Salam to all my dear friends and
family. Sihat ke semua..?
Ramai yang tak sabar nak tahu mengenai
pergembaraan saya ke Perth. Kembara ke?
Hehehe...tak la kembara...cuma jalan-jalan sambil bercuti
Kami self drive dari North Perth hinggala
ke South Perth..to know more..sila baca hingga ke akhir blog ni k. Jangan baca separuh-separuh..tak syok sebab
tak tahu head and tail. Saya banyak buat research mana tempat-tempat yang
best-best kita boleh explore. Berapa
jauh perjalanan dari setiap daerah ke daerah yang lain, so that kita boleh
estimate time sama ada nak tidur kat situ atau terus proceed ke next
destination. Research lagi apa yang ada
kat tempat-tempat tu nanti berapa cost nak masuk, timing kat sana, cuaca kat
sana, etc etc etc. Tebal jugakla buku
itinerary saya yang dah saya compile untuk our tour ni. Kami tak mengguna tour guide…so kami kenala
pandai-pandai tour sendiri.
Meh saya mula dengan suhu kat sana. Kalau plan nak p sana kan kenala tahu suhu
kat sana kan... Saya pergi musim luruh.
Boleh dikatakan musim bunga kedua kat sana. Siang tak la panas sangat tapi bila malam
suhu terasa sangatla sejuknya sampai ke tulang.
Siang suhu dalam 21 - 24◦C / Malam dalam 9 - 12◦C. Saya memang terkenal dengan tak tahan
sejuk..sepanjang kat sana memang pakai baju tebal. Ada certain-certain picture tu nampak mat
salleh pakai short ke...lenggan pendek ke...memang depa tu kulit buaya..keh keh
keh.
Kami choose AA la paling murah...tu pun
setahun book..pheww! Lamaa beb! Ok jugakla bolehla saya membuat more research
mengenai negara kangaroo ni. Penerbangan
kami 5 jam 20 minit, syukur tak delay..lega.
ETD 11.55pm / ETA 5.20am. Timing
sana dengan Malaysia ‘sama’, tak payah nak tukar-tukar jarum jam k. :)
Masa kat airport, kami dah memang standby
untuk menjawab soalan-soalan2 cepumas pihak imigresen. Jawapan pun dah memang standby dari Mesia
lagi..hehehe. Saya baca dari other
bloggers, pihak imigresen sana strict! Kami bawa instant noodle aje pun. So, masa kami ‘terserempak’ dengan
depa...depa tanya bawa apa? (In English) Just instant noodle..heh..heh..heh. Then kami pun terlepas zasss!
Alhamdulillah. Takut jugak bag kami ke
buka kea pa ke kan..syukuurr!
Baru sampai airport..:)
Lepas kami tunai solat Subuh, kami terus ke
kaunter Avis. Kami dah booked kereta
since kat Mesia lagi during Matta Fair.
Yupp Matta Fair sangat murah! Sampai sana lagi murah! Syukur
Alhamdulillah...rezeki Allah bagi permudahkan urusan kami kat sana dapat harga
murah-murah! Kalau nk pi mana-mana, boleh guna Avis service ni..recommended
sangat! :) Our record semua dah ada dalam system depa, kami pergi kt kaunter
terus Mr apa ntah nama dia tanya our name sebab dia memang menunggu ketibaan
kami. Dia bagi kunci & GPS (En Garmin),
kereta pun dah siap kat parking Lot 15.
Kereta ni yang kami sewa..comel..compact. Nampak tak bag-bag kami tu? Kami buat magic cara susunan bag dalam kereta tu..heh..heh..heh..:P
Masuk aje barang-barang dalam kereta, terus
kami menuju ke Fremantle menggunakan En Garmin.
Dari airport ke Fremantle lebih kurang 20 minit je..tak jauh. Lagi pun jalan raya kata sana lengang tak jam.
1st destination is
Fremantle. Sebabnya kami ke sana dulu,
nak shopping. Bukan banyak pun nak
shopping..sekadar beli cenderahati untuk close friends and family. Lagipun E-Shed ni buka Jumaat, Sabtu &
Ahad aje tau. Bila kami sampai sana...kedai-kedai
pun tak buka lagi. Dudukla dulu kami
lepak-lepak sementara tunggu kedai dalam tu buka.
Surrounding E-Shed area near Fremantle.
Our 1st breakfast is @ Tasty Express Cafe. Makan Salmon Fish
Ini la E-Shed. Plan baik-baik eaa..harap bersabar dan bawa-bawa bertenang bila membeli belah kat sini. Memang harga dia sangatla membuat jiwa dan raga nak borong the whole shop!
Segala macam souvenir ada kat sini.
Beberapa hasil dagangan yang sempat kami sambar
Tadaaa!!...kiri kanan bag plastik hasil dagangan saya di E-Shed..:)
Then kami proceed to our hotel located at
Stirling Street. The Emperor’s Crown
Backpackers. Booking semua kami dah buat
through online. Sampai sana bawa
confirmation booking show to them, then waaalaaahh...bilik siap! Bole kami
rehat-rehat, solat dulu..petang sikit kami keluar semula untuk our tea
time. Hotel kami dekat sangat dengan
Perth town...just walking distance...i like..!
This is our accommodation di Perth.
The Emperor's Crown Backpackers
85, Stirling St, Perth WA 6805, Australia
Tel : +61 8 9227 1400
Sesiapa yang plan nak datang sini, boleh
stay kat sini. Showers clean, rooms clean, everything is
clean, never saw any trouble there, the location is excellent, 5 mins from
anything you want in Perth!
Jom jalan-jalan petang
Another souvenir shop..macam-macam nak beli...tapi bila convert...pengsan!
London Court
Coffee-coffee kat sini..sedapp!
Souvenir shop @ London Court
Happy face..:)
Perth City view from the King's Park
Coffee-coffee kat sini..sedapp!
Souvenir shop @ London Court
Happy face..:)
Perth City view from the King's Park
Malamnya kami dinner di Cicerello’s Fish
& Chips di Fremantle. Memang
famousla F&C kt Fremantle ni. Nak
tahu tak, kat sana pukul 6pm dah gelap gelita..5.30pm dah mcm
marghrib..aduss...awalnya gelap kat sana. Pastu, kedai-kedai kat sana memang
tutup pukul 5pm! Nak buat apa lagi ye dak...ronda-ronda je la.
Our first dinner @ Cicerello's Fish & Chips, Fremantle
Tengah tunggu our order
Perut dah kenyang senang hati...:)
Private jetty pun kami redah...heh..heh..heh
Sekian sudah cerita untuk hari pertama kami
di Perth. Jauh lagi perjalan kami nak
tour WA. Tunggu k...
No comments:
Post a Comment