Sunday, 8 March 2020

Umrah_Part 11

Salam to all my dear friends and family

Umrah. Jujur saya tak pernah sangka saya dijemput menjadi tetamu Allah secepat ini. Memang saya ada plan untuk tunaikan umrah tapi tak pernah ada exact date tahun bila saya nak pergi sebab kewangan saya tak mengizinkan lagi. But Allah knows best dan saya tak pernah berhenti doa.

Sebulan jugak saya persiapkan diri sebelum nak ke tanah suci. Macam-macam perasaan saya rasa dan takut pun ada. Saya banyak google tentang persiapan umrah lebih-lebih lagi segi rohani. Nervous and way too excited. Saya baca buku, study blog-blog yang tulis pengalaman umrah and so on.

On that memorable 14th Jan 2020, tibalah masa saya dan family berangkat ke tanah suci. Semua ahli keluarga hantar kami kat airport. Serious time ni semua menangis. sedih. Saya doa Allah jaga keluarga kat tanah air sepanjang kepergian kami ke tanah suci. Saya doa jugak Allah permudahkan segala urusan kami kat sana. Semoga kami selamat balik dan kembali kepada keluarga. Saya whatsapp semua kawan-kawan, saya minta maaf dan halalkan semua yang pernah buat and so on. 

Berikut beberapa gambar yang saya upload tak mengikut sequence. Apa pun gambar-gambar ni dapat menjelaskan sedikit situasi dan keadaan di Mekah dari camera hp saya ini.



Pertama kali saya tengok kaabah yang selama ni menjadi tunjang arah kiblat umat islam saya terpaku..terdiam. Saya hayati kebesaran Allah didepan saya. Hati jangan cakap..menangis. Saya rasa betapa kasih sayang Allah yang jemput saya ke sini. Antara insan terpilih. Sungguh saya sebak. Amazed. Stunned. It's just so indescribable. It's beyond words. Masa ni hati cuma fokus untuk beribadat. Masa ni saya rasa saya paling dekat dengan Allah. Kita berada di rumah Allah. Tempat paling mulia atas muka bumi. Subhanallah. Kaabah adalah benda paling indah saya tengok. 



Beautiful. It's so beautiful and nothing can take my eyes off of this. The holy Kaabah.



Kenangan terindah!! Harap-harap dapat lagi jemputan menjadi tetamu Allah.


Dari pagi kami duduk aje kat masjid ni depan kaabah..sambil berdoa..baca kiriman-kiriman doa dari rakan-taulan, sahabat-handai dan family terdekat. Semoga Allah makbul dan angkat doa-doa kita. Amin ya rabbal Alamin.

Majlis khatam Al-Quran for the 2nd time di Mekah. Yang pertama hari tu di Madinah.. Alhamdulillah.






Air zam-zam yang sedia untuk diminum terletak disegenap penjuru dan ruang Masjidil Haram

 

Subhanallah..allahuakbar..view kaabah dari rooftop..tempat yang tak pernah tido..tak pernah sunyi...Masa ni ada kelapangan sewaktu menunggu azan Isyak..saya sempat buka slot kiriman doa kawan-kawan, saudara-mara semua termasuk keluarga terdekat..dengan harapan semua akan mendapat berkat..insyaAllah.



Ruang solat di depan Kaabah terbuka luass..datang 1 jam sebelum azan untuk ikhtiqaf dan solat sunat. Kalau awal pagi datangla 2 jam awal sebelum subuh untuk tahajud.


Suasana tawaf di Kaabah..lelaki dan perempuan bercampur.





Malam terakhir di Mekah, rasa macam kejap sangat..tak puas! Esoknya dah nak bertolak balik dah..huhuhu



Moga ada rezeki untuk ke sini lagi..Amin..
















12 hari telah berlalu, dan kami juga telah bersiap sedia untuk bergerak ke Jeddah dan pulang ke tanah air.

Mutawwif  mengingatkan kita untuk melakukan tawaf wida, iaitu tawaf terakhir atau tawaf 'selamat tinggal' yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah.

Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat mengerjakannya kerana datang haid. 

Selesai tawaf wida, kami TIDAK BOLEH
1.berehat-rehat bersantai atau tidur dibilik hotel
2.membayar hutang yang boleh ditangguhkan
3.mencari-cari orang untuk bersedekah
4.buat solat hajat, solat taubat dan solat lain kecuali solat sunat tawaf
5.membeli barang-barang yang tiada kaitan dengan perjalanan ke Madinah / Jeddah
6.berlengah-lengah dalam masjid sehingga menyebabkan jemaah lain bermasalah dan terpaksa menunggu.

Ya Allah ya tuhanku, jangan jadi kunjungan kami ini yang terakhir,  jemputlah kami datang semula untuk menjejakkan kaki dan beribadah di bumi barakah Mu lagi. Amin. 


Kenapa kami pergi dengan Saudi Air...balik Msia dgn MAS? Untuk dijadikan cerita, kami 6 orang antara yang random selected by Saudi Air untuk bertolak dari Jeddah sama ada keesokkan harinya atau the same day tapi earlier.  Yang terpisah tu pulak, my SIL and her husband, my younger bro and her son fly together without his mommy..which impossible to handle la kan..and myself. Yang lagi 2 tu is other family.  So, we have discussed and decided, kami 7 orang ni, purchased new flight ticket..and Alhamdulillah the agent will pay  us back soonest possible.  Sebab perkara ni terjadi bukan dari pihak kami, ia terjadi dari pihak mereka.  Kami tak salahkan mereka, depa pun dah buat sebaik mungkin for us all to fly back together. Mungkin ada sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan pada hari itu, tu yang kami terpaksa berpisah.


Alhamdulillah...kami selamat mendarat di KLIA pada 25 Jan 2020 @ 4.30pm

Pengalaman selama berada di bumi Mekah dan Madinah ni memang sangat-sangat tak dapat dilupakan. Semoga kami semua dijemput Allah ke sana lagi untuk Haji dan Umrah seterusnya. Amin..

Sungguh banyak pengajaran yang saya peroleh sepanjang trip umrah  ni..lebih-lebih lagi ujian yang Allah berikan kepada semua jemaah. Allah ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hambaNya. Pada masa ini baru kita akan sedar sejauh mana level kesabaran dan keiman kita kepadaNya.

Semoga dengan coretan pengalaman ini dapat memberikan sesuatu manfaat kepada semua pembaca. 

Terima kasih ya sudi membacanya!

Tuesday, 3 March 2020

Umrah_Part 10

Salam to all my dear friends and family


Posting kali ni at random tak ikut turutan...saya ceritakan pengalaman kami ziarah luar mekah.


Selepas sarapan..kami bersiap-siap dan standby tunggu di lobi untuk gerak ziarah luar menaiki bas.





Sepanjang ke sini, memang pemandangan padang pasir. Ada jugak nampak dari jauh ladang unta. Sekarang tak dibenarkan melawat ladang unta atas sebab-sebab kesihatan.  


Jabal Tsur, tempat Rasulullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.



Tempat seterusnya adalah Arafah, Mina, Muzdalifah dan Jabal Rahmah. Arafah, Mina dan Muzdalifah ni akan penuh dengan jemaah masa musim haji sahaja.  Masa kami ziarah sunyi takde sapa-sapa. Ada khemah-khemah sahaja.  Jabal Rahmah terletak bersebelahan padang Arafah. Bolehla panjat bukit tu kalau ada kesempatan.  Jabal Rahmah ni tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa. 


Tidak lengkap rasanya ziarah ke Tanah Suci Mekah ini jika tidak singgah di Jabal Rahmah, bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter. Untuk sampai ke tempat itu atau tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit untuk mendakinya. 


Inilah Padang Arafah. Bukit yang berbatu-batu itu adalah Jabal Rahmah yang juga dikenali sebagai Bukit Kasih Sayang. Di sinilah Nabi Adam a.s bertemu kembali dengan isteri baginda yang tercinta, Hawa.

Tak terbayang dek akal, tak terfikir dek minda kerinduan semacam apakah yang ditanggung Adam terhadap Hawa dan Hawa terhadap Adam. Namun, Allah Maha Pengasih. Diampunkan mereka, dipertemukan kembali, dikurniakan umur yang panjang dan diberi anak, cucu cicit yang ramai.


Segala pujian dan syukur itu hanya milikNya. Masa saya turun dari bas dan menjejakkan kaki di Arafah ini, seribu satu perasaan melanda diri.

Ustaz kata berdoalah sebanyak mungkin di sini. Arafah ini juga salah satu tempat mustajab doa. Lagi-lagi berdoa untuk jodoh. Ehemm




Sampai atas I was stunt dengan kecantikan view. Tenangnya hati. I looked around leka tengok gelagat orang-orang dan terus mengelamun sebab hati sungguh tenang.

Orang ramai nak naik Jabal Rahmah ni. Ada tangga khas untuk naik sampai atas, Tak tinggi pun. Along the way nak naik atas guna tangga ni, ada peminta sedekah, ada yang jual inai serbuk. Mostly dari rakyat Nigeria. And sewaktu saya naik tangga ni, saya jadi confuse and tergelak sesorang. Sebabnya, ada banyak...saya ulang banyak...gambar-gambar pasangan kekasih or suami isteri dorang letak kat sepanjang laluan nak naik ke Jabal Rahmah. "Perlu ke???" " Kenapa dorang nak kena letak gambar bersama dorang kat sini" "Weh tak sayang ke gambar bf/gf korang ni?" Weh gambar korang kena pijak!!!" Hahaha:) 




Weather pun sejuk...Fairel memang kena pakai baju sejuk.



Setelah itu, saya renung seluruh Arafah. Renung seluas-luas pandangan. Manalah tahu, si jodoh ada di depan mata. Macam love at first sight gitu la kononnya. Heheh. Dalam hati saya berkata,

"Ya Allah, kalau jodoh saya ada kat sini maka temukanlah kami."

Tapi sampai naik bas pun takdak aih yang tegur cakap, 
" Assalamualaikum, sayalah jodoh awak tu. "

Takdenye.
Takdenye.

Hakikatnya, perancangan Allah jauh lebih cantik. Allah dah janji setiap manusia, setiap mahluk ada pasangannya. Dah kita nak sesedih tak kahwin lagi, tak jumpa jodoh lagi kenapa?

Tanya diri tu, dah usaha belum?
Dah improve diri belum?
Dah prepare mental fizikal belum?
Yang paling penting, amal dah cukup belum kalau mati sebelum kahwin?

Then, renung-renungkan la...:)

Ziarah luar yang seterusnya ialah Masjid Hudaibiyah. Masjid  ni terletak kira-kira 26km dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.


Nama Hudaibiyah ni sebenarnya berasal dari nama seorang lelaki yang telah menggali telaga di tempat tersebut. Daerah itu kemudian diberkan kepadanya serta dinamakan "Hudaibiyah" (termasukla telaga tersebut). Berdekatan telaga itu terdapat sepohon pokok yang cukup rendang yang bernama pokok Hadba.



Bekas tapak Masjid Hudaibiyah yang lama dan kesan runtuh yang masih kekal.


Walau bagaimanapun masjid itu telah dirobohkan dan digantikan dengan masjid baru (warna putih) yang terletak bersebelahan dengan bekas tapak masjid yang lama.  Kesan runtuhan tersebut masih utuh berdiri walaupun peristiwa bersejarah telah berlalu beribu-ribu tahun lamanya. Subhanallah.


Sekian dulu untuk kali ni...nanti saya sambung lagi.

Tunggu..