Tuesday, 26 September 2017

Sapporo - Day 2


Salam to all my dear friends and family.

Kemana kita hari ni? Sepatutnya ada a few places we can explore on that day. Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan..kami terhadkan hanya explore certain-certain place within walking distance sahaja.

Earlier plan is to go to Hokkaido University Campus, Shiroi Koibito Park, Nakajima Park, Susukino, Red Brick, Clock Tower, Sapporo Factory.  End up hanya - Odori Park, Sapporo TV Tower, Red Brick, Sapporo Factory sahaja.  Tempat-tempat ni semua either just walking distance or boleh naik subway. 


Pagi-pagi kena hantar our delegates to Hokkaido Uni dulu.  Conference starts at 8.30am.  Lepas dah hantar depa, then kami balik bersiap, breakfast etc and out u go. 



Early morning traffic di Sapporo



Ada pokok apple tengah-tengah jalan tu.  Yang peliknya buah lebat dan tak hilang pulak tu.  Baguih sungguh depa ni...buat lebat camtu tak hilang.  Kalau kat negara kita ni..tinggal dahan je dah rasanya.


Dari aptmt kami station subway tak jauh..6 minutes walking distance.  Sebelum nak jumpa station tu, memang kena sesat larat la dulu..ntah mana-mana hala kami terjah tak jumpa stationnya.  Merata orang kami tanya subway ni.  Akhirnya jumpa jugak stationnya.  Memang tak jauh..tapi sebab tempat ni kami tak biasa so..confirm sesatla kami semua ni.  Orang sana English depa tak berapa nak faham.  Kenala bercakap macam ayam dan itik..huhu.


Beli daily pass, harga 830 yen - RM31 (weekday) dan 530 yen - RM20. Valid untuk sehari sahaja with unlimited subway rider.  Naikla sampai lebam kemana sahaja.  Kalau nak guna lagi esoknya, beli daily pass lain.  We as a tourist this pass is cheaper.  If not 1 trip aje is 200 yen - RM7.50.


Menuju ke Odori Park.


Dari Misoho Station ke Odori Park, Toho Line.



Suasana dalam train.  Majority semuanya buat hal masing-masing.  Tengok phone, baca buku, tidur..tak dengar pun depa menyembang ke apa ke.  Yang dengar hanya suara kami sahaja.







Sapporo TV Tower ni tingginya 147.2m shj.  Lokasi tower ni kat Odori Park.  Kalau time winter, tempat ni memang port untuk winter festival yang famous tu.



Kat sana hujan shj tak tentu hala.  Mula-mula dia hujan..lepas tu redup...lepas tu stop.  Tak lama lepas tu..hujan balik.  Perjalan kami agak terhad pada hari tu..sbb gloomy day.



Sapporo Factory, shopping mall paling unik di Chuo-ku, Sapporo.  Macam berada dalam warehouse pun ada...macam rumah hobbit version melangit tinggi pun ada.  Dari luar memang tak sangka ni shopping factory, tapi bila dah masuk ke dalam..memang lain dari yang lain conceptnya.


Hujan baru berhenti masa ni... Sebelum kami sampai sini, kami berteduh dulu.  Lama jugak kami lepak kat situ sementara nak tunggu hujan berhenti.


Daun ni la yang cover dinding factory ni..macam maple leaves...cantik kan.


Dalam Sapporo Factory ni terdapat lebih dari 160 kedai fashion, souvenir ships, restaurants, cafe, cinema.  Bahagian atrium kat tengah ni ada restaurant/cafe kita boleh have a short break after a long day shopping kat sini.  Historynya, tempat ni merupakan Japan's first beer brewery dan kompleks ni masih mengekalkan dinding batu bata merah yang original.  





Di bahagian belakang Sapporo Factory, bangunan dia adalah bangunan lama, dulu bangunan ni merupakan kilang membuat beer.  Masih mengekalkan batu bata merah.  Dari sini, kami berjalan hingga ke Red Brick.  Agak jauh jugakla dengan hujan yang semedang turun tak henti-henti.  


Old Government Building ni jugak known as 'Red Brick'..bangunan ni dari jauh lagi dah nampak color merah dia tu..kat tepi bangunan ni ada pond kecik..tapi sayangnya tak sempat nak terjah sebab hujan..huhu.




Tempat ni open for public dan boleh masuk free of charge..so, tempat yang free harusla kita terjah dan selami traditional culture kat sana.. Nak juga tengok rupa bentuk dalam bangunan lama ni kan.  Datang jauh-jauh tak explore rugila kan.





Kat tingkat atas.



Model ni made of sugar


Hallway kat 2nd floor ni..dalam bilik2 tu ada exhibitions and historical artifacts dari zaman dulu-dulu.



View dari tangga tepi main entrance.






Autumn fest ni sebenarnya untuk memperkenalkan makanan yang terdapat di Sapporo.  Macam-macam jenis desserts, fruits, cakes, vegetables, jams, ice creams..etc etc etc


Masa kami sampai kat sini..most of the stalls dah nak tutup.  Kat sana gelap awal by 6pm dah gelap..huhuhu.


Cheese stick with strawberry cream.  


Take a break for a while..setelah berjalan jauhhhh.


Sebelum balik kami singgah kat tempat jual sayur ni beli fruits sket.  Barang makan kat sana mahal-mahal belaka..huhuhu.

On our way home, kami naik subway.  Nak dijadikan cerita kat sana kami sesat.  Sebenarnya tren, line, subway, station semua dah betul.  Kami turun pada pintu yang salah.  Kalau nak diikutkan..sepatutnya kami keluar kat Gate 2 instead of Gate 1.  Kami memang tak tahu yang station sana ada 2 Gate.  Ingatkan station kecik ajer..so situ la pintu keluar masuknya..rupa-rupanya salah..!!  Sepatutnya kami dah boleh sampai apmt kami dalam masa 6-10 minutes sahaja.  Disebabkan kami sesat tak jumpa langsung jalan yang kami datang pagi tadi...totally different route. Hari dah semakin gelap... End up tahan taxi..take us home.  Dengan keadaan hujan lagi pada masa tu...dengan gelapnya lagi..must as well we take a taxi..lagi selamat.  Taxi pun tak jumpa apmt kami yang mana satu..sebab hujan sgt lebat..jalan kat sana pun nampak macam semua sepesen ajer..huhu.. Dah lama pusing-pusing cari alamat apmt kami..Alhamdulillah kami semua selamat sampai..legaaaa..:) 


Malam yang teramat letih...malam yang kami sesat tu...kami dihidangkan dengan Gulai Ikan Salmon.  Malam tu memang kami makan dengan penuh syahhduuuu....sedaaappp!!!

Sekian dulu untuk kali ni...nanti saya sambung lagi kisah Sapporo ni ya..:)






Sapporo - Day 1


Salam to all my dear friends and family.

Plan nak ke Jepun ni tak lama..kiranya macam adhoc jugak la.  Macamana boleh terfikir nak pergi Sapporo ni, kebetulan my kazen ada kursus kat sana.  Why not grap this opportunity ikut dia sekali.

Autumn is the season.  Kiranya tak payah bawa baju tebal-tebal sgt, cukup sekadar cardigan dan 1 coat.  Kat sana kalau hujan memang sejuk jugak..apa-apa pun be on standby.

Depart dari KL, 17 Sept at 11.35pm.  Alhamdulillah flight on time tak delay.  Cuma bila dah nak approach to land di Chintose Airport agak cemas, sebab cuaca tak berapa nak elok.  Ada ribut taufan masa kami sampai di sana.  2 3 kali jugakla pilot try to land tapi tak berjaya.  Dia punya turbulence hanya tuhan saja yang tahu bertapa takutnya saya masa tu.  Rasa dah macam boleh crash at any time plane kami tu..sebab memang takut sangat..kuat giler angin sampai plane tak boleh nak land.  Saya memang tak boleh nak tahan sangat dah...1st time muntah!!  Betapa kuatnya turbulence masa tu. So, for the 3rd time trying..alhamdulillah kami selamat mendarat.  The whole passenger tepuk tangan.  

Bila keadaan dah mabuk tak sihat ni..so everything semua jadi macam tak best nak buat apa-apa pun.  Gagahkan jugakla jangan disebabkan saya seorang everyone turut mood swing jugak kan.  So, kenala control cantik gituuu..hahaha.  Immigration sana pun tak berapa nak stict ...semuanya very smooth, cepat, cergas and systematic!!

Settle dah semua..freshen up sikit..and try to bawa bertenang kejap..sebab mabuk muntah tak habis lagi..huhuhu. Bila dah ok sket..we plan to rent a car.  So, terus cari information counter nak tanya kat mana kami boleh cari tempat untuk sewa kereta.  Kena turun ke G floor.  Kat situ ada 1 kaunter khas untuk tourist yang nak sewa kereta.  Depa akan arrange everything for us from A to Z.

Pengurusan untuk sewa kereta agak lama jugak sebab earlier on memang tak plan nak sewa from the 1st day.  We plan to rent on the 3rd and 4th day sahaja.  So, bila dah ramai-ramai ni..kami semua 8 orang in a group, we agreed to rent a car from the 1st day till the last day.  Sebabnya senang kami semua nak berjalan kat sana without any hassle naik turun train.  

Ada beberapa car rental services yang terdapat kat sana, tapi kebanyakkan dah fully booked.  Ada 1 ni Nippon Rent-a-car. Mujur tempat dia ada kereta yang boleh muat kami semua 8 orang ni. Segala pengurusan diuruskan oleh kazen saya.  Saya hanya sebagai peneman.  Segala cost car rental, sorry saya tak berapa pasti.  Secara kasarnya boleh dikatakan dalam RM5k++ untuk 7 hari.  Yang pasti, to those yang nak memandu di Jepun, pastikan kena ada International Driving License.  If not, memang tak dibenarkan langsung untuk menyewa kereta. Senang je nak buat International Driving License ni..pergi je JPJ, bawa 1 gambar passport pastu bayar RM150..then siap!!

Dari airport ada shuttle from Nippon akan fetch us to their place yang tak berapa jauh dari airport.  So, kami 4 orang saje yang pergi sana, yang lain-lain tinggal kt airport dulu jaga luggage.  Sampai saja di NCR, kami telah diberi taklimat secara detail mengenai selok belok pemanduan kat sana.  So, dengarla betul-betul..if not takut tak faham nanti. Bila dah selesai, depa p amek keta..bila dah ready depa akan panggil nama kita dan assist kita semua ke tempat parking.  Sambil tu, depa brief lagi, cara guna GPS setting in English is a MUST!! Signal, lampu, how to start the car, hand break kat mana, minyak kena penuh bila nak hantar balik semula, pastikan cara pemanduan mengikut undang-undang Jepun. Depa buat kerja memang sangat teliti dan tertip. Setelah selesai serahan kereta, moh la kita g amek kengkawan kat airport.  




At the airport kenala bergambar jugak kann...:)


Sunrise at 4.30am


Kami disambut oleh Doraemon..:) :D


At the information counter


Still raining, most of the flight cancel on that day..sebab ribut taufan.



Awek Jepun ni memang layan weolls baik sangat.  Selagi terdaya dia akan cuba carikan sampai dapat kereta sewa untuk kami.  Merata-rata service centre dia call..most of it the fully booked and all taken up.  Kami memerlukan mpv or 8 - 10 seater vehicle.  Sebab kami ramai.


Weather forecast for 18 Sept..memang whole Hokkaido thunderstorm..huhuhu.


Our luggage


Ni la shuttle dari NRC yang bawa kami ke tempat kete sewa.  Perjalanan dari airport lebih kurang 10 minit camtu..tak jauh sgt pun.


Process untuk kereta sewa.


Service centre yang memang systematic di Jepun.


Tudiaa kete kami.. memang muat helok-helokla untuk 8 orang.


To those yang travel in small pax...let say less than 4 pax..boleh sewa keta kekecik camni kan..hehehe.



Ahli kami ramai..terpaksala kami sewa mpv segedabak camni untuk keselesaan bersama gituuuuu...:)



On our way to fetch the others..still raining.  GPS is in English yeaa...legaa. Lepas tu kami boleh proceed to our apartment.


Perjalanan dari airport ke apartment lebih kurang sejam jugak la.  Memandangkan speed kt sana is 50kmh...jenuh slow lagi lama la rasanya ..padahal kalau nk diikutkan boleh ajer kita drive laju sikit.  Sebab kita pun baru sampai sana..so kenala memandu dengan berhemah kat tempat orang kan.  Nanti takut tak pasal-pasal balik mesia dapat surat saman..jenuhh beb nak membayarnya.

Masing-masing dah lapar...last meal masa on board ajer.  Kami singgah mcD yang berdekatan. Filet-o-fish saja yang berani weolls makan kat sana. 



Still drizzling..tapi dah nampak blue sky tu. 


Gambar ni nak menunjukkan mini vintage van belakang saya tu.  Unik kan bentuk dia...hehehe



Kami stay Air BnB -  Sapporo★Good for Group and Family★ di Toyohira-ku, Sapporo. 
1 malam = RM742 x 7 hari / 8 orang = RM649.00 seorang.

Kemudahan dah lengkap kat apartment tu...segala macam periuk belanga, pinggan mangkuk, cawan, sudu garpu, pisau, dapur gas, iron, washing machine siap dryer, wifi laju, memang lengkapla semuanya kat situ.  Convenience store pun dekat jugak jalan kaki 2 minit aje. Subway pun tak jauh dalam 6 minit jalan kaki.  Nearest station is Misono Subway Station.



Toilet bilik atas.  Ada washing maching + dryer dalam tu.


Lengkap disediakan towel, toothbrush, hair dryer etc etc


Kitchen cabinets utensils.


Stok barang makan kami bawa dari kampung...hahahaha.  



Bilik bawah..memang luas.  Muat untuk 5 orang tidur situ.  Datang negara Jepun..kenala tidur style Jepun jugakla kan..baru best.


Ruang makan pun selesa jugak.


Mattresses juga disediakan.  Empuk betul tidur dalam tu..:)


Bilik atas boleh muat lagi 4 orang.  Ladies semua tidur atas.  Gentlemen tidur bawah.


Berehat sekejap..selesai solat semua its time for us to start our journey tour the city.  Mujurla masuk waktu solat semua awal..so, boleh jamak siap-siap.:) Kami terjah Odori Park.  Target nak terjah kat park and Sapporo TV Tower.  Kami park kereta kat tempat yang disediakan..masa ni tak berapa nak pandai lagi harga parking kat sana.  Taram park ajerla dulu..balik nanti kira balik semula. We reach there before 6pm..dah macam nak maghrib gayanya suasana kat sana..nk gelap dah. Tak tahula nak hala arah tuju mana lagi..we just go with the flow.


Belakang saya tu la Sapporo TV tower


Masa tu baru je pukul 5.57pm.  Waktu mesia baru 4.57pm. Jepun is 1 hour ahead.


Jalan bawah tanah Aurora town.  Macam-macam ada kat bawah ni..boleh shopping jugak.




Naik turun tangga memang tak boleh dipisahkan di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea.


Waktu ni sangat windy.



Take a break jap kt Starbucks..:)


Hello Papa....Shira dah smp Sapporo..hehehe.


Well, 1st day nothing much to do yet..lagi pun penat travel pun tak pulih lagi..hahaha.  Nanti saya akan update lagi k.

Stay tune...:)