Wednesday, 14 February 2018

KSP Family Day 2018


Salam to all my dear friends and family.


Setahun sekali mesti datang sini...hehehe. Eh..tapi last year buat kat tempat lain..saya tak pergi pun kat sana.  But, this year buat kat Sunway Lagoon...mestila kena pergi kan.. Kalau nak hadap tiket yang ratusan ringgit seorang tu..memang TAKla nak pergi ye dakk..?? So, memandangkan harga tiket yang wayyyyyyy cheaper!! harus saya pergi.  Dah nama pun family day, saya bawa my niece Fatihah & Farzana.  Kebetulan depa pun tengah cuti semester...lepak tak buat apa kat rumah tu..moh la join aunty depa ni main air kat SL ni..hehehehe.

Awal-awal kami dah sampai sana...event pun start agak awal jugak, by 9am pintu dah bukak.. So, biasala check our bags kot2 ada yang bawa food.  Sebab makanan tak dibenarkan masuk dalam sana.  Memang tak bawa pape pun...lagipun food provided bfast and lunch.  Safe dah tang tuuuu..!! Legaa..!! Boleh je nak makan dalam tu..siap kan duit ajer..keh keh keh.

Speach by the organizer pun short and sharp...taklimat keselamatan pun pantass!!  Then bagi-bagi hadiah for the lucky draws pun very fast!! Depa pun tau, kami semua tak berapa nak keen sgt nk berdiri lama-lama dengaq depa duk berletiaq kann..hehehehe.  



FYI, dalam Sunway Lagoon ni ada banyak Park. There are :

Water Park (Tempat untuk uolls basahkan diri sebab memang watery) ,


Amusement Park (Tempat berhibur sambil bersedia untuk isi perut terburai kalau tak biasa main game yang mencabar),


Extreme Park (Tempat untuk Peminat extreme game-boleh buat jantung terkeluar dari badan juga),


Wildlife Park (Tempat untuk berkenalan dengan segala jenis burung, dan beberapa jenis haiwan yang sangat comel), dan


Scream Park
 (Tempat hantu raya suka terjah tak tentu hala... kuikuikui)





 

Kawan-kawan lain tengah Q nak masuk...nampak tak tempat situ semua still empty..hehehe. Gigih awal nak chop tempat..:) :)


With our Managing Partner.


Seronok dapat food..:)



Group wefie!!


Family PwC..ramai jugak yang datang hari tu.  




Hari bertuah for me...hehehehe. Pemenang terakhir!!  Dah nak koyak/buang dah nombor tu..mcm tak pernah ada luck all this time kan... Haa..tup tup..no 192 naik!! Harusla tak jadi nak buang/koyak that number..hehehe. TQ!!






Dapat jugak jumpa Aiza and her family..:)





Anak Aiza ni comellll!! Baik plak tuu...suker suker suker!!






Selesai mandi kat sini, kami ke Waterplexx 5D. This is one of the coolest experience ever.  Malaysia’s first 5D Waterplexx Bukan 2D, 3D, 4D tapi 5D.  Memang bestlaa...badan weolls kena siram dengan air masa duduk dalam ni.  Cool experience..uolls akan masuk dalam dunia fantasi naik roller coaster…jumpa dengan macam-macam makhluk dalam skrin..hehehehe.  Walaupun sekadar dlm skrin, tapi pergerakan kerusi yang uolls duduk dan air yang dipancut-pancut dari depan, tepi, belakang, atas, semua tu memang teal..dan the feeling is excited tak terkata.. So, get your ticket and try it urself k

Kak Su and my niece dengan beraninya naik Pirate Revenge tu haaa…Just imagine kapal tu berpusing terbalik 180 darjah..kepala uolls berada di bawah dan kaki kat atas?? Mahu terkeluar isi perut dibuatnya kalau badan dah terbalik macam tu kan.  Eee..tobatla saya naik benda tu…big NO NO NO..biaqla depa naik..I rela tunggu kat bawa snap gambar..hehehe.



Beranikan diri naik roller coaster ni...Lost City of Gold Scream Coaster..!!



Riang ria lps naik roller coaster...puas la menjerit atas sana haaa... Lepas tu masuk Ghostbuster Adventure-Live...emmm tobat takmo masuk dh!! Takut Okey!!! Kononnya tegarla tak takuk hantu kann...emm..haraamm..terjerit2 dalam sana..lama kot masuk dalam tu..almost 1/2 hour...haaihh letih menjerit dibuatnya!! Dah la I takot hantuu!!! 'sigh' :( :(


Ni kat Pedestrian Suspension Bridge.  Niat di hati nak naik Flying Fox...tup tup..Long Q...emmm...tak dapatla naik.  Then nak naik ATV...pun long Q..adeihhh...ramai plak pak-pak a/mak-mak arab  ni...mai mana pun tau tau..huhuhu.


Beratur nak naik Grand Canyon River Rapids gempak namanya gituu!!.   Mujur tak ramai yang beratur!! Pengalaman duduk dalam boya besaq ni..memang best jugakla..dalam satu boya tu muat dalam 5-6 pax.  Ia akan lalu jeram sungai ala-ala mcm Grand Canyon tau.. Just seat, rilex and go with the flow..Terbaeekk!!


It’s The Wild, Wild West!



Harimau putih pun ada kat situ.  Lepaakk baeekk ajer...mujur tak kacau orang.


Antara spesis burung cantik yang terdapat kat Wild Life Park.


Kebetulan masa kami lalu situ..burung merak ni tengah kembangkan ekor dia..santekkk sangat!! 


Macam kat area Avatar dah ni...:)





By 5pm kiranya habisla kami tour SL ni..letih beb!! Seronok memang seronok...once a year kan...why not? Balik tempat kami simpan bag...mandi...then balik.  Ada lagi kawan-kawan yang masih mandi-manda dgn anak-anak depa... Tapi, depa pun muka tak larat dah haa...its about time depa pun nak balik.  Letih main air memang lain macam betul...flat habiss..!! Sampai rumah dah tak larat nak bangun pengsan smp ke next day!! 

We really had so much fun kat SL.  InsyaAllah next year boleh datang lagi sini..hehehe.




Wednesday, 10 January 2018

Trip to CH - Part 3


Salam to all my dear friends and family.


Its time to go home..we pack our things and check-out.  Kami singgah kt Kea Farm untuk beli sayur-sayur dan pesanan penaja dari kawan-kawan.  Saya memang tak ada yang memesan ni..legaaaa.. Kami singgah tak lama..sebab kami ada 1 lagi aktiviti yang kami nak buat.  Dah rancang lama...sebelum naik CH lagi.
Kak Ita suruh kami semua masuk dalam Time Tunnel ni..dia kata best.  Dia dah masuk dah sini dulu...so, Kak Ita tunggu kami kat luar.  Selama saya ke CH ni..tak pernah terlintas nak masuk dalam ni.  So, memandangkan Kak Ita dah rekomen tempat ni best..why not kan..hehehe.  Entrance fee is RM6.  Lokasinya sebelah kiri menghala ke Pekan Brinchang.  Muzium ni adalah muzium pameran barang-barang lama..sesapa yang ke sana wajib pergi muzium ni..bagi saya amatlah berbaloi bayaran dan kita akan dapat menikmati nostalgia zaman kita kecik-kecik dulu.. Ohsem!! 



Jom kita tengok apa yang ada dalam tu...Kat sini yang bestnya...kita boleh amek gambar walaupun ia bukannya hak milik kerajaan tetapi hak milik perseorangan.  Tak ada jugak penjaga muzium yang mengekorr ke mana saja kita pergi..keh keh keh.



Tempat ni tak delah besar sangat...tapi barang-barang yang depa letak kat sini memang OLD SCHOOL.  Ada di antaranya, saya pun tak pernah tengok dan tak tau pun benda-benda camtu pernah wujud..huhuhu.






Best gak kat Time Tunnel ni.......Enviroment dia sama macam muziumnya. Berbaloi la dengan duit kita, cuma tempatnya kecik tapi banyak barang kita boleh tengok, tin susu, dokument2 penting negara, papan iklan lama2, basikal posmen pun ada. Yang bestnya, kita boleh sentuh semua benda ni dan boleh snap foto sesuka hati. satu sen pun x kena duit. Bayar tiket masuk je.





You will realize time flies so fast kan.. Barang-barang dalam tu memang nostalgia sungguh..haruss ku bawa Papa ke situ 1 day.  Sebenarnya banyak lagi gambar yang saya nak share kat sini...rasanya cukup dulu la kan..hehehe. Takut letak banyak-banyak orang jemu.  Anyway, kalau nak lagi feel..silerla datang sini tengok sendiri.  Tempat ni dalam proses ubahusai lagi..kiranya makin banyakla barang-barang lama yang akan dipamerkan lagi nanti..insyaAllah.  


Kak Ita tunggu kami kat luar..hehehe.



Meh saya nak cerita pasal our new adventure kt CH.  They called it as Safari Ladang Teh.  Dibuka setiap hari dari 8.30am - 6.00pm.  Kalau hari cuti tutup at 7.00pm.  Senang je nak cari tempat ni..sepanjang jalan ada je banner, signboard for this activity you wont miss it. Kalau melalui jalan Simpang Pulai, mungkin tempat ni yang pertama kita akan lalui dan betul-betul kat tepi jalan utama Kuala Terla, sebuah kampung di antara Tringkap dan Kampung Raja.  Ada 2 ladang teh di kawasan Tea House ni iaitu milik Bharat Tea dan milik Cameron Valley.



4x4 Safari ride : Safari di ladang teh menggunakan jip 4x4 atau ATV. Harganya kalau bersiar-siar menggunakan 4x4 : RM 10 seorang, ATV Safari : RM 35 dan Extreme ATV : RM 199. Jauh gak perjalanan naik bukit kemudian turun bukit, yang landai, yang curam dengan pemandangan kiri kanan kehijauan daun teh dan pemandangan tanah tinggi yang memukau. Semua ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bila dah sampai puncak, kita diberi peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan pokok teh yang sangat cantik. Laluan jip ni bersimen dan selesa..kiranya kita naik jip ni santai-santai sambil hirup udara segar.  Walaupun hujan rintik-rintik masa kat atas, adventure tetap diteruskan..hehehe.






Cucaca tak mengizinkan...kemana sahaja payung tetap kena ada.




Sebelum turun, kita minum dulu..rest kejap sebab nak balik KL pun jauh jugak kan.




Dah kenyang...its time for us to go home.  Hujan pun tak ada tanda-tanda nak stop.  Perjalanan pun tak bosan...sebab meriah dgn gelak ketawa dalam kereta.  So, driver pun tak la mengantuk.. Thank you so much Kak Ita, Kak Su & Amie...sudi teman driver ni borak-borak so that tak ngantuk.  Kejap je rasa dah sampai KL.  

InsyaAllah...panjang umur..murah rezeki, kita plan lagi datang sini k.  Kita bawa lagi geng-geng travel yang lain.