Friday, 27 February 2009

Salah orang kot...

Selalunya saya akan beli dinner kat mana-mana aje kedai yang berdekatan dengan rumah. Tapi semalam saya beli kt Sri Damansara, dekat jugakla...tp kena keluar ke main road, redah jam dan beberapa traffic lights untuk ke sana.

Saya pegi Group Base Restaurant. Sebabnya saya kesini, Papa kata, makanan kat sini sedap-sedap, portion dia besar dan murah. Saya tak kisah kedai mana-mana pun saya hanya mengikut arahan.

Masa saya tengah menunggu order saya siap, tiba-tiba .....

Him : Sorry I terlambat...dah lama ke tunggu? (Sambil tarik kerusi, without asking dan duduk)

Me : Excuse me?!?!

Him : Eh' you ni Zaty kan? Kita janji nak jumpa kat sini? (Muka dah panic tapi cute)

Me : Err...I rasa you ni dah salah orang. I bukan Zaty.

Him : Tapi, you kata kita jumpa kat sini, you pakai baju Merah, tudung Hitam with Jeans (secara kebetulan saya memang pakai apa yg dimaksudkan oleh dia) I plak baju biru shirt belang biru putih.

Me : Sorry yea...I bukan Zaty..You ni salah orang. Yea..memang I tengah tunggu something but bukan orang i tunggu my order.

Him : Ohh...alamak. So sorry....sorry..sorry sesangat. I patut jumpa someone kat sini. Dia kata dah dia dah sampai. (Terus bangun dan tercari-cari awek yg dimaksud)

Tu sah-sah blind date. Baru 1st time nak jumpa kot. Janji lain...buat lain. Tp, cute jugakla mamat tu...pakai spec, tall, slim, smart looks...kind of man that I like...haaaiihh..bertuahnya si 'Zaty' tu. Dapat blind date secute mamat tu. How i wish..i just mengaku aje I'm Zaty...hahahahaha.

Thursday, 19 February 2009

P3GngLdg


Finally dapat juga kami tengok teater PGL ni. Walaupun season 3..it was a GREAT show!!! Tak rugi kami pergi tengok. Kalau boleh nak tengok lagi.

I enjoyed the show tremendously!! It was compact, with so much more emotion injected into the scenes, the lines, the acting, the singing, the dance movements, the music! Aura seorang puteri tu betul-betul terasa, Tiara memang fantastic. Her voice, through her singing tu memang superb!!!

One thing for sure, SALUTE to you my dearest Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah and the whole team!!

Sesiapa yang tak pegi tengok lagi tu, sila-silala ke Istana Budaya ni beli tiket. U gonna enjoy it.

Thursday, 12 February 2009

Recharged....


Alhamdulillah...mama dah discharged last week on Tuesday. Lega rasanya setelah segala-galanya dah kembali pulih seperti sedia kala. Tak perlu lagi saya berulang-alik ke hospital..everything dah back to normal.


Tapi saya masih lagi drive to office. Nak kena start naik komuter semula nih...tp tak tahu bila. Badan ni masih nak bermanja-manja dengan 'cabai'....tak ada strength lagi nak berebut-rebut naik komuter. Tunggula lagi seminggu dua lagi kot. Energy tak cukup kuat lagi...masih tahap medium....belum sampai tahap full lagi....heh...heh...heh.


Well, nak kena start balik planning apa-apa yang patut such as -


1) Tengok teater


2) Tengok wayang


3) Pergi holidays


4) Balik kampung


5) Dating


6) Hantar baju ke tailor


7) Shopping

To all my dear friends, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan sehingga mama saya dah kembali pulih...alhamdulillah.

Dan tak lupa jugak yang datang melawat saya dan mama masa kt hospital...Akla thanks!!!

Oya thanks for the story books...it's really help...selesai dah semua buku-buku tu ira baca...cuma Papa tak habis baca lagi...heh..heh..heh.

Ziez & Nora...thanks for your advice and support.

Wednesday, 28 January 2009

Updates..

Lama dah tak updatekan. So, inila ceritanya....
14/1/09 – 16/1/09


Hari ni masih lagi muntah. Papa kata adalah dalam 4 kali. Agak serius jugak keadaannya.


Doctor kata, mungkin ada pengumpalan darah dalam perut..tu yang menyebabkan mama muntah darah.


Buat ERCP, masuk camera to check what is going on. They found out ada stomach bleeding. Stop feeding her a few days, kena puasa and she’s on drip.


Mama pun tak aktif sangat…asyik nak tidur ajer. Mungkin dia letih dan tak larat kot...so let her rest.


Then, other development, mama ada heart and lung infections plak. Doctor detect from ECG.


Amik darah tu jangan cakapla. Hari-hari amik dan check darah. Sampai dah lebam-lebam lengan mama tu. Macam-macam color lebam dia keluar, biru, purple, kuning, green…haaihh..kesianla.


Bila dah muntah darah tu, so apa lagi yang tinggal….kekurangan darah la pulak. Saya tak ingat hari apa yang mama kena masuk darah, masuk 3 pain darah. Darah type B. Banyak tuuu….:(


Tengok pun horror…..ni pulak mama yang kena laluinya. Huhuhuhu...takutt…:(


17/1/09 – 18/1/09


Pagi Sabtu ni, whole west wing ward buat spring cleaning. Semua patients depa letak kat luar, ada yg depa letak kat lif lobby, waiting area, right wing ward, merata-ratalah. My mum depa letak kat right wing ward. Nasib tak letak kt depan lift tu…:)


Pagi tu, mama breath guna oxygen, sebab lepas dia muntah pagi-pagi tadi, terus dia sesak nafas.


At the same time, doctor masih check heart, lung and BP…still not stable. Graft pun kita boleh tengok tak stable. Kejap laju….kejap pelan….wire dah merata-rata badan mama, it’s easy for them to check from time to time.


Doctor kata, she’s not really stable, but Papa or Houseman or Nurses can call him at anytime, anywhere so that he can come and check on her.


Risau jugakla that weekend. Makan pun sekadar isi perut ajer.


19/1/09


Heart beat and BP getting lower. Breathing pun dah tak stable. Breath through oxygen. Masuk Emergency Ward.


Papa dah call semua adik beradik to come and visit mama kat UH.


Even myself pun amik EL on this date, I was in the office. Prof Vicky jumpa Papa personally saying that, there’s no hope of her to recover at this point of time. Let say IF anything happen to her they will let her ‘go’ in Piece.


Me, Abg Faiz & Papa we have a short discussions. Planning how, where, what, who to incharge/take over if ‘such’ thing happen. Finally, we’ve made our decisions.


Penuh dah kat EW with our family members. Saya sentiasa berada di sisi mama ajar mengucap…dan Laillahaillah.


Lepas solat maghrib, our family members kat Alor Setar, buat baca Yassin. 3 ke 4 masjid buat baca Yassin. Termasuk masjid2 kt KL ni jugak.


At this time, her heart and BP still low...nurses is everywhere and always ready.


20/1/09


Saya ambil EL today. Tak boleh nak pergi kerja. Nanti tiba-tiba Papa call pulak buat panic attach...susah. Bukan senang nak keluar office macam tu aje. Rules is still rules.


Pagi-pagi lagi dah sampai UH. Condition mama stable. Tp, still breath through oxygen..and still kt EW.

21/1/09 – 24/1/09


Her condition getting better. Alhamdulillah. Doctor masih monitor her.


Latest development ada Thyroid Cancer pulak..:(


Ya Allah....besar sungguh dugaan Allah bagi kat Mama ni..:( Berdoalah yea...my dear friends for speedy recovery.


25/1/09 - 27/1/09 (Weekend + CNY)


Nak cerita apa ek on this date.


Ramai warga KL ni nak balik kampong or pegi bercuti-cuti Malaysia. Untuk diri saya tak lain dan tak bukan penunggu setia kt UH ni.


Mama dah mula aktif. Bercakap pun dah style dia..walaupun saya tak faham. At least it's an improvement. Dia dah boleh gerak-gerakkan tangan dia, garu sana, garu sini. Angkat kaki dia..lenguh sangat kot. Senyum dengan nurses, other patients, response to doctors.


Most happy time for me and my dad.


My siblings (Izuan & Syamil) pun balik Alor Setar jugak...seronoknya dapat balik kampung...miss my kampung so much!! Huhuhuhu….


p/s : tak lain dan tak bukan..apa lagi…nak cepat2 boleh discharged balik rumahla apa lagi. Kalau dah ada positive response macam ni. 3 weeks plus kat UH…tu tak termasuk last year in Nov almost 4 weeks. Penat weeiihhh…..:(


Tuesday, 13 January 2009

Masuk UH pulak....

Semalam mama dah discharged from UH. Bertapa leganya dapat balik rumah. Saya bawa balik mama lepas ofis petang lepas pukul 5.30. Abang Faiz pulak bawa balik barang-barang dulu. Dia nak kena fetch anak-anak dia balik sekolah pulak so dia tak boleh nak stay lama-lama kat UH tu.

Saya sampai UH mama belum siap lagi, i mean belum tukar baju masih pakai baju hospital. Saya sampai terus tukar baju dia sementara Papa pula pegi bayar bil.

Saya tengok condition mama ni macam tak sihat aje. Tp, dah doctor allow us to go home, kami pun balikla. Dalam perjalanan nak balik tu, mama mula batuk-batuk..dah sampai Taman Tun, makin teruk batuknya terus muntah!! Muntah dalam kereta..yaAllah...i was so panic masa tu...habis dashboard/front area penuh dgn muntah termasuk gear..2 3 kali pulak tu...MasyaAllah....awat pulak ni. Then aku terus jugak drive ke masjid Taman Tun. Berhenti kereta kat situ, ambil kain/towel segala-gala kain yang ada dalam kereta lap mama. Muntah macam air kopi hitam, pekat penuh dengan kahak. Ya Allah....baju saya pun habis kotor penuh dgn muntah mama. Takpelah...lap pelan-pelan seluruh badan. Kat masjid tu ada air..saya basuh segala kain/towel kat situ..lama jugak berhenti kat situ..takut mama muntah lagi.

Bila dah tenang, mama pun dah nmpk mcm dah lega baringkan kerusi bagi mama tidur. Saya drive macam biasa, tak boleh nak 'speed' heavy traffic plak petang-petang ni orang balik kerja. Bila dah sampai rumah...lap sekali lagi badan mama...then barula bagi dia tidur.

Dalam pukul 2.15am, papa jerit-jerit panggil...mama muntah lagi. Kali ni lagi banyak...habis tilam, bantal, lantai...huhuhu. Saya betul-betul tak tahu kenapa boleh jadi macam nih. Mama pun tak boleh nak bercakap bagitau sakit kat mana. Dia pening ke, sakit kat PEG tu ke, sakit perut ke...kami ni yang kena fikirkan untuk mama. Kena lap badan mama, tukar cadar katil, mop lantai...addooi....tak tidur saya & papa dibuatnya, kerana menjaga mama takut dia muntah lagi. Tersengguk-sengguk kat tepi katil. Menjaga orang tua yang sakit...tak sama menjaga budak-budak kecik yang sakit. Daya tahan memang kena kuat...kederat kena kuat...our mind kena kuat....tak kuat kalu...susahla. Nak harap kat siapa lagi kalau bukan family kita sendiri.

Papa suruh saya tidur, tp macamanala nak tidur dgn keadaan mama yang tak stabil nih. Risau dibuatnya. Takpela...tidur-tidur ayam pun takpe...tak penting walau apa pun terjadi..saya dan papa disisi mama. Cuma kami berdua yang nak buat kerja-kerja nih.

Lepas subuh saya dah mandi, solat & bersiap nak pegi ofis. Tapi 7.45am juga saya keluar rumah..walaupun saya bersiap awal. Sekali lagi..sebelum saya keluar rumah mama muntah lagi sekali. Papa kata tak boleh jadi ni nak kena bawa mama masuk Emergency. Tak sampai 24 jam kat rumah dah kena masuk hospital pula mama saya nih. Tadi masa saya telefon papa, dia kata mama masih kat emergency still under observation..haaiihh..lamanya. Takpela...esok saya update lagi.

Thursday, 8 January 2009

PEG Ops


Hari ni mama buat PEG operations.


Alhamdulillah...segalanya dah selama. Ops stat at 9am dan selesai pukul 10am. Surgery 1 hr aje.


Papa call bagitau, everything dah OK, insyaAllah esok ke lusa ke boleh la balik. Tu yang paling nak dengar tu...perkataaan "Balik"..:)

Tuesday, 6 January 2009

Mama admit again


Mama kena admit. Kali ni admit sebab this Thursday nak buat PEG operations. Dia masuk wad yang sama dan katil yang sama, Nurse yang sama...cuma patients aje yang berlainan :)

So, routine bermula semula. Setelah diberi rehat selama 3 minggu lebih…routine ulang alik ke hospital bermula semula. Saya harap sangat kali ni masuk tak lama hingga 3 minggu lebih berada di wad. Lepas segalanya selesai hope hari sabtu dah boleh keluar wad.