Salam to all my dear friends and family
Day 3 - 13 November 2023
Lepas breakfast dalam pukul 10am camtu...our program hari ni nak pergi ke Trocadero, Eiffel Tower, Champ De Mars, Arch de Triumph & Champ Aleesy. Rasa macam tak sempat nak cover semua tempat tu, sebab cuasa pun asyik hujan dan mendung aje.
Lets start with Trocadero. Dari our hotel, Metro Gallieni, turun ke Republique station amek line 9 (Hijau) ke Trocadero. Sampai je station Trocadero tu, naik tangga on your left tu sampaila square Trocadero tu.
Kedai souvenir kat Trocadero station ni highly recommended. Beli banyak dia bagi discount lagi. Harga dia not so bad...boleh terima akal la...hehehe. Barang-barang souvenir pun banyak pilihan kat kedai ni.
Alhamdulillah cuaca not so bad that day, ramai jugak pelancong yang datang kat square pagi tu termasukla kami..hehehe.
Daripada jauh nampak Eiffel Tower ni..adoiii cantiknyaa... saya suka sangat..! Kat sini banyak nampak polis berkeliaran..jadi awang2 hitam yang illegal jual miniature Eiffel Tower tu pun tak berani. Hati2 ketika membeli miniature kat sini. Elok beli kat proper shop bawah metro tu banyak souvenir shop.
Autumn is always the best season kalau travel overseas.
Walaupun hujan kami tetap gigih jalan kaki ke Eiffel Tower..demi untuk bergambar.
Kalau dah ke Eiffel Tower, wajib datang ke Seine River ni naik cruise yang tersedia kat sini. Cruise ni akan bawak kami pusing-pusing bandar Paris dan lalu beberapa jambatan yang popular dan cantik.
Our cruise was only 11 Euros per person and it was totally worth it!
The river cruise itself was beautiful.
We got to see so many points of interest in Paris, and from a neat new vantage point!
Best weeiii pusing2 bandar Paris naik cruise ni...lagi nak nampak romantik..sweet ...boleh naik waktu malam...feel dia lain macam...hehehehe. View waktu malam lebih cantik.
My fav pic atas cruise ni. I highly recommend a river cruise if you're ever in Paris or other large city!
Secret spot for OOTD view Eiffel Tower.
Menikmati Fish & Chips di Bailli restaurant.
Eiffel Tower atau dalam French disebut sebagai La tour Eiffel. Eiffel Tower ni mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan ni merupakan bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paris selain menjadi mercu tanda Perancis. Menara setinggi 300 meter ni dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel.
Tiba-tiba matahari terbit yea petang tu...lagi lawala gambar...hehehe.
View from the bridge nampak Seine River.
Nak dijadikan cerita, rupanya Kak Sue tertinggal souvenir dia kat kedai yang kami beli tadi di station Trocadero. Mujurla the owner tu ingat barang Kak Sue tu dia tolong simpankan. Hilang kalu...jenuhla nak beli lagi kan...bukan murah tau setiap barang tu...huhuhu.
Seterusnya dari Trocadero station tu kami nak ke Arch De Triumph.
Sunset at Arch De Triomph. Monumen ni merupakan seni binaan yang gah di tengah-tengah bulatan Charles de gaulle yang menghubungkan jalan2 utama yang ada di bandar tersebut.
Ia merupakan monumen yang terkenal di Paris. Arch ni jugak dikenali sebagai simbol Paris selain daripada Eiffel Tower. Ketinggian monumen ni 50M. Kita naik metro turun kat Charles de Gaulle Etoile.
Hari pun dah petang, jomla kita balik hotel. Esok another journey ..kita ke outlet yang terkenal kat Paris ni. Kalau balik awal...boleh rehat lama sebab esok kita nak berjalan lagi. Malam tu,kami hanya makan bekal yang kami bawa dari Malaysia, instant bubur and maggie. Tu pun dah cukup kenyang buat kami. Kita sambung lagi yea...
Tunggu..
No comments:
Post a Comment