Monday, 19 April 2010

Aku pohon padaMu


Ya Allah
Kuatkan la hati hambaMu dalam mengharungi
segala ujian dan cabaran yang datang
kuatkan lah semangat untuk meneruskan kehidupan ini

Ya Allah,
Aku pohon dengan amat
Agar aku tergolong dalam golongan yang engkau redhai

Ya Allah,
Berikanla kekuatan supaya aku tidak berhenti berharap dariMu,
Berikanla kekuatan untuk ku mengharungi ujianMu

Ya Allah,
Berikanla aku ketenangan jiwa
Berikanla aku peluang untuk berbakti
Kepada agamaMu, kedua ibubapaku, keluargaku

Ya Allah,
Aku pohon kepadaMu untuk hamba yang soleh,
Ya Allah
Kuatkan la dan tabahkan la hati hambaMu yang dhaif ini.

Thursday, 15 April 2010

Trip 2010..:)

InsyaAllah...jika tiada aral melintang saya akan ke tempat-tempat di bawah ni pada tahun ni atau mungkin dalam masa yang terdekat ini...mana kita tahu kan. Kita ni merancang Allah yang menentukan. Segala-galanya masih dalam perancangan..masih dalam perbincangan dan persetujuan oleh beberapa pihak yang tertentu. Di harap pihak-pihak berkenaan dapatla memberi kelulusan dan lampu hijau untuk saya meredah benua Eropah ini. Once in a life time ni. Bukan senang nak pergi sana. Aminnn...


London
Brussels

Amsterdam

Paris

After this trip, nampak gayanya dah tak boleh nak kemana-mana dah. $$ kurang mengizinkan untuk ke destinasi2 lain yang kena merentas beberapa buah benua. TAPI, destinasi within Asia...masih boleh di consider lagi..:)

DAN


Untuk menunaikan UMRAH masih tetap terpahat kuat dalam hati saya ini. InsyaAllah saya akan ke sana juga suatu hari nanti. Mana tau...mungkin dalam tahun ni jugak...atau awal tahun hadapan...InsyaAllah...Aminnnn

Friday, 9 April 2010

Wedding anak sepupu..

Sepatutnya saya dah lama saya post page ni. Atas sebab2 teknikal, ni la baru berkesempatan nak post page ni.

Event ni was on school holidays in March. Tarikhnya 13/3/10, bertempat di Dewan Angsi Tuanku Jaafar, Golf & Country Resort, Seremban. Cuti sekolah kan musim orang kahwin. Family saya jugak tidak ketinggalan turut sama meraikan majlis perkahwinan ni.

Parents saya dari Alor Setar, dari Penang, dari Johor..ramai dan meriahla. Tapi sayangnya gambar tak banyak because our pro Allmoments tak dapat datang sebab depa pun ada shooting other couples on that day itself. So ini ajerlah hasil-hasilnya.





Kepada Mohd Syaley Fidzry Dato Hj Rohisha & Nur-Rul-Shila Hj Sumari, selamat pengantin baru semoga berkekalan sehingga akhir hayat dan aman bahagia selamanya. Amin...

Wednesday, 31 March 2010

Sad Goodbye..:'(


My boss has contributed significantly towards advising large multinationals as well as local corporate clients on tax compliance, advisory and tax structuring matters. She specialises in the manufacturing, trading, property development and construction sectors. Her experience, in excess of 16 years, spans from corporate restructuring of companies, cross border investment structuring, handling tax audits, due diligence reviews, negotiations with the regulatory authorities on tax matters and tax incentives.


Ng Say Guat

I've been working with her for 5 years. Nice thing about her I want say here is -

1) Kind, Thoughtful and Caring - wanting to help people: "My boss is caring and often asks me how things are going."

2) Enthusiastic - having a lot of interest in something: "She's an enthusiastic supporter of equal rights."

3) Funny - making other people laugh: "She can be extremely funny when she's in the mood."

4) Good-natured - "She's good-natured and always tries to help."

5) Happy-Go-Lucky - "She's a bit happy-go-lucky and less serious"

6) Trustworthy - someone you can trust.




Wish you all the best in your endeavour. I sincerely hope I can have the chance to work with you again. It's great to have a boss/leader like you. We are going to miss you for sure. Keep in touch and all the best.



Tuesday, 30 March 2010

Syukur Alhamdulillah..


Bila diri ini makin tua, angka umur pun makin meningkat, jadi makin takut untuk mengharungi kehidupan ini. Bukan takut apa, takut sepanjang Allah beri nyawa ini, tiada amal yang cukup menarik untuk dipersembahkan dihadapan Allah swt nanti. Pertambahan umur menginsafkan diri.

Pertambahan umur bukan bermakna usia kita di dunia bertambah tapi sebenarnya umur yang diberikan Allah semakin kurang. Kita tak tahu bila Allah akan memanggil kita. Sebab tu kalau boleh kita kena sentiasa perbaiki diri kita dari masa ke semasa. Terima kasih atas ucapan dari kengkawan dan keluarga semua. Semoga Allah memberkati kalian juga, Amin...

Thanks to K.Hus & whole family from up NORTH for the lovely, delicious, yummy Oreo Cheese Cake and Thanks to Men for the bouquet!!

Birthday celebrations tend to involve fewer people than in the pic as we age .... but then again, it may go in the opposite direction as we age FURTHER!!


Wednesday, 24 March 2010

When will you meet your next boyfriend?



Looking for something in blogthings to keep this blog updated and i found one cool test which gives me an info when will i meet my next boyfriend. Hmmnn..pretty exciting because according to the result i will meet him in 3 months. So it will be this coming June? Hehehehehe.. well, we will see..:P


You’ll Find a Boyfriend Within 3 Months




Maybe you need a bit more time to get over an ex Or maybe you need a confidence boost to talk to new guys Either way, you’ll find a boyfriend in time…As long as you keep getting out there and meeting new guys



Monday, 22 March 2010

Damak, Sri Mersing, Pak Malau....

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu




Baru-baru ni saya berkesempatan menyaksikan Teater Sri Mersing di Istana Budaya. Ia telah dinobatkan sebagai Filem Klasik Melayu Terhebat Sepanjang Zaman yang dihasilkan oleh Allahyarham Salleh Ghani.

Sri Mersing ni mengisahkan seorang anak muda yang bernama Merah iaitu anak kepada Damak telah singgah di Mersing selepas menuntut ilmu di Riau tanpa diketahui oleh ayahnya.

Perasaan ingin tahu dalam diri Merah mengenai bapanya yang melarang beliaru untuk pergi ke Mersing tidak dapat ditahan oleh Merah, Merah Cuma mengetahui yang bapanya pernah ada hubungan dengan Sri Mersing.

Setelah sampai di Mersing, Merah telah bertemu dengan Pak Sireh lakonon Dato’ Mustafa Maarof dan membawa Merah untuk bertemu dengan Sri Mersing.

Sri Mersing lakonan Seniwati Rosnani Jamil menceritakan kembali mengenai hubungannya dengan Damak kepada Merah. Sri Mersing juga menceritakna mengenai nasib Damak bersama keluarganya iaitu Mak Tanjung dan Deli yang hidup merantau di Mersing dan sering difitnah oleh orang kampung terutamanya Awang Sulung lakonan Yus Raja Lawak anak Penghulu Lanchang Kuning.

Sewaktu Merah di Mersing juga nasibnya serupa seperi ayahnya juga iaitu difitnah oleh orang kampung disana seperti Bentayan lakonan Rusd Ramli, iaitu anak penghulu Mersing lakonan Abu Bakar Juah akan tetapi orang kampung amat menyambut baik kedatangan Merah ke kampung untuk melakukan perubahan di Mersing. Akhirnya Merah jugak mengikut jejak ayahnya untuk pulang ke Pahang.