Tuesday 17 July 2018

jjcm ke Kelantan


Salam to all my dear friends and family.

Well, plan trip jjcm ni dah lama since last year. Infact beli tiket flight pun time promo. Return trip is only RM30.00.  Tukang rajin search ni my fren Aiza.  Dia bab2 cari tiket flight murah bolehla bagi kat dia...mmg betul2 murah dia cari.  Dia siap suggest apa kata kita jjcm ke Kelantan.  Saya OK ajer..bila2 pun ON ajer..:)  So, kami cari tarikh hari bekerja..tak  la ganggu family day weolls on Saturday / Sunday right?. Sepatutnya kami pergi bertiga, end-up berdua aje yang pergi. Aiza tak dapat join atas sebab-sebab kesihatan, its better for her just rest..lagi pun dah tak lama nak bersalin haa..:)

Lepas waktu kerja hari Isnin, saya tak terus balik rumah, saya terus check in kt Tune Holel, KLIA2. Haa..gituuu. Gigih demi mu jjcm kelantan kann..hehehe.  Knp tak balik rumah ajer, knp kena tido hotel, knp dan mcm2 knp lagi la kan..huhu. Camni, flight kami is at 7.30am. Knowing AA ni kan we need to be at the airport 2 hours before depart.  Betul kan? So, we back track balik timing tu...7.30am depart, 2 hours before is 5.30am. Travelling from my house to KLIA2 is 1 hour which is 4am dah kena keluar rumah.  Which is my Papa memang tak bagi la saya drive sorg2 pagi-pagi buta tu haaa anything can happen right??... and back track lagi..pukul brapa nak bangun?? Tak ke pukul 3am.  Kann..? So, untuk menjimatkan masa dan tak mau bagi Papa bising. Saya pun buat booking kt Tune Hotel, KLIA2..which is just walking distance to the airport. Rezeki saya, our stay kt Tune is FREE. Alhamdulillahhh...:) See...rezeki tu Allah bagi dengan berbagai cara...tak giteww..:) :) Camne boleh dapat FREE? Biar la rahsia giteww..hehehehe. (Sorry ni memang tak boleh share)

Lepas checkin, mandi tukar baju semua..kami plan dinner di Wong Solo, Cyberjaya.  Fetch Amie (geng travel) kt Ptjaya, then terus ke Cyberjaya..tak jauh dah dari Ptjaya. First time ni makan ayam penyet Wong Solo kt Cyberjaya...kalau tak saya selalu pergi kt Shah Alam or Bangi.  Kenyang dah..singgah rumah Amie jap tengok kucing gemok dia Chiko.  Memang gemok..cukup makan semua..mana tak gemok..hehehe.






Chiko the fat cat!!


Let's the journey begin!!
We had bfast at 4am.  Memang kena bangun 3am jugaklaa walaupun hotel tepi airport.  Emm..tak pe lagi pun kami boleh enjoy bfast makan kenyang-kenyang.  Tapi, masalahnya pagi2 buta ni perut tak berapa nk boleh masuk sgt food..huhuhu.  Apa2 pun kena jugak makan alas perut, don't fly with your empty stomach..very dangerous tau. Takut nanti dah seronok2 nk berjalan, tup tup tak sihat plak kan. Flight kami kali ni ON TIME with no delay. 


Bfast at 4am..was likee...krikk krikk krikk... 


Cantik lobi Tune ni.


Lama sgt menunggu pintu nak buka...lenaaa saattt...zzzzzzzzz

8.30am sharp kami smp airport KB. Terus saya inform Nik yang kami dh smp. Nik ni pengusaha kereta sewa di KB.  To those yg nak sewa kereta kat KB, boleh refer kat http://www.keretasewa-kotabharu.com/.  Kami sewa Viva - RM70 (dia charge untuk harga 1/2 hari). Kami jumpa Nik ni di Gate C.  Deposit RM100 dan akan dipulangkan semula lps penghantaran kereta nnt. Senang aje berurusan dgn Nik..through WA sahaja. Minyak kereta ni almost empty, kami isi RM20.  Tu pun bila kami pulangkan kereta ni, minyak masih banyak lagi.. mcm tak gerak plak meter minyak tu haa. Takper..niat sedekah ajerla kan yang balance minyak kereta ni..:)  

1st pit-stop is Kopitiam Kita.  Tak jauh dari airport..dlm 15 minit camtu.  Sekarang ni semua guna Google map..type aje nk pergi mana terus boleh sampai. Kali ni saya bagi Kak Sue yg drive and let me be the navigator.    



The famous Roti Titab


Vietnamese roll...sedaapp!!


Yang paling best dan wajib try kat sini is - roti titab.  Uisshh ni memang wajib try, kalau tak rugi sebab sedap yang amat roti ni..lemak2 kaya, lepastu ada telur separuh masuk & roti lembut. Ni memang menu asal  kedai ni.  Orang2 ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi yang pernah datang sini..kita boleh tengok sendiri senarai gambar2 depa terpampang depan kedai ni.





Ok, kalau kt KB ni, memang wajib singgah bfast kt Kopitiam Kita nih..sebab? Kalau nk makan makanan2 nasi panas yang famous kat Kelantan ni, kat sini la tempatnya. Kedai ni ada jual macam2 jenis nasi - Nasi Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Lemak, Nasi Kapit Sambal, Nasi Gulai Ayam Pencen, Nasi Kerabu..name it got it. Kuih Muih semua ada..kiranya macam 1 stop centre la. So, tak payah susah2 nak travel jauh2 ke satu2 tempat.  



Bila perut dah kenyang, barula banyak tenaga untuk shopping!! Terus set location kt Google map "Pasar Besar Siti Khadijah". Tak jauh lebih kurang 10 minit dari tempat kami bfast. PBSK ni boleh dikatakan ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya untuk pakaian dan barangan dapur. Paling unik kat sini kebanyakkan peniaga kt sini adalah wanita. Macam2 ada kat sini. Ada barang2 basah untuk di masak (floor bawah), ada jual baju2 kain2 batik, makanan tradisional dan cenderahati.






Sayur semua fresh and murah!!


Selalu tengok dalam travel magazine...now experience sendiri..puas hati betull..:) :)


Ni kat 2nd floor..tempat food court. 


Lauk makan tenghari dah siap ni..kami baru je bfast..tak kan nak lunch dah kot.. Bagi kami tour dulu tempat ni..tengok camne keadaan kt situ.  Kami ni kan pelancong..hehehehe.  Peniaga yang tengok kami pun tau yang kami ni pelancong...sebab lain benarnya tengok gaya kami ni..hehehe.

Paling saya suka ialah kain suteranya. Batik lukis yang ditampal dgn hiasan batu dan manik2..memang saya suka sgt!! Cantik plak tu dan design kat sana memang lain dari yang lain..even kt KL pun tak dapat jumpa design camtu. Harga? Waayyy cheaper than KL dan boleh bargain lagi.  Sila tawar menawar yeaaa...dan kena ramah mesra dengan peniaga di situ.. kalau kita ramah dengan depa..insyaAllah depa layan kita pun ramah jugak...harga pun boleh dpt harga yang waayyyy ramah gituu...:) :) Saya perasan, yang pada sticker label harga di kain lain...bila tanya harga jadi lain...bila kita betul2 nak beli..mmg harga yang tak disangka. Rasa mcm nk borong byk2 kain situ...dah la cantik, murah..memang saya suka la.  Harus consider untuk kesana lagi lepas ni.  Tp, tak boleh pergi sana day trip..its gonna be 3d2n stay..baru enjoyy!! Kena bawa duit kepuk2....just to shop batik..keh keh keh.







Makanan kering juga terdapat di PBSK ni di LG yang paling bawah.  Ia seakan2 gerai yang banyak dan dikumpulkan di dalam satu bangunan. Floor bawah ni penuh la ya amat kuih2 dan makanan2 tradisi orang kelantan.  Dahla murah..dan ada yang cakap sedap. So, sila jangan rambang mata ya...heehe. Tak perasan rupanya kami dah lama sangat dalam tu. Seronok berjalan pada hari orang kerja ni..kita pun tak kengkabut rebut dgn orang ramai.






View from 3rd floor.


Hasil dagangan saya depan PBSK..:) Sikit je ni tak banyak pun.

Next kami ke Istana Jahar..Istana ni sekarang adalah Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Nak masuk muzim ni ada caj..tak mahal RM2.00 aje. Istana dua tingkat ni nmpk agak kecil ..tapi pada masa dulu mungkin ketika itu sudah dianggap gah dan besar.  Istana ni menjadi tempat persemayaman Sultan Kelatan sehingga 1955 selepas Sultan Ibrahim naik tahta. 











Menaiki tangga berpusing untuk ke tingkat dua pula untuk ke ruang beradu raja dan melihat busana kebesaran di samping berjalan-jalan ke ruang Istana Jahar ni. 





Pintu gerbang gergasi sebagai penyambut  tetamu kepada para pelancong. Dari anjung dapat kita lihat dataran yang mungkin suatu masa dahulu tempat berhimpun rakyat jelata untuk bertemu baginda sultan. Pemandangan dari atas Istana Jahar. Persekitaran istana ni terdapat jugak Menara Rehal, Kampung Kraftangan, Muzium Diraja Istana Batu..ada lagi a few interesting places yang tak sempat kami terjah..huhu. 





Bahagian belakang istana ni dulu merupakan dapur istana dan juga kediaman dayang dan bentara yang kini mempamerkan koleksi peralatan yang lain seperti model rumah, pedati kuda, bahtera dan pelbagai lagi.  



Selesai buat sesi lawatan istana..its makan time. We plan ke PCB (Pantai Cahaya Bulan). Nak dijadikan cerita, kereta kami kena kompaun!! Adeiihh...camne boleh tak ingat nak bayar parking ni?? Ingatkan parking kat Menara Rehal ni FREE. Rupanya kena bayar...kami tak nampak machine bayar parking puuun.. Mujur pegawai yang letak tiket kompaun tu masih berlegar2 kat situ..tanya dia mana booth terdekat nak bayar kompaun ni.. Dia kata..kena ke area PBSK tadi..ada booth MBKB kat situ.. Baiklaahh.. tanpa buang masa zasss..ke sana plak bayar kompaun..mujur tak jauh..mujur jugak tak mahal RM10 sahaja..hehehe.




Inila kompaunnya..:) :D



Berhadapan KB Trade Centre ni terletaknya booth untuk bayar kompaun yea kawan-kawan. 



Itula dianya boothnya yeaa..:)

Dah la tu...moh la kita kt PCB.. Lapaq dah  ni. Tak jauh dalam 25 minit camtu boleh sampai ke PCB.  Tu kalau tak sesat la kan.  Kami ni tersesat la plak...ntah masuk kampung mana ntah...lalu kawasan kampung-kampung.  Ok jugak kami sesat tu..boleh tengok persekitaran kampung2 kat sana..hehehe. Sebaiknya, ikut je signboard ke PCB memang terus akan sampai ke destinasi.  Kat sini pun ada insiden jugak... kete kami termasuk dalam pasir.. Kak Sue too excited kot nak makan akibatnya ke pasir terus ha..mujur tak kelaut terus..hahahaha. Bila dah sangkut tu...apa yg boleh kami buat..? Mujurla ada bro depan kami tu... Minta tolong bro ni drive the car out from the sand.  Dibuatnya tak jugak boleh keluar...jenuh kena tow la kete tu haa..huhuhu.  Dgn ucapan terima kasih...terus kami chow dari situ..cari tempat makan. 






Sedap ni makan dengan sos pencicah. Semua bahan2 celop ni depa goreng, potong kecil2 bagi senang kita nak makan. Boleh je pilih ikut harga yang ditetapkan..tapi memang murah la makan kat sini..baloi sangat. Gerai kat sini depa buka sampai tengah malam, so, boleh lepak sepanjang PCB tuk mkn seafood..


Rezeki kedai Najwa C-Food ni..sebab dia antara yang terawal dah berniaga.


Layan laut sat sblm balik..hehehe


Inila keretanya yang masuk dalam pasir..keh keh keh. Lain kali berhati-hati yeaa while driving tu Kak Sue...mmg drama la..hehehehe.

Waktu siang ni memang tak banyak kedai yang bukak lagi.  Malam baru tempat ni happening. Kata orang kalau dah sampai KB ni mesti kena singgah PCB dan makan seafood celop tepung. Kat sini semua jenis seafood kita boleh dapat segar dan digoreng panas untuk kita makan. Kita boleh pilih mcm2 seafood mcm udang, sotong, ikan pun ada..mcm fish ball, hotdog..isshh mcm2 lagi la ada. Semuanya di celop dgn tepung rangup dan digoreng panas untuk kita makan.


Lama jugak kami berhenti rehat kt PCB ni, nak ke airport pun still early.  Kami just drive mingle around sekitar KB. Then, terjumpa signboard Pantai Sabak. Moh la ke sana..kot-kotla ada view cantik ke kat situ. Pantai Sabak ni adalah sebuah perkampungan nelayan..dan dahulunya dikatakan mempunyai pantai yang cantik.  Bila kami sampai situ, yang ada hanya batu-batu besar yang jadi tembok pemisah antara laut dan darat. Tembok itulah yang menjadi penyelamat dari kampung ni tenggelam ditelan laut. Kami berehat kejap minum kopi kat situ. Lupa plak nak amek gambar kedai kopi ni..



Very gloomy day... Tu la tembok batu besar yang misahkan laut dan kampung nelayan kat Pantai Sabak ni.



On our way out, terjumpa plak kambing biri-biri ni haa...ingat NZ aje ada biri-biri Kelantan pun ada tau...tengah sedap makan rumput tepi jeti.

Ok dah..jom balik.  Kami kena hantar kereta ni kt airport. Just inform Nik, he will wait for us at the airport. Dan kita dapat balik duit deposit RM100 kita itu. Nothing much to see kat sini, terus kami masuk boarding area..and wait for departure. AA on time with no delay..Alhamdulillah. 

Tamat sudah jjcm yang tak berapa nk jjcm sangat.  Actually, kalau nk jjcm ni kita kena pergi ramai orang..dalam 5 6 orang camtu..baru best!! Barula variety food kita boleh rasa. Kami pergi 2 orang saje...kiranya tak berapa nk menjadi sgt jjcm kami ni.  Lagi pun this is my first time...insyaAllah there will more jjcm plan for next year.  Lesson learned, kalau betul2 nk jjcm kita kena overnite..baru kita boleh betul-betul explore the food kat sana.  Kena cari geng yang betul2 foodie type of person...jenis yang adventure...jenis yang boleh meriahkan suasana..cenggitu mmg best.hehe. 

Till then...

Sekian.

No comments: