Wednesday, 11 February 2015

Cerita mengenai boxes huts & yacht : Melbourne Part 7

Salam to all my dear friends and family

Saya follow drama Kusinero Cinta..baru-baru ni kan ada disiarkan kt Astro..so..meluap-luap la nak pi tengok box house kt Brighton Beach ni. Pengambaran drama ni banyak dijalankan kt Melbourne..salah satunya kt Brighton Beach ni.   

Kat sini banyak rumah-rumah kecik yang comel sepanjang tepi pantai...tak la sepanjang..menipula kan..hehehe.  Tapi memang banyakla rumah comel2 ni.  Rumah ni jugak kenali sebagai bathing boxes dulunya letaknya di gigi-gigi air pantai...tapi sekarang ni disebabkan air dah semakin surut...bathing boxes ni semaking menjauh dari pantai..tak la jauh sangat pun..kalau tak silap bathing boxes ni ada tuannya dan harganya mencecah ribuan dollar..!! Pengsaaannn.

Area sini peaceful..kebanyakan penduduk kat sini berbasikal saje.. Udara pun sejuk aman..walaupun matahari pancar terik..tapi tak rasa panas puun..sejuk lagi ada..huhu. Apposite beach ni..kita boleh nampak rumah-rumah besar yang sangat cantik dan mewah..!! Aman bahagia la sapa yang boleh duduk kat sini.


Dari tempat parking (berbayar) kereta..jalan 2-3 langkah dah sampai depan bathing box tu. 



Bright and colorful and makes great pictures. These are bathing boxes that were built in the 40's for people spending the day on the beach.  They are now heritaged listed and cost hundreds of thousands of dollars to own one.





Saya tanya kat mamat ni..
Saya : Is this yours?
Mamat : No..its belongs to one of my client
Saya : How much does it cost per box
Mamat : Very expensive and you don't want to know...hahaha




The bath houses are awesome..!! Brighly painted and great for pics.










The 4 of us


Kami siap berpicnic lagi kat sini...lepak sini sambil menikmati laut yang biru.


Bahagian belakang box huts


Salah satu rumah banglo yang terdapat di Brighton beach.. Punyala cantik pokok-pokok bunga yang ditanam tuan rumah nih...!!

Seterusnya kami pegi lunch area bandar situ. Menu biasala fish & chips. Merayau-rayau sekitar bandar Brighton ni. Takla besar mana pun bandarnya...small and peaceful. 



Lepas dah kenyang...we take a slow drive.  Mencari park untuk tido dan berehat.  Kami singgah di Williamtown botanic garden.  Rupanya kami kat taman ni tak bergambar..puas saya cari dalam camera kot-kotla ada gambar kami kat garden ni...emmm..hampehh tak haadoor...sadisss... Camnela boleh tak ada gambar kat garden ni..huhu.  Takpela..tak ada rezeki kami nak bergambar kat sini.  Kami terlalu letih..siap tertidur kat situ..dahla garden ni besstt sangat...kami lepak bawah pokok besar...cuaca pun sejuk-sejuk manja..apa lagi...memang mengundang tidola jawabnya..:)

Destinasi terakhir kami ialah St Kilda.  Cantik permandangan kat sini.  View kt St Kilda ni memang best.  Kami berpeluang untuk berjalan kt St Kilda Pier...jauh jugak...berjalan menuju  ke tengah laut...tapi tak la tengah...kira dalam 1km kot lebih kurang.  Hujung pier tu ada cafe.  Kami singgah situ untuk minum coffee dan berehat sebentar.  Sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah swt.  St Kilda ni memang menjadi tarikan pengunjung pada setiap hari atau hujung minggu.  Boleh tengok sunset yang super cantik di hujung pier ni.

Dalam pukul 6pm lebih camtu...matahari pun dah start nak terbenam.  Kami pun apalagi...snap2 la gambaq.. Seriously memang cantik view sunset kat sini.  Ni firt time dalam tengok sunset yang super cantik.  Kalau sapa2 nak mai Melbourne..make sure datang sini tengok sunset k.  Angin kat sini sejuk..so pakaila baju tebal yea..hehehe.



Welcome to St Kilda Pier


Menapak kami hingga ke hujung pier 



Melbourne town kat hujung nuunn...


Rest kejap..jauh lagi ni... Tapi best..sebab its windy...not that hot.



Almost there guys....hurry up...!!


Burung seagull yang menjadi kawan karib kami sepanjang kami di Melbourne.


Kami berehat di sini for a coffee break.  Mesti minum coffee kalau tak minum rasa macam tak complete the trip.. Mestila kita nak merasa keadaan suasana minum kopi kat tempat orang ye dak..heh..heh..heh.



Kami order Cappuccino memang tak boleh dipisahkanla..hehe


Ntah apala yang lawak sangat masa ni pun tak tahula..sampai berair mata la si Amie tu.





Indah sungguh suasana kat sini 


Yacht parking di St. Kilda.  Beranganla kami masing-masing kononnya ada bot sorang satu kat sini parking...hahahah


Charlie Angels ke...???



Berakhir journey kami untuk hari ni...saya akan update post saya yang terakhir yang merupakan hari terakhir kami di Melbourne..so..tungguu tauu...:) 



Saturday, 10 January 2015

Cerita mengenai Kryal Castle & Souvereign Hill : Melbourne Part 6

Salam to all my dear friends and family.


Ok..sekarang ni mood menaip tengah datang...moh le lekas habiskan cepat cerita Melbourne ni...huhuhu ...rasa dah lama sangat pendingnya nih.  Kena gigih habiskan cerita ni..saya akan cuba try buat seringkas mungkin...hehehe.

Macam biasa kami bangun pagi..cuaca sungguh indah..tapi yang tak tahannya..hari ni terasa sangatlah sejuknyaaa berbanding hari-hari sebelumnya.  Baju saya pakai 3 lapis..termasuk coat  4!! Haaa...amekk!! dah la saya sememangnya tak ada isi lemak tepu..harussla tebal baju saya on that day.  Kami breakfast makan mcD makan hotcakes as usual..sedap sungguh hotcakes kat sana... Kat Mesia ni bukan tak ada...tapi saja kat sana rasa tepung bancuhan lain kot..hari2 makan itu ajer..hahahaha dengan secawan cuppochino.

Dari Eltham ke Kryal Castle ni lebih kurang 150km..lebih kurang sejam setengah jugak la driving from our hotel. Tempat ni sebenarnya adalah istana lama yang telah dikomersialkan supaya kita boleh rasa pengalaman hidup di zaman Robin Hood and Merlin.  Tempat ni tak jauh dari Sovereign Hill..dan kita boleh nampak signboard sebelum ke pekan Ballarat.  Jalan nak masuk simpang ke castle ni memang ke dalam sikit lah...tempuh kawasan ladang kuda dan lembu kalau tak salah saya..memang luasla ladang kat situ. 






Kryal Castle has reopened the doors to its new land of medieval adventure and this is Australia’s only medieval theme park – a legendary land of myth and medieval adventure with knights, dragons, wizards, kings, queens, princesses, fairies and so much more.


Dah sampai...hehehe.  Apa ada kat dalam ni? Jom kita explore...


Emm ...kalau nak diikutkan nothing much to see here.  Sapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zaman2 Robin Hood or zaman Merlin dulu ni..worthla kot masuk dalam ni.  Kids especially will enjoy it here. 


These pictures are all taken within the lobby area...cool huhh!! That is the entrance but I can't remember how much is the ticket cost..sorry.


Dragonlords Merlin pun ada jugak ni haa....hehehe


Castle guard



There's a river under this bridge..



Belakang saya ni ialah emergency exit.


Tak dapat masuk dalam...bergambar kat luar pun jadilaa..hehehe


Kami kat sini tak lama...kalau kami masuk dalam mungkin lama la kami disini.  Kami nak explore tempat lain plak...jomm..!


Seterusnya kami ke Sovereign Hill.  Kami mulakan our new adventure..hehehe.  Tempat ni merupakan bekas lombong emas yang dipelihara oleh kerajaan Australia.  Luasnya lebih kurang 25 hektar dan lebih 60 bangunan bersejarah pelbagai bentuk, antaranya Blacksmith, Miliners, Confectionery store, Victoria Theatre, Hope Bakery, United States Hotel (saloon), Potters, Furniture Makers, Wheelwright, Tinsmith, cottages, gold diggings dan pelbagai lagi.

Struktur bangunannya dan suasana pekan koboi dijaga dan dihidupkan dengan watak-watak penduduk zaman colonial.  Boleh digelar ‘a living  museum’.  Tapi biasa la, mat salleh mesti akan conquer tempat2 macam ni..simbolik asas kepada apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang.  Memang depa pelihara kawasan Sovereign Hill ni macamana keadaan asalnya dulu supaya orang zaman sekarang boleh rasa pengalaman sebenar kehidupan zaman dulu2.  Lebih kurang macam cerita ‘Little House on the Prairie’..hehehehe

Honestly, ni antara entrance fee  yang paling mahal sepanjang saya datang trip ke Australia ni. Yela..saya bayar AUD$50/pax (RM150.00) untuk masuk ke Sovereign Hill ni..huhuhu. Memang sangat mahal bagi kami kaum marhaen ni..hehehehe.  Since dah sampai, rasa rugi pulak tak masuk..lagipun bila lagi ada peluang nak balik semula ke Melbourne kan. Jomla masuk..pejam mata la keluaq duit masa tu.....hahaha.




Main entrance ke Sovereign Hill...jemput masukk...sila...sila..sila...:)


Bunga purple ni menyambut kedatangan kami 


Inila dia pekai koboi aka A living museum 


Opah ni slow and steady je berjalan naik bukit ni...pegang tongkat lagi tu..kesian opah.


Cottage yang terdapat disini.




Cara-cara membuat lilin


Colorful candles




Ladang kambing pun ada kat sini..


Beramah mesra dengan sheep!!


Sekolah pun ada..version zaman koboi..cooll..


Cikgu sekolah berbungkuss...punyala sejuk tu haaa...hehehe


Depan sekolah...kami pun menunggu anak2 kami balik sekolah jugak nih..hahahaha


Walaupun kecil rumah ni..susun atur dalam rumah sangat kemas dan teratur.


Inila salah satu ruang makan  yang terdapat dalam rumah tersebut


Bilik untuk anak lelaki saya rasa.


Kemas dan teratur ruang dalam rumah ni..motif pakai spec dlm rumah..?!?!:P


Atok nak balik rumah berehat...its their break time.



Character yang terdapat disini.  They are so friendly...siap sembang2 dengan we alls...:)





Ni kedai minyak wangi...masuk kedai..bau minyak wangi semerbak haruumm.




Let's try a hat..!! There are many kind of hats to choose from...pilihh...pilihhh


Opah-opah ni kerja dia bergambarr ajer...seronokla keje sini...i likeee...tak stresss....senyuuummm aje...and say CHEESEEE!!!





Belakang kami boleh kalau nak tour lombong emas..kami tak join pun sebab masa tu ramai benau orang duk beratuq..masuk situ kena bayar lagi..emm..memang TAK laaa.



Try juga cari emas kot2 ada...eemmmm....haraaammm tak ada..hukk hukk hukk:(


Sekitar permandang gold rush mining..


Saya bersembang dengan minahsalleh sebelah saya tu... Dia dtg dari Melbourne.  Tiap2 minggu dia datang sini untuk mencari emas.  Hasil kutipan emas tu...depa boleh bawak balik..kiranya hak milik depala emas tu.  Memang betul ada emas...tapi punyala haluuusss... Halus-halus puunnn...EMAS tuu!!




Sepatutnya tempat pertama yang perlu kami tuju ialah Red Hill Photographic Rooms ni..sebabmya kena buat appointment untuk amek gambar era 1850an.  Yang uniknya kita akan bergambar dengan memakai pakaian zaman kolonial..mana nak dapat kat tempat lain..kat sini aje. Harga sekeping AUD$70 without negative.  Tapi tula..tak ada rezeki kami untuk bergambar dalam tu sebab masa kami sampai kat sana..appointmen semua dah fully booked..:(




Kuda yang BAPAK besaq!! Boleh naik sebenarnya but with another extra cost...eem..xmola..dah la masuk bayar mahal..xkan nak naik kuda ni nak bayar lagi..em...xpela..next time maybe..hehehe.



Cuaca memang sangat sejuk hari tu...unggun api ni untuk memanaskan badan/tangan


Deretan pekan koboi zaman dolu-dolu


Soda water


Bandar koboi





Kuda ni nama dia Lily...comelkan nama dia..hehe



Ni kategori khemah tempat tinggal, rasanya ikut pada pangkat kot...kalau tinggi sikit pangkat..better la kot khemahnya...saya rasala..huhu



Terlalu banyak gambar-gambar kat sini...rasa macam nak letak semua dalam blog ni.  Sekian dulu cerita Souvereign Hill ni...kami pun dah penat..lama kami duk dalam tu..3 jam la kot..huhu.  Moh la keluaq...nak p cari makan.  Kami makan kt bandar Ballarat..makan kat Nandos.  Cuaca semakin sejuk..tak tahan saya...dalam Nandos tak ada heater plak masa kami pegi tu...apa daaaa...sejuk ni weeeyyy...!! Redhaa..redhaa.. 


Sekitar bandar Ballarat.




Macam pro la sangat...ahaakksss...:P



Bunga ni banyak sangat kt sana...cantik plak tu...kaguumm..!!


Persekitaran perumahan depa kat sana...depan compound rumah depa...banyak di tanam bunga-bunga cantik macam ni.  Agak2 kalau kt Malaysia....boleh kita kita buat macam ni? Takut tak lama la kaann...end up tinggal batang ajer...bunga dah kena sapu...ahaakksss 


Tulips cantik ni ditanam depan compound rumah depa ajer...cantik...!! 



   



Ok dah cerita kat sini...jom balik hotel nak rest...banyak berjalan kaki arini... Nak balik massage2 kaki...untuk our next program esok pulak.  

Ok..selamat berhujung minggu..:)