Wednesday, 29 May 2013

WA - Albany, Perth


Salam to all my dear friends and family.


Meh kita sambung cerita pasal tour saya ke Albany plak.  Perjalanan dari Perth ke Albany mengambil masa lebih kurang 4 jam 45 minit.  Campur tolak kali bahagi masa...lebih kurang dalam 5-6 jam lebih jugak lah..hehe.  Mana taknya...sepanjang perjalanan kami ke Albany tu...banyak tempat-tempat menarik nak kami explore.  Tak la banyak...tapi adala jugak new things kat sana yang  tak dapat kat Mesia ni.  Contohnya Rest & Relax, bandar-bandar kecil / their country side along Albany Hiway. 

Kami bertolak dari hotel pukul 7am no time to waste..long journey to go.  Bermula dengan lafaz Bismillah..kami gerak tinggalkan bandar Perth.  Moga-moga perjalanan kami smoothla hendaknya.  Memandangkan perut masing-masing dah minta di isi..1st pit stop kami berhenti untuk breakfast.






Threeways ni kalau tak salah at Springfield Road.  Threeways means – Fuel, Roadhouse, Tavern. We had egg sandwich and coffee for breakfast.  Kiranya ni macam R&R la.  Ada petrol pump, ada cafe, ada toilet, concept macam mini cafe gitu.  Surrounding situ pun tak sesak tak ramai orang.

Sepanjang hiway tu yang kita boleh Nampak...lembu...kambing biri-biri...tanah lapang seluas mata memandang...kereta pun jarang-jarang sekali.

Another pit stop.  Ni plak kat area Beauforts.  Concept Witches plak.  Dalam ni ada cafe dan jual barang-barang yang berkaitan dengan hantu...keh keh keh.  Betul tak percaya ce tengok gambar-gambar ni..


Dalam ni ada souvenir shop & cafe





Told you....heh..heh..heh


Ladies – Witches / Mens – Warlock –
Coollll

Akhirnya kami sampai di Albany.  Terus kami check in at 1849 Backpackers. Rehat kejap..solat lepas tu kami jalan-jalan sekitar bandar comel Albany.  Kenapa comel? Bandar dia kecik aje...:) Macam biasa...pukul 5pm semua dah tutup..yang buka pun chinese restaurant..huhu.  Sebelum gelap kami kena cepat-cepat cari makan.  Pukul 6 dah gelap..adusss... Apa lagi yang boleh kami makan? Fish & Chips ler .. Mujur ada 1 aje kedai yang bukak petang tu.  Terus kami beli.  Malangnya tak boleh makan kat kedai its take away concept.  Well, take away pun ok..pandai-pandaila kami cari pot makan. 


Tempat penginapan kami di Albany..:)

1849 Backpackers, Albany
45 Peels PI Albany WA 6330
Australia
Phone : +61 8 9842 1554



Information board. Segala info mengenai Albany ada disini.


Souvenir shop


Roundabout pun bergambar jugak 




Sekitar bandar comel Albany




Kat sini la take away F&Cs.


Port terbaeeekkk di Albany..makan kat park okeyy...sejuukkk gedikkk...!!


Menjelang malam aje...inila hasilnya...charge segala-segala..hp, camera, power bank..keh keh keh.


In our room. Selesa sangat 2 katil double decker.  Bilik air kat luar, jangan risau tak campur pun lelaki & perempuan.  Sangat..sangat..sangat bersih! Boleh stay kat sini lagi..insyaAllah.


This is living room..ada mini library..mini info...boleh tengok tv jugak kat sini.



Time to check-out to our next destination.






This is at Fisherman’s Beach dekat aje dengan The Gap. Ntah macamana ntah En Gamin bawa kami masuk salah simpang tu yang kami jumpa beach ni.  Ala-ala Batu Ferengghi kat Penang..tapi kat sini lagi privacy tak ada gangguan langsung...beach yang sangat bersih..crystal clear water...i like!



Tengah mencari kat mana sebenarnya The Gap nih...?!


Bergambar dulu...nanti cari The Gap tu...:)


Tadaaa!! 


Crystal clear water...jernih airnya


The Gap, a 24 Meter drop to the sea, and the Natural Bridge, a monumental span of granite demonstrate the awesome power of the sea when a heavy swell is running.  This is dangerous and unpredictable coastline.  You  must take care when visiting this area. Lives have been lost here.




Suasana persekitaran di The Gap & Natural Bridge




Signboard harus bergambar..:)








Batu yang bercantum







Permandangan yang sangat superbb!!


Pieceeee!!



Selesai sudah sesi di sini...moh la kita gerak.  Banyak-banyak gambar kat sini orang jemu plak nak tengok..heh heh..heh. 

Our next journey is to Augusta.  


Wednesday, 22 May 2013

WA - Perth


Salam to all my dear friends and family.  Sihat ke semua..?

Ramai yang tak sabar nak tahu mengenai pergembaraan saya ke Perth.  Kembara ke? Hehehe...tak la kembara...cuma jalan-jalan sambil bercuti

Kami self drive dari North Perth hinggala ke South Perth..to know more..sila baca hingga ke akhir blog ni k.  Jangan baca separuh-separuh..tak syok sebab tak tahu head and tail. Saya banyak buat research mana tempat-tempat yang best-best kita boleh explore.  Berapa jauh perjalanan dari setiap daerah ke daerah yang lain, so that kita boleh estimate time sama ada nak tidur kat situ atau terus proceed ke next destination.  Research lagi apa yang ada kat tempat-tempat tu nanti berapa cost nak masuk, timing kat sana, cuaca kat sana, etc etc etc.  Tebal jugakla buku itinerary saya yang dah saya compile untuk our tour ni.  Kami tak mengguna tour guide…so kami kenala pandai-pandai tour sendiri.  


Meh saya mula dengan suhu kat sana.  Kalau plan nak p sana kan kenala tahu suhu kat sana kan... Saya pergi musim luruh.  Boleh dikatakan musim bunga kedua kat sana.  Siang tak la panas sangat tapi bila malam suhu terasa sangatla sejuknya sampai ke tulang.  Siang suhu dalam 21 - 24◦C / Malam dalam 9 - 12◦C.  Saya memang terkenal dengan tak tahan sejuk..sepanjang kat sana memang pakai baju tebal.  Ada certain-certain picture tu nampak mat salleh pakai short ke...lenggan pendek ke...memang depa tu kulit buaya..keh keh keh.

Kami choose AA la paling murah...tu pun setahun book..pheww! Lamaa beb! Ok jugakla bolehla saya membuat more research mengenai negara kangaroo ni.  Penerbangan kami 5 jam 20 minit, syukur tak delay..lega.  ETD 11.55pm / ETA 5.20am.  Timing sana dengan Malaysia ‘sama’, tak payah nak tukar-tukar jarum jam k. :) 

Masa kat airport, kami dah memang standby untuk menjawab soalan-soalan2 cepumas pihak imigresen.  Jawapan pun dah memang standby dari Mesia lagi..hehehe.  Saya baca dari other bloggers, pihak imigresen sana strict! Kami bawa instant noodle aje pun.  So, masa kami ‘terserempak’ dengan depa...depa tanya bawa apa? (In English) Just instant noodle..heh..heh..heh.  Then kami pun terlepas zasss! Alhamdulillah.  Takut jugak bag kami ke buka kea pa ke kan..syukuurr!


Baru sampai airport..:)

Lepas kami tunai solat Subuh, kami terus ke kaunter Avis.  Kami dah booked kereta since kat Mesia lagi during Matta Fair.  Yupp Matta Fair sangat murah! Sampai sana lagi murah! Syukur Alhamdulillah...rezeki Allah bagi permudahkan urusan kami kat sana dapat harga murah-murah! Kalau nk pi mana-mana, boleh guna Avis service ni..recommended sangat! :) Our record semua dah ada dalam system depa, kami pergi kt kaunter terus Mr apa ntah nama dia tanya our name sebab dia memang menunggu ketibaan kami.  Dia bagi kunci & GPS (En Garmin), kereta pun dah siap kat parking Lot 15. 


Kereta ni yang kami sewa..comel..compact. Nampak tak bag-bag kami tu? Kami buat magic cara susunan bag dalam kereta tu..heh..heh..heh..:P

Masuk aje barang-barang dalam kereta, terus kami menuju ke Fremantle menggunakan En Garmin.  Dari airport ke Fremantle lebih kurang 20 minit je..tak jauh.  Lagi pun jalan raya kata sana lengang tak jam. 

1st destination is Fremantle.  Sebabnya kami ke sana dulu, nak shopping.  Bukan banyak pun nak shopping..sekadar beli cenderahati untuk close friends and family.  Lagipun E-Shed ni buka Jumaat, Sabtu & Ahad aje tau.  Bila kami sampai sana...kedai-kedai pun tak buka lagi.  Dudukla dulu kami lepak-lepak sementara tunggu kedai dalam tu buka. 




Surrounding E-Shed area near Fremantle.


Our 1st breakfast is @ Tasty Express Cafe. Makan Salmon Fish





Ini la E-Shed.  Plan baik-baik eaa..harap bersabar dan bawa-bawa bertenang bila membeli belah kat sini.  Memang harga dia sangatla membuat jiwa dan raga nak borong the whole shop!


Segala macam souvenir ada kat sini.


Beberapa hasil dagangan yang sempat kami sambar




Tadaaa!!...kiri kanan bag plastik hasil dagangan saya di E-Shed..:)

Then kami proceed to our hotel located at Stirling Street.  The Emperor’s Crown Backpackers.  Booking semua kami dah buat through online.  Sampai sana bawa confirmation booking show to them, then waaalaaahh...bilik siap! Bole kami rehat-rehat, solat dulu..petang sikit kami keluar semula untuk our tea time.  Hotel kami dekat sangat dengan Perth town...just walking distance...i like..! 


This is our accommodation di Perth.

The Emperor's Crown Backpackers
85, Stirling St, Perth WA 6805, Australia
Tel : +61 8 9227 1400

Sesiapa yang plan nak datang sini, boleh stay kat sini. Showers clean, rooms clean, everything is clean, never saw any trouble there, the location is excellent, 5 mins from anything you want in Perth! 



Jom jalan-jalan petang




Another souvenir shop..macam-macam nak beli...tapi bila convert...pengsan!





London Court



Coffee-coffee kat sini..sedapp!





Souvenir shop @ London Court






Happy face..:)



Perth City view from the King's Park 


Malamnya kami dinner di Cicerello’s Fish & Chips di Fremantle.  Memang famousla F&C kt Fremantle ni.  Nak tahu tak, kat sana pukul 6pm dah gelap gelita..5.30pm dah mcm marghrib..aduss...awalnya gelap kat sana. Pastu, kedai-kedai kat sana memang tutup pukul 5pm! Nak buat apa lagi ye dak...ronda-ronda je la.


Our first dinner @ Cicerello's Fish & Chips, Fremantle


Tengah tunggu our order


Perut dah kenyang senang hati...:)




Private jetty pun kami redah...heh..heh..heh



Sekian sudah cerita untuk hari pertama kami di Perth.  Jauh lagi perjalan kami nak tour WA.  Tunggu k...