Sunday 26 May 2024

Trip to Paris - Part 3

Salam to all my dear friends and family.

Day 4 - 14 November 2023

Harini memang plan nak shopping dari pagi sampai ke malam. Tapi tak kesampaianla sampai malam tu kan...petang kami dah kena balik ke Paris sebab agak jauh jugak perjalanan dari our hotel nak ke Outlet tu. La Vallee Village ni merupakan outdoor shopping centre dengan lebih kurang 120 designer boutiques tapi barang-barangnya dijual dengan harga diskaun. Ala, macam premium outlet kita ni. 

Saya suka stay kat Campanile ni. Senang. Semua ada. Grocery ada, tranport pun dekat even metro pun tak jauh dari hotel kami sangat convenient. 

Dari station Gallieni kami turun di Nation -  Trone, amek Line RED naik RER ke Val D'Europe. RER lebih kurang 1 jam 20 min.  Tren selesa double decker tak payah nak berebut-rebut. RER ni ialah suburban train. Ikutkan harga tiket agak mahal berbanding metro biasa sebab ianya meliputi daerah di luar Paris. 


Nampak je signage Disneyland Paris tu...confirm kita akan sampai ke La Vallee Village. Cumanya kita turun di station  Val D'Europe


Inila dianya double dec RER train.


Snap video while waiting for the train.


Sampai di Val D Europe, terus cari jalan ke La Vallee Village ni. Tak silap ada shuttle bus disediakan. Tapi kami jalan kaki je. Terus melalui shopping mall Val D Europe.  



Kami saja kat sana hujan pulak. Seharian jugakla hujan kat sana....huhuhu


Actually, kita hanya perlu masuk Mall ni dan jalan terussss je sampai jumpa sign board La Vallee Village. Panjang gak mall ni. Kami berjalan dekat setengah jam gak sebelum sampai ke exit La Vallee ni di belah kanan.  Keluar je terus nampak outlet ni. Outlet ni tak la besar sangat pun. So tak akan sesat punyala. 


Kami terus mencari kedai Arab, halal... Lapar dah. Masa kami sampai ni dah nak tengahari.  Elok kita lapik perut dulu sebelum kita shopping besarrr.




Portion besar...share berdua.




Reka bentuk Village ni juga menarik, open-air outlet, dan tersusun kemas. Harga? Ada yang murah dan ada yang masih mahal dan tidak mampu milik, walaupun selepas diskaun 70%




Berbagai jenama seperti Armani AX, Lacoste, Burberry, Timberland, Nike Factory, Adidas, Long Champ, Puma, Polo dan sebagainya. Semua ada..pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori dan sebagainya.








Mengopi di Laduree Cafe. Selepas mencuba makan macaroon ni memang tersangatla manisnya. Tapi dah sampai sini kan..harusla merasa barula terserlah kePerancisannya..hahahaha.







Ni jenis-jenis macaroon yang dijual. Ada macam-macam perisa. Tak semua dijual dalam satu masa. Ada yang bermusim. 




Cumanya kat la Vallee ni tak semua design ada..banyak yang off-season dan warna-warna yang kurang laku di butik utama. 






Kak Su pun grab seketul di Longchamp!


Sempat grab seketul kat Tommy Hilfinger.



My next visit nak beli yg color turqoise yg small itewww,





Lepas habis tawaf La Vallee, kami masuk semula ke Val d Europe. Ia bersambung dengan La Vallee, cuma bezanya La Vallee adalah konsep terbuka, setiap butik mempunyai bangunan sendiri seakan-akan sebuah rumah. Sebab tula namanya La Vallee Village. Ala-ala JPO juga dan samalah macam Bicester Village yang popular kat London tu. Val d Europe pula adalah satu bangunan shopping yang ada banyak kedai di dalamnya. Tak silap tiga tingkat semuanya. Memang besar sangat.


Paul cafe agak terkenal jugak disana.




Primark sini murah! Kami banyak borong barang disini banding di outlet..hehehe


Hasil tangkapan yang tak berapa berapa banyak ..hehehe. Ni dalam RER nak balik Paris.

Selesai sudah misi shopping kami untuk hari ke 4.  Sebelum hari gelap, marila kita balik ke Paris. Jauh lagi perjalanan kami nak balik ke hotel kami, lebih kurang sejam lebih perjalanan.  Esoknya kami dah nak balik, dan nak mula packing apa-apa yang patut sebelum kami bertolak.  Nanti saya sambung lagi cerita kami yea.

Tunggu..

No comments: