Tuesday, 23 November 2010

Kampungku banjir..:(

Assalamualaikum semua.


Baru-baru ni Allah menguji kita dengan bermacam-macam ujian. Tapi seberat-berat ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakya Indonesia, letusan gunung berapi. Sampai sekarang pun gunung berapi tu masih meletus lagi. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.


Kita di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat-tempat yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam..contohnya kampungku..:( Kampung saya berada dalam kawasan Kota Setar. Berhari-hari rumah di kawasan Kepala Batas, Jitra, Titi Gajah, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Gunung Keriang, Pantai Johor dan banyaaak lagi yang tenggelam. Nama-nama kawasan ni aje yang saya arif.


Saya balik baru-baru ni dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir sendiri, kesian sangat-sangat kat mangsa banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang-barang semua rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider jalan saja. Masak kat situ, makan kt situ. Nak membuang hajat? Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung di pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, kesian sangat..:(


Saya dengan Papa sepatutnya balik kampung 4 Nov 2010 dengan express Sinaran Langkawi. Sebelum tu saya dah dengar berita mengenai banjir kt Perlis / Kedah…seluruh negeri dah dinaiki air. Kemudian saya telefon KTM di KL Sentral bertanya mengenai tren ke utara malam 4hb tu and according to them, ALL train to NORTH cancelled!! Dah sudaaahh!! But, kami boleh dapat FULL refund..:) Camne nak balik ni. Well, we’ve been discussed, call uncle/auntie, call Syamil..call Izuan…call Naim tanya status kat sana semua whether kalau balik drive boleh ke masuk kampung semua..and according to them still boleh masuk lagi…:) :D Well, pagi tu jugak amek EL, kemas-kemas barang semua..then zasssssssssss drive balik Alor Setar. Syamil adik saya pun nak balik jugak tapi tak boleh dapat cuti coz lack of pilots.

5 hours journey…standardla tu balik kampung. Berdebar-debar ni nak drive balik sana, sbb takut sangkut kat tengah-tengah jalan tak boleh masuk kampung. Sampai sana saya kena keluar exit Alor Star (S) sbb jalan seterusnya dah tutup akibat air banjir dah melimpah ruah. Lepas bayar tol, kami diarahkan oleh polis trafik untuk lalu ke arah Hutan Kampung iaitu jalan alternative untuk ke Utara. Jalan Hutan Kampung pun sudah dinaiki air, cabai saya masih boleh go through that area. Then, kami kena melalui kawasan Lepai, juga merupakan jalan alternative ke kampung saya Bukit Pinang. Kebetulan masa tu saya drive belakang bas express. Bas tinggi..besar…memangla boleh lepas banjir. Melalui pengalaman-pengalaman sebelum ni, kalau nak meredah banjir seelok-eloknya ikut belakang bas. Air mmg tinggila…dah melepasi tayar kereta saya…dengan keredat dan semangat yang ada ni…tawakal jugakla drive jugakla redah banjir tu. Bas lalu aje…air tu wave out…so pelan-pelan ikut belakang bas dengan jayanya saya selamat melepasi banjir yg dalam tu..heh..heh..heh..:) Kereta-kereta yang lain tu…tengok ajerlah sebab tak berani nak meredah air tu.

Saya sempat beli barang-barang dapur dan juga Ikan, Udang bawa balik sana. Takut stok makan tak cukup masa tu. Kat kampung saya tak keluar pegi mana-mana pun duduk aje dalam rumah sebab memang tak boleh nak kemana-mana pun everywhere banjir. Melainkan hanya pergi ziarah kubur arwah mama..Syukur Alhamdulillah air tak naik langsung kat kawasan perkuburan tersebut..sebab ia berada dikawasan yang tinggi.

4 hari saya di sana..keadaan semakin pulih. Orang-orang kampung semua sibuk mengemas rumah masing-masing. Saya balik KL hari ahad pagi hiway Hutan Kampung pun dah dibuka semula untuk semua kenderaan.


Kesian kt tuan punya kereta ni.

Kawasan Hutan Kampung

Suasana kampungku.


Ni ruang tengok tv dan ruang makan

Sambil masak berendam dalam air. Ni kat dapur.



Izuan pun update status kat adik bradik

Naim tgh update statusla tu..:P

Pondok belakang rumahku..:(

Mak dengan anak-anak tk ketinggalan jugak..:)

Budak twins ni jangan cakapla...seronok main air..:D

Orang kuat yang menolong kemas

Friday, 19 November 2010

Majlis tahlil


Bertarikh 22 Oktober 2010, iaitu 44 hari sudah arwah mama saya pulang ke rahmatullah. Pada 24 Oktober 2010 saya sekeluarga mengadakan majlis tahlil doa selamat untuk arwah mama. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna pada hari tersebut, walaupun hujan renyai-renyai, Allah memberkati majlis kami, agar pada hari tersebut tak terasa terlalu panas sangat, suasana terasa sejuk saja pada hari tersebut.

Majlis tahlil berlangsung dua sesi, iaitu selepas solat zohor dan selepas solat maghrib. Memandangkan ramai kaum keluarga dan sahabat handai yang akan hadir pada majlis ini, kami terpaksa bahagikan kepada dua bahagian, iaitu sebelah siang orang-orang surau, kawan-kawan saya, kawan-kawan Papa, dan sedara-mara sebelah Kedah. Manakala sebelah malam pula untuk, sedara-mara, sepupu-sepupu sebelah Selangor & Kedah jugak.

Sesi siang di ketuai oleh Ustaz Dziauddin yang merupakan imam surau Al-Huda di kawasan Taman Bukit Maluri. Syukur Alhamdulillah, ramai saudara-mara, sahabat handai, kaum ibu-ibu yg merupakan kawan-kawan rapat arwah mama turut hadir meluang masa ke majlis tersebut.

Sesi malam pula, diketuai oleh Tn Syed Mohsen (pak menakan). Walaupun tetamu waktu malam tak seramai waktu siang, keadaan majlis terus berjalan dengan lancar.

Ini merupakan majlis tahlil kami yg pertama, dan insyaAllah kami akan buat untuk hari yg ke 100.


Khemah ni dipasang pada hari Sabtu. Majlis hari Ahad..cuak jugak ni sebab hujan renyai-renyai pagi tu. Syukur by 11am matahari dah mula nampak..pelan-pelan terang.


Gigih kami berempat (Papa, Abg Faiz, Kak Nora & Me) susun meja-meja ni.


Living room dah clear!!

Para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.


Contract katering aje...tak sanggup nak masak-masak..tak arif pun.:)



Intan pun datang...Thank for coming!!


Suasana majlis sebelah malam. K.Bisma and her kids



Juadah yang disediakan untuk majlis waktu malam.


Sedara mara yang hadir pada malam tu.





Ohhh…terima kasih Intan & Wana, dan K. Suriani sekeluarga, kerana sudi datang majlis tahlil doa selamat ini. Dalam ramai-ramai kawan (20++) yg saya jemput, ini saja kawan yg datang hari itu. Ada yg dah berjanji akan datang…tp tak nampak pun..hanya janji saja. Ada juga kawan saya yg dah RSVP tk dpt hadir sebab kena hadir majlis kahwin, ada kelas...itu takpe sebab dah diberitahu dari awal, so, catering untuk mereka-mereka tu sudah ditolak siap-siap. Senang macam tu kalau diberitahu awal…agar tidak membazir.

Apa yang saya perhatikan…bila sesuatu yang mengembirakan…kita akan mendapat perhatian..dan rasa seronok tak sabar-sabar rasanya nak menghadiri majlis tersebut…siap highlight dalam calendar…letak dalam reminder dalam handphone…membilang hari nak hadir majlis tersebut…tanya perkembangan dah buat apa…camne itu ini…is there anything to help..etc..etc..etc..

Tak pandai saya nak belit-belit....tapi tak boleh nak salahkan sesiapa jugak dalam hal nih kan. Masing-masing dah berkeluarga…masing-masing dah ada hal tersendiri…masing-masing dah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar….masing-masing dah ada ealier plans and ada hal yang tak disangka-sangka timbul on that particular date. That’s common in life.

Tapi, saya cuma minta hanya 1 jam atau setengah jam..tak dapat ½ jam…15 minit pun jadila masa untuk diluangkan masa bersama saya….tak lebih. Tapi nak buat mcmanakan….kita ni merancang…Allah swt yang menentukan. Kadang tu saya rasa, ada sesetengah pihak lebih menyukai sesuatu yang mengembirakan berbanding sesuatu yang lebih bersifat keagaamaan. Contohnya…macam kenduri kahwin, birthday party, baby shower, segala-gala perkara yg mengembirakan dalam sesebuah majlis. Jika dibandingkan dengan majlis tahlil, kenduri arwah, kenduri nak pegi haji..macam ambik endah tak endah aje.

Saya ada juga bertanya pada beberapa orang kawan saya…jangan lupa datang rumah pada so and so date…on certain-certain time…ada yang hantar email..ada yang saya call sendiri ..then boleh pulak bertanya..on what occasion? "Sigh"…nvm malas nk cerita dah.

Sekian untuk hari ni.

Tuesday, 2 November 2010

PwC Tax FREE Day


Assalammualaikum

Kita berjumpa semula...tak ada mood nak update...pastu tak ada berita cerita nak bercerita. Saya akan cuba sedaya upaya update sikit-sikit aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan September, October dan November pelan-pelan k.

Date:
30 September 2010
Venue:
Grand Lagoon Ballroom, Sunway Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
What to wear:
PwC 1st Experience, PwC's "Moving Day" (Green), or any other PwC T-shirts (e.g. IAFG, Treasure Hunt) + jeans/slacks + comfortable / sports shoes
Transport:
Make your own way there
Parking:
A flat rate of RM7.00 nett is charged (applicable for parking at Sunway Hotel & Spa only)

Afternoon tea - Lagoon Foyer

Atrium Cafe @ Pyramid Tower Hotel

Wani, Flora, Haz & Ezzati





Tax department kt PwC TUTUP on this date. Keje sini...work hard and play hard too. Time keje, keje...time makan pulak memang makan yang hebat-hebat ...time main time enjoy mmg enjoy habis..hehehehe

Program-program pada hari tu is Director's keynote speech, Sharing - markets, Breakout session - classroom based, Team building activities, BDC sharing and dinner. It was fun sebab tak payah kerja kan..hehehe


Monday, 1 November 2010

France - Dijon


Assalammualaikum

Lama jugak saya tak bercerita kat sini. Sementara saya nak ambil mood nak update blog saya semula nih, apa kata saya sambung semula mengupdate Europe trip saya…cuma tinggal France aje yg tak sempat saya cerita.

Perjalanan dari Switzerland ke Dijon, France mengambil masa selama 6 jam. Bertolak dari Engelberg, pukul 7.30am. Dalam perjalanan ke Dijon, 2 kali kami berhenti di R&R. Di Dijon, bami berhenti rehat selama 2 jam disana, lunch makan kami makan kebab..itu aje yang kami rasa mampu nak telan dan tertera perkataan 'Halal'. Lepas dah lunch tu kami jalan-jalan beli souvenir sikit kemudian sambung semula perjalanan menuju ke Paris.

Dijon, France is a charming, walkable town that offers lots of interesting nooks and crannies for the adventurous tourist. There are several museums and fascinating churches as well a shops and restaurants galore.

Salah satu R&R, otw to France.

Dijon town.

Bourgogne

LaFayette Galeries. Tk cukup masa nk shopping kat sini..:( Esok kt Paris..boleh pusing puas-puas..:)

Rue Verrerie. Banyak tempat2 shopping kat sini..rambang mata tauuu..:)




Town Hall


Burgundy

The Darcy Park, right in the center of town, is spacious and grand, but almost every other street has an area for children to play..:)


Tepat 2.30pm kami bertolak ke Paris. Perjalanan ke Paris mengambil masa selama 4 jam..another long journey..huhuhu.

Nnt kita sambung lagi k..tunggu tauu..:)

Tuesday, 5 October 2010

Suasana hari raya 2010


Assalammualaikum

Selamat Hari Raya AidilFitri. Masih tak terlambat kan nak ucap...sebab masih dalam bulan Syawal lagi nih. Invitation utk open house pun berderet-deret tiap-tiap minggu. Bukan sekadar open house, kenduri kahwin, house warming, baby shower, segala mcm shower pun dalam bulan Syawal ni jugak. Kenduri tahlil doa selamat pun dalam bulan Syawal ni. Kiranya...bulan Ramadhan dan Syawal ni memang penuh dengan keberkatan.

Walaupun raya tahun ni tanpa ibu tercinta disisi...sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan sunyi, sepi, sedih dan pilu.

Mehla kita tengok gambar-gambar raya kt kampung. Beginila setiap 2 tahun di Bukit Pinang. Sangat meriah..jumlah keseluruhan ahli keluarga ialah 35 orang. Tu tak termasuk lagi dengan 'ahli-ahli' baru yang akan join our family soon..:) Dari 35..maybe akan bertambah another 3 person..hehehehe.


Depan rumah, nampak tak tulisan 'Selamat Hari ....anak2 sedara saya mmg sgt creative..:)

Ahli-ahli keluarga Hj Sulaiman & Tg Yusoff..:)

Naim, Abg Shiral & Abg Bok...yg lain2 tu kalut duk kira duit raya..:P

Nasib baikla teringat nak bawak duit raya for my nieces & nephew..in total 15 orang tuu...adeihhh..pengsan..and more to come next next next year...:( Takpe tu semua rezeki kan..:)

My mom, Ila & Me..makan time..:)

Kamilia, Hanna, Farzana & Me. Dah besar2 anak sedara i ni..

My family

Abang Faiz's family

Abang Wan's family

Abang Shiral's family

Abang Bok's family

Izuan's family

The Bachelors..:)

My beloved parents and my brothers



The ladies

The guys

Acara wajib kami adik beradik..:)

Me & my siblings....every 2 years...wajib posing camni...hehehehehe

Lepak jap...dah penat..:)