Sunday 26 May 2024

Trip to Paris - Part 4

Salam to all my dear friends and family

Day 5 - 15 November 2023

Dah nak balik.  Pagi tu kami jalan-jalan sekitar hotel kami. Cuaca pun tersangatla cantik betulnya...matahari terpancar sinar. Flight kami malam ni pukul 10pm. Ni kalau dapat pergi ke Eiffel Tower bergambar sekali lagi ni cun ni kan.  Tapi, tu la...keadaan tak mengizinkan...kami takut rushing...so must as well lepak je la kat hotel sampai ke petang.

Kami sempat buat final shopping kat mall sebelah hotel kami tu.  Macam-macam ada...macam ala-ala Lotus kat Msia ni.  Harga boleh tahan jugak la untuk golongan B40.

Kalau kita stay kat hotel sini, katakanla baju sejuk ke...baju tak mencukupi ke..kita boleh je beli kat sini.  Harga dalam less than RM50 boleh dapat la.  Summore kalau ada sale..kira masih kita boleh beli.  Kalau luggage kita tak muat ke...pun ada jugak kedai yang menjual luggage.  Kira macam kat sini memang convenientla untuk tourist.

Tempat makan halal pun ada tak perlu risau.  Kedai turkish/arab pun ada kat sini. 


Kedai bunga ni tepi hotel kami aje. Ada pulak orang jual bunga yang cantik ni. 


Tulips pun ada. Kalau beli ni tak surela macamana nak bawa balik Msia kan. Tak terfikir langsung masa tu. Kami sekadar tengok aje dan amek gambar.



Time to pack our things. Dah berapa kali dah ni buka tutup bag ni huhu.


Hasil tangkapan yang terakhir sebelum kami check-out.


Time to check-out. This is our room.


Flight kami pukul 10pm. Kami kena check-out 11am.  Sementara tak kemana-mana, kami ronda-ronda sekeliling hotel kami ni tengok apa yang ada.  Dan lunch siap-siap jgk.


Ni je yang tinggal.





Restoran Keban halal.


Kebab yang super banyak...mujur amek 1 portion je share 2 orang.


Time to go home...waiting for hour Taxi.  Kami arrange siap-siap with the reception. Cost us 50 Euro.


Concorde yang dah lama tak beroperasi.



Kita kena self check-in dulu...lepas tu baru pergi ke kaunter to drop bag.


Banyak perfume kat sini. Its duty free.




Boarding area punyala cantik.


Bye Paris...see you when I see you.



Inside meal


Our aircraft from Paris to Doha. Transit Doha 2 jam.





Suasana airport Doha banyak pokok-pokok hijau dalam building.







Dari Qatar to MH, its a coach share on our return flight to Msia.  Ramaila jumpa orang-orang Msia.


Another 7 hour journey to home.


Bye Doha, the journey was really smooth. Sepanjang jalan saya tidur aje dah letih sangat kan. Bangun bila nak makan ajer. Sampai di KLIA on time. Take a bas to KL Sentral. We arrived KL Sentral around 11pm camtu lebih kurang. Anak Kak Sue fetch us and send me home.  Alhamdulillah all went well.  Short trip to Paris saya tulis kat blog saya saya disini untuk my future reference dan untuk tatapan pembaca sekalian. 

Kami puas hati dengan service OurStories yang telah menyediakan kemudahan untuk kami termasuk  flight, hotel, transport.  Walaupun this is self trip, kami telah diberi tunjuk ajar cara-cara untuk kesana dan how to handle things kat sana. My first time travel as sefl trip..Alhamdulillah all went well.  Yang bagusnya self trip ni, we really have our own sweet and ample time. Tak rushing-rushing macam ikut tour.  Up to us nak keluar pukul berapa...nak balik pukul berapa..nak ke tak pergi ke sesuatu tempat tersebut..tak pergi pun tak mengapa...pergi pun OK.  Cumanya sebelum nak kemana-mana tu, kena study dulu la...naik turun train...dan paling penting phone kita ni kena ada internet dan sentiasa bawa power bank tuk charge our phone.  Sebab kat sana phone kami heavy user betul. Yelah kan mana nak amek gambar, nak amek video, nak tengok internet..pastikan kita lengkap dengan benda-benda macamni.  Kami guna simcard Hello 1010 memang terbaik! Google map pun banyak membantu kami dalam mengendalikan perjalanan naik turun Metro kt Paris.

Ramai yang kata kota Paris kotor bau hancing dan sebagainya. Tapi, bila kami disana tak plak nampak keadaan sana tu kotor seperti yang diperkatakan.  Mungkin time kami pergi tu mereka dalam persiapan untuk menjadi tuan rumah sukan olimpik. Kerja-kerja untuk membaik pulih dan pembersihan sedang giat dijalankan pada ketika itu.  Even di station-station metro pun tak nampak pun kotor...berbau ke apa ke..semua bersih kat sana.  

InsyaAllah ada rezeki saya nak lagi pergi sana, tapi kali ni mungkin nak add Disneyland.  Saya tak pernah pergi Disneyland...so nak kena cari geng travel yang nak join my Disneyland in Paris! :D :D

Sekian dulu cerita Paris saya untuk kali ni. InsyaAllah ada kelapangan saya akan sambung cerita trip Turki saya plak..which dah lama pending. :)

Trip to Paris - Part 3

Salam to all my dear friends and family.

Day 4 - 14 November 2023

Harini memang plan nak shopping dari pagi sampai ke malam. Tapi tak kesampaianla sampai malam tu kan...petang kami dah kena balik ke Paris sebab agak jauh jugak perjalanan dari our hotel nak ke Outlet tu. La Vallee Village ni merupakan outdoor shopping centre dengan lebih kurang 120 designer boutiques tapi barang-barangnya dijual dengan harga diskaun. Ala, macam premium outlet kita ni. 

Saya suka stay kat Campanile ni. Senang. Semua ada. Grocery ada, tranport pun dekat even metro pun tak jauh dari hotel kami sangat convenient. 

Dari station Gallieni kami turun di Nation -  Trone, amek Line RED naik RER ke Val D'Europe. RER lebih kurang 1 jam 20 min.  Tren selesa double decker tak payah nak berebut-rebut. RER ni ialah suburban train. Ikutkan harga tiket agak mahal berbanding metro biasa sebab ianya meliputi daerah di luar Paris. 


Nampak je signage Disneyland Paris tu...confirm kita akan sampai ke La Vallee Village. Cumanya kita turun di station  Val D'Europe


Inila dianya double dec RER train.


Snap video while waiting for the train.


Sampai di Val D Europe, terus cari jalan ke La Vallee Village ni. Tak silap ada shuttle bus disediakan. Tapi kami jalan kaki je. Terus melalui shopping mall Val D Europe.  



Kami saja kat sana hujan pulak. Seharian jugakla hujan kat sana....huhuhu


Actually, kita hanya perlu masuk Mall ni dan jalan terussss je sampai jumpa sign board La Vallee Village. Panjang gak mall ni. Kami berjalan dekat setengah jam gak sebelum sampai ke exit La Vallee ni di belah kanan.  Keluar je terus nampak outlet ni. Outlet ni tak la besar sangat pun. So tak akan sesat punyala. 


Kami terus mencari kedai Arab, halal... Lapar dah. Masa kami sampai ni dah nak tengahari.  Elok kita lapik perut dulu sebelum kita shopping besarrr.




Portion besar...share berdua.




Reka bentuk Village ni juga menarik, open-air outlet, dan tersusun kemas. Harga? Ada yang murah dan ada yang masih mahal dan tidak mampu milik, walaupun selepas diskaun 70%




Berbagai jenama seperti Armani AX, Lacoste, Burberry, Timberland, Nike Factory, Adidas, Long Champ, Puma, Polo dan sebagainya. Semua ada..pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori dan sebagainya.








Mengopi di Laduree Cafe. Selepas mencuba makan macaroon ni memang tersangatla manisnya. Tapi dah sampai sini kan..harusla merasa barula terserlah kePerancisannya..hahahaha.







Ni jenis-jenis macaroon yang dijual. Ada macam-macam perisa. Tak semua dijual dalam satu masa. Ada yang bermusim. 




Cumanya kat la Vallee ni tak semua design ada..banyak yang off-season dan warna-warna yang kurang laku di butik utama. 






Kak Su pun grab seketul di Longchamp!


Sempat grab seketul kat Tommy Hilfinger.



My next visit nak beli yg color turqoise yg small itewww,





Lepas habis tawaf La Vallee, kami masuk semula ke Val d Europe. Ia bersambung dengan La Vallee, cuma bezanya La Vallee adalah konsep terbuka, setiap butik mempunyai bangunan sendiri seakan-akan sebuah rumah. Sebab tula namanya La Vallee Village. Ala-ala JPO juga dan samalah macam Bicester Village yang popular kat London tu. Val d Europe pula adalah satu bangunan shopping yang ada banyak kedai di dalamnya. Tak silap tiga tingkat semuanya. Memang besar sangat.


Paul cafe agak terkenal jugak disana.




Primark sini murah! Kami banyak borong barang disini banding di outlet..hehehe


Hasil tangkapan yang tak berapa berapa banyak ..hehehe. Ni dalam RER nak balik Paris.

Selesai sudah misi shopping kami untuk hari ke 4.  Sebelum hari gelap, marila kita balik ke Paris. Jauh lagi perjalanan kami nak balik ke hotel kami, lebih kurang sejam lebih perjalanan.  Esoknya kami dah nak balik, dan nak mula packing apa-apa yang patut sebelum kami bertolak.  Nanti saya sambung lagi cerita kami yea.

Tunggu..