Sunday, 16 February 2020

Umrah_Part 3


Salam to all my dear friends and family

Setelah cukup rehat, by 3am++ kami bersiap dan berjalan ke masjid. Syukur sangat masjid tak jauh...keluar aje dari hotel...jalan tak sampai 5 min dah masuk pintu masjid..Alhamdulillah.

Our 1st Subuh kat Masjid Nabawi..new experience for me. Rasa seronok aje nak ke masjid pagi-pagi..bangun mandi pakai baju baru..feel so fresh!! Yelahh..kita nak mengadap Allah kenala dalam keadaan bersih..tak gitu?


Subuh di Masjid Nabawi. Masjid Nabawi adalah sangat cantik! Suasana di sini sangat damai, sangat tenang, sangat mengembirakan, susah nak digambarkan dengan kata-kata.


Duduk 24 jam dalam masjid ni pun takde masalah, sangatla best..haaa gitu auranya!! Suasana dia sangat menggamit nafsu nak beribadah. Suatu kedamaian lain macam walau jemaah penuh dalam masjid tu. Orang kata aura Raudhah tu dan bumi Madinah yang penuh barokah dengan Rasulullah SAW ada disana. Dan bagi yang first timer, harusla jakun dengan payung besar dan kubah bergerak ituu..hehehehe.




Pukul 3am++ dah ramai orang kat masjid



Fairel tengah sedap lena..kesian plak kat dia. Tp, mujur la dia tak banyak ragam..baik budaknya :)


Our 2nd selfie kat masjid nabawi


Group photo lepas solat Subuh. Hujung tu dah boleh nampak matahari dah nak naik.


Our first breakfast in Madinah



Ahli jemaah dari Amazing Umrah


Mutawif sedang beri penerangan.


Masjid Nabawi adalah Masjid ke-2 paling suci dalam agama islam. Masjid pertama yang paling suci adalah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid paling suci no. 3 adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin. Masjid Nabawi adalah masjid ke-2 yang dibina sendiri oleh Rasulullah SAW. Masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW adalah Masjid Quba. Pada awal-awal masjid ini dibina ianya terletak disebelahan rumah Rasulullah dan makam Rasulullah jugak terdapat di dalam masjid ini. Ya Allah..terasa dekat sungguh dengan Rasulullah.






Sangat digalakkan banyak beribadat di Masjid daripada duduk di hotel. Boleh beriktikaf, membaca Al-Quran dan berzikir kerana mendapat pahala. Kalau dah penat..boleh tidur di dalam masjid pun dapat pahala tau..mudahnya mengumpul pahala di sini..Allah Maha Pemurah.



Yang ni pula adalah tong air zam-zam. Boleh minum sesuka hati banyak mana pun. Perasan tak tong yang ada tulis biru tu? Yang ada tulis biru air zam-zam suam dan yang tiada tulisan biru tu air zam-zam sejuk. Digalakkan kita bawa botol air kecil supaya boleh 'tapau' air zam-zam buat bekalan untuk ambil wudhu'  Kalau kita minum air zam-zam ni memang tak rasa puas..rasa macam nak nak nak selalu aje minum..rasa dia lain..sedap lain macam. Tak tau nak habaq camne.



Ini pula pintu dibahagian wanita. Kat pintu ni akan ada polis berjubah hitam jaga depan pintu. Mereka akan pastikan camera tak boleh dibawa masuk. Manakala handphone dibenar bawa masuk. Respectla dengan polis2 wanita ni. Walaupun ramai giler jemaah masuk pintu masjid tapi mereka terror check setiap jemaah yang masuk. Garang jugak depa ni.



Setelah selesai ziarah sekitar Masjid Nabawi, kami semua dah boleh rehat sehingga waktu Zohor.  Balik hotel rehat kejap then bersiap untuk solat Zohor.  Kami ke masjid agak awal untuk mencari tempat dalam masjid supaya tak berasak-asak dengan jemaah lain. Sesudah solat kami balik ke hotel, makan dan berehat, tidur, then bersiap untuk solat Asar.  Lepas solat Asar..jalan-jalan sekitar bandar Madinah kejap lepas tu balik hotel. Kemudian bersiap untuk ke masjid untuk solat Maghrib..dudukla kt masjid hingga ke Isyak. Dalam pada tu, kita boleh buat solat sunat hajat, solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat taubat, dan seterusnya. Untuk melengkapkan umrah kami ni, kami diberi tugas untuk membaca al-quran seorang 1 juz untuk kami khatam al-quran di Madinah ni. Dan sekali lagi khatam di Mekah.

Selesai solat Isyak, kami balik hotel dan makan.  Berehat kejap, by 11pm kami bersiap semula untuk masuk ke Raudhah. Susah nak dapat masuk ke kawasan raudhah ni. Semua orang impikan nak solat dan berdoa dalam kawasan tu. Raudhah ni duduknya di sebelah makam Nabi Muhammad SAW. Kalau untuk jemaah perempuan ada waktu tertentu je yang boleh masuk. Saya dapat masuk 2 kali..Alhamdulillah. Syukur sangat dapat peluang masuk Raudhah. Lepas tu kawasan raudhah ni karpet dia color hijau. Kalau boleh tak perlu lama-lama dalam tu bagi jugak peluang dekat orang lain untuk masuk. Time masuk tu memang berpusu-pusu orang, nak solat pun kena hati-hati kena ada partner yang jaga sebab takut orang terpijak kita. Alhamdulillah dapat la jugak solat sunat dan berdoa dalam raudhah tu.

Sekian dulu..akan bersambung lagi..:)

Umrah_Part 2



Salam to all my dear friends and family

Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi rezeki untuk menjadi tetamuNya bermula 14 Jan - 25 Jan 2020. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan dari bermula urusan booking sehinggalah kembali jejak kaki ke Malaysia. Perasaan indah di dalam jiwa yang buat tersenyum dan rasa seronok tak terperi..terima kasih Allah..terima kasih Allah!!

Saya tak tau nak expect entry ni pendek atau panjang sebab plan dalam kepala memang nak tulis pendek je..but well, I cannot trust my fingers most of the time ..hehehehe. Menjejakkan kaki ke haramain memang suatu kenangan yang sangat manis. Seronok dia tak sama dengan seronok pi holiday to other countries.

Pergi umrah ni dia punya feel lain macam. Dan pengalaman manis bagi setiap orang tu tak sama sebab kisah kita dengan Allah, bicara Allah dengan kita. Jadi dalam entry ni saya bukanlah nak cerita segala yang berlaku pada trip umrah ni, cuma nak bagi panduan supaya yang 1st timer ni sekurang-kurangnya adalah info dalam kepala, takdelah  blur sangat awal-awal tentang hala tuju umrah. 



With Kak Nora


With Fatihah


My niece Hanna, my SIL - Kak Hasiah and Kak Nora



My SIL - Lynn


Tinggal Papa kali ni is a bit diff...not the same yang macam saya travel holiday macam selalu tu. Sayuu je rasa hati ni.  Tapi, sebab saya tahu Fatihah is around to take care of him while i'm away..insyaAllah he's going to be OK.


14 of us yang akan mengerjakan Umrah..semua ni family members.

My siblings - Abg Shiral, Abg Bok, Abg Wan & Syamil, his son Fairel.



Naik Saudi Air, rasa best sebab dengar pilot bagi salam cakap 'arab'. 8 jalan dalam flight tu, layan tidur..layan movie kejap2 aje..lepas tu sambung tidur..edeihh..berapa punya mengantuk daa.. 






Trip saya ni, KUL - JEDDAH
8 jam atas flight.
Sampai Jeddah, naik bas ke Madinah dalam 5 jam..jauhh mcm nk balik AlorStaq..hehe
4 hari kemudian, dari Madinah nak ke Mekah, naik bas 7 jam pulak..fuhhh..
Moga perjalanan kami dipermudahkan.

Tapi memandangkan semangat nak pergi umrah, apalah sangatkan..duduk je pun. Rasulullah dulu naik unta berapa hari nak hijrah ke Mekah ke Madinah, kita naik kapal terbang naik bas superselesa jadi memang takde apa untuk dirungut pun..hehehe.


Beg sampai dah...jom kita pi cari bas kita ..pi Madinah.



Kami singgah di Al Abyar, Khulays untuk menikmati nasi arab..makan ramai-ramai dalam dulang. Selesai makan, kami solat jamak sebelum meneruskan perjalan ke Madinah.



Selepas tak tau berapa jam bertolak dari R&R, kami sampai Madinah 5pm++. Rasa macam mimpi. Tapi Subhanallah, sampai-sampai tu kan, ni saya lah..dan orang lain pun mesti sama macam ni jugak saya rasa, tak rasa penat walau sikit pun, rasa segar dan rasa macam nak berlari melompat-lompat pergi Masjid Nabawi tu. Dan rezeki kami, hotel pun dekat..kami duduk hotel Mawaddah Safwa lebih kurang 100m dari gate 15.

Apa-apa pun kena bersabarrrr...amek kunci bilik dulu...rehat kejap..mandi dulu pape yang patut setelah lebih dari 24 jam perjalanan.


Inila bilik kami selama 4 hari di Madinah. Mawaddah Safwa




Allah Maha Besar, perkara utama adalah doa. Sebelum datang umrah tu, sebulan, dua bulan or setahun sebelum tu, solatlah hajat, berdoala minta supaya dipermudahkan segala urusan dan dijemput sebagai tetamu istimewaNya ditanah suci.

Istimewa tu maksudnya segala urusan ibadah berjalan lancar, kita dapat rasa nikmat dan hikmah, hati dapat berbicara dengan Allah. Ingatlah dan yakinla, senjata orang mukmin ialah doa walaupun dalam urusan ibadah.  Apa-apa pun, Doa, Doa, Doa, Doa dan Doa walau sekecil-kecil hajat macam mintak senang jumpa saf untuk solat tak nak terkentut bagi wudhu' tak batal or bagi tak rasa nak terkencing or sakit perut..heheheh. Ini  betul..tak tipu.

Kalau terkentut tiada masalah sangat sebab kita boleh ambil wudhu' dalam masjid guna spray, tapi kalau nak terkencing sedikit masalah sebab toilet di luar masjid, kiranya kalau nk keluar ke toilet tu nanti memang kena cari tempat solat barula kiranya.





Tunggu waktu Isyak. Our 1st selfie dlm masjid Nabawi.



Selesai solat Isyak, kami semua berkumpul di gate 15. Moh la kita cari makan . 1st time sampai sini, tak familiar sangat..tapi kami jalan jugak la pelan-pelan cari kedai makan. Mujur Kak Hus ada, dia yang tau selok belok kawasan Madinah ni.  Tak lama lepas tu kami jumpa Kedai Makan Indonesia. Lepas makan, kami balik hotel rehat. Esok subuh nak bangun awal, dalam pukul 3am dah kena bersiap. Seeolok kita pegi awal ke masjid..boleh kita solat sunat, solat taubat, solat tahajjud, qado solat-solat yang pernah kita tinggal dahulu.

InsyaAllah saya akan sambung lagi the next entry.

Tunggu..

Umrah_Part 1

Salam to all my dear friends and family.

Persediaan dan keperluan untuk menunaikan umrah musim sejuk.

Normally cuaca di Mekah & Madinah start sejuk dari October - Februari. So, saya nak share sikit persediaan dan keperluan untuk yang pertama kali menunaikan umrah di musim sejuk.

1. Baca buku tentang Umrah/Haji

Banyak buku2 panduan Umrah terjual di pasaran. Terus terang saya katakan saya banyak refer ilmu dari Abg Wan and Kak Hus..depa lebih pengalaman dan dah ke Mekah & Madinah sebanyak 5 kali.

2. Tonton Video

Untuk lebih faham, saya banyak tonton videa di Youtube berkaitan mengerjakan ibadah Umrah. Senang sikit faham.

3. Kursus Umrah

Selepas kita dah daftar umrah, kebiasaannya agensi akan buat Kursus Umrah. So, kita luangkan sedikit masa untuk tambah ilmu, masa ni lagi best...apa yang kita musykil boleh terus direct je tanya..ada buat amali juga macamana nak buat tawaf & saie.

4. Persediaan Mental, Fizikal & Rohani

Kita ke sana untuk beribadah, jadi lengkapkan diri semaksima yang mampu. Hanya diri kita tahu tahap mana kita berada. Jadi mohonla dari Allah SWT. Macam saya, banyak yang saya perlu prepare untuk persediaan rohani. Kita mohon dari Allah SWT, InsyaAllah dipermudahkan.

Haa! satu lagi, jangan lupa amik suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Persediaan untuk antibodi kita.

Selain dari tu, kena start jogging or brist walk untuk tambahan stamina. Sebab semasa mengerjakan umrah banyak menggunakan kekuatan fizikal lagi-lagi time tawaf & saie.

5. Persediaan Passport

Haa ni pun penting!! Please check validity passport uolls semua. Passport mestil mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan.

6. Persediaan Barang-barang untuk dibawa ke tanah suci

a). Telekung sembahyang (2 set - telekung sahaja kain tak yah)
Saya bawa 2 set telekung. Cukup ke??? Inshaallah, sebab mostly  kebanyakan masa kita akan ke masjid hanya dengan memakai telekung saja dengan stokin.

b). Mini Telekung (2 helai)
Saya bawa 2 helai warna hitam & putih. 

c).Stokin tawaf (1 pasang)
Stokin tawaf memang sangat membantu tau! Semasa melakukan tawaf & saei banyak berjalan so pakailah stokin tawaf. Saya suka buat tawaf sunat sebelum masuk Subuh (jadinya kalau pakai stokin biasa, boleh terasalah tumit).

d). Jubah (3 helai)
Tak payah bawa banyak-banyak sangat jubah cukup 3 helai sahaja. Musim sejuk badan kita tak berpeluh dan baju pun tak berbau. Most of our time kita kat masjid, hinggakan melekat bau Masjid Nabawi kat baju/telekung kita tu.  So pengajaran kat sini, xyah bawa banyak jubah. Nanti beli je kt sana sebab banyak pilihan. Yang pastinya kena pilih kualiti. Hehe.

e). Seluar
Seluar ni saya pakai dalam jubah atau baju labuh paras lutut. Jangan risau dekat sana tak berpeluh sangat. Yang penting selesa. Hehe.

f). Tudung & Anak Tudung
Tudung sarung atau khimar biasanya saya pakai ketika ziarah ataupun semasa tawaf sunat. Bawa yang labuh sikit, so boleh terus bawa untuk solat. Bawa khimar pun bagus juga sebenarnya.

g). Stokin tebal (5 pasang)
Stokin ni saya pakai masa solat. So kulit kaki tak nampak ketika solat. 

h). Hand socks (3 pasang)
Kebanyakan jubah, lengannya lebar. Jadi sangat sesuai pakai handsocks. Selesa dan yang paling penting jaga aurat lengan kita.

i). Sejadah
Saya standby je sejadah sbb kalau di area Mataf ada area yg tiada Karpet, so guna je sejadah. Sama juga time di Masjid Nabawi, waktu Subuh kalau dapat bahagian luar sejuk dahi nak sujud. Saya bawa yg nipis senang nak lipat masuk beg.

j). Purdah (1 helai)**
Ada ustazah yang mencadangkan untuk pakai masa nak masuk Raudhah. katanya supaya kita kelihatan seperti orang Arab disana. Tapi saya tak pakai pun. Hanya bertelekung hitam je. Kalau musim sejuk, sangat membantu bagi sesiapa yang ada hidung sensitif.

k). Long John (sepasang)
Takde Long John, sweater pun boleh tapi Long John lebih berkesan, lagi-lagi kalau pergi waktu musim sejuk. Saya keluar ziarah selepas Subuh, terasa sampai ke tulang juga la sejuk. Nak2 pada yg jenis xtahan sejuk macam saya ni. Long John saya beli brand Uniqlo..sangat selesa. Cardigan dan baju tebal bawa jugak. Waktu Subuh di Mekah dan Madinah agak sejuk. Waktu ziarah pun cuaca sana agak dingin elok bawa cardigan.

l). Kasut bertutup (bagi jemaah perempuan) / selipar
Sepanjang di sana, saya lebih selesa memakai kasut bertutup. Saya bawa sepasang kasut bertutup & sepasang sandal. 

Jangan lupa bawa uncang/beg kasut. So senang bawa masuk dalam masjid. Di luar Masjidilharam ada disediakan plastik tp lebih senang kalau kita bawa uncang kasut sendiri.

m). Al-Quran
Bawa yang kecil je. Kalau xbawa pun boleh guna Al-Quran dalam masjid.

n). Botol spray wuduk
Macam2 kebarangkalian boleh berlaku. Standby botol spray wuduk, ni penting. Kalau terbatal wuduk, senang nak guna. Tapi make sure belajar cara penggunaannya. Refer kat youtube je pun dah okay. Sekarang kan semua di hujung jari. Huhu

o). Hanger
Untuk sidai jubah sebab dobi mahal juga dekat sana.

p). Phone charger & Universal Adapter
Yang ni mesti semua ingatkan. Utk adapter depends pada hotel yang kita stay.

q). Ubat-ubatan & Supplements
Beberapa hari sebelum pergi umrah, saya pergi ke klinik and bagitau nak ambil ubat bekalan untuk umrah. Nurse terus bagi ubat demam, batuk, selsema & sakit tekak.

Alhamdulillah, kami sihat ketika berada di sana cuma batuk-batuk sikitlah.Walaupun medical card dah termasuk dalam pakej umrah, kita bersedia dalam segala kemungkinan. Tak salah kan. Kita ikhtiar, semoga Allah permudahkan segala urusan.

r). Barang penjagaan diri
-  Skincare - wajib ya. Walaupun kita x bermake up di sana, tapi sana kering. So kita still kena pakai skin care. 

- Toiletries & Deodorant - Saya ada beli shower cream Dettol. Bila keadaan kering, kulit kita senang untuk dapat kegatalan. Bawalah product yang sesuai dengan kulit kita. Deodorant saya beli yang dekat Watsons je yang tiada bau.

- Lip Balm - untuk mengelakkan bibir kering. Ni saya guna vaseline terbukti berkesan

- Losyen - Cuaca yang sejuk/dingin & kering akan membuatkan kulit menjadi kering dan pedih. Jadi, seeloknya kalau kita sapu krim pelembap tu setiap kali nak ke masjid ataupun sebelum tidur.


Saya harap sharing kali ini bermanfaat untuk rujukan kita semua