hampakan saya..she's always there when i really really need her. Eventhough she's married...she's still got time for me. Tak kisahla...sekejap pun jadi la. Dulu-dulu masa sebelum kahwin pun...memang selalu kami hangout together...syukur masa tu bf (skrg dh husband) sgt memahami..hehehe.
Meh kita cerita hal jumpa-jumpaan ni...bukannya saya tak pernah pergi, pernah pergi..jumpa dengan kawan-kawan lama semua...syokla masa mula-mula jumpa..cerita hal-hal belajar...hal-hal pensyarah..etc etc etc. Kadang tu saya lebih banyak mendengar dari bercakap/menyampuk...sebab topic tak lain tak bukan...FAMILY, husband, anak, kerenah anak..membesar, sekolah anak, exam anak, experience mengandung/bersalin, husband jaga macamana, in laws layan baik, in laws tak bagi buat kerja berat, in laws this/that..bla bla bla.
Camne saya nak bercerita...sebab tajuk tu pun memang macam jauhhh bersangkut dengan diri saya je kan. Tahula saya belum kahwin..anak apatah lagi..stress kalau asyik duk bertanya the same questions!! Rimasss!! So, dari terus merasa bosan dengan cerita-cerita tu semua...saya minta izin pada kawan-kawan semua...minta diri dulu...sebab ada hal kat rumah.
Saya lebih suka berjumpa dengan kawan-kawan cukup 2 3 orang..tak payah ramai-ramai. Jumpa kat kedai mamak ke...makan-makan tomyam ke...tak payahla nak formal-formal sangat. Masa ni bolehla nak bercerita perkembangan diri masing-masing, selit-selit sikit hal anak..hal husband..hal in laws tu cukup la...tak payahla sepanjang perjumpaan duk bercerita ituuu ituuu ituuu je. My close friends cukup memahami diri saya ini..i love them!! Sebab tu saya boleh je nak keluar dengan depa..tak ada masalah..senang.
Gathering dah lama..tak ingat tahun bila...depa ni semua dah ada family masing-masing..anak2 pun ada yang dah besar. They are not my close friends..but they are my friends masa di ITM dulu.
p/s : Ntah sempat ke tidak dalam hidup saya dapat menikmati keluarga sendiri.. 'sigh'