Monday 24 March 2008

Nickname chatroom

Rasanya semua org yg pernah/sedang/akan baca blog I ni musti pernah menjerumuskan diri dalam dunia online chat. Tak kira la chat kat memana bilik-borak, ataupun kat memana messenger yg melambak2 kat dalam dunia nih.

I nak tulis sket pasal meletakkan nama di dalam chatroom. Sebenarnya bukannya senang nak dapat kawan dlm chatroom. Macam I dulu, masa memula masuk mmg ala2 budak blur masuk chatroom. Semua org cam dah kenal antara satu sama lain, tapi kita ni.. dok terpinga2 je sensorang. Cuma satu perkara yg I boleh pasti la... kalau nickname kita menarik, selalunya akan laju je org nak menegur dan menyapa. Kesimpulannya mmg pemilihan nickname yg bijak adalah satu cara untuk menaikkan saham kat dalam chatroom. Kalau kita perhati bebaik ada memacam style nickname yg digunakan oleh org2 ni..

Ada tu suka menggunakan nama betul. Kengkadang dipendekkan, kengkadang tu guna nama dalam surat beranak lagi! Kemain konfiden lagi depa itu. Contohnya depa ni gunakan nama cam Jee, Melur, Farah, Eton, Leha dan macam2 lagi la.

Ada jugak yg lebih kreatif sket, ditambahnya satu pktn kat blkg nama diorg tu. Contohnya macam Jijah_anggun, Tipah_duku, Mona_money dan byk lagi la nama yg I konferm takleh tulis semua.

I mmg sori la nak guna nama surat beranak, sbb nnt I takkan dapat mencapai target audience yg I nak..:-)

Ada jugak yg suka menggunakan tiru nama betul org lain utk dibuat nickname. Yg biasa kena tiru ni macam nama2 artis/watak katun/animasi dan kengkadang nama kawan baik punnn boleh ditiru. Diorg ni kengkadang rasa nak jadik macam glamer2 gitu.

Contohnya cam chatters yg duk guna nama cam Nobita, Britney_malaya, Haruka_tenou, powerpuffgrrrls, maupun Maya_Karin_tiputipu. I??? hehehe.. mmg suka guna nama org lain ni. Maklumlah, berahsia kunun. hehehe.

Ada jugak chatters yg suka menggunakan kata sifat. Kiranya nickname yg dipilih tu melambangkan diri mereka sebenar la kot. Kot kot kot...Ini cam org yg guna nama gua_hensem, chantek_jelita, sukamakanasampodeh, gadis_andro, ataupun tinggi_camodel.

Kalau kita tgk lagi ada jugak yg suka pakai nickname guna nama ntah apa2 barang tah. Ada tu guna nama barang yg diorg suka. Contohnya kalau org tu suka henpon nokia, nickname dia henpon_nokia. Kalau yg suka sport rim, dia letak la nama sport_rim. Kalau org tu suka pakai perfume dolce vita.. dia letak la nama dolce_vita. Ramai jugak yg suka letak nombor plet keta buat nickname.

Ada tu suka letak nama barang2 jugak, tapi main boh je barang2 tu. Kes takde idea la ni. Ni cam org yg guna nickname baldi_biru, suarkecik, kibod_rosak, beruangkutub, pen_merah, epal_ijau.. dan cemacam lagi la nama yg mengarut. Tapi I mmg sungguh tertarik dgn org yg guna nama mengarut2 ni. Kreatif sungguh laaaaa hai!

Agak2 u all boleh tak list balik nama2 yg pernah u all guna masa dlm chatroom? hehehe.. Kalau yg guna setakat dua tiga nama tu ok la kot. Cam I yg suka mengayat dlm chatroom ni, mmg byk nickname. Sampai dah terlupa2 dibuatnya. Tapi kan, nickname yg you all pilih secara tidak langsung melambangkan keperibadian you all. Dan sebenarnya, kita jugak memilih jenis2 nickname yg tertentu utk diajak berborak. Soalannya.. betul atau tidak? huhuhu

Macam I... I lebih suka borak dgn nama2 yg mencerminkan kelembutan + keayuan ataupun nama2 yg poyo. Kalau nama cam sportrim, abang_hensem tu.. sori la. I tak taste lerr...

No comments: