Sunday, 23 December 2018

Trip to Thai_Part 5


Salam to all my dear friends and family.

Bangun pagi ni..tiba-tiba feel down..sebab? Its raining!!  OMG!! Today kami nak pi tengok sunflower..we need sun!!  Not rain!!...huhuhu. Untuk menyedapkan hati, kami berdoa moga bila kami sampai sana..the rain will stop!! And the sun wil shine!!  InsyaAllah. So, let see how is our journey that day.  

Seawal pukul 5am kami dah bangun bersiap untuk ke Lopburi. Sebelum keluar sempat makan Kit Kat alas perut sikit dulu...pukul 6am kami terus keluar menuju ke Ha Lamphong Railway Station untuk ke Lopburi.  Hua Lamphong station tak jauh dari hotel kami, masuk MRT station kemudian amek Exit 2 untuk ke Hua Lamphong station.  Ada je signboard tunjuk arah ke station you won't missed it.  Trip hari ni merupakan paling highlight la. Dah lama teringin nak tengok ladang bunga matahari depan mata.  Harus diingat yea..musim bunga matahari ni di Thailand bermula dari bulan Nov hingga Januari sahaja setiap tahun. Kalau nak mai sini...pilihla bulan-bulan seperti yang telah saya sebut tadi ni yea..:)

Dari Hua Lamphong station, kami naik train pukul 7.00am dan jadual sampai di Lopburi station pukul 9.45am (Bak kata tiket tu la). The journey is about almost 3 hours. Tiket berharga thb50 / RM5.00 seorang untuk 3rd class. Tiket ni plak hanya boleh dibeli pada hari yang sama and no advance booking tau.  Misi pun bermula..another 3 hours journey to Lopburi. Sayangnya the weather macam tak ada tanda-tanda hujan nak berhenti..:(



Orang tak ada sebab cuti kot. Masa ni hari Sabtu. Or kami sampai sana pagi-pagi buta orang masih belum bangun.


Muka ada sikit risau...mikirkan cuaca yang masih hujan..:(


Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Bangkok ke Lopburi ni. So, dalam train hanya mampu bersembang, tidur dan ambil gambar sambil layan view kampung kat luar tu..:)


Train ni tak ada aircond yea kawan-kawan. Yang ada cuma kipas kat bahagian bumbung. Tapi ikut nasib jugak..kadang ada yang berfungsi..ada yang tak. Senang citer duduk je tepi tingkap guna angin semulajadi dari luar tingkap..debu habuk..hujan tu kena hadapla kan..memang betul-betul pengalaman. Tapi pagi tu along the way hujan. Kalau tak totally stop pun...at least renyai-renyai pun takpe.  


Bila dah hujan, mana nak datangnya angin dari luar tingkap tu..kami kenala tutup tingkap..karang tak pasal-pasal basah habis semua penumpang. Begitula keadaan suasana sekeliling bila tingkap dah tutup. Bila dah rasa macam renyai sikit hujan tu..kami buka balik tingkap amek angin.  Okey..kalau naik keretapi ni..jangan anggap yang keretapi ni macam standard lrt, mrt, komuter, monorail, ets kita ni...tak adanya depa nak bagi announcement cakap 'stesen seterusnya...next station' Pandai-pandai sendirila...tanya kat sesapa..depa very helpful. Kebetulan penumpang depan kami pun nak turun distation yang sama..legaaa!!


Our breakfast in the train.


Kan berangin tu.. tapi kesianla to those yang berdiri tu...berjam-jam lamanya. Mereka dah biasa dengan keadaan tersebut ...so, no harm. Don't expect too much  from this 3rd class coach. Dah nama pun 3rd class..so memang berbaloi la dengan harga RM5.00. Memang murah sangat untuk 3 hours journey. Cuma agak kepanasan sikit jelah..seat pun keras..duduk pun tegak aje. Tapi yang bestnya kalau nak buka tingkap luas mana pun buka ajerla.


Kami sampai Lopburi dalam pukul 10am lebih camtu. Sebab dari Bangkok memang dah delay ..mungkin faktor hujan tadi kot..tu yang menyebabkan delay.


Sampai je kami kt station Lopburi, kami ke kaunter untuk membeli tiket train ke Bangkok. Kami beli tiket pukul 2.39pm. Tapi tiket tu hanya akan dijual 1/2 jam sebelum train bertolak. Meaning kami kena smp di station sebelum pukul 1.30 lebih kurang camtu la. Harga tiket ialah thb50 / RM5.00. Jadi kami ada banyak masa kat sini. 


Kami tk jadi naik keta ni..atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..hahaha. Kami naik keta yang lebih selesa dan lebih KUKUH!! 



Dari station Lopburi ni nak ke ladang bunga matahari kita boleh naik kereta 4WD. Kalau nak cepat dan senang kita naik 4WD. Tak payah nak risau, sebab kita keluar aje dari station ni ramai je driver yang tengah tunggu dan offer untuk bawa pergi ke ladang bunga matahari. Harga plak, weolls bayar thb200 seorg for return trip. Jarak dari station ke ladang dalam 20 min camtu..tak la jauh sangat. Tapi, sebab keadaan cuaca pada hari tu hujan..so rasa macam tak best.


Sebelum kami masuk ladang, kami diberi plastic dan kena pakai plastik untuk cover kasut kami dari kotor kena lumpur. Musim hujan aje kot dia buat camni. Sebab ladang memang berselut. Bagus driver ni..sangat menjaga kebersihan. Nanti bila balik dari ladang, tak la kotor keta dia dengan selut semua tu kan. Sebelum naik keta..buang plastik..so, memang tak kotorla carpet keta dia ni. ThumbsUp!!


Misi jejak bunga matahari akhirnya Berjaya!! Nak pergi ke Sunglower Fields, Tuscany - Italia tu jauh sangat, so, kita g Thailand je yang tak kurang hebat jugak kat sini. Sekali lagi saya tegaskan disini..its raining!! huhuhu. Sedih tauu... Tapi kalau cuaca cerah ada sunshine..memang cantik tempat ni I tell uuu...!!



Umbrella, rain & sunflower..hehehe




Kalau cuaca panas ni...memang lagi cun view kt sini.  










Kat sini jugak ada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman serta barang-barang souvenir. 





 
 Dah habis mabuk bergambar dengan bunga matahari ni semua, driver kami tu terus hantar kami ke Restoran muslim halal bagi mengisi perut kami kuat keroncong.  Lokasinya tak jauh berdekatan dengan masjid, kena menapak sikit dari station Lopburi. Kena melintas landasan keretapi..belok kiri..ada T junction...belok kanan...1st left masuk situ...jalan depan tu sikit je..dah jumpa kedainya. Senang tak susah.


Hati senang dapat tengok bunga matahari...hati senang sebab dah kenyang makan. Jom kita balik Bangkok.




Dari restoran tadi kami jalan kaki je nak ke station keretapi Lopburi. Kat Thailand ni boleh je rilek lintas kat laluan keretapi ni...tapi kalau kat kat Msia..jgn mimpila...hehehe.




Kena hati-hati kat station keretapi ni banyak jugak anjing! Tapi depa tak kacau kita..depa pun lepak rehat tidur. 




Train kami delay...2.39pm sepatutnya...udah jadi 3pm haaa.. Tu yg kami masih lagi santai-santai kat station sini.




Tiket train ke Bangkok dari Lopburi. Standee tu meaning berdiri yeaa.. Tapi kalau coach tu ada tempat duduk dipersilakan duduk. 1st come 1st served basis..:)


Kami selamat sampai di Hua Lamphong dalam pukul 6pm lebih camtu. Dalam train memang sanggap layan tidur aje sepanjang jalan. Mujur saya dapat tempat duduk..legaa dari kena berdiri kann..huhuhu.  Kemudian kami naik BTS turun di station Asok untuk ke Terminal 21. Satu-satunya mall yang agak unik..sebab depa guna tema airport. Banyak signage arrival, departure, check in yang kita boleh tengok kat sini. Tandas depa pun mempunyai tema yang berbeza bagi setiap tingkat. Mmg awesome!! Dalamannya cute juga, bertemakan bandar2 terkenal di dunia antaraya Istanbul, London, Paris, Tokyo etc etc. Tapi tak larat pun nak round habis sebab tak ada menda nak beli. Kami lepak kt Pier 21..beli kopi makan roti canai susu for our dinner.











Selesai sudah our journey di Lopburi kali ni. Lepas Terminal 21 tu, kami jalan kaki je balik hotel. Nite walk tak terasa sangat jauhnya..sebab jalan ramai-ramai and the nite is still young.  Kami singgah 7E beli megi cup..balik hotel masak air ..lepas mandi..makan megi..lepas tu tidoo..zzzzz. Letihh wooo naik turun train..hehe. Anyway, it was fun walaupun hujan..kami tetap proceed with our program on that day. Tak kan sebab hujan kami nak cancel kan..tak boleh la... hehehe.

To be continue very soon....

Tungguu...:)



Thursday, 20 December 2018

Trip to Thai_Part 4


Salam to all my dear friends and family.

Program hari ni ialah ke Maeklong Railway Market. Kalau nak diikutkan kebanyakan market kat Thailand ni lebih kurang sama je kat mana-mana pun..tapi ada sesuatu yang menarik perhatian kami nak ke Maeklong Railway Market ni.  Why? Because it has a train running through the middle of it several times a day.  Right down the middle and close enough to touch and it happens only in Thailand. Kebiasaan trip untuk ke Maeklong Railway Market ni adalah menaiki bus, van, taxi kemudian waiting for the train to come and see the whole situation.

Ia dikenali dengan pelbagai nama. Ada yang panggil sekadar pasar Mae Klong. Pasar Stesen Keretapi (Railway market) dan Pasar Payung Ditarik (Umbrella Pulldown / Folding Market) yang dalam bahasa Thainya 'talad rom hood'

Dari hotel kami naik MRT (Nana Station) turun ke Station Mo Chit. Dari situ kami naik taxi kat Maeklong. Kiranya taxi driver ni bawa kami jalan-jalan sekitar Maeklong Market, Amphawa floating Market, and back to Bangkok drop us at Grand Palace. And cost us thb2000 / RM200 /5 = RM40 seorang.  Jauh jugakla dalam sejam baru kami sampai di Maeklong Market tu. 

There is a time schedule showing the trains depart and arrive 8 times daily at Maeklong Station. So, you will need to check again on the timetable just so that could not miss this excitement.
- Time Arrival [8.30am, 11.10am, 2.30pm and 5.40pm]
- Time Departure [6.20am, 9.00am, 11.30am and 3.30pm]

Rezeki kami pada hari tu is at 11.10am.


Kami dalam MRT ke Station Mo Chit





Masa ni tengah negotiate dengan taxi driver.  Mula-mula depa tak mau bawa kami ni sebab ke Maeklong ni memang jauh dari Bangkok sejam perjalanan. Tak lama kemudian, ada jugak sorg taxi driver ni sudi bawa kami sebab dah tengok kami buat muka sedih, kesian kot...almaklumla kami ni pelancong.  Depa kenala layan pelancong helok-helok, if not nama depa jugak yang tak helok besok ni kan..:) Lepas semua dah kautim...mohla kita ke Maeklong tengok train.



Haaaa...posing jangan tak posing. Tak tau bila lagi kita nak mai sini lagi kan.  Bergambar la camne pun...pelancongla katakan.


Antara kedai yang terdapat di market ni. Name it got it.







Kami masuk dalam market ni jalan nak sampai ke tengah railway. Inilah Maeklong railway market..ada railway track in the middle. Macam-macam ada dijual di sini.  Di sinila tempat laluan train nak ke last station Maeklong..during train passes through, all left and right side business need to put aside to give way to the train to go through. 


Pasar ni macam pasar biasa aje sebenarnya. Orang-orang Thailand yang datang sini pun memang beli ikan, sayur, bawang etc. 






Train akan bagi signal untuk perlepasan. Masa ni semua penjual akan tarik balik barang depa dan khemah untuk bagi laluan kepada keretapi lalu. Masa ni siap duk tepi ye..jangan duduk tengah pulak. Maeklong ni last station keretapi sebenarnya. Sebab tu keretapi ni jalan slow giler tengah-tengah pasar tu. Well, tercapai la impian kami untuk melihat sendiri keunikan Maeklong Railway Market ini.


Muka cuak!! Tengah syoq-syoq ulang alik railway tu..tiba-tiba ada siren berbunyi. Dengan lajunya, peniaga-peniaga kat situ alihkan barang-barang depa dan sorong masuk bawah khemah depa.  Laju gilerr.. Tiba-tiba aje tengok landasan keretapi tu dah kosong kat tengah. Makcik-makcik kat situ terjerit-jerit suruh pelancong semua ketepi sikit.  Kami pun apa lagi, cari port terbaik nak tangkap gambar la kan..hehehe. 


Suasana pasar berjalan seperti biasa, sibuk dengan penjual dan pembeli. Wujudnya pelancong macam kami ni memang menambah lagi kemeriahannya.  Nampak macam orang sana dah biasa dengan keadaan kehidupan mereka yang sentiasa menjadi perhatian dan meneruskan jual beli tanpa rasa terganggu.



Kan dah kena marah...dah kena halau..sebab menghalang laluan keretapi.  


Getting closer and closer!!




Fuhhh...memang terasa dekat giler keretapi ni lalu sampai boleh rasa terseret pipi ni...hahaha. Memang best tengok para peniaga ni bukak dan pasang khemah dalam sekelip mata saja bila keretapi tu dah lalu. Thumbs Up!!


Pandai cakap English minah ni...beli jugakla selai dua shawl at her shop..bukan mahal pun thb100 / RM10 je.


Habis dahh...jom kita g floating market pulak.  Tempat ni berdekatan dan tempat yang taxi kami parking.  Landmark depa la ni saya rasa. Sana memang terkenal dengan ukiran yang sangat unik dan cantik.


Betapa seninya ukiran kat pintu gerbang ni kan..?


Atas sebab-sebab yang tak tak dapat dielakkan, kami tak jadi pergi ke floating market.  Tak kisahla yang tu..next time boleh aje datang sini lagi, sebab dah tahu cara-caranya. Seterusnya kami ke Salt Lake De Maeklong.  Tak ada pun dalam program. Tapi sebab dah alang-alang on the way balik ke Bangkok, Salt Lake memang terletak tepi jalan aje you won't missed it.  Cantik view sini. Harusla minta taxi driver ni stop. Mujur dia nak berhenti. Takut jugak sebab kami kan tak jadi pergi ke floating market tu, dia mgkn tak dapat commission ke apa ke kan.  Kot la majuk tak mau ikut kehendak kami ke apa kan.  Mujur la dia nak berhenti.  Tq!!


Sebelum tu, singgah petrol station isi minyak taxi. Driver tu suruh kami semua keluar. Haa sudah!! dah kenapa...kami kena tinggal sini ke? Rupanya kami semua kena keluar..rasanya tu procedure isi minyak kat sana kot. Tu yang kami jumpa lori yang unik ni.  Penuh stickers!! Sangat kreatif untuk mencantikan lori masing-masing.


Belakang ni is a cafe'.  Rasa macam nak mengopi..nak rest kejap minum-minum ke kan..emm..tapi kami tak boleh lama kat sini. So, to those yang nak datang sini, make sure singgah cafe kat Salt Lake ni. Dah penat-penat tengok train...penat-penat dari floating market ke kan..singgah sini have a short break..have a kit-kat...ehhh tetiba!! :) :D


Awesome tempat ni, where you can enjoy a drink, take a view and learn a little bit more about a life of a local salt miner.




Luas kawasan ni.





Nak rendam kaki dengan air garam pun boleh. Boleh refer kat kaunter kat reception, mungkin ada pakej-pakej untuk merehatkan kaki.


Sempat beli ayaq ..hauuusss!!

Next is to Grand Palace. Sejam lebih perjalanan balik ke Bangkok. Dengan heavy trafficnya petang-petang nak balik Bangkok. Bila kami sampai Grand Palace dah agak lewat jugak.  Tapi, masa kami sana tu GP ni tutup pulak ada ceremony apa ntah.  Buka semua pukul 5pm.  Still early, mohla kita rehat dan mengopi kejap kat mana-mana.



Kami mengopi di Elefin Coffee Cafe'


Creative and very nice!!


Geng kepenatan..hehehe.


Cerita sikit mengenai Wat Pho ni. Pada umumnya kepada rakyat Thailand ia terkenal dengan 'Reclining Buddha'. Pada keluasan 20 ekar ni, ia merupakan Wat terbesar di Bangkok dan tertua di Bangkok. Ini kerana ia dibina sekitar 200 tahun sebelum Bangkok menjadi ibu negara Thailand. Harga tiket thb100 / RM10 + kupon free drinking water. Sayangnya kami tak amek pun..huhu.







Dah nama pun Wat...patung Buddha merata-rata.





Tak payah la duduk lama-lama dalam ni...jom kita p tempat lain pulak.



Persekitaran Wat Pho di bahagian luar.







Kami tak pergi pun Grand Palace sebab dah tutup. Semasa kami tengah berjalan arah keluar dari Grand Palace tu, tiba-tiba ada tuk tuk approach us. Dia tanya nak pegi mana semua, kami bagitau nak ke Asiatique The Riverfront.  Terus dia suruh kami semua naik tuk tuk dan berharga thb60 / RM6.  Dia terus bawa kami ke Boat Tour Centre. Dari situ katanya cuma bayar thb15 / RM1.50 dan turun di Sathorn Pier.  Dari situ tukar bot lain which is free ke Asiatique. 


Ini la driver tuk tuk yang sambar kami tengah-tengah jalan tadi tu. Mujur boleh cakap English + Bahasa sikit-sikit. Dia kata kalau naik tuk tuk ni jauh..baik naik bot murah dan lagi cepat dan lagi best FREE boat to Asiatique.


Sayangnya saya tak ada gambar kat sini.  Saya cuma boleh bercerita..selagi tengah duk ingat sekarang ni kan...hehehe.  Bot ni merentasi Sungai Chao Praya. Luas sungainya dan sepanjang sungai disini..macam-macam tourist attraction yang kita boleh explore. Tapi kami tak mempunya banyak masa..too rush..maybe next time. Kami kena beratur..ramai sangat orang. Tak lama tu bot pun sampai, tapi jangan harapla kami semua boleh  duduk dalam bot tu..sebab memang penuh!! Ada konductor datang collect tambang..make sure simpan tiket jangan hilang. Please jangan bagi note besar yea masa beli tiket..depa tak layan.

Waktu dalam bot tu pastikan tengok sebelah kiri bot yeaa..sebab semua pier di sebelah kiri jangan terlepas pier plak.  Bila bot nak berhenti di setiap pier tu, seorang pekerja akan tiup wisel meaning dah sampai next stop, kemudian dia akan lemparkan tali ke atas deck untuk di ikat, bila tiada lagi penumpang turun dari bot, dia akan tiup semula wisel tanda bot dah boleh gerak semula. Very sistematic kan. So, bila uolls dengar je bunyi wisel tu get ready lah nak turun...jangan terhegeh-hegeh kononnya diva..karang tak pasal-pasal kena tinggal..kena cergas!!


Bot adalah seperti diatas. Gambar ikhsan dari "Google"



 Free shuttle from Sathorn Pier to Asiatique


Asiatique The Riverfront adalah sebuah tempat hangout dan juga pusat membeli-belah.  Restaurant pun ada juga kat sini..terdapat juga beberapa kedai halal dalam Asiatique ini.  Dulunya tempat ni dikatakan sebuah dermaga yang kemudiannya dijadikan pusat membeli-belah.  Barang-barang yang dijual kat sini tak la mahal sangat..reasonable price..still can afford to buy.  At certain-certain shop we still can bargain on certain-certain items. No harm trying kan. Tempat dibuka dari pukul 4pm hingga 12am.



Christmas is around the corner. 


Makan durian ditempat awam. Mujur tak kena halau dek security. Tak sure security ni nampak ke idok depa berdua ni duk makan durian..haha.


Sempat Kak Su dan Ijan makan durian yang depa beli kt Maeklong Railway market tadi.  Memang kenduri durian laa..dah jadi lempok haaa..hehehehe.



Kedai ni senang je nak cari tak jauh. Sebelah masjid saja. Ada sebuah kedai halal dalam ni. Jangan ragu-ragu nak datang sini, tengok sign Halal..confirm kita boleh makan dengan tanpa rasa ragu-ragu. Kemestian untuk bergambar di kedai makan halal.


Bryani ayam for tonite. Memang kelaparan dan habis kelicinan kami makan.



Masjid Jami - Ui Khoirat. Area sini banyak kedai makan halal. So, jangan was-was la yea kalau nak datang makan kat sini.








Keletihan sangat ni...rasa nak balik hotel terus tidur!!



Huge ferries wheel!!



Bangkok at night.





Enjoy the night view.


  
Bukti tapak kaki kami udah smp Asiatique, Bangkok!!


Sebelum kami balik..ternampak haiwan exotic ini...rupanya bukan sekadar binatang yang pernah kita dengar aje depa makan...even Buaya pun depa makan jugak..huhuhu.


Ok dah penat sangat dah ni...tak larat dah nak naik turun train mrt bagai.  Esok another long journey to Lopburi.  Moh la kita balik.  We take a taxi to our hotel. Tak ingat bayar berapa kat driver taxi tu..tak mahal sangat..kami share2 5 orang. Sekian dulu untuk posting kali ni..nanti saya sambung lagi.

Tungguu..

Sekian.