Saturday, 25 May 2024

Trip to Paris - Part 2

Salam to all my dear friends and family

Day 3 - 13 November 2023

Lepas breakfast dalam pukul 10am camtu...our program hari ni nak pergi ke Trocadero, Eiffel Tower, Champ De Mars, Arch de Triumph & Champ Aleesy.  Rasa macam tak sempat nak cover semua tempat tu, sebab cuasa pun asyik hujan dan mendung aje.  

Lets start with Trocadero. Dari our hotel, Metro Gallieni, turun ke Republique station amek line 9 (Hijau) ke Trocadero. Sampai je station Trocadero tu, naik tangga on your left tu sampaila square Trocadero tu.






Kedai souvenir kat Trocadero station ni highly recommended. Beli banyak dia bagi discount lagi.  Harga dia not so bad...boleh terima akal la...hehehe. Barang-barang souvenir pun banyak pilihan kat kedai ni.  



Alhamdulillah cuaca not so bad that day, ramai jugak pelancong yang datang kat square pagi tu termasukla kami..hehehe.  


Daripada jauh nampak Eiffel Tower ni..adoiii cantiknyaa... saya suka sangat..! Kat sini banyak nampak polis berkeliaran..jadi awang2 hitam yang illegal jual miniature Eiffel Tower tu pun tak berani. Hati2 ketika membeli miniature kat sini. Elok beli kat proper shop bawah metro tu banyak souvenir shop.







Autumn is always the best season kalau travel overseas.



Walaupun hujan kami tetap gigih jalan kaki ke Eiffel Tower..demi untuk bergambar.


Kalau dah ke Eiffel Tower, wajib datang ke Seine River ni naik cruise yang tersedia kat sini. Cruise ni akan bawak kami pusing-pusing bandar Paris dan lalu beberapa jambatan yang popular dan cantik.



Our cruise was only 11 Euros per person and it was totally worth it!



The river cruise itself was beautiful.




We got to see so many points of interest in Paris, and from a neat new vantage point!



Best weeiii pusing2 bandar Paris naik cruise ni...lagi nak nampak romantik..sweet ...boleh naik waktu malam...feel dia lain macam...hehehehe.  View waktu malam lebih cantik.


My fav pic atas cruise ni. I highly recommend a river cruise if you're ever in Paris or other large city!


Secret spot for OOTD view Eiffel Tower.


Menikmati Fish & Chips di Bailli restaurant.





Eiffel Tower atau dalam French disebut sebagai La tour Eiffel. Eiffel Tower ni mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan ni merupakan bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paris selain menjadi mercu tanda Perancis. Menara setinggi 300 meter ni dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel.





Tiba-tiba matahari terbit yea petang tu...lagi lawala gambar...hehehe.


View from the bridge nampak Seine River.

Nak dijadikan cerita, rupanya Kak Sue tertinggal souvenir dia kat kedai yang kami beli tadi di station Trocadero. Mujurla the owner tu ingat barang Kak Sue tu dia tolong simpankan. Hilang kalu...jenuhla nak beli lagi kan...bukan murah tau setiap barang tu...huhuhu.

Seterusnya dari Trocadero station tu kami nak ke Arch De Triumph. 


Sunset at Arch De Triomph. Monumen ni merupakan seni binaan yang gah di tengah-tengah bulatan Charles de gaulle yang menghubungkan jalan2 utama yang ada di bandar tersebut.



Ia merupakan monumen yang terkenal di Paris. Arch ni jugak dikenali sebagai simbol Paris selain daripada Eiffel Tower. Ketinggian monumen ni 50M. Kita naik metro turun kat Charles de Gaulle Etoile.

Hari pun dah petang, jomla kita balik hotel. Esok another journey ..kita ke outlet yang terkenal kat Paris ni. Kalau balik awal...boleh rehat lama sebab esok kita nak berjalan lagi. Malam tu,kami hanya makan bekal yang kami bawa dari Malaysia, instant bubur and maggie. Tu pun dah cukup kenyang buat kami. Kita sambung lagi yea...

Tunggu..

Tuesday, 7 May 2024

Trip to Paris - Part 1

Day 1- 11 November 2023

Salam to all my dear friends and family.

We have planned for this trip agak lama jugakla..finally the time has come.  Dari mencari-cari pakej yang kami rasa worth our money, timing, date...akhirnya Nov 2023 tercapaila akhirnya trip Paris kami ni.

Flight kami pagi pukul 10am camtu by Qatar Airways.  First time ni naik Qatar..sebelum2 ni..our long haul flight naik Emirates transit Dubai, and kali ni kami transit Doha.  Pagi tu, Kak Su fetch me kat rumah and straight to KLIA1..awal pagi jugakla sebelum subuh. Kami memang plan awal senang tak kalut kan. Sampai airport cari kaunter Qatar dan terus check-in.  Pehtu terus masuk international departure hall.  Kami pun tak ada sapa nak lambai2 pun..hahahaha.

Bila dah masuk, naik bas ke satelite terminal, sebabnya Aero train masih dalam construction.  Kami cari kedai breakfast dulu sementara tunggu flight kami.  Kami pun aman2 aje...tak rushing apa sangat pun...trip free and easy la katakan.




Kita breakfast dulu sebelum depart.


We fly with Qatar airways transit Doha for 3 hours..pehtu sambung Paris another 7 hours.  Memang long journey..huhuhu.


Inside flight meal.  Semua sedap2 dan terjamin halal.


Dah sampai Hamad International Airport, Doha.



Kita makan2 dulu sebelum our next flight to Paris


Earlier was this gate C33. Curious juga...mana semua umat manusia yg lain2 ni...kosong je gate ni.  Rupanya tukar gate lain.  Mujur dengar announcement.  Dan gate tersebut tak la jauh mana...mujur la kan. Tukar kt C28. Dari situ kami queue untuk naik shuttle bas to our aircraft.  Jauh jugakla dari main terminal nak ke kapal terbang tu. Yg bestnya bas tu stop depan tangga...hehehe. Paris here we come!


Inflight meal.  Masa ni dah nak sampai Paris dah....our last meal la kiranya.

Kami selamat sampai di Charles de Gaulle Airport dalam 8pm camtu.  Pehtu nak clear immigration, amek bag semua by 10pm jugak baru clear semua.  Pehtu, kami nak kena ke hotel malam tu dengan menggunakan Metro which advised by our travel agent.  And in my opinion, baikla kami naik taxi je terus ke hotel.  Lagi pun dah malam sangat ni, nak ke hotel dengan naik Metro will take us almost 45 minutes.  Dengan kami letih...dengan nak angkut luggage lagi.  So, we decided to take a taxi which cost us Euro50 = RM200++. We reached hotel within 20 mins aje.  I don't mind to pay that much for the taxi, demi keselamatan kami.  Ohh...pastikan naik TAXI yea...jangan sesekali amek Uber dan sewaktu dengannya.  Dari sumber2 yang boleh dipercayai, kami dinasihatkan untuk amek Taxi. Dikuartiri ada sindikit2 penipuan dan sebagainya.  Dari tempat amek luggage tu, ada sign Taxi di lantai, so follow aje sign tersebut yang akan lead us to the taxi stand.

Sampai saja kami di hotel, kami tunjuk our reservation number dan masuk bilik.  Our hotel is just 3 star, which dah cukup dah for us.  Yang pastinya ada bilik air with water heater, cattle, closet, katil dgn selimut tebal..:D Unpack our things, mandi, solat pehtu pengsann! :D


Day 2 - 12 November 2023

Morning from Paris.


This is our accommodation for 6d5n in Paris. Campanile Paris Est - Porte de Bagnolet. Convenient sangat stay kat sini.  Metro station pun just walking distance dari main entrance hotel tu.  Sebelah hotel ni ada mall tau, lengkap dengan farmasi, kedai makan halal, McD, convenience store, etc etc. Kiranya kalau stay kat sini, memang mudahla tak perlu risau bab makan dan sebagainya.  Kedai baju pun ada, kalau ada baju tak cukup boleh je beli kat sini.  Harga pun mampu beli.


This is Gallieni Station.  So, anywhere you go...kalau nak balik hotel, cari kat google maps this station, terusla sampai sini..senang sangat.  Kami beli Metro pass pun kat station sini aje.  Ikutkan kami kena beli kat airport. Tapi sebab kami sampai dah lambat, train station pun dah tutup, so must as well kami beli next day aje which is this day la.  Staff situ pun sangat membantu kami untuk kami beli tiket train dengan kadar yang lebih menjimatkan

Our 1st visit is Musee Du Louvre.  Kami naik Metro station Gallieni  turun di station Opera.  Dari situ kami berjalan ke Musee Du Louvre lebih kurang 20 mins.  Hujan renyai2 pagi tu..tapi takpe...lagi pun suasana sejuk masa tu tak terasa sangat letihnya.


Keadaan dalam Metro


Keluar dari station, kami jumpa bangunan ini.  Hujan la kan pagi tu...xpe bukan selalu kami dapat rasa suasana camni.


Dalam perjalanan tu banyak bangunan2 yang unik camni sepanjang kami berjalan nak ke Musee Du Louvre.










Musee Du Louvre. Salah satu mercu tanda bersejarah di Paris dan juga muzium terbesar adalah Louvre Museum atau dikenali Lourve Pyramid. Ia terletak di Tebing Barat Seine. Muzium ini pada permulaannya dibina pada 1190 sebagai istana pertahan atau tugu pertahan negara dan kemudian diubah suai pada kurun ke-16 sebagai istana diraja. Anda boleh menaiki metro 1 & 7 ke Palais Royal-Musee du Lourve atau Louvre-Rivoli dengan menaiki metro 1. Pastikan anda menggunakan Pass Paris untuk melawat secara percuma.



Menunggu pintu Gallery La Fayette buka at 10am. Nak ke Galleries Lafayyete ni hanya menggunakan Metro sahaja and kene berjalan few minits untuk sampai ke sini. Kalau naik metro kene turun kat station Poissonniere. Sebelum sampai ke Lafayyete kita akan jumpa bangunan-bangunan lama mcm ni. Kagum tgk seni bina kat sana,cantik sgt2.


The Galleries Lafayette Rooftop, La Terrase, has free views of Paris. Yes, free views of Paris. You can access the roof by the escalator (by the cafe)


The rooftop has lovely views of the Paris Opera across the street as well as the Eiffel Tower in the distance.




Deko krismas yang sangat cantik dan super huge! Sebab dah nak krismas kan, so dah mula deko2 dah kat mall2 sana.  




Berehat kejap kat cafe La Fayette ni sambil minum kopi dan makan waffle yang super duper sedap!


Semua pastries2 kat sana memanggil2 utk kami rasa/makan :D


Paris Opera house kat belakang saya tu. Kami tak sempat nak kesana...dapat bergambar pun jadila...bukti kami dah tiba di sana..:D



Habis je di Gallery La Fayette kami ke HRC Paris, mmg dh dekat sgt dgn Galleries Lafayyete jalan kaki dlm 10min cam tu dah smpai. Tapi kami naik Metro sebab Kak Su tak larat nak jalan....kekekeke.



Shrimp butter yang super sedap. 


Chips pun besar2 jugak haaa....mujur chips ni kami dapat habiskan.


Nachos yang super besar and kami berdua je yang makan ni, siap bawa balik hotel sambung makan kat hotel plak malam tu. Sayang kan mahal tu.


For those yang ada internet kat sana, waze or google map je,nnti dia akan bawak korang ke lokasi ni. For those yang x de internet,korang dinasihatkan print awal2 lokasi mana yg korang nk pergi, then just follow the map,insyaallah x sesat.



Tak ingat nama kedai souvenir kat sini, tapi macam2 jugak kami borong kat kedai Aunty situ.  Yang pastinya kedai dia bersebelahan Hotel Chopin ni. Kami pun tak boleh nak lama kat situ, sebab hari dah nak gelap, kami kena balik hotel dah.  Our 1st day kat Paris ni tak mau nak balik lambat2 sangat bahaya.

Sekian dulu, nanti kita sambung lagi cite Paris part 2. Tunggu..