Sunday 7 January 2024

Trip to Yogjakarta - Part 4

Salam to all my dear friends and family.


Dah ready nak check-out dah ni.  Tapi sebelum tu ada beberapa tempat lagi kami nak visit hari ni. Ikutkan macam tak mau dah nak pegi mana-mana..nak balik Malaysia...hehehehe.


Tunggu van nak check-out.


Kami singgah ke Sultan Palace.  We came here on Sunday, so many people there.  But we enjoyed it. Great historical place to visit, love the ambiance. It's an amazing experience we can have a visit to this beautiful palace and learn the history of the palace.


Diberi penerangan mengenai sejarah-sejarah di Sultan Palace.


Ada juga persembahan kebudayaan masyarakat Indonesia...tapi kami tak dapat nak tunggu lama.


Selfie dulu sekeping dua tuk bukti kami dah sampai ke Sultan Palace.









Group photo di Sultan Palace.


Di luar perkarangan Sultan Palace ni terdapat gerai-gerai jualan.  Last-last minute shopping pun sempat lagi ni.  Kalau ada masih ada balance Rupiah tu...bolehla dihabiskan disini dengan memborong barang-barang tempatan. Harga pun berpatutan.


Air orange ni sangat fresh yea....i likee..!!


Kami singgah disini lagi yea untuk kali yang ke dua untuk lunch sebelum ke airport.


Group photo kat sini memang wajib untuk kenangan bersama Lilitraveldiaries!



Nak boarding dah...insyaAllah ada rezeki kita datang sini lagi just to makan lobster! Hahahaha.


Smooth journey from YIA to KLIA2. Alhamdulillah.

Sekian dulu cerita saya kali ini.  The whole trip was great! Team members semua pun baik-baik..datang dari jauh Penang & Kedah tu haaa.  Semoga persahabatan kami semua dalam group ni sentiasa terjalin sampai bila-bila..insyaAllah. Big TQ to Lily for this trip.  Kalau Lily tak organise...tak sampai la kami kt Jogja ni..hehehe.  Ada rezeki..umur panjang...kita jalan tour other country pulak. InsyaAllah.

Trip to Yogyakarta - Part 3

Salam to all my dear friends and family.

Hari kedua di Jogja. Bangun seawal 6 pagi, siap-siap terus turun breakfast kat hotel. Selesai sarapan, terus gerak ke Merapi dulu. Perjalanan ke sana agak jauh jugak la. Bila sampai, kena tukar naik jeepp untuk teruskan perjalanan ke kaki Gunung Merapi.

Nak tau tak sebab apa kena naik jeep? Ha.. sebab jalan nak naik tu semua dipenuhi dengan batu hasil daripada letusan gunung berapi.


Dari sini kita akan diberi pendedahan tentang gunung merapi yang meletus pada tahun 2010 yang memusnahkan satu kampung yang tinggal berhampiran dengan gunung merapi. Jeep tersebut boleh muat 4 ke 5 orang dan dalam berjalanan nak naik atas tu akan ada beberapa tempat persinggahan.








Kaliadem ni merupakan nama sebuah dusun/perkampungan. Bunker ini merupakan tempat perlindungan daripada lahar merapi. Terletak kira-kira 400 meter daripada puncak merapi dan mempunyai ruang mandi dan oksigen tapi masih tidak dapat menampung orang yang belindung didalam bunker ini dan mengorbankan 2 orang sukarelawan. Seorang ditemukan didalam bilik air dan seorang lagi dihadapan pintu selepas 4 hari berlindung. Kemudian ianya tak lagi digunakan kerana dah tak selamat dan tak dapat menampung panasnya lahar merapi.


Gunung Merapi yang terletak di Jogja ni merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif. Gunung ni merupakan salah satu dari sekitar 500 gunung berapi di Indonesia. Kali terakhir meletus pada tahun 2010 dan antara letusan yang paling dahsyat iaitu 26/10/2010 dan mengorbankan 353 orang.



Clear blue sky dan gunung merapi ni nampak jelas..cantik sangat!













Naik lagi ke atas, ada batu menyerupai muka manusia. Penduduk kat situ panggil batu alien. Dipanggil alien sebab kalau tengok betul-betul akan nampak mata dan hidung alien pada batu ini.





Kemudian kami ke rumah salah seorang penduduk yang musnah dalam letusan gunung berapi pada 5 Nov 2010. Kat sini kami dibawa melawat sekitar rumah yang dah musnah.






Memang sedih melihat kesan yang ditinggalkan merapi dan gambar-gambar nahas kat sana. Syukur Malaysia masih aman dan tiada gunung berapi yang aktif.


Setelah penat naik jeep kesana kesini..its time untuk makan tengahari.  Kami singgah di The Waroang of Raminten




Menu wajib..ayam penyet!



A good place to visit when exploring a temple in Indonesia. Plaosan temple is a must-do. It is a mixed temple between Buddha & Hindu religion. Nice place to take nice photos especially on shiny days.









Take a break jap lepas melawat candi. Kedai ni tepi jalan dekat dengan candi plaosan je.


Sedap ayaq nyoq campuq madu ni...:P

 
Next destinasi ialah ke Malioboro Street.  Tumpuan pelancong untuk membeli-belah. Meriah dengan pelbagai gerai jualan, gerai makanan dan juga pelbagai hiburan ‘buskers’ penyanyi dan penghibur jalanan.






Nak shopping barangan seperti baju, seluar, batik, jaket, lukisan, aksesori dan macam macam lagi, boleh singgah di Malioboro Street.





Pendek kata, kalau ke Yogyakarta, anda mesti singgah di Jalan Malioboro. Banyak yang boleh anda explore di sini dan ia memang sesuatu yang menggambarkan budaya dan masyarakat Indonesia di Yogyakarta.

Selesai di Malioboro Street kami semua balik semula ke hotel untuk sesi mengurut pula.  To those yang nak mengurut tu harusla segera siapkan diri.  Malam tu dinner is on our own..mencarila kedai makan sekitar hotel sebelum balik ke bilik.  Terjumpa kedai Bakso dekat dengan hotel kami..terus grab....kalau tak nanti tak sempat nak mengurut. Our TL yang arrange sesi mengurut ni, dan depa datang ke bilik kami untuk mengurut.  Saya tak buatla...tak berani..takut tulang patah...hahaha.  Well, that's about all for today.  Saya akan sambung lagi part 4 dalam masa yang terdekat ni.

Tungguu...