Salam to all my dear friends and family.
Meh saya sambung balik cerita kat south nz. Terpause plak tiba-tiba ye dak.. almaklumla..hujung-hujung tahun banyak benar agendanya sampai tak terupdate blog ni. Mana taknya...hujung-hujung tahun ni nak clearkan semua 2016 punya kerja yang mana masih pending tu. Kebetulan pulak company bagi cuti 10 hari..haaa helokk ke tak helokk tu kannn..harussla helokkk dpt cuti rehat 10 hari tu. 10 hari tu lama kejap aje masa berlalunya...pejam celik pejam celik..udah masuk 2k17. Sepanjang cuti bln doblas tu..masa banyak habis kat rumah..jalan sana sini..tu biasalah..cemuih jugak perap dalam rmh aje kan..hehehehe.
Anyway, lets continue this nz story..sebelum ia padam dari memori saya ni. Ni pun hampir nk padam dah ni...kena tengok balik gambar-gambar...tengok which is which come first and so on ... Rajin tak uollss??? Emmm...kena buat bagi rajinla ..dah kata nk share ilmu kann...tak boleh kita simpan sendiri...orang lain pun nk tahu jugak tempat-tempat menarik kat sana kann...kann..kann..?
We workup..bersiap mandi semua..plan makan kt town ajer. Memang ada kemudahan nak masak kat sini..tapi kami prefer to have our bfast kat town..merasa bfast depa. Sebenarnya lodge kt dunedin ni cute. Sebab apa saya cakap cute...semua unit lodge kat sini bertemakan cartoon disneyland. Tak percaya cuba uolls tengok lodge kami tu...dwarf snow white tu kan..hehehehe. Infact same goes to other unit as well...macam-macam character cartoon depa lukis kat setiap unit lodge tersebut. Kalau budak-budak datang sini..mesti depa seronok..jangan depa tak mau balik sudahh..
Inila unit kami. nampak kecik kan...tapi boleh masuk 8 orang tuuu... Ruang dalam it's just basic sama ajer macam lodge/motel/hotel yang lain.
Jiran-jiran kami masih sedap tiduur...Zzzzzzzz
A lodge which had a good facilities, very comfy, pleasant peoples to deal with. Our stay was relaxing trouble free, booking was easy. Would recommend this park to anyone who wants to stay in a home away from home.
Sederet ni pulak..ialah nama-nama negeri sekitar south nz
Konsep yang sama jugak...just drop the key at the reception before checkout.
Ni tempat pembuangan sampah. Bersih kaannn??
This is where the kitchen, toilets, laundry room, gym located.
The signage
Checkout time. Bye Dunedin....InsyaAllah we will come back again..:)
Ni pejabat newspaper depa...mcm NST, Berita Harian..haa..camtulaa..:)
Kat sni, bandarnya lebih developed banding kt Queenstown & Christchurch. Banyak tempat tempat-tempat shopping, art gallery, garden2 dan macam2 lagi.
Nie kat center of Dunedin..macam-macam ada kat sini..information center pun ada.
It's spring...so colorful sketla town ni.
Dah macam kat hengland kannn..:)
The Octagon
A cup of coffee is a must every morning..:)
Ada roti...ada telur...ada vege...suka the way they deco this meal look so yummeehh!!!
Kedai ni ramai orang datang..saya tak ingat nama kedai ni. Lama jugak kami buang masa kat sini..service dia slow jugak..huhuhu. Mujur bfast set dia sedappp!!
Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke nz ni..bandar Dunedin ni tidak asing lagi bagi mereka.. Disinila University of Otago ditempatkan. Kami sempat singgah kat sini dan amek gambar kt sini.. Tak dapat belajar kat sini...dapat bergambar pun jadikla..:)
Inila universiti tertua di nz dan dibuka pd tahun 1869. Saje kami masuk ke uni sbb nak fefeeling belajar la kononnya.. sbb uni ni yg paling tua maka bangunan2 dalam ni adalah mixture bangunan baru dan lama. Salah satu bangunan menarik adalah clocktower complex belakang saya tu.. Dulu bangunan ni adala post office tapi sekarang dah jadi part of uni. Memang tak ada activity sangat kat uni ni. Kami jalan sukahati kami aje..sebab cantik kami snap gambar sana sini la...:)
Tunnel Beach ni memang tak asing lagi bagi para pengunjung2 yang datang ke Dunedin. Jaraknya lebih kurang 10km daripada town. Permandangan di TB ni sangat cantik.. Kat sini kita boleh tengok bagaiman proses semula jadi penghakisan tebing-tebing pantai dihakis ombak laut. Sangat cantik I tell youuu..!! Tapi, tempat ni sangat tak sesuai untuk pengunjung yang mempunya masalah kesihatan sebab track untuk turun ke tunnel beach tu sangat jauhh. Kalau penat tengok dari jauh ajerla..hehehe..
Nak sampai Tunnel Beach dah ni...turun bukit tu belok kiri.
Kami sampai TB dah agak petang jugak. Nak turun ke cliff TB ni mencabar sebab tracknya sangat steep. Lepas tu, nak naik balik memang lagi la sakit kan..huhuhu. Termengah-mengah kami..:( Dah la tak pernah hiking..sekali dia bagi..haaa hambeekkk..jenuh mendaki la kami..hahahaha.
Nampak cun kan jalan dia...cuba uolls jalan tengok...curam ya amat..:(
Itula Tunnel Beach..mana jumpa kat mesia ni..hehehe
Dari kejauhan..Subhanallah..cantikk!!
Tengok hujung sana...langit dah mendung...hujan akan turun at anytime...bimbang takut kami tak sempat sampai atas..uhuukk uhukkk.
If we walk along the way sampai bawah tu...ada terowong ada tangga untuk kita turun ke bawah, kawasan pantai tu. Kalau air tak pasang, boleh la turun. Ada terowong gelap ye..memang tak ada lampu la..dah nama pun tunnel kan. Kalau tengahari maybe cerah lagi.. Tak ada jodoh kami masa tu...keadaan cuaca masa tu tak mengizinkan kami turun sebab macam nak hujan. Fikir balik nak kena memanjat nuunn...haaihhh..:(
Masa ni ...segala sakit mendatang...sakit lutut..sakit pinggang...sakit tak boleh balance nak jalan... Sambil-sambil tu..nak tergelak pun iyea jugak..hahahaha.
Tak tahu apa motif letter box kat sini.. Sebab tak nampak pun rumah sesapa kat sini. Mungkin ada kot dipendalaman nuunnn ...lokasi rahsia or private property ke yang postman tak boleh nak masuk.
Kami singgah sebentar kat St Clair Golf Club. Sebab our madam nk beli t-shirt golf kat situ..hehehe. Saya pun beli jugak sepasang untuk TY..please jgn convert..please please... Tapi beli untuk my dad tersayang i don't mind spending!!
Sebenarnya nak tunjuk cover kayu golf tu patung teddy bear..hehehe. Tak taula sapa ownernya...lama jugak kami kat situ...tak juga muncul-muncul owner dia. So, apa lagi bergambar ajer. Nak la mintak izin kann..sat lagi depa kata apa pula...tak helokkkkk gituu...:) :D
Sementara tunggu our madam shopping dalam club house tu...kami jalan-jalan cuci mata tengok keindahan kawasan situ. Best la main golf kat sini sebab dekat dgn beach. Tapi, yang tak tahan tu..bahang panas akan terasala kalau musim panas. Ni musim bunga..so just niceelaaaaa kalau nak golfing kt situ.
Ok dah...jom kita pi cari makan pulak. Our next stop is at Timaru. It's about 3 hours slow drive from Dunedin. Along the way ada lagi a few attractions..sebelum tu kita cari kedai makan dulu.. Preferably fish & chips. Sebab, makanan tu la yang kami rasa selamat untuk dimakan dan kenyang sentiasa dengan portion yang besar gedabak boleh makan untuk 2 orang.
Small town.
Kami cuba nak makan kat sini..tapi was was tahap halal dia... Sebab manage by chinese ppl. So...next..!!
Kedai ni best...tepi mainroad aje. Managed by matsalleh la of coz...hehehe. Walaupun tak berapa nak friendly dengan weolls...sebab depa tengok kami muka orang luar.. Lantakklaa..kami ni nak makan. So, nak tak nak kena jugakla depa layan kami.
Memang besaq gedabak..sampai kami tapau bawa p Timaru la sambung makan kat sana. Kat sana depa kedekut cili sos. Kita ni tekak orang melayu nak la makan rasa pedas-pedas gituuu.. Ni plain ajer rasa dia. Kalau nk sos..kena beli tauu.. Beli jugak la sos - $1 size sebesar packet sos mcD tu..huhuhu..sedihhh
We were driving from Dunedin to Timaru and decided to do a quick stop to check out the Moeraki Boulders..!!
Nampak aje signboard ni..maknanya kita dah sampai Moeraki Boulders
Inila
bangunan cafe & souvenir shop di Moeraki Boulders. Design bumbung pun depa buat ala-ala batu
jugak. Ada pengunjung lepak kat situ..sebenarnya kami nak tanya kat mana ada light house sekitar kawasan sini. Sebabnya dari perjalanan kami ke MB ni kami nampak light house, tapi tak nampak signage simpang masuk ke apa ke. So, depa pun bagitahu direction to the lighthouse. Kami akan terjah situ selepas tengok MB ni.
Tangga ke MB
Kami turun ke
kawasan pantai untuk tengok lebih dekat batu-batu bulat besar ni..yang
dikatakan terjadi secara semula jadi..semuanya dgn izin Allah.
Rasanya ada
dalam sekitar 50 biji bebola ni..dan zaman dulu ada lagi banyak dari sekarang
ni. Variety of sizes..kecik..besar... Kalau hat kecik tu..boleh kita amek kot buat souvenir..kekekeke. Tapi tulaaa...semuanya besaq-besaq..kami amek gambaq ajerla..:)
Moeraki
Boulders dikatakan telah terbentuk sekitar 60 juta tahun dahulu (Wallahu’alam). Dunia ni milik Allah...hanya Dia sahaja yang
tahu bagaimana kejadian Moeraki Boulders
ini terjadi dan bilakah ia wujud. Bebola
ini mengikut kajian mengatakan ia terhasil daripada proses pemendakan mineral daripda
bawah tanah. Ia seperti disemen. Jadi faktanya, permukaan luar bebola ini
lebih kukuh & kuat berbanding struktur dalamnya. Sumber dari en gugel.
Kami luangkan masa dalam 15-20 minit jugakla untuk snap gambar kebabom kat sini..Tak tahan sejuk sebenarnya...kalau amek gambar tepi laut ni kenala tahan sejuk....kalau tak tahan tu..harap perap sajor dalam kereta..hehehe.
On our way to the lighthouse. With the info given by them earlier..harapnya kami jumpala lighthouse tersebut.
Sepanjang jalan ke light house...kami tak jumpa apa pun petandanya. Hingga ke hujung jalan simpang naik turun bukit..pun still tak jumpa jugak. Tapi dalam kesesatan, view memang cantikla kawasan ni.. sbbnya matahari dah nak turun..kawasan persekitaran nampak cantik sangat. Rumah-rumah kat situ terletak kat lereng-lereng bukit mengadap mengadap laut..boleh tengok sunset hari-hari..cantik sangat!!
Dah la cantik..kawasan persekitran pun bersih sangat. Kagum sangat cara depa menjaga kebersihan kawasan rumah depa tu.
View depan rumah lereng-lereng bukit tu tadi. Memang tenang betul kalau dapat duduk depan rumah...kat balkoni tu sambil minum coffee layan perasaan tengok matahari turun kann...cewaahh..hehehe
Ni kiranya dah penghujung jalan dah ni..tak jumpa jugak mana lighthouse ni. Tapi kami jumpa kawasan ni jauh dipendalaman.
Kambing ni pun dah nak balik kandang depa dah...sebab masa kami sampai kat sini matahari dah nak turun. But, view still the vass kebabom lagi masa ni..hahahaha
Depa ni memang suka makan...itu ajerla routine harian depa...baguih depa ni..lepas makan ...lepakk....lepas tu makan balik...lepas tu lepak....hehehehe.
Kami sesat sampai sini...kami tak tahu nama kawasan ni..tapi view sini cantik..atas bukit blue sea..sejuk..tenang...aman..damai.
Kat mana kita ni sebenarnya...?!?! Where is the lighthouse..??
Ada macam monumen kat situ...something to remember.. Mungkin cerita asal usul perjumpaan tempat ni kot.
Help..help..!! Where is the lighthouse..!!
Dengan perasaan kecewa..moh la kita balik... Kita ke Timaru la pulak... Bila kami nak susur jalan keluar..jalan ke mainroad. Ternampak sekecik-kecik sighboard "To the lighthouse" . Breakk!! Turn left..berdesupp la kami ke lighthouse...ada jodoh kami lagi dgn lighthouse ni rupanya...hehehehe
On our way to the lighthouse..kami ditemani lembu-lembu pulak kali ni.
Kebersihan jalan depa tahap A++. 4km of unsealed winding road leads to the lighthouse which is pretty but fended off so you can't walk around it as there are signs saying private property no entrance.
Yeaaayy!! We're approaching to the lighthouse..hujung jalan nunn... can you guys see that?!?!
Finally!! Sayangnya bila kami sampai situ.. dah tutup!! Tak per...kami redha.. Kami syukur jumpa juga kami dgn lighthouse ni. Ada lorong sekitar lighthouse ni yang membenarkan kami tembus ke secret area..dimana kita boleh tengok penguin!! Kami ikut saja lorong kecik tepi lighthouse. Along the way tu..ada rabbit cross depan kami. Banyak okey!! Lari dari kami..cute sangat!!
Hello..I'm Katiki Point Lighthouse !!
Tengok apa kami jumpaa..? Jom kita explore tengok penguin..
Penghujung lorong kecik tu..inila dianya... Boleh tengok penguin pulang petang orang melayu cakap..hehehe. Nice long walk but worth it to see the penguins coming ashore in the evening. Do not go too close as you will stop them taking food back to their chicks.
Tu atas batu tu..ada 2 ekor penguin..nampak tak?
Kat bawah tu..dah nampak dah beberapa ekor kat tepi laut tu.
There is a penguin hide down a steep dirt track that we did go down as we would not have seen any penguins yet.
Jengg..jengg..jeng...zoomm hp camera ni. Inila hasilnya..mujur clear..:)
Kami puas hati...rezeki kami jumpa dengan lighthouse...dan jugak penguin. Free pulak tu..tak payah bayar..legaaaa.. Some other places kalau nk tengok penguin u have to pay.
Dikejauhan on our way out..nampak seekor kuda ni. Nampak bayang kuda berlatarbelakangkan sunset..: :D
Tamat sudah journey kami untuk hari tu..dapat cover bandar Dunedin, Tunnel Beach, Golf Club, Moeraki Boulders, Katiki Point Lighthouse + Penguins. What a journey.. kiranya agak lewat jugak kami sampai di Timaru.
Di Timaru kami check-in di Top 10 Holiday Park. We arrived there at about 9.00pm++. Mujur depa tak cancel our booking. Masa kami check-in, siap tanya are you ms sulaiman? Sapa lagi yea dakk..? Dapat lagi rezeki bilik kami diupgrade..sebabnya banyak kosong kot kat situ..and tengok kami melepek semacam ajerkan ..keletihan sebenarnya. Sepatutnya unit kami macam unit sebelum-sebelum ni la..which is the toilet kat luar share with other guest. But, this time..we managed to get 1 unit which is everything is in the house!! Alhamdulillah..!! Syukur tu kaannnn..:D Jadi kiranya tak payahla kami bersejuk gedik nak keluar ke bilik air kan...tak tertahan dah rasanya...huhuhu. In future, kami akan booked lodge with attached bathroom/toilet. Takperla bayar lebih sikit pun..hehehe. The next entry I will tell about this holiday park yea.
The next entry I tell about Timaru pulak..
Till thenn....stay tune...:)