Salam to all my dear friends and family
Girls trip glamping kat Gopeng. Baru tak baru gak la buat booking ni. Kebetulan duk fyp kat TT kann...terusla booking cottage baru siap kat resort tu. Gamble je booking ni. Amek date 2nd Friday of the month...mmg keje half day je hari Jumaat tu.
Let's go to Gopeng gaisss!
Kami singgah dulu makan nasi bamboo kat Sungkai. Hari Jumaat mujur la orang tak ramai..kami semua boleh amek lauk dengan aman damainya.
Lauk-lauk yang berjaya kami pilih.
Nasi bamboo.
Dah kenyang...jom continue g Gopeng!
Selfie duluuu...!
Jalan masuk ke glamping area. Kita masuk kawasan rumah kampung-kampung dulu.
Lalu jalan kelapa sawit. Mujur tak hujan...kalau hujan mau lecak kawasan ni. Keta pun sure kotor punyala dengan selut bagai kan.
Inila cottage kami untuk 2h1m. 1 malam RM300++ Syoq juga..buka je pintu nampak pool. Tak yah g jauh-jauh nak terjun kolam kan. Kalau nk g sungai pun tak jauh jugak...jalan dlm 5 minit dah sampai sungai.
Cottage kami No. 1 Park kete belakang rumah ni je senang. I like!
View depan cottage kami camni...bestkan?! Tapi kalau tengahari rembang camni, tak yahla cari pasai nak terjun kan. Tunggula petang-petang sket..haaa barula feel nak mandi kolam.
Sungai tak berapa jernih...keroh sket airnya.. Takpela ni pun dah seronok boleh mandi manda.
Tak kisah sangat dah keadaan sungai tu...air dia punyala sejukkkkk!!!
Kami tengah tunggu breakfast masa ni. Normally bfast siap at 7am camtu. Ni 8 - 8.30am masih tengah setup. Takpela...kami OK je pkl brapa pun, janji breakfast provided.
Jom makan gaiss...! Basic menu je, nasi lemak, mee goreng, roti bakar, teh tarik. Jadila tu dari tak ada kan..:)
Morning view depan cottage.
Ni 2nd pool. Ramai sket la kat sini, compare tempat kami tu. Apa2 pun kami suka pool depan cottage kami. Lebih privacy dan tak ramai sangat.
Jom mandi sungai gaiss...sebelum kita check-out!
No difference ...macam semalam jugak kejadian airnya... hahahahaha.
Last pic sebelum balik.
Ehhh belum lagi...sambung kat pool plaaakk...:) :D
Itik ni kepunyaan group "Opah Lijah Family Day" depa tinggal kat situ...Kami pun tumpang pinjam bergambo.
Nice gak la itik ni as props kaann..:)
Okay..jom balik. Nanti kita datang lagi! Tempat ni memang fully booked! Make sure you gais yang nak booking tempat ni, selalu-selalula browse website depa ni..cari bilik2 yang available. Kalau tak mau penuh, kita boleh datang waktu keje...bukan cuti sekolah...confirm time tu ada bilik punyala!
Bole visit website : https://rockgardencampingresort.com/
Kami singgah Sungkai untuk lunch. Tak ingat nama kedai ni. Tapi lokasi dia depan sket je dari nasi bamboo. Dia jual mee udang, laksa, mee kari dan macam-macam lagi. Boleh cuba bila-bila tersinggah kt Sungkai.
Mee Udang
Bihun Sup
ABC
Berakhir sudah trip kami 2h 1m di Gopeng. Tak puas rasanya 2h1m ni, kena stay lebih lama...tuk boleh explore more activities kat sana. Bila-bila boleh try water raffting, ATV, rainbow slide dan macam-macam lagi. Ada rezeki umur panjang boleh datang lagi kat glamping site ni.
Sekian.