Friday, 30 September 2011

CIP Away Day

Dear All,

Our CIP away day(28th September 2011) is as follows:

2pm - Start to leave the office and meet at Mid Valley
3pm - 5.30pm - Games / Karaoke at Galactic Laser Mid Valley(*)
5.30pm - 6.30pm - freshen up and proceed to dinner venue
6.30pm onwards - Dinner at Amarin Heavenly Thai Mid Valley
(*) Galactic Laser
Lot T-012A, 3rd Floor Mid Valley
Beside Celebrity Fitness



Lunch @ MV food court


Lepak jap sebelum masuk Galactic Laser



Kat sini le kami nak tembak menembak..:)



While waiting for the briefing



In the karaoke area...sambil tu boleh je nak nyanyi-nyanyi to those yg suka menyanyi..:)


Ready with the shooting suit/gun



The briefing


CIP TEAM




The food @ Amarin Heavenly Thai. Sedap & banyak..saya siap bungkuih bawak balik lagi tau...rugi tak bawak balik..hehehehe.



Me with Cynthia & Wei Yee




Has, Jess, Azimah & Farah


Tuesday, 27 September 2011

Mini lanskap TY

Salam to all my dear friends and family.


Minggu ni minggu last bulan Syawal. Tiap-tiap minggu penuh dengan aktiviti open house. Next post nanti saya cerita pasal open house k.


Post kali ni bukan nak bercerita pasal open house. Nak cerita pasal mini lanskap Papa. Sekarang ni Papa ada hobi baru. Dia sekarang tengah berjinak-jinak dan nak beramah mesra dengan alam semulajadi dengan pokok-pokok dan juga burung-burung.


Mini lanskap ni simple aje...kecik aje..sesuaila dengan rumah saya yang kecik ni. Kalau buat lanskap besar-besar OVER plak orang kata kan..hehehe. Cukupla sekadar dapat mendengar air keluar dari buyung dan mulut ikan. Serta bunga-bunga kecik sekeliling kolam tu. Papa kata mungkin dia nak bela ikan sekor dua kot..ikan apa...tak taula kat dia.


Skrg ni sebelum pegi kerja waktu pagi, saya mesti singgah sini dulu..brckp dgn pokok-pokok ni, pesan to grow nice and glooming always. Tolong jaga Papa saya & lindung rumah kediaman kami ni. Orang tua-tua kata, kalau nak pokok tu sentiasa berbunga, rajin-rajinla bercakap dengan pokok tersebut..bukan orang saja yang perlu dibelai tapi pokok-pokok pun kena belai jugak dan diberi perhatian. Barula ia pun bersemangat nak hidup..dan pada masa yang sama juga ia mendoakan juga pada tuan yang menjaga agar sentiasa dimurahkan rezeki..Aminn.


Dengar air keluar dari buyung ni sungguh menyamankan..:) Elemen air saya percaya ia adalah satu terapi jiwa. Selepas penat, jiwa kita memerlukan ketenangan bagi memastikan kita lebih tenang untuk menjalani hari-hari berikutnya.


Bunga-bunga yang menghiasi mini lanskap TY :)


Bunga kena sentiasa dibelai, dimanja..bercakap dengan bunga ni untuk sentiasa glooming. Letak baja bunga seminggu sekali, kalau nak siram jangan banyak sangat airnya..:)



Path walkway ni tak siap lagi....InsyaAllah weekend ni nak sambung balik kerja menyiapkan mini lanskap ni dengan Papa. Semangat berkobar-kobar ni nak buat.


Itula serba sedikit cerita mengenai our new mini garden..kecil-kecilan aje sekadar mengisi lapang yang terluang. Tanpa peruntukan terlalu besar, sedikit kemahiran dan minat, pastinya taman kecil dapat direalisasikan di laman rumah walaupun hanya sebuah taman ringkas. Paling penting ia berupaya menjadi tempat menenangkan seisi keluarga. Bagi saya, membina taman hasil usaha sendiri lebih bermakna. Biarlah orang lain berbangga dengan taman besar tetapi saya senang dan bangga dengan mini garden kami ini..:)


Tuesday, 20 September 2011

On Malaysia Day


Salam to all my dear friends and family

16 September 2011 is Malaysia Day. Suka sbb jatuh hari Jumaat dan pada keseluruhannya cuti dapat 3 hari termasuk Sabtu & Ahad.

Kesempatan cuti panjang ni, saya & Intan plan nak tengok baby Oya. Intan datang rumah saya pagi hari Jumaat tu beraya...pastu kami gerak ke rumah Oya around 11am. Senang berjalan awal-awal ni..lagi pun tak nak ganggu time baby nak tidur ke, time baby nak makan ke..kalau pegi lambat-lambat ni takut hujan pulak ke...jammed kat jalan ke...knowing KL ni mmg susah nak predict.

Apa ek nak citer pasal Emma Nur Iman ni? First word is she's such an adorable pretty baby girl. I love newborns! They are so sweet and they smell so sweet (most of the time). Jom kita tengok gambar-gambar Emma Nur Iman.




I think Emma looks so adorable here, this was one of my favorites! Oya, I hope you love this picture as much as I do!

One smile can melt all your anger and take you away from your worries.



A baby gyms gift from me & Intan..:) Emma sukaaa!!

Last picture, Us with Emma..:)


Lepas tu, kami singgah rumah Akla plak. Dah alang-alang kami berada area situ, tu yang kami singgah nak beraya. Lagi pun dah lama tak jumpa Akla.



Bergambar dengan tuan rumah..:)



Asben tuan rumah ni bos Intan...hehehe..what a small world..:)



Akla with her handsome Zikri..:)


Thursday, 15 September 2011

Eid 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to ALL my dear friends & Family.


Sekejap aje rasanya balik ke kampung untuk beraya..walaupun saya dah duduk kat sana almost 10 days..tu pun tak cukup-cukup lagi..he..he...he..biasala tu kan..dah nama pun balik kampung haruss la duduk sana lama-lama..rumah mak ayah kita.

Saya balik kampung pada hari Sabtu (27/9/11) lepas Subuh. Tak subuh jugakla dalam 6.30am gerak dah la. Takut jugak banyak kereta ke apa ke kan. Syukur alhamdulillah....traffic sangat smooth..5 jam sampai dah kt kg. Cuma jammed sikit approching Rawang, Slim River & tol Juru. Other than that..mmg zasss lajuuu..:) Sepanjang perjalanan tu..on & off hujan..tak bolehla laju sangat drive kena jugakla berhati-hati..biar lambat asal selamat..tu penting.

Dari hari sampai kt kampung tu..sehinggala petang nak raya tu hujan tak berhenti. Berhenti pun kejap-kejap aje...lebat plak tu..nasib baikla tak banjir kat sana. Cuma ada sesetengah tempat kt Langkawi aje yang naik air sikit. Saya ni siap pakai baju sejuk dgn stokin lagi...dah ala-ala suhu kt Bukit Fraser dibuatnya. Masa tengah masak kat dapur pun pakai baju sejuk..he he he. Bukan saya aje...aunty pun sama pakai baju sejuk..haa..sejuk sungguh.

Raya tahun ni tak ramai...cuma 5 orang aje yg tinggai dari 30++ ahli keluarga. Abang-abang & adik-adik semua beraya di rumah mertua tahun ni...giliran kakak2 & adik2 ipar saya. Tahun depan giliran kampung saya pula..tahun depan memang bestla..mesti meriah sebab ada extra activities kami adik beradik plan nak buat. Plan apa tu? Tungguuu la naa...:)

Meh kita tengok gambaq2 plak. Tahun tk banyak amek gambaq...sikit-sikit aje. Jadikla kan dari tak dak langsung..:)

Ni la ahli keluarga saya seramai 5 orang..:) 2 tahun lagi tinggai 4 org..:(



Tengah menuggu guest datang rumah. 1st raya memang confirm tak boleh nak p mana..sapa2 nak mai raya..silala dtg on the 1st yea..mmg penuh makanan on the 1st tu. Mai lepas2 tu..hemm...tinggai serdak la naa..hehehe.


This is our dining area.

This is our kitchen. Both kitchen & dining dah ramai..padat..penuh. Tu kat living room duk tunggu turn plak.


Hari raya ke-2, kami keluar beraya, so tuan rumah di Bkt Pinang mmg tak ada dari pagi hinggala ke petang. Kami pun nak p beraya jugak..:)


2nd raya kami beraya ke rumah Tok Nda Aishah & Tok Ami Hashim.

Ni plak kt rumah Tok Ami Syed Harun.




Saya suka gambar ni...nampak caring & ikhlas..:)

Ni rumah Ayah Rashid. Rumah dia klasik..kiranya boleh buat muzium la..:)


Saya suka interior rumah Ami Patek ni..


Ami Patek ni buat open house 2nd day tu belah malam. Tapi kami terawal plak...dah alang-alang pusing beraya semua rumah sedara2..nak keluar semula dah malas..dah penat..singgahla siap2..hehehe. Aunty Zah jamu penuh meja jugakla..sedap betul semua masakannya. Ni canopy ready for that nite's dinner.


Raya ke-3 pula, kami ziarah ke kubur arwah tok & arwah mama. Patutnya pegi pada raya pertama atau kedua tu..tp kami lebih selesa pegi pada raya ke-3..orang pun tak ramai dah masa tu..masjid pun tak jammed..parking banyak..:)

Kubur arwah Tok Tan & arwah Tok Mak Ngah


Kubur arwah mama saya.



Ni baby Hannah. Comey kan...dah la baik...senyum aje...cantik putih mulus gebu kulit dia. Baru umur 9 bulan. Semua orang dia mau..tak nangis plak tu. Mama dia pun cantik....adore sangat kat mama dia. Mama dia tengah makan masa ni...kami culik jaga kejap..hehehe

Tu aje la aktiviti saya di kampung..nothing much. Walaupun hanya sederhana tapi tetap meriah. Abang2 & adik2 serta isteri sekeluarga balik ke rumah saya pada raya ke-2 & ke 3...lepas tu startla meriah semula..hehehe..suka suka suka bila ramai-ramai ni. Bila dah ramai-ramai tu...saya plak dah nak balik KL...tk dpt nk gosip2 pjg dgn my sister in laws...uhhuukk..uhhuukk...:(




Wednesday, 24 August 2011

Salam Ramadan




Cerita di bulan Ramadan

Dah lama tak update blog saya ni. Diam tak diam..hari ni dah masuk hari ke23 kita berpuasa dan hari sabtu ni saya & papa dah nak balik ke kampung. Persiapan tahun ni ala kadar aje...sama je macam tahun-tahun yang lepas. Cerita aktiviti sepanjang bulan ramadan ni tak ada apa la sangat. Cuma, tiap-tiap minggu hari sabtu atau hari ahad saya & papa akan pegi Jalan TAR tu...haa..percaya tak? Percayala...tak tipu...betul...every weekend ada saja nak dibeli. Untuk diri sendirila....untuk orang kampung la....untuk sedara mara la....mau tidaknya tiap-tiap minggu pegi sana. U name it...u got it kat sana tu.


Tapi saya ni ada strategi. Tak kuasa eh nak sesak-sesak dengan manusia yang ramai tu. Cara-caranya ialah...hehehehe. Pastikan keluar rumah pukul 9am yeaa lebih awal...lagi bagus...by 9.30am dah sampai area Sogo tu. Bangun awal pagi..jangan bangun lambat-lambat. Lambat kalu...tengaharila sampai Jalan TAR, sesak-sesak dgn macam-macam ragam manusia. Pagi-pagi ni senang jalan clear lagi..traffic tak heavy. Park kereta kt Maju Junction..per entry is on RM5. Puas hati...tak kalut-kalut nak rebut-rebut dengan orang lain yang nak masuk parking Sogo la...parking Semua House...Cambell la...Pertama la...dekat tu memangla dekat....tu semua mendatangkan masalah dan semak kepala aje..dan pembaziran minyak. So, beginila taktik saya...keluar awal..boleh balik awal. Selalunya...b4 11.30am saya dah siap beli semua dah....12pm tu dah gerak keluar dari MJ tu...b4 1pm dah sampai rumah...dah boleh rehat...sambil menikmati hasil barang-barang yang dah dibeli. Memandangkan tiap-tiap minggu saya pegi sana...pot kedai kain pelikat cantik...murah saya tahu. Tudung versi bawal cantik vass saya tahu pot...harga mmg tak terkatala murah dgn kualiti tudung macam tu..macam tak percaya dengan harganya tu. Songket untuk papa this year kami beli kat Alinas. Nice material, nice design and good quality. Harga? Heemm...jangan tanya..:P


22hb Jusco baru buka kt OU setelah di renovation selama beberapa bulan lamanya. Sangatla teruja nak pegi sana..sbb dah lama sangat tak shoppig kt Jusco OU tu...So, kami (saya & papa) serbu lepas berbuka puasa. Shopping ala kadar untuk keperluan keluarga terdekat aje.


Tu cerita bab shopping.


Ni cerita bab bebuka puasa


Minggu pertama tu saya pegi buka puasa makan ikan bakar di Bagan Lalang. Tempat ni dekat sangat dengan Golden Palm Tree Resort. Sambil menikmati ikan bakar...sambil tengok sunset...cantik sangat...sayangnya saya tak bawa camera masa tu...ni plan adhoc...huhuhu. InsyaAllah next time kami akan datang lagi ke sini..to explore more on the foods and the resort as well...maybe boleh overnite kat situ ke...why not bukannya jauh sgt pun..:)


Minggu kedua...hari Jumaat..saya berbuka di CM bersama2 Ell, LiLin, Mizi & Ayu. Kiranya setiap bulan ramadan pasti at least once bebuka kt CM ni bersama kawan-kawan lama. Sayangnya ahli kami tak cukup...Akla, Shah & Lily. Depa tu ada family...anak-anak depa pun dah start berpuasa...payahla nak tinggal kan..InsyaAllah next time k. Ohhh....yeaa.. Nak tahu tak, saya siap boleh balik rumah lagi tu, beli makanan untuk Papa bebuka. Dah siap semua tu..6.45pm saya zasss drive pegi ke CM. Jalan clear dari tol LDP tu, ke Penchala Link hinggala ke CM tu...7.10pm saya dah sampai CM..cepatkan...saya tak bawak laju tau...saya ikut speed limit tau.
- Hari Sabtu plak..saya bebuka puasa kat rumah Noreshah plak di Batang Kali nuuuun. Saya pegi dengan Ell & LiLin. Depa datang dari Wangsa Maju naik public transport turun kat station Kepong dekat dgn rumah saya, dari situ kami ke Batang Kali..tak la jauh sangat...tp tu pun kami terpaksa bebuka dalam kereta, sebab depa sampai lambat kt station Kepong. Sampai sana Shah and her family mmg dah menunggu kedatangan kami, sorryla banyak-banyak sebab kami lambat...8++ lebih baru sampai..huhuhu. Penuh meja jugakla dia menjamu kami...ada ikan bakaq terubuk, ikan bawal sweet sour, chicken wing, sayur..macam-macam la dijamunya kami ni...kiranya puas dan licin la semua..hehehe. Lepas tu saya hantar Ell & LiLin balik ke Wangsa Maju..kesian plak malam-malam nak naik public transport ni..anak dara plak tu..:)
- Hari Ahad..bebuka kat rumah Aunty Non & Ami Mohsen di Dsara Heights. Pun kami dijamu penuh meja jugak...mmg tiap2 minggu kami kenyang dan saya pun tak payah susah nak masak...hehehe. Tu yg saya suka tu.....:) :)


Minggu ketiga...Hari Isnin, PwC buat majlis bebuka puasa di Le Meridien KL. Dekat je dgn ofis saya ni..jalan kaki aje dah sampai...tapi saya tak pegi pun. Kak Sue penat dah memujuk ajak saya pergi...tapi saya malaas nak pegi..hehehe. Mungkin tahun sebelum2 ni dah jenuh dah saya makan dengan firm, cuma tahun ni je yang saya tak pegi..kureeng sket plak tahun ni nk mkn kt hotel..:)
- Hari Jumaat saya bebuka dengan Girl di Quality Hotel. Every year tak miss dia akan jemput saya bebuka dengan dia di Quality. Banyakla gosip & updates from her..Aunty (Mak Girl) pun ada jugak..dah lama tak jumpa sejak dia balik Mekah tahun lepas...eeee..lamanya tk jumpa tu..:( :( Girl pun sihat....dia pun dah berubah dah pakai tudung pun. Sayangnya tak ada gambar jugak..tak bawa camera jugak..:( Jangan tak tahu, saya sempat lagi balik rumah siapkan makanan utk papa bebuka sebelum saya pegi ke Shah Alam..:) Apa2 pun..orang tua didahulukan.
- Hari Sabtu..saya ke rumah Aunty Non lagi, kali ni ada kenduri tahlil untuk semua arwah. Kiranya setiap minggu ada ajerlah event bebuka..tukar-tukar selera.


Minggu keempat plak....mana lagi kalau bukan di kampungku!!! Yahooo...mmg tertunggu-tunggu nak berbuka kat kampung. Kueh murah..mcm2 juadah tradisional terdapat kat sana...:) Daann...paling utama ialah nak makan masakan Aunty....rindu nak makan masakan Aunty.



Kepada semua sahabat² yang mengenali tak kira dimana jua berada
Kepada insan² yang sudi menjadi sahabat


Indah Langit kerana Awan
‎Indah laut ‎kerana kebiruan
Indah ‎Ramadhan ‎kerana ‎keinsafan
Indah ‎Aidil ‎Fitri ‎kerana ‎kemaafan
Sebening ‎Air ‎Wudhu
Sesuci ‎Al ‎Quran
Semerdu ‎alunan ‎zikir
Seindah ‎Solat ‎5 ‎waktu
Setenang ‎hati yang tiada rasa benci & dendam
Andai ‎tangan ku tidak ‎sempat berjabat
Jika muka tidak sempat bertatap
Bukalah pintu maaf untuk ku


Untuk sahabat yang nak menuju ke kampung halaman atau ke mana jua


Diringi Doa semuga Allah permudahkan perjalanan anda
Selamat menuju destinasi


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
‎MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN
MAAF LAHIR & ‎BATIN




Tuesday, 26 July 2011

Bercuti @ Melaka

Salam my dear friends and family

Hari ni saya nak bercerita mengenai cuti-cuti saya yang tak plan. Selalunya memang macam ni, asal yang tak plan tu...harusla menjadi. Tapi kalau plan awal-awal tu...plan 2 3 bulan sebelum tu confirm sah tak jadi..hik hik hik.

Kami tak pegi jauh pun, pegi Melaka aje..about an hour drive je. Alhamdulillah traffic ke Melaka pun tak sesak..smooth ajer..kete pun tak banyak. Lagi pun sebab bukan cuti sekolah, atau cuti umum. Itula senangnya kami nih, we can just plan ad hoc, pack and go. Nothing much to think about..hehehe. Tak pening-pening nak tunggu cuti sekolah la, condition kete la (tu kena service and maintain selalu, insyaAllah selamat), cash kena ada selalu (yg ni alhamdulillah sentiasa ada) tak kira, awal bulan ke, tengah bulan ke, hujung bulan ke, rasa-rasa nak pegi..just GO. Ni mentality orang bujang...jangan ikut style saya ini..tak elok...hehehehe.

Saya, Ell & Li Lin ni, kami berkawan dah lama...about 13++ years. Dulu-dulu kalau kami nak pegi mana-mana ke, dengan depa-depa ni la saya selalu hangout. Dah merata ceruk negeri kami jelajah bersama. Kalau nak diikutkan ada lagi kawan-kawan yang lain macam Akla, Alin, Kay, tapi depa2 ni dah berumahtangga dan dah ada family masing-masing and their family pun getting bigger, alhamdulillah rezeki Allah tu. So, tinggal kami berdua ni yang masih lagi terkontang kanting bersendirian..Ell dah engaged...hehehe.

Meh saya nak bercerita sikit about our short trip ni. Semua orang pernah pegi Melaka kan. Tapi, trip saya ni berlainan sikit....sikit je lainnya. Kami sampai sana pun dah agak lewat, check in at Mahkota Hotel. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Mahkota Parade...walking distance aje dari hotel kami. Pastu, dari situ boleh aje jalan kaki nak ke Dataran Pahlawan ke, Menara Taming Sari ke, kota A'famosa ke, Bandar Hilir ke, Jongker Walk ke...mmg dekat and walking distance aje. Ni to those yang jenis berjalan lengang2 kangkung without 'handbags' yea... Kalau yang ada anak-anak tu tak elokla nak jalan kaki sbb jauh jugak untuk budak-budak...nak cross jalan yang dah memang sediakala sesak bangat!! Jadi, berhati-hatila yea. Yang ada 'handbags' tu sebaik-baiknya bawala kereta..lebih selamat.

Mula-mula tu plan nak pegi ke Jongker Walk, bila kami dah sampai jalan sesak penuh dengan manusia-manusia...rimas plak jadinya. Pastu kami terus zass keluar dari situ nak ke Bandar Hilir semula. Kami ni bukan familiar sangat jalan-jalan kat Melaka ni, apa lagi redahla mana-mana sign yang ada tulis Pusat Bandar. Pusing punya pusing punya pusing tak jugak jumpa...adala 3 kali kami lalu jalan yang sama...end-up kami dah sesat ntah camne kami boleh termasuk kat Kampung Morten. Seumur hidup saya..tak pernah tahu ada perkampungan yang sangat cantik waktu malam disini. Tak percaya tengok gambar-gambar beloww.


Kami dah siap nak keluar jalan-jalan pusing town..ni kat our room area


Nite view @ A'Famosa ni cantik sangat!!





Told u kan...cantik at nite.




Ni la salah satu rumah paling unik paling cantik kt kampung morten ni cantikkk...ramai yang suka rumah kampung ni. Kampung ni merupakan sebuah kampung tradisional melayu yang lokasinya mengadap betul-betul Sg Melaka. Sungai ni pulak adalah laluan yang naik River Cruise. Adala lebih kurang 100 buah rumah tradisional lama yang terdapat kat kampung ni dan telah dipelihara dengan baik dengan bantuan kerajaan Melaka dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang mesti dilawati bila ke Melaka. Tapi, sekali lagi saya nak pesan, yang ada anak kecik tu janganla datang tengah-tengah malam macam kami buat ni, tak elok budak-budak berembun time2 camni. Ganggu plak time tidur depa tu kan. Kalau nk pegi elok pegi waktu siang...boleh jugak masuk dalam rumah2 tu sambil menikmati barang-barang antik yang terdapat dalam rumah2 tersebut. Pada kami time camnila tak ada orang sangat sebab dah midnite...aman damai aje. Setiap pintu rumah nak bergambar pun boleh tak ada sapa nak halang..heheheh.



Salah satu rumah yg terdapat di Kampung Morten. Cantik kann...



Yang ni lagi unik lagi cantik!!

Cuba perhati betul-betul rumah ni, siap ada pelamin tu...cantik kaann..


Melaka memang terkenal dengan tangga yang cantik2..tengok ni tengok ni




Berhadapan rumah ni...ada...


INI!! Sangatla syahdunya permandangan malam-malam kat Kampung Morten ni.


Ok next...setelah jumpa jalan ke pangkal jalan iaitu Bandar Hilir, kami park kete di Dataran Pahlawan, kami berjalan kaki hingga ke Kota A'famosa...tak jauh pun..jalan pelan-pelan la kan...pastu malam plak sejuuukkk aje. Sambil menikmati udara nyaman waktu malam. Bergambar kat situ pun tak ada orang nak kacau..yelah kami buat kawasan tu macam kami yang punya.... Kalau tak, kan kena rebut2 dengan orang lain...eh' saya plak..eh' saya dtg dulu..eh' jap jap tak ready la..eh' gambar tak lawa la amek sekali lagi...mcm2 hal. Hehehehehe



Ni kat Bandar Hilir...kami rasa macam tempat tu kami yang punya. Kami boleh bergambar sesuka hati kami, yelah bayangkan dah pukul 12.30am..kami masih lagi berlegar-legar kat situ.


Sini pun ada wind mill tauu...hehehe




Next day lepas bfast, kami naik cruise plak. Cruise ni ala-ala mini Amsterdam gituu.. Murah je tiket naik cruise ni RM10 utk dewasa, RM5 utk kanak2. Cruise ni mengambil masa selama 45 minit. Best tau...boleh kita tengok mural at every building cantikk pandai depa lukis dan warnakan...cross beberapa jambatan yang cantik-cantik. Yang saya tak tahan ialah, TOO HOT!!! saya duduk paling depan bot tu...yang lain2 semua dah CHOOP!! tempat yg teduh..isshhh!! rimas naik dgn bangsa2 asing nih. Tp, nk wat camne kan..redha ajerlah... Dia punya bahang panas tu..Tuhan ajerlah yang tahu...terasa terbakar kulit muka, lenggan ni semua...dah la saya pakai tudung HITAM!!! Sebaik-baiknya...naikla cruise ni waktu malam...lagi sejuk...lagi cantik..sbb setiap bangunan tu dihiasi dengan lampu-lampu yang colorful. InsyaAllah, kalau ada kesempatan kami akan datang lagi kesini, tp kali ni nak naik waktu malam plak...malam lagi best..lagi cantik..:)





Berlatar belakangkan Casa Del Rio hotel.


Dah rasa macam bergambar kt overseas plak..hehehe



Super duuper HOT!!








Aksi-aksi dalam cruise..kami dah sampai kat jetty nak turun bot..:)


Kami tinggal kat hotel sini...best tauuu...:)


Swimming pool pun best..besaarr... Tp, kami tak sempat mandi pun bangun lambat..hehehe





Gambar kami yg terakhir sebelum kami check-out.


Sebelum balik KL, kami singgah rest Kenny Baba Nyonya ni for lunch. Sedap jugak dia masak. Tak ingatla jalan apa...tiba-tiba aje kami nampak kedai dia ni tepi traffic light...terus belok..teruk park..terus masuk..terus order..terus makan..hehehe.

Kami diiringi oleh Harley Davidson bikers on our way home..nampak tak mamat tu bagi sign 'peace' kat kami...heh..heh..heh..