Tuesday, 26 September 2017

Sapporo - Day 1


Salam to all my dear friends and family.

Plan nak ke Jepun ni tak lama..kiranya macam adhoc jugak la.  Macamana boleh terfikir nak pergi Sapporo ni, kebetulan my kazen ada kursus kat sana.  Why not grap this opportunity ikut dia sekali.

Autumn is the season.  Kiranya tak payah bawa baju tebal-tebal sgt, cukup sekadar cardigan dan 1 coat.  Kat sana kalau hujan memang sejuk jugak..apa-apa pun be on standby.

Depart dari KL, 17 Sept at 11.35pm.  Alhamdulillah flight on time tak delay.  Cuma bila dah nak approach to land di Chintose Airport agak cemas, sebab cuaca tak berapa nak elok.  Ada ribut taufan masa kami sampai di sana.  2 3 kali jugakla pilot try to land tapi tak berjaya.  Dia punya turbulence hanya tuhan saja yang tahu bertapa takutnya saya masa tu.  Rasa dah macam boleh crash at any time plane kami tu..sebab memang takut sangat..kuat giler angin sampai plane tak boleh nak land.  Saya memang tak boleh nak tahan sangat dah...1st time muntah!!  Betapa kuatnya turbulence masa tu. So, for the 3rd time trying..alhamdulillah kami selamat mendarat.  The whole passenger tepuk tangan.  

Bila keadaan dah mabuk tak sihat ni..so everything semua jadi macam tak best nak buat apa-apa pun.  Gagahkan jugakla jangan disebabkan saya seorang everyone turut mood swing jugak kan.  So, kenala control cantik gituuu..hahaha.  Immigration sana pun tak berapa nak stict ...semuanya very smooth, cepat, cergas and systematic!!

Settle dah semua..freshen up sikit..and try to bawa bertenang kejap..sebab mabuk muntah tak habis lagi..huhuhu. Bila dah ok sket..we plan to rent a car.  So, terus cari information counter nak tanya kat mana kami boleh cari tempat untuk sewa kereta.  Kena turun ke G floor.  Kat situ ada 1 kaunter khas untuk tourist yang nak sewa kereta.  Depa akan arrange everything for us from A to Z.

Pengurusan untuk sewa kereta agak lama jugak sebab earlier on memang tak plan nak sewa from the 1st day.  We plan to rent on the 3rd and 4th day sahaja.  So, bila dah ramai-ramai ni..kami semua 8 orang in a group, we agreed to rent a car from the 1st day till the last day.  Sebabnya senang kami semua nak berjalan kat sana without any hassle naik turun train.  

Ada beberapa car rental services yang terdapat kat sana, tapi kebanyakkan dah fully booked.  Ada 1 ni Nippon Rent-a-car. Mujur tempat dia ada kereta yang boleh muat kami semua 8 orang ni. Segala pengurusan diuruskan oleh kazen saya.  Saya hanya sebagai peneman.  Segala cost car rental, sorry saya tak berapa pasti.  Secara kasarnya boleh dikatakan dalam RM5k++ untuk 7 hari.  Yang pasti, to those yang nak memandu di Jepun, pastikan kena ada International Driving License.  If not, memang tak dibenarkan langsung untuk menyewa kereta. Senang je nak buat International Driving License ni..pergi je JPJ, bawa 1 gambar passport pastu bayar RM150..then siap!!

Dari airport ada shuttle from Nippon akan fetch us to their place yang tak berapa jauh dari airport.  So, kami 4 orang saje yang pergi sana, yang lain-lain tinggal kt airport dulu jaga luggage.  Sampai saja di NCR, kami telah diberi taklimat secara detail mengenai selok belok pemanduan kat sana.  So, dengarla betul-betul..if not takut tak faham nanti. Bila dah selesai, depa p amek keta..bila dah ready depa akan panggil nama kita dan assist kita semua ke tempat parking.  Sambil tu, depa brief lagi, cara guna GPS setting in English is a MUST!! Signal, lampu, how to start the car, hand break kat mana, minyak kena penuh bila nak hantar balik semula, pastikan cara pemanduan mengikut undang-undang Jepun. Depa buat kerja memang sangat teliti dan tertip. Setelah selesai serahan kereta, moh la kita g amek kengkawan kat airport.  




At the airport kenala bergambar jugak kann...:)


Sunrise at 4.30am


Kami disambut oleh Doraemon..:) :D


At the information counter


Still raining, most of the flight cancel on that day..sebab ribut taufan.



Awek Jepun ni memang layan weolls baik sangat.  Selagi terdaya dia akan cuba carikan sampai dapat kereta sewa untuk kami.  Merata-rata service centre dia call..most of it the fully booked and all taken up.  Kami memerlukan mpv or 8 - 10 seater vehicle.  Sebab kami ramai.


Weather forecast for 18 Sept..memang whole Hokkaido thunderstorm..huhuhu.


Our luggage


Ni la shuttle dari NRC yang bawa kami ke tempat kete sewa.  Perjalanan dari airport lebih kurang 10 minit camtu..tak jauh sgt pun.


Process untuk kereta sewa.


Service centre yang memang systematic di Jepun.


Tudiaa kete kami.. memang muat helok-helokla untuk 8 orang.


To those yang travel in small pax...let say less than 4 pax..boleh sewa keta kekecik camni kan..hehehe.



Ahli kami ramai..terpaksala kami sewa mpv segedabak camni untuk keselesaan bersama gituuuuu...:)



On our way to fetch the others..still raining.  GPS is in English yeaa...legaa. Lepas tu kami boleh proceed to our apartment.


Perjalanan dari airport ke apartment lebih kurang sejam jugak la.  Memandangkan speed kt sana is 50kmh...jenuh slow lagi lama la rasanya ..padahal kalau nk diikutkan boleh ajer kita drive laju sikit.  Sebab kita pun baru sampai sana..so kenala memandu dengan berhemah kat tempat orang kan.  Nanti takut tak pasal-pasal balik mesia dapat surat saman..jenuhh beb nak membayarnya.

Masing-masing dah lapar...last meal masa on board ajer.  Kami singgah mcD yang berdekatan. Filet-o-fish saja yang berani weolls makan kat sana. 



Still drizzling..tapi dah nampak blue sky tu. 


Gambar ni nak menunjukkan mini vintage van belakang saya tu.  Unik kan bentuk dia...hehehe



Kami stay Air BnB -  Sapporo★Good for Group and Family★ di Toyohira-ku, Sapporo. 
1 malam = RM742 x 7 hari / 8 orang = RM649.00 seorang.

Kemudahan dah lengkap kat apartment tu...segala macam periuk belanga, pinggan mangkuk, cawan, sudu garpu, pisau, dapur gas, iron, washing machine siap dryer, wifi laju, memang lengkapla semuanya kat situ.  Convenience store pun dekat jugak jalan kaki 2 minit aje. Subway pun tak jauh dalam 6 minit jalan kaki.  Nearest station is Misono Subway Station.



Toilet bilik atas.  Ada washing maching + dryer dalam tu.


Lengkap disediakan towel, toothbrush, hair dryer etc etc


Kitchen cabinets utensils.


Stok barang makan kami bawa dari kampung...hahahaha.  



Bilik bawah..memang luas.  Muat untuk 5 orang tidur situ.  Datang negara Jepun..kenala tidur style Jepun jugakla kan..baru best.


Ruang makan pun selesa jugak.


Mattresses juga disediakan.  Empuk betul tidur dalam tu..:)


Bilik atas boleh muat lagi 4 orang.  Ladies semua tidur atas.  Gentlemen tidur bawah.


Berehat sekejap..selesai solat semua its time for us to start our journey tour the city.  Mujurla masuk waktu solat semua awal..so, boleh jamak siap-siap.:) Kami terjah Odori Park.  Target nak terjah kat park and Sapporo TV Tower.  Kami park kereta kat tempat yang disediakan..masa ni tak berapa nak pandai lagi harga parking kat sana.  Taram park ajerla dulu..balik nanti kira balik semula. We reach there before 6pm..dah macam nak maghrib gayanya suasana kat sana..nk gelap dah. Tak tahula nak hala arah tuju mana lagi..we just go with the flow.


Belakang saya tu la Sapporo TV tower


Masa tu baru je pukul 5.57pm.  Waktu mesia baru 4.57pm. Jepun is 1 hour ahead.


Jalan bawah tanah Aurora town.  Macam-macam ada kat bawah ni..boleh shopping jugak.




Naik turun tangga memang tak boleh dipisahkan di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea.


Waktu ni sangat windy.



Take a break jap kt Starbucks..:)


Hello Papa....Shira dah smp Sapporo..hehehe.


Well, 1st day nothing much to do yet..lagi pun penat travel pun tak pulih lagi..hahaha.  Nanti saya akan update lagi k.

Stay tune...:)



Monday, 7 August 2017

Window shopping di tempat tinggi..:)


Salam to all my dear friends and family.

Unplan trip ni memang selalunya akan menjadi.

Kak Mama jemput breakfast kat rumah dia sebelum pergi.  Helookk sangatla isi perut dulu..nanti dah jalan memusing-musing takut angin plak..hehehe.  

My 1st visit here..and definately will be more than 1st visit la kann..hehehehe. Memandangkan the journey from KL not that too far..boleh aje nak plan dengan kawan-kawan for an outing for a coffee2 atas nuunn..why not kan.  Lokasi GHPO ni adalah di Skyway Awana yang baru.  Memang satu bangunan..so, tak payah risau bab parking sebab memang sangat-sangat luas.  Parking is just RM5 per entry!! Memang brbaloi..:)


Tuan rumah siapkan nasi lemak



Tempat ni kiranya masih baru lagi..baru keluar dari oven gituu...still hot!! Hahahaha.  Concept dia lebih kurang macam JPO jugak... Thre are 3 level of shopping and the best part of the open concept is that unlike Johor, the weather is much more comfortable..sejuk-sejuk nyaman gituu.


Rasa macam nak beli Hbag la....tapi kena fikir dulu 3 4 5 kali...hehehe.


Travelling from KL dalam 45 minit ajer..tak jauh sangat.  Worth to visit, a nice place for shopping on a cooling hill top. 3 sectins of shopping, High Street, Middle Street and Low Street with about 150 shops designer fashions, sportwear, shoes, gift shops, food & baverages as well as food court.




Dalam Sky Avenue ni ada station cable car yang baru.  Connecting dari GHPO. 


You can also take cable car from nearby station to Genting Highland. Dari GHPO ni..kita boleh terus naik cable car.  Harga ialah RM16 return.  Kalau rasa nak tengok atas nun camne..boleh la naik...if not lepak aje kt GHPO sambung shopping pun tak menjadi masalah.  As for us, memandangkan kami dah laamaa tak naik... Kebetulan masa kami pergi tu orang tak ramai...we've decided just GO!!


Mujur tak long Q!!  Tapi, kalau long Q pun tak apa..sebab masa menunggu tu tak lamaa..cable car bannyaakk naik masa tu.


1 cable car tu boleh muat 6 pax.  Tak cramp sangat pun...just nice.


Tengah mendaki masa ni...seriau nak tengok bawah 


Approaching.   Lama dah tak jejak ke Genting ni.  Outdoor theme park ni pun belum siap lagi.  Ntah bila nak siap tu pun tak tau la.  Suram je tengok GH ni.  Sejak outdoor theme park ni tutup rasanya kurang tarikan kt GH ni.    


Dah wujud shopping mall baru rupanya kat sini, Sky Avenue! Linked directly to the Awana Skyway Cable car.  Punyala lamaa tak datang sini, macam-macam yang muncul..:) Shopping mall ni bersambung dengan First World Hotel.  Banyak shop lot yang kosong. Lenguh kaki jugakla kalau ..tapi kalau nk window shopping kat sini..memang cantik dan classla tempatnya.


Keluar aje dari cable car nampak view ni.  Ko rasaaa..?? Tergamam kejap sebab cantikkk..!!


Boleh coffee2 ada deck ni...harga jangan ditanyaaa..:)



Masih dalam musim raya...ada juga ketupat gegasi dalam hotel ni.


Berangan photoshoot ni...candid kononya...hahaha.



Mujurla tak ramai orang masa ni...senang we mingle around tengah-tengah jalan sambil bergambar..:)



Masa kecik-kecik dulu ada rasanya spot gmbr kat sini...mengamit kenangan lalu..:)


Nothing much to do here...kami jalan-jalan amek angin sejuk aje.  Ingat nak pegi indoor theme park...rupanya situ pun dah tutup...on renovation.  Tu pun tak tahu jugak bila nak siap.  Tu sebabnya kami lepak aje kt luar..mujurla tak panas..sejuuk manja gituuu..:)


Cable banyakk..so don't worry k.  Tak payah rebut-rebut..:)


Tengah berkabus ni...seriau plak tak nampak cable depan kami tu..mcm hilannggggggg..:P



 Ni la keadaan outdoor park GH ni.  Memang ditutup betul n contruction besar-besaran.  Dari rupa ni memang buat baru terus semuanya. Inila theme parknya...ntah bila nk siap tak ketahuanla...nampak gaya macam laaaamaaaa lagi haaa.  Apa-apa pun bila dah siap besok ni...it's gonna be a fantastic place for us to hang out!!



Sebelum balik KL..kami lepak kt Dome - GHPO.  Rehat sat sebelum turun KL..transfer gambar/video apa2 yang patut..sementara wifi tengah FREE ni kan ..hehehe.


A great place to shop or just window shop and an additional stop on your way up or down from Genting Highland.