Tuesday, 17 July 2018

jjcm ke Kelantan


Salam to all my dear friends and family.

Well, plan trip jjcm ni dah lama since last year. Infact beli tiket flight pun time promo. Return trip is only RM30.00.  Tukang rajin search ni my fren Aiza.  Dia bab2 cari tiket flight murah bolehla bagi kat dia...mmg betul2 murah dia cari.  Dia siap suggest apa kata kita jjcm ke Kelantan.  Saya OK ajer..bila2 pun ON ajer..:)  So, kami cari tarikh hari bekerja..tak  la ganggu family day weolls on Saturday / Sunday right?. Sepatutnya kami pergi bertiga, end-up berdua aje yang pergi. Aiza tak dapat join atas sebab-sebab kesihatan, its better for her just rest..lagi pun dah tak lama nak bersalin haa..:)

Lepas waktu kerja hari Isnin, saya tak terus balik rumah, saya terus check in kt Tune Holel, KLIA2. Haa..gituuu. Gigih demi mu jjcm kelantan kann..hehehe.  Knp tak balik rumah ajer, knp kena tido hotel, knp dan mcm2 knp lagi la kan..huhu. Camni, flight kami is at 7.30am. Knowing AA ni kan we need to be at the airport 2 hours before depart.  Betul kan? So, we back track balik timing tu...7.30am depart, 2 hours before is 5.30am. Travelling from my house to KLIA2 is 1 hour which is 4am dah kena keluar rumah.  Which is my Papa memang tak bagi la saya drive sorg2 pagi-pagi buta tu haaa anything can happen right??... and back track lagi..pukul brapa nak bangun?? Tak ke pukul 3am.  Kann..? So, untuk menjimatkan masa dan tak mau bagi Papa bising. Saya pun buat booking kt Tune Hotel, KLIA2..which is just walking distance to the airport. Rezeki saya, our stay kt Tune is FREE. Alhamdulillahhh...:) See...rezeki tu Allah bagi dengan berbagai cara...tak giteww..:) :) Camne boleh dapat FREE? Biar la rahsia giteww..hehehehe. (Sorry ni memang tak boleh share)

Lepas checkin, mandi tukar baju semua..kami plan dinner di Wong Solo, Cyberjaya.  Fetch Amie (geng travel) kt Ptjaya, then terus ke Cyberjaya..tak jauh dah dari Ptjaya. First time ni makan ayam penyet Wong Solo kt Cyberjaya...kalau tak saya selalu pergi kt Shah Alam or Bangi.  Kenyang dah..singgah rumah Amie jap tengok kucing gemok dia Chiko.  Memang gemok..cukup makan semua..mana tak gemok..hehehe.






Chiko the fat cat!!


Let's the journey begin!!
We had bfast at 4am.  Memang kena bangun 3am jugaklaa walaupun hotel tepi airport.  Emm..tak pe lagi pun kami boleh enjoy bfast makan kenyang-kenyang.  Tapi, masalahnya pagi2 buta ni perut tak berapa nk boleh masuk sgt food..huhuhu.  Apa2 pun kena jugak makan alas perut, don't fly with your empty stomach..very dangerous tau. Takut nanti dah seronok2 nk berjalan, tup tup tak sihat plak kan. Flight kami kali ni ON TIME with no delay. 


Bfast at 4am..was likee...krikk krikk krikk... 


Cantik lobi Tune ni.


Lama sgt menunggu pintu nak buka...lenaaa saattt...zzzzzzzzz

8.30am sharp kami smp airport KB. Terus saya inform Nik yang kami dh smp. Nik ni pengusaha kereta sewa di KB.  To those yg nak sewa kereta kat KB, boleh refer kat http://www.keretasewa-kotabharu.com/.  Kami sewa Viva - RM70 (dia charge untuk harga 1/2 hari). Kami jumpa Nik ni di Gate C.  Deposit RM100 dan akan dipulangkan semula lps penghantaran kereta nnt. Senang aje berurusan dgn Nik..through WA sahaja. Minyak kereta ni almost empty, kami isi RM20.  Tu pun bila kami pulangkan kereta ni, minyak masih banyak lagi.. mcm tak gerak plak meter minyak tu haa. Takper..niat sedekah ajerla kan yang balance minyak kereta ni..:)  

1st pit-stop is Kopitiam Kita.  Tak jauh dari airport..dlm 15 minit camtu.  Sekarang ni semua guna Google map..type aje nk pergi mana terus boleh sampai. Kali ni saya bagi Kak Sue yg drive and let me be the navigator.    



The famous Roti Titab


Vietnamese roll...sedaapp!!


Yang paling best dan wajib try kat sini is - roti titab.  Uisshh ni memang wajib try, kalau tak rugi sebab sedap yang amat roti ni..lemak2 kaya, lepastu ada telur separuh masuk & roti lembut. Ni memang menu asal  kedai ni.  Orang2 ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi yang pernah datang sini..kita boleh tengok sendiri senarai gambar2 depa terpampang depan kedai ni.





Ok, kalau kt KB ni, memang wajib singgah bfast kt Kopitiam Kita nih..sebab? Kalau nk makan makanan2 nasi panas yang famous kat Kelantan ni, kat sini la tempatnya. Kedai ni ada jual macam2 jenis nasi - Nasi Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Lemak, Nasi Kapit Sambal, Nasi Gulai Ayam Pencen, Nasi Kerabu..name it got it. Kuih Muih semua ada..kiranya macam 1 stop centre la. So, tak payah susah2 nak travel jauh2 ke satu2 tempat.  



Bila perut dah kenyang, barula banyak tenaga untuk shopping!! Terus set location kt Google map "Pasar Besar Siti Khadijah". Tak jauh lebih kurang 10 minit dari tempat kami bfast. PBSK ni boleh dikatakan ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya untuk pakaian dan barangan dapur. Paling unik kat sini kebanyakkan peniaga kt sini adalah wanita. Macam2 ada kat sini. Ada barang2 basah untuk di masak (floor bawah), ada jual baju2 kain2 batik, makanan tradisional dan cenderahati.






Sayur semua fresh and murah!!


Selalu tengok dalam travel magazine...now experience sendiri..puas hati betull..:) :)


Ni kat 2nd floor..tempat food court. 


Lauk makan tenghari dah siap ni..kami baru je bfast..tak kan nak lunch dah kot.. Bagi kami tour dulu tempat ni..tengok camne keadaan kt situ.  Kami ni kan pelancong..hehehehe.  Peniaga yang tengok kami pun tau yang kami ni pelancong...sebab lain benarnya tengok gaya kami ni..hehehe.

Paling saya suka ialah kain suteranya. Batik lukis yang ditampal dgn hiasan batu dan manik2..memang saya suka sgt!! Cantik plak tu dan design kat sana memang lain dari yang lain..even kt KL pun tak dapat jumpa design camtu. Harga? Waayyy cheaper than KL dan boleh bargain lagi.  Sila tawar menawar yeaaa...dan kena ramah mesra dengan peniaga di situ.. kalau kita ramah dengan depa..insyaAllah depa layan kita pun ramah jugak...harga pun boleh dpt harga yang waayyyy ramah gituu...:) :) Saya perasan, yang pada sticker label harga di kain lain...bila tanya harga jadi lain...bila kita betul2 nak beli..mmg harga yang tak disangka. Rasa mcm nk borong byk2 kain situ...dah la cantik, murah..memang saya suka la.  Harus consider untuk kesana lagi lepas ni.  Tp, tak boleh pergi sana day trip..its gonna be 3d2n stay..baru enjoyy!! Kena bawa duit kepuk2....just to shop batik..keh keh keh.







Makanan kering juga terdapat di PBSK ni di LG yang paling bawah.  Ia seakan2 gerai yang banyak dan dikumpulkan di dalam satu bangunan. Floor bawah ni penuh la ya amat kuih2 dan makanan2 tradisi orang kelantan.  Dahla murah..dan ada yang cakap sedap. So, sila jangan rambang mata ya...heehe. Tak perasan rupanya kami dah lama sangat dalam tu. Seronok berjalan pada hari orang kerja ni..kita pun tak kengkabut rebut dgn orang ramai.






View from 3rd floor.


Hasil dagangan saya depan PBSK..:) Sikit je ni tak banyak pun.

Next kami ke Istana Jahar..Istana ni sekarang adalah Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Nak masuk muzim ni ada caj..tak mahal RM2.00 aje. Istana dua tingkat ni nmpk agak kecil ..tapi pada masa dulu mungkin ketika itu sudah dianggap gah dan besar.  Istana ni menjadi tempat persemayaman Sultan Kelatan sehingga 1955 selepas Sultan Ibrahim naik tahta. 











Menaiki tangga berpusing untuk ke tingkat dua pula untuk ke ruang beradu raja dan melihat busana kebesaran di samping berjalan-jalan ke ruang Istana Jahar ni. 





Pintu gerbang gergasi sebagai penyambut  tetamu kepada para pelancong. Dari anjung dapat kita lihat dataran yang mungkin suatu masa dahulu tempat berhimpun rakyat jelata untuk bertemu baginda sultan. Pemandangan dari atas Istana Jahar. Persekitaran istana ni terdapat jugak Menara Rehal, Kampung Kraftangan, Muzium Diraja Istana Batu..ada lagi a few interesting places yang tak sempat kami terjah..huhu. 





Bahagian belakang istana ni dulu merupakan dapur istana dan juga kediaman dayang dan bentara yang kini mempamerkan koleksi peralatan yang lain seperti model rumah, pedati kuda, bahtera dan pelbagai lagi.  



Selesai buat sesi lawatan istana..its makan time. We plan ke PCB (Pantai Cahaya Bulan). Nak dijadikan cerita, kereta kami kena kompaun!! Adeiihh...camne boleh tak ingat nak bayar parking ni?? Ingatkan parking kat Menara Rehal ni FREE. Rupanya kena bayar...kami tak nampak machine bayar parking puuun.. Mujur pegawai yang letak tiket kompaun tu masih berlegar2 kat situ..tanya dia mana booth terdekat nak bayar kompaun ni.. Dia kata..kena ke area PBSK tadi..ada booth MBKB kat situ.. Baiklaahh.. tanpa buang masa zasss..ke sana plak bayar kompaun..mujur tak jauh..mujur jugak tak mahal RM10 sahaja..hehehe.




Inila kompaunnya..:) :D



Berhadapan KB Trade Centre ni terletaknya booth untuk bayar kompaun yea kawan-kawan. 



Itula dianya boothnya yeaa..:)

Dah la tu...moh la kita kt PCB.. Lapaq dah  ni. Tak jauh dalam 25 minit camtu boleh sampai ke PCB.  Tu kalau tak sesat la kan.  Kami ni tersesat la plak...ntah masuk kampung mana ntah...lalu kawasan kampung-kampung.  Ok jugak kami sesat tu..boleh tengok persekitaran kampung2 kat sana..hehehe. Sebaiknya, ikut je signboard ke PCB memang terus akan sampai ke destinasi.  Kat sini pun ada insiden jugak... kete kami termasuk dalam pasir.. Kak Sue too excited kot nak makan akibatnya ke pasir terus ha..mujur tak kelaut terus..hahahaha. Bila dah sangkut tu...apa yg boleh kami buat..? Mujurla ada bro depan kami tu... Minta tolong bro ni drive the car out from the sand.  Dibuatnya tak jugak boleh keluar...jenuh kena tow la kete tu haa..huhuhu.  Dgn ucapan terima kasih...terus kami chow dari situ..cari tempat makan. 






Sedap ni makan dengan sos pencicah. Semua bahan2 celop ni depa goreng, potong kecil2 bagi senang kita nak makan. Boleh je pilih ikut harga yang ditetapkan..tapi memang murah la makan kat sini..baloi sangat. Gerai kat sini depa buka sampai tengah malam, so, boleh lepak sepanjang PCB tuk mkn seafood..


Rezeki kedai Najwa C-Food ni..sebab dia antara yang terawal dah berniaga.


Layan laut sat sblm balik..hehehe


Inila keretanya yang masuk dalam pasir..keh keh keh. Lain kali berhati-hati yeaa while driving tu Kak Sue...mmg drama la..hehehehe.

Waktu siang ni memang tak banyak kedai yang bukak lagi.  Malam baru tempat ni happening. Kata orang kalau dah sampai KB ni mesti kena singgah PCB dan makan seafood celop tepung. Kat sini semua jenis seafood kita boleh dapat segar dan digoreng panas untuk kita makan. Kita boleh pilih mcm2 seafood mcm udang, sotong, ikan pun ada..mcm fish ball, hotdog..isshh mcm2 lagi la ada. Semuanya di celop dgn tepung rangup dan digoreng panas untuk kita makan.


Lama jugak kami berhenti rehat kt PCB ni, nak ke airport pun still early.  Kami just drive mingle around sekitar KB. Then, terjumpa signboard Pantai Sabak. Moh la ke sana..kot-kotla ada view cantik ke kat situ. Pantai Sabak ni adalah sebuah perkampungan nelayan..dan dahulunya dikatakan mempunyai pantai yang cantik.  Bila kami sampai situ, yang ada hanya batu-batu besar yang jadi tembok pemisah antara laut dan darat. Tembok itulah yang menjadi penyelamat dari kampung ni tenggelam ditelan laut. Kami berehat kejap minum kopi kat situ. Lupa plak nak amek gambar kedai kopi ni..



Very gloomy day... Tu la tembok batu besar yang misahkan laut dan kampung nelayan kat Pantai Sabak ni.



On our way out, terjumpa plak kambing biri-biri ni haa...ingat NZ aje ada biri-biri Kelantan pun ada tau...tengah sedap makan rumput tepi jeti.

Ok dah..jom balik.  Kami kena hantar kereta ni kt airport. Just inform Nik, he will wait for us at the airport. Dan kita dapat balik duit deposit RM100 kita itu. Nothing much to see kat sini, terus kami masuk boarding area..and wait for departure. AA on time with no delay..Alhamdulillah. 

Tamat sudah jjcm yang tak berapa nk jjcm sangat.  Actually, kalau nk jjcm ni kita kena pergi ramai orang..dalam 5 6 orang camtu..baru best!! Barula variety food kita boleh rasa. Kami pergi 2 orang saje...kiranya tak berapa nk menjadi sgt jjcm kami ni.  Lagi pun this is my first time...insyaAllah there will more jjcm plan for next year.  Lesson learned, kalau betul2 nk jjcm kita kena overnite..baru kita boleh betul-betul explore the food kat sana.  Kena cari geng yang betul2 foodie type of person...jenis yang adventure...jenis yang boleh meriahkan suasana..cenggitu mmg best.hehe. 

Till then...

Sekian.

Tuesday, 26 June 2018

Ke Colmar Bukit Tinggi


Salam to all my dear friends and family.

Sempena cuti #pru14 ni..kami plan ke Bukit Tinggi plak...berjalan lagi...hehehe.  Memang tak ada apa sangat kat sini pun..tapi saja nak jalan lepak-lepak. Kami bertolak dalam pukul 9am camtu...sebelum tu breakfast dulu kat Kelfood. Semenjak dua menjak memang situla tempat breakfast kami walaupun tahu harga situ subhanallah mahal..huhuhu.  Lepas breakfast gerak ke Bukit Tinggi ..sampai sana lebih 11am camtu.. Tak susah untuk ke sini. Lepas exit ke Bukit Tinggi, drive terus je sampai jumpa pondok Guard. Bayaran untuk dewasa RM13/pax (dulu RM12), kanak2 4-12 tahun RM8/pax. Harga termasuk entrance ke Japanese Village dan Botanical Garden.

Colmar ni salah satu tempat yang menarik kt Pahang..memang cantik. Bangunan-bangunan kat sini macam berada kat ala-ala perkampungan France. Kalau yang suka berphotoshoot tu memang tempat terbaik untuk uolls nak berposing bagai..for outdoor wedding pun cantik kat sini..or family potrait.


Papa naik tower ni guna lif ajer...legaaa..tak payah penat-penat nak panjat naik tangga. Lepas tu kami turun dan cari port-port amek gambar.








Kat sini ada beberapa restorand an kedai roti ala France ..tapi harga memang harga France jugakla. Kami pilih makan pizza sebab dah alang-alang nak la merasa dilayan ala-ala France..keh keh..:)


Lepas lunch kami ke Japanese Village. Tempat parking kete banyak disediakan, so takyah risau..parking pun tak kena bayar sebab masa masuk tadi dah bayar mahal dah kan..hehehe. Sila cekalkan hati dan kuat semangat yeaa...dari parking nak ke Japanese Village tu agak mendaki jugak..ketaq lutut naik tangga..jauh jugak berjalan ni.. Nasib baikla cuaca sejuk nyaman tak panas sangat.  Jadi tak la rasa berpeluh sangat. Kat sini ada 2 bahagian - Kiri is Japanese Village (yang ada rumah jepun). Kanan - ada Japanese Garden (Taman pokok2 herb & bunga2). We decide g belah kiri dulu..tengok rumah jepun.

  
Dari pintu gerbang, kena berjalan lagi lebih kurang 5 minit camtu..baru la boleh nampak air terjun yang ...mini terjun aje..tp cool jugak la landskap depan rumah jepun. Pengunjung jugak berpeluang untuk bergambar dengan memakai pakaian tradisional Jepun dengan kadar bayaran RM20 seorang.


Sebenarnya luas lagi taman ni tapi sebab kena turun bukit ke bawaaahh nuunn jauh sana tu haa..kami memang tak la nak turun sampai ke bawah..jenuhh nak naik balik nanti sebab nak kena mendaki tu yang tak tahan... Kami decide tengok dari atas ajer..legaaa.





Souvenir shop pun ada kat sini (Japanese Gift Shop). Boleh beli minuman ringan..or titbit. Apa pun kat sini jugak boleh beli souvenir macam FM, key-chain dan macam-macam lagi as kenangan dah smp sini.


Habis dah cuti 5 hari..kejap aje kan. Dalam kepala duk fikir esok dah nak mula kerja..huhuhu. Apa-apa pun..cuti yang tak disangka ni memang bukan senang kita nak dapat kan.  So, kita pun gunala dgn sebaik mungkin dgn aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sekian dulu cerita saya kali ni.  Nanti bila-bila saya FREE saya cerita lagi yea.

:)



Monday, 25 June 2018

#pru14


Salam to all my dear friends and family.

Ni cerita throwback...sebelum hilang dari memori ingatan saya ni...baik saya simpan siap-siap dalam blog saya ni... Kot la besok-besok ni boleh la baca balik kenangan mengundi #pru14 kan..hehehe.  Saya bersyukur sangat PH menang ... kena la tukar pemimpin lain plak kan..asyik org sama ajer..cemuiihhh ehhh!!  

On 9/5/2018, hari bersejarah pada seluruh rakyat Malaysia..its election day..#pru14. Mengundi ke?? Of coz i mengundi.  Pagi jugak dah mula beratur...ehh" tak la pagi buta..tapi pagi jugak la..lepas bfast.  Lagi pun bukannya jauh tempat mengundinya tu pun..depan rumah ni ajer...Sekolah Menengah / Sekolah Rendah. Nak dijadikan cerita, pada mulanya saya beratur dah panjang dah ni..lama gak laa..tapi tak la sampai berejam..dekat sejam jugak la.  Bila dah sampai tempat nak amek No tu..tup tup nama saya tak ada! Addooi..mana boleh tak ada..dalam system online PRU ada ni haa..tunjuk handphone saya ni sebagai bukti kat pegawai yang bertugas. ..nama sekian2..sekolah sekian2.. Rupanya...bukan sekolah menengah beraturnya...kena ke sekolah rendah haa... Nama saya kat sekolah rendah tu haa.. Ya Rabbi....lain kali bagi terang lagi bersuluh pleaseee...lokasi mengundi tu...silala tulis Sekolah Menengah or Sekolah Rendah..Pleasee jangan tulis Sekolah Kebangsaan..sekian sekian.  Kita yang muda ni okla...tapi kesian kat senior citizen..penat tau berdiri lama..tunggu beratur semua..tup tup..salah tempat mengundi..boleh mendatangkan marah tauu... Tapi, saya cool ajer...bila dpt tau kena kat sekolah rendah, zasss la ke sekolah sebelah.. Mujuqla tak jauh.. Jauh kalu mmg boleh mendatangkan marah.."sigh".  Pegawai-pegawai yg bertugas pun tak ramai...nak bertanya pun tak ada bersapa ..sedihh.  Well, start all over again...kena la mula beratur.  Kalau dari mula tau lokasi sebenar..tak la buang masa sejam and add another hour..stress!!  Kawasan saya ni 80% is chinese residence. So, memang pergi mana pun muka depa ajerla..kalau nampak orang melayu pun..2 3 kerat aje.  Ada 1 incident ni, bila dah nak sampai giliran saya tu...ada seorang pengundi tu..depan saya dalam 2 orang kot camtu... Lepas depa check nama kita, depa sebut nama kita, then only jari kita di celup ink.  Ada sorg ni, ada ka jari yang dicelup ink tu..dia tanda kt tempat kotak pangkah!! Selama ni ko tak baca ke..study ke..tak tahu ke..mengundi tu tulis "X" bukan guna jari yang celup ink tu untuk pangkah/chop jari tu kat kertas undi tu!!  Addooi...gelaakk la kami kt luar tu.. Mujur boleh tukar kertas undi baru...addoii..vonggokk la hang ni..!! Tiba giliran saya, urusetia tu cakap..."haaa barula ada orang melayu"..kami gelak.  Kami siap sembang lagi..padahal dalam hall kena diam..Adoooii...seronok kot berjumpa dgn bangsa melayu dalam kelompok cina..hehehehe. Akhirnya..selesai sudah tanggungjawab saya sebagai pengundi.. Alhamdulillah.  Siap tengok berkali-kali..baca berkali-kali..tengok bendera berkali-kali..memang mendebarkan plak mengundi kali ni.  Jangan tak tau..siap guna ic as pembaris nk pangkah tu sebab nak pastikan dapat garisan yang lurus supaya garisan tak ketaqq ketaqq..i kan ada "parkinson"..:) :D  Fuhh..memang kenangan betulla... So, meh kita tunggu keputusan plak.


1st school yang saya beratur pagi-pagi..tup tup nak amek no..nama tak ada...adeeihhh... Silap sekolah rupanya..."sigh"


Sekolah yang sebetulnya...demi negara..gigihla beratur kan... Mujurla tak sia-sia beratur lelama..keh keh keh


Bukti dah p mengundi..:) 


Dakwat ni makin lama makin itam...perit plak jari ni dibuatnya...huhuhu.

Pertama kalinya...depa announce punyala lambat... Pukul 12am, still nothing!!  Kita ni nak la tahu cuti ke idokk..kalau cuti boleh la p tidoq...kalau kena kerja, kena fikir nak pakai baju apa untuk g kerja esok ni..huhu. Dah lambat sangat ni..pkl 1am++ pun duk berdrama lagi..I tutup tv masuk bilik...tup tup tak lama lepas tu..dengar sayup-sayup orang ketuk pintu bilik.  Papa rupanya kejut...suruh bangun teman dia tengok keputusan...Ya Rabbii...baru nk pejamm mata ni.. Demi Papaku tersayang..bangun jugakla teman dia depan tv..buat kopi-O for him..haaa..laayaannn.  Pelik sangat ni..tak pernah-pernah pengumuman rasmi membawak sampai keesokkan hari nya!! SPR pun satu...ada ke boleh cakap belum ada result rasmi dan minta sedikit masa lagi...brape lama lagi mau tunggu daaa.. Dalam group WA punyala bertalu-talu msg masuk, group sekolah, group office, group family..memang sakan weyy depa berborak pada hari bersejarah ni..hehehe.  Rasa dah give up sgt ni..2.30am..3am still nothing. Lepas tido-tido ayam kat sofa ..akhirnya confirm ESOK CUTI!!..berkat kemenangan PH!! Bukan 1 hari...tapi 2 hari cuti!! Yahoo..!! Group office pun officially announce cuti..fuuh legaaa.. Ya Allah..terima kasih rakyat Malaysia yg all out perjuangkan nasib kita semua..sesungguhnya uolls semua terlalu AWESOMEEEE!!

10/5/2018 - Berlangsung majlis angkat sumpah bagi jawatan perdana menteri malaysia di Istana Negara pada jam 9.30pm dan Tun Dr Mahathir melafazkan dengan tenang...secara sahnya Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang baru bg PRU 14 kali ni. Syabas dan Tahniah...ayuhh bina semula negara..banyak nak kena repair balik ni..huhuhu.

Memandangkan cuti till weekend...bukan senang nak dapat cuti tergempak camni kann..syukuurr!! Apa plan?? Emm..so far tak ada plan.  Well, tiba-tiba my bro from JB is coming to KL.  Depa pun tak buat apa kat sana...dah alang-alang cuti tu, tu yang depa mai KL tidoq  semalam kat rumah. Malam lepas majlis angkat sumpah Tun M di Istana Negara tu, kami pun plan pergi ke Istana Negara jugak...bagi memeriahkan suasana kat sana.  Papa kata dah macam sambut hari kemerdekaan buat kali ke-2.  Memang cukup meriah dan bangga.  Boleh nampak semua orang happy sangat that day..including us.


We're ready heading to Istana Negara to celebrate!!


Ni approaching Istana Negara.
Ramai weeyyy manusiaaa...seronok tauu masa ni.. semua orang duk bunyi hon kereta masing...wave each other. 


Memang semua orang seronok malam tu...:D


Kami berhenti kete tepi jalan..join the croud!!


Nampak Papa tak? Yeaa...siap tiup mendealah tu...apa ntah nama tu..huhuhu.  He had a great time that night.




Lama jugak kami lepak situ...tak sia-sia orang JB mai jauh-jauh kan..hehehe.

Tak lama tu..hujan pun turun..lebat plak tu... Kiranya Allah turunkan hujan rahmat la ni..atas kemenangan PH.  Kami semua pun gerak la..tak kan nk tunggu lagi kan..hujan lebat kot!!  Tapi, tak terus balik..kami p makan roti canai kat Mansion Tea Stall area Masjid Jamek..


Hujan punyala lebat..mujurla sampai kt mample' mansion tu..hujan dh reda and stop terus.. Alhamdulillahh...


Roti canai banjir..makan lepas meraikan kemerdekaan kali ke-2..keh keh keh. Rasamya semua yg duk makan dalam kedai ni bersembang pasal PH menang..hot topik ni..:)

Well, sebab cuti lagi kan...we plan ke GHPO.  Sapa nak bagi cuti lelama camni kan..in total dapat 5 days off tuuu..!!  Kami gerak awal pagi ni..breakfast kat Leha Kelfood. Kelfood ni rupanya Kelantan Food.. mostly makanan kat sini adalah makanan Kelantan..macam laksam, nasi dagang, nasi kerabu dan bermacam-macam jenih kuih-muih.. ada jugak nasi lemak dan roti canai.  Tapi, food kat restaurant ni so so but a bit expensive!! Paling tak tahan bila dapat bil...kami makan apa ajer, bila dapat bil RM50 lebih tauu!!  Rasanya makan kat kedai mamak pun tak semahal camni.  Well, kenyang dah pun kan...moh la kita naik bukit cuci mata..shopping nak raya plak kan....hehehehe.

Senang sampai sana pagi-pagi tak ramai orang.  Tak rebut-rebut nak shopping..boleh santai-santai nak memilih pun kan.  By noon camtu, beli tiket cable car naik genting.  Papa pun dah laaaama sangat tak naik genting.  His new experience ni naik cable car.  Papa nampak enjoy je..tak nampak dia takut ke..panik ke...rilek aje...hehehe.  Sampai atas..boleh tahan jugak sejuk...its windy.  Walaupun panas...tapi sejuk.  Sejuk-sejuk manja giteww..:) 


Dah habis penat tawaf GHPO ni...moh la kita naik genting.



Tunggu beli tiket cable car.


Papa tengah enjoy the view!!


Gayat woo...






Theme park ni tak taula bila tahun nak siap ni.. rasa mcm laaamaa lagi ni..huhu




Mengopi dulu sebelum balik.

Sekian dulu cerita kali ni...turun je dari genting, kami singgah dinner kat Tok Lek area Sri Damansara.  Lepas dinner, my bro and his family got their own family plan pulak... Thank you mai KL...celebrate kemenangan #pru14.  Bukan senang nak dapat peluang camni kan.  Anyway, we really had a great time!!  Do come and visit us again yeaa...jangan serik!!  :) :D