Thursday, 23 August 2007

Bila Dah Bergayut


Kenapa ye, bila kita dapat panggilan telefon terutama dari orang yang kita kenali / panggilan tak rasmi, selalu kita jadi 'hilang kawalan' semasa menjawab.

Semalam, KakRehana call I, nak tanya pasai weekend ni punya xtvtla...masa tu I dalam 'limosin' panjang I, balik dari kerja... (selesai je bercakap, tiba2 mak cik di belakang mencuit I).

"baru dengaq sora hang..sebelum ni tengok diam saja.."

aku pun cuma sengeh2 menjawab.. "kazen telefon, dari jauh...tu yang ralit sembang.."

Sebenaqnya I dah malu2 kuceng jugak, sebab maybe masa I tgh dok syok sembang tu, satu 'limosin' tu dengaq apa I cakap. Dah le sekejap cakap KL, kejap cakap utara. Ntah apa agaknya orang pikir.

Tapi kan, tabiat ni bukan I sorang je yang ada. Di keliling I, I perhatikan;

Papa I, I perhatikan, bila dapat call je, 'kemas' jadinya meja telefon dan almari buku kat tepi telefon

I dulu2..masa gayut dengan boyfriend...kejap tutup tingkap, kejap bukak tingkap..nasib tak pecah tingkap! kalau dengan handphone, berguling2 atas katil..kalau phone umah, gentel2 bunga kat tepi telefon, or gentel2 wire telefon tu, pehtu kalau ada pen..capai pen tu... ha...sepuluh minit satgi, tengok la, mesti banyak la lukisan2 zaman paleolitik kat dinding, kat buku telefon, kat tangan...eloknya dia conteng dahi dia sekali..kah kah kah..

Masa zaman belajar dulu, nak call bf kat hostel kan kena beratur, adala romete I sowang ni, i ni jadi pak tunggu ke dia tu...cakap tepon tengah makan. Masa tu kami sama2 beli dua roti..tapi gayut punya pasal, dengan roti2 I pun di sadap nya.

Korang pulak macam mana?

No comments: