Monday, 27 November 2017

Tips-tips naik flight


Salam to all my dear friends and family

Dah lama saya observed perkara ni, meh saya nak share sket tips sebelum boarding..:)

1. Kalau naik kapal terbang tambang murah, beli sajalah luggage tu! Bukan mahal mana sangat pun..:)

2. Kalau naik kapal terbang tambang murah lebih 2 jam, beli sajalah makanan tu. Less than 2 hours..rasanya boleh tahan la kan perut tu.

3. Kalau nak rasa diistimewakan dengan hidangan awal, sentiasa pilih special meal; samada makanan muslim, makanan kosher, makanan vegetarian, makanan seafood dan lain-lain. 

4. Taknak beratur panjang masa check in di terminal, buat web check in dan terus pergi ke kaunter kelas bisnes. Kalau bernasib baik, dia boleh layan terus. Kalau tidak, mungkin dia akan tunjuk di mana kaunter ekspres. This happen in Brunei, kaunter kelas bisnes kami buat check in.

5. Semasa beratur panjang untuk semakan di sekuriti, elakkan beratur di belakang penumpang banyak luggage kabin macam family yg ada anak kecil, orang tua, atau penumpang berbadan besar. Beratur kat belakang solo traveller dan penumpang berbaju  yang pakai kemeja atau berkot kerana mereka ini lebih efisien dan lancar.

6. Di kaunter imigresen, pegang pasport, pegang tiket dan pegang borang imigresen jika ada - dan serahkan item-item ini kepada pegawai imigresen. Kosongkan tangan jangan pegang handphone atau apa-apa item. Tak perlu senyum, tak perlu sembang. Jawab apabila disoal, buka cermin mata dan topi apabila diarah, sediakan tangan untuk cap jari. Hafal atau tulis alamat destinasi dan tarikh pulang to be safe.

7. Caj telefon dahulu, caj telefon dahulu, caj telefon dahulu!!! Jangan anggap semua penerbangan ada port USB.

8. Pergi tandas sebelum naik pesawat. Dalam pesawat nak bergerak ke tandas memang sempit, nak kena mintak orang sebelah bangun, bergegar, air di tandas pun lain semacam.

9. Masuk naik pesawat seawal yg boleh. Tak perlu berebut tempat letak beg di kabin.

10. Elakkan letak beg bawah kaki. Lunjurkan kaki biar selesa. Kalau dapat duduk kt Exit door lagi best sebab ruang kaki yang lebih luas. Boleh request upon check in kat airport tu pun kalau flight tak penuh.

11. Nak tidur selesa, silangkan tangan (dilitupi oleh jaket atau selimut) dan silangkan kaki. Jarang dapat tidur selesa dengan melunjurkan kaki, walaupun ada 2-3 tempat duduk kosong bersebelahan.

12. Bila makanan sampai, mintak air mineral atau air kosong lebih.

13. Habis makan, terus letak sudu garfu pisau dalam plastik yg asal. 

14. Kalau penerbangan lewat, bagitahu anak kapal yang kita ada penerbangan sambungan (bagitahu flight apa dan pukul berapa), atau bagitahu kena naik tren dan bas sambugan yang tak dapat dielakkan. Kalau bernasib baik, kita  dapat keutamaan keluar awal.

15. Bila keluar, terus hadap ke imigresen dan bagasi. Kalau nak pergi tandas atau nak main Wifi, semasa menunggu luggage kita.

16. Sekiranya transit, keutamaan paling tinggi ialah cari pintu untuk penerbangan seterusnya. Sekiranya pintu belum muncul dalam skrin, tanya pegawai setiap 5 minit mana pintu. Orang jarang terkandas di transit sebab sekuriti, orang selalu terkandas kerana lewat menuju ke pintu.

17. Isytihar semuanya pada pegawai kastam. Senangkan kerja kita dan kerja dia.

18. Kalau ada masa di terminal ketibaan sebelum bertolak ke destinasi, beli air, beli kopi dan gosok gigi. Terutamanya selepas perjalanan panjang.

19. Jangan mengharap Uber di terminal ketibaan sangat. Kadang-kadang wifi tak berapa bagus (melainkan pakai data internet), kadang-kadang pemandu Uber pun takut dengan abanglong teksi-teksi ni.

20. Enjoy your journey and be graceful. Akan ada perkara yg tak seronok berlaku dalam perjalanan, tetapi ia adalah sebahagian daripada pengembaraan. Takda guna muka masam. Senyum saja. Orang lain pun tak rasa berat nak tolong kita.

Sekian..:)


Wednesday, 8 November 2017

Sapporo - Day 6 & 7


Salam to all my dear friends and family.

Sorry for the long delay..agak kebizian sket lately.  Sekarang macam ada sikit masa terluang, must as well I write something for this Sapporo trip.  Tak banyak dah pun..sikit ajer lagi.

Ya Allah...dah nak balik dah ke?? Alaaa..cepatnya masa berlalu..:(  Tak puas rasanya bercuti kat Sapporo.  Sapporo ni cantik..tenang..tak sesak.. Rasa macam boleh je duduk sini lelama..hehehe.  Well, rasa macam ada lagi souvenir tak beli lagi ni.  Not only souvenir, some of personal things yang patut kita beli for ourself kan.  Consider macam reward kita la..shopping untuk diri sendiri..beli something yang kita boleh pakai..boleh guna untuk kita and close family.  


Memandang kami dah nak balik dah esoknya...hari ni memang ALL OUT la shopping sampai tak menang tangan semuanya.  Lepas breakfast, kami ke Hokkaido University.  Sebab nak beli T-shirt.  Ramai-ramai beli T-shirt kat sana sebagai kenangan.  Harga..boleh tahan jugakla mahalnya.  Beli jugakla..sebab tak tahu bila lagi nak datang sini..beli aje. Tak rugi pun..beli untuk diri sendiri..kegunaan sendiri jugak..mahal pun tak pe..puas hati..:)


Kami ingat hari Sabtu tutup.  Rupanya bukak..emmm elok sangatla kan boleh kami memborong kat sini :)



View depan HU.


Kat sana, depa letak merata basikal camni.  Tak kalut pun nak kunci ke apa ke.  Letak aje situ, insyaAllah tak hilang.  Memang tak hilang..jangan la risau.


Cantik-cantik  basikal kat sana...macam-macam brand ada.  Brand yang tak pernah dengar pun ada. Kat sana..tak kira penyapu sampah atau CEO syarikat, naik basikal ke tempat kerja dah biasa for them.  Pakai baju suit segak-segak naik basikal..tak kisah pun. Tapi kat Msia tak sesuaila kot...sebab tak ada laluan untuk basikal..mati katak plak tak pasal-pasal..:D


Dari HU, kami set GPS ke Mitsui Outlet Park...tak faham betulla..kenapa la suka nau bawa jalan masuk toll ni.  Mahal tau toll kat sini..:(  Takpe lalu ajerla..dari kami jauh memusing tak tentu hala...ikut ajela gps ni..janji kami selamat sampai tempat yang kami nk tuju.


Lepas dah selesai kt HU ni, kami ke Mitsui Outlet Park. Mitsui ni merupakan pusat membeli belah barangan berjenama yang terbesar di Hokkaido. Jepun ni syurga dunia untuk yang kaki shopping.  Kat Jepun semuanya ada!! Bila dah datang sini sila kawal diri sendiri sebelum pokai..:):D. 


Banyak cite pasal shopping kan.. Yess..kita ke Mitsui Outlet Park.  Best jugak Mitsui kat sana..ada East and West wing.  Boleh tahan besar jugak Mitsui kat sana.  



Besar shopping mall kat sini, kami pun tak habis explore.


Hasil dagangan cousinku... Medium & Small luggage di Samsonite!!  Murah beb harga luggage tu.  Kalau kt Msia, Medium tu mau dlm 1k++.  Kat sini, below 1k.  Apa lagi..beli la sebab murah tuu.  Samsonite memang brand terkenal kan.  Tak menyesal pun beli..puas hati lagi ada...hehehehe.  Sapa yang bercadang nak beli luggage murah kt Jepun, boleh datang sini..beli la kt Mitsui Hokkaido..puas hati.


Boleh tahan lama jugak kami kat sini.  Dari pukul 11am lebih camtu...janji nak jumpa balik pukul 3pm..tak ada sapa lagi yang sampai dari group kami.  Sementara menunggu tu kami lepak dulu kat Aunty Anne sambil mengopi.  Nak tau depa semua smp pukul brapa? 4pm++ okeeyyy...!! KO rasa??? Ni la janji melayu kan?  Takpela...sabar tu separuh dari iman..hehehe.  

Sepatutnya kami nak pegi lagi 1 tempat cantik kat Sapporo ni, Makomanai Takino Cemetery.  Memang ada dalam itinerary yang saya dah plan. Jangan ingat cemetery ni kubur tau...:D :D  Nak tau more details..sila google nama tempat tersebut. Memandangkan kami dah terlalu lambat nak terjah tempat tersebut...dengan perasaan yang duka lara derita gituuu...terpaksa la dilepaskan jugak ..huhuhu.  Kenapa nak pegi sangat kat sana?  Sana ada Stonehenge.  Ala..Stonehenge yang macam kt UK tu.. kt sini pun ada jugak tau..but smaller.  Tu yang saya nak pergi sana tu nak snap gambar ..mengamit kenangan saya masa g Europe dulu..huhuhu.  Pendam ajerla..huhuhu..sedihhh..huhuhu.


Gambar cilok kt google..:(


Lagi 1 is Historical Village of Hokkaido Park.  Tempat ni kita boleh tengok suasana Hokkaido tradisional zaman pertengah era ke 19 hingga ke awal tahun ke 20..kat sini ada 4 main area which include The Town, Fishing Village, Farm Village and Mountain Village.  Yang bestnya kat sini, pelancong boleh ikut sama aktiviti depa ikut musim.  Contohnya, kalau pergi musim bunga..boleh tengok depa celebrate Girls Festival (hina matsuri) dan Kids Festival..  Kalau pergi musim panas, ada Start Festival, kalau pergi musim luruh boleh join depa Moon viewing. Then kalau g time winter, boleh beljar buat mochi, and celebrate Christmas.



Gambar cilok kt google..:(

Kiranya those 2 places kami tak sempat nak terjah on that day.  InsyaAllah next trip kami akan make our plan kena jugak datang sini..no matter what happen!!

Next, lets go to Sapporo Station.  Kenapa g Sapporo Station..apa ada kat sini? Sini pun  macam-macam ada.. Shopping mall underground pun ada kt sini.  Nothing much to do here..menghabiskan sisa-sisa masa yang terluang ajer ni.  Shopping souvenir sikit-sikit kat sini.  


Macam kain perca kat siling tu kan.  Bila kita amati dekat-dekat..memang kain pun.  Cantik pulak depa deco camtu..unik.


Ni entrance JR Train.  


Sebahagian wall yang terdapat di Sapporo Station ni.  Diperbuat dari berjenis-jenis batu.


Salah satu kedai kimono yang terdapat di situ.  Kita boleh sewa dan jugak beli kimono kat kedai sini.  Harga saya tak ingat...tapi agak mahal jugak.



Okey...meh saya nak citer pasal kedai Sabon Gourmet ni.  Nama pun sabun macam product sabun harian kegunaan kita kan.  Tak sangka kt sana pun depa sebut benda yang sama.  Tapi, kedai ni more to macam hand cream, body lotion, body scrubs, sabun pun ada jugak.  Layanan memang 1st class.  Saya hanya beli hand cream, harga jangan tanya...hehehehe.  Dia punya layanan macam saya beli the whole product Sabon ni.  Sebabnya, dari kami masuk kedai tu, dia tunjuk cara pengunaan, cara basuh, cara sapu, cara keringkan..sehingga la saya terbeli cream tersebut.. hehehe.  I mmg layu kalau orang layan I baik-baik camni..rasa mcm puteri raja gituuu.  Bila dah siap bayar, dia tak bagi saya amek terus paper bag tu...siap dia hantar saya kat luar pintu kedai lagi, then only dia bagi barang saya tu.  Tu yang terciptanya gambar kami berdua depan kedai Sabon Gourment ni.  Berkali-kali 'arigatou gozaimas' sambil tunduk hormat.  Depa jenis sopan santun tunduk hormat kat kita.. Smp kita pun dah terbawa-bawa budaya camtu.  Which I like it so much..:)  Org hormat kat kita...kita pun hormat kat depa balik kan..:)

Selesai semua, kami terus balik rumah.  Keesokan harinya kami dah nak balik KL.  Barang-barang kena kemas..flight pukul 9.30am.  6am kena keluar rumah.  Pkl 3am kena bangun bersiap.

Berakhir sudah hari ke 6.  Saya sambung terus hari ke 7..final day.

3am kami semua dah bangun, mandi, bersiap.  Rumah yang kami stay tu.. kena kemas semula seperti 1st day kami sampai situ. 


Pening kepala nak fikir nak susun luggage masing-masing macamana.  Akhirnya berjaya jugakla..keh keh keh.



Morning sun on our way to the airport.



Kami semua turun sini dulu.  The rest hantar kereta.


Alhamdulillah nice weather.  Tak macam kami mula-mula sampai aritu.


No delay...Alhamdulillah.



Queing for check-in.


Queing for boarding.




Bye Sapporo...till we meet again next year... InsyaAllah..:)

Berakhir sudah entry Sapporo saya kali ni.  Apa yang boleh saya cakap kat sini, cost makan kat sini mahal jugak..sayur, buah, lain-lain jugak.  Mujur kami masak kat rumah..makan food yang kami bawa dari Msia.  Cakap mengenai entrance fee, tempat-tempat yang kami kunjungi tak ada plak entrance fee.  Tempat-tempat yang kebabom cantik giler..free tau kat sini..which I loikkee!!  Rasanya kalau ada cash RM2k - RM4k tu dah boleh datang Hokkaido ni.  Sewa kereta...explore tempat cantik-cantik kat sini..jalan dengan geng yang boleh kamceng uolls barula happening!! Trip kat sini..boleh dikatakan convenience jugak...system transportation kat sana memang efficient giler..!!  Local people yang hormat kat kita...suasana sana pun menarik.  Jika ada kesempatan saya suka jugak tinggal kat sini..tak serabut kepala.  Tenang...aman...bersih...tertip...tak huru-hara...tak bising..sopan-santun...cakap pun polite...senyum... Memang culture depa kat sana camtu.

To those yang belum pernah experience macam saya ni...sila la datang sini.. Saya sangat-sangat recommend Hokkaido ni.  Kami dah pun plan to come here again next year...autumn/winter.. InsyaAllah.