Tuesday 29 December 2015

Raikan Raja Sehari..long overdue.:(

Salam to all my dear friends and family.

Post ni long overdue...majlis ni berlangsung bulan September lepas.  Maafla..hari ni la baru boleh update cerita-ceriti..heh heh heh.  Bukan tak ingat nak update blog..ingatt... Tapi tu la..keadaan masa tak mengizinkan.  Ni pun ada time sket..bolehla update sebelum terjadi lagi lamaaaaa pendingnya...:)

Tahniah Kak Yan..dapat dah menantu perempuan.  Sebelum majlis besar berlangsung kt dewan felda, sehari sebelum tu kami ramai-ramai berkampung kt rumah Kak Yan.  Nak menolongla apa-apa yang patut..macam isi telur dalam bekas, apa-apa sajalah. Almaklumla dah namanya majlis kahwin..tentula macam-macam nak kena buat kan. Lagi pun ni majlis pihak lelaki...ala kadar aje nih..hehehe. Namun meriah. 


Us kt rumah Kak Yan..menolong apa2 yang patut sebelum majlis esok.

Bunga telur hasil gubahan Kak Mama untuk para tetamu di dewan felda esok.

Gubahan bunga telur dari manik kristal berbentuk tulips..!! Sangat cantik!! Kagum..!! 




Bakal pengantin..dengan sedara mara



Juadah  yang disediahkan oleh Tuan Rumah..yummyy yummyy

Suka drawing kt belakang saya tu...nxt time pergi Paris..nak cari drawing camni jugak..boleh letak kat dining hall.


Penyambut tetamu. 

Kak Rohil dari Kuala Kangsar.




Hasil gubahan Kak Mama.  Bunga telur dari manik kristal berbentuk tulips.



Tahniah Putera Hafreez Aizat & Nur Farhana.


Acara memotong kek.

Lepas dah makan baru teringat nak bergambar...hehehe.  Temana Kak Nora makan la ni.

 Rest kejap...penat menjadi penyambut tetamu.

Wefie dulu sebelum naik atas pelamin bergambar dgn pengantin.

Kenangan bersama pengantin tak dilupakan.

Sedara mara sepupu sepapat sahabat handai...:)

Geng travel forever..!!

Mengamit kenangan semasa di Melbourne with the tulips.... manakala kak mama with her fav coffee..ahaakkksss...:D



  
Selagi tak balik...selagi tu bergambor...heh...heh...heh..:) 

Last wefie..!! 


Okey...dahhh jom balik..:)

Selesai sudah raikan cinta untuk kali ni.  Kami pun dah nak beransur pulang..
Kepada Putera dan pasangan...Selamat Pengantin Baru..semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.

No comments: