Thursday, 12 March 2020

Trip to Kuching_Part 1

Salam to all my dear friends and family.


Kuching trip ni kami plan dah lama since mid 2019. Sebabnya tiket AA murah masa tu..terusla zass beli. Bulan-bulan kami simpan RM50 dalam tabung 'gomen'.  Kiranya tabung ni untuk duit belanja kami kt Kuching..seperti hotel, makan, kete sewa, minyak..tak termasuk duit shopping yea...Duit shopping sdn bhd.

Saya dan K.Su naik bas seawal 4.30am ke KLIA2 dari KL Sentral. Berjanji jumpa dgn Aiza di airport terus. Self check-in which is sangat senang. Beg pun kami tak check-in just bawa yang kabin size sahaja. Bila dah banyak shopping kat sana, so pandai-pandaila ejas beg bagi muat..hehehehe.


Masa ni dah ada berita mengenai covid-19..tu yg nampak mask kat dlm gmbr ni.

Flight kami pagi ni sangat on time. In fact kami sampai Kuching 20 min awal..haa gitu!!

The usual in-flight meal - Nasi Lemak Pak Nasser

Kami sampai awal jugak dalam pukul 9 lebih camtu. Aiza dah urus hal kereta sewa semua, dan berjanji untuk pickup kereta kat airport. Total is RM160 (deposit RM100). Deposit akan diberi semula upon car return. Senangla camtu..tak payahla nak tunggu seminggu ke 2 minggu ke baru dpt deposit balik. 

Jom kita g breakfast. Earlier plan nak breakfast kat Kopi O Corner. Dah set google map..memang dah betul dah arah ke sana. Tapi, yang kami pelik tu kenapala banyak jalan tutup kat bandar ni? Merata-rata kami pusing nak cari kedai Kopi O Corner ni..tetap tak jumpa sebab jalan tutup.  

Sampai kat 1 persimpangan ni, memang lama la berhenti. Tak kanla traffic light lama sangat berhentinya kan.  Emmm..nampak orang keliling kami macam dah ramai berdiri kat tepi-tepi jalan. Pelik jugak..kenapa ni? Kami tanya orang sekeliling tu....emm...rupa-rupanya Le Tour De Langkawi.  Rupanya route kt Kuching masa kami sampai tu..patutla banyak jalan tutup. Bagus jugakla..pengalaman depan tengok depa ni live depan mata.

Dah nampak ramai yang keluar dari kereta masing-masing. Saya pun keluar jugak la...join the crowd.

Us being the sibuk type of people berdiri tepi jalan tengok LTDL..:)

Tudiaaa...depa mai dah...laju sungguh depa kayuh!! 

Well, mission untuk ke Kopi O Corner ..tak jugak dapat.  Sebabnya jalan masih tutup. So, kami plan pergi kedai lain. Kami singgah kedai Mat Amin Cafe. Terkenal jugak kedai ni.

Kuih Bongkol..diperbuat dari tepung beras, santan dan gula apong. Kukus guna daun pisang. Rasa dia lembut, manis, enak.

Mee Kolok

Bakso

Dah kenyang, kami teruskan perjalanan kami ke Matang Family Park. Apa ada kat sini? Tempat ni sesuai untuk berkelah bawa family...kawan-kawan. Perjalanan dari bandar Kuching ke Matang Family Park ni dalam 45 min camtu.  Tak berapa jauh..dalam 30km.  Traffic kat sana smooth...tak banyak sangat kereta.  Tu pun sesat jugak la kami kat sana walaupun berpandukan google map..:)

Entrance nak masuk sini is very cheap RM4.00 seorang sahaja. Ramai orang tak? Memang la tak ramai kan..sebabnya kami pergi sana hari Jumaat. Rasanya kalau Sabtu Ahad kat sini...ramai jugakla manusia.  Facilities kat sini macam-macam, parking, toilet, surau, bilik mandi, tempat bbq, tempat makan pun ada. Tapi sebab hari Jumaat, so tempat tu tutup.

Tempat ni kiranya on the way arah ke Santubong Beach..so, sebelum kita ke Santubong Beach..kami singgah sungai kejap..hirup udara hutan yang nyaman ini.




Punyala tak ada orang kan...macam tempat ni kami yang punya..seronok!! Bukan tak ada orang langsung..jangan risau..forest ranger ada ja kat booth depa tu. Jika perlukan apa saja bantuan ke apa ke..mereka akan menolong.  Sebelum kami turun, depa ada pesan, jaga handphone, batu licin, air deras..hati-hati.





 
Kalau bawa family dengan anak-anak..seronok ni...confirm mandi tak mau naik dah.



Ok dah...jom kita p tempat lain pulak.

Sebab dah lama sangat tak datang sini...rasanya last belas2 tahun dulu kot..huhu. Punyala lama kan.  Tapi, yang saya ingat, kat sini ada beach. Dulu datang saya panggil Santubong beach...tapi sekarang dah tukar ke Damai Beach. Or..memang Damai Beach..or memang saya tak ingat or tak tahu. Well, kami jalan-jelan sekitar Damai Central yang letaknya berhadapan sahaja dengan Sarawak Culture Village.




Ikut kan ...nothing much to see here. Tapi, dah alang-alang datang sini, kita jalan-jalan la kan. Tengah hangat rembang ni....panasss!!  Kami sampai masa ni ayaq tengah pasang..ombak kuat!! 









Rehat-rehat sat...tengok gambar..update pape yang patut..sebelum kita gerak to our next destination.

Nak masuk ke tak ni kak? Kalau masuk sini kena bayar RM90 tau... kalau masuk sekarang...pukul berapa plak kita nak patah balik pi Kuching? Tak masuk la ek Kak... lagipun kita dah pernah mai sini dulu kan...so, kita p makan la...lepas tu kita check-in hotel..dah petang ni kan.

 Dah lepas time lunch ni..so we decided to call our friend who is a teacher kat one of the school kat Kuching tu.  Dia juga merupakan geng travel masa kami pi Bangkok in 2018.  Dari trip Bangkok tu la kami kenal dia.  Dia suggest nak bawa kami makan kat Barok Cafe which is near Kuching town and dekatla dengan hotel kami. Bila kami sampai sana...kedai tu tutup...eh bukan tutup...kedai tu buka dalam pukul 5pm++ camtu.  Memang depa ni jenis start business pada waktu malam ajer.  Then okla..tak dak rezeki nak pi makan situ.  Then dia bawa kami pi makan kat Teh Tarik Cafe.  Menu terkenal kat situ is Laksa Sarawak.  Seperti gambar di atas.


Muka ada senyum dapat makan...heh..heh..heh.

Kami check-in agak lambat jugakla...tapi tak xper...pape pun bilik dah siap boleh dah terus masuk tak payah nak tungguh lagi dah.  

 Bilik muat kami 3 orang with extra bed.

View from our room.


Mujur ada iron / iron board..penting ni.  Sejadah pun ada..lengkap semua ada kt bilik kami.

Okey...lepas dah rehat kejap..solat..dll.kami decide turun pi swimming pool.  Pool tu kami yang punya sebab tak ada orang.  Ada orang..tp, ramai tumpu ke pool kanak-kanak.  Kami-kami aje yang conquer pool besar ni..:)

 Seronok weyyy...aman damai masa ni.

Okey, saya stop kejap dulu cerita Kuching..nanti saya sambung lagi k.  

:)




Trip to PD

Salam to all my dear friends and family


Plan cuti Krismas 2019..yeaa tahuu..dah lama cerita ni.  Tapi tulaa...saya agak kebizian..haa gituu..:)  Plan ni kejap aje...kebetulan masa tu office kami R&R for 9 days..tu yg plan cuti-cuti dengan geng travel.  Last travel hari tu masa pegi CH..dalam bulan September.

We gather kat rumah K.Mama..sebab nak pergi dengan kereta dia.  Sebelum tu singgah dulu makan kat Restoran Mawar, Jalan Kuching.  Menurut K.Mama lauk-lauk yang depa masak kt kedai ni is masakan Kedah. Haa..harusla try kan.  Memang betul pun..lunch kami pada hari tu sangat menyelerakan.



Kelaparan..Breakfast + Lunch


Mujur traffic tak jem..kejap je rasa dah sampai PD.  Sebelum check-in hotel, kami singgah kt Starbuck dulu minum kopi sat..dan berehat.





Beli jajan untuk sesi pillow talk malam nanti.



Kami menginap di Tasik Villa International Resort. 


Kenapa pilih resort sini? Sebabnya kami nak privacy pool. 




Okeyyy ni view dalam rumah die. Style ala ala omputih villa ni, selesa sangat.
Living room dekat ground floor. Masuk je pintu rumah tu terus nampak tv. Tv ade 2 sebenarnye, 1 dekat living room ni dan 1 lagi dalam master bedroom atas.


Dapur dia best and complete sebab ada microwave, fridge, mini sink, heater and telephone untuk call housekeeping. Nampak ada pintu belah kiri tu kan, situ la pintu nak ke mini pool.


Kami book TWO BED-ROOM VILLA, so ade 1 Extra Large-Double Bed, 2 single beds and 1 Sofa Bed dekat living room. So sesuai la kan utk family and friends. 



Tangga ke second floor. Nice nampak mini pool . Kalau malam nampak romantik gituu :P  


Mini pool dekat belakang. Pool dia dalam rupanya...1.6 meter.





Ni luar rumah...kereta terus ke bilik. Kiranya terus park dekat depan rumah. Senang kalau nak amek pape dalam kereta ke, takyah jejauh.




Ada juga open pool for guest.









Its already 6pm++ Kami call grab to fetch us.  Its dinner time. Plan to go to  the famous Medan Ikan Bakar, PD. Tak jauh dari resort kami tu..dalam 10 min aje.


Sesi memilih sotong, ketam, udang etc etc








Meriah menu kami malam tu.  Makan hingga menjilat jari..sedap!!




Dah kenyang...jom balik. Kita pillow talk plak malam...and tak lupa jugak exchange gifts.


Sunset yang cantik.

While waiting for the grab...kita wefie dulu!!


Those are the presents.  Bajet is within RM50 above. 




Kononnya lepas breakfast tak larat jalan la kan...padahal rumah kami belakang tu ajer.... Tapi, dah alang-alang ada buggy ni...jom kita naik. Siap bawa kami tour sekitar resort ni lagi.


To those yang nak mai sini, boleh la try book resort ni.  Syoq jugak duk sini..tak jauh dari KL...let say from south nak pi north..tiba-tiba traffic teruk ..jem dari Seremban sampai KL (contoh) boleh singgah sini..tidoq dulu semalam...next day lepas breakfast..continue the journey. To those yang nak privacy from family and friends ka..nak layan perasaan sorg-sorg ka...boleh mai sini.  Sini ada jugak bilik-bilik hotel..harga pun tak la mahai...mampu tempah la orang kata.

Banyak tempat boleh explore PD ni..tapi kami pi 2hari 1malam ja. Nanti kami plan mai lain. Tau..bukan ada apa pun...tapi Msia ni..banyak tempat cantik-cantik yang kita sendiri tak habih explore kan.

Sekian dulu cerita saya.  Nanti bila-bila..saya sambung ceta lain plak.

:)