Wednesday 25 May 2011

Hi-tea @ pwtc





Salam to all my dear friends and family


Nak kurus tak? Tapi bukanla kurus yang teramat sangat macam saya ni.....i'm too skinny hinggakan tak balance dengan ketinggian saya plak. Makanla banyak mana pun...macam ni la bentuk fizikal badan dari zaman sekolah..masuk ITM...hinggakan dah kerja sekarang ni pun...tak berubah-ubah..'sigh' :( Haaihhlaaa....hari-hari berdoa supaya badan ni naik sikit...bagi nampak body balance...nampak body shape sikit kan....dari terus kurus merempeng camni aje..huhuhu. Tapi yang penting sihat...syukur banyak-banyak.

Cerita dia camni, pada 17 May 2011 ada De Bella Grand Hi-Tea di PWTC sempena menyambut hari ibu. Saya dijemput oleh kakak ipar saya Kak Mariah to join her for this hi-tea. Theme is off white & brown. Memandangkan saya memang ada stok baju varity of colours...name it...got it..cewaahhh...pilih aje yang sesuai..heheheh. Sepanjang tahun tempah baju mana idaknya..oopss..over plak saya. Tahu tak produk De Bella ni? Sesiapa yang nak kurus....atau nak merasa badan balik pada zaman muda belia remaja sebelum kahwin, atau yang mengalami masalah berat badan yang susah nak turun ke...yg kena teruk-teruk diet kaw kaw tak jugak turun-turun, mesti ada yg tahu produk De Bella ni. Dah memang terkenal sekarang ni. Saya tak la makan De Bella ni...pelik plak orang kata, budak ni dah kurus nak makan De Bella buat amender ye dak? Waras ke tak...hehehehe.


Event tu bermula pukul 3pm..dah nama pun hi-tea kan..start petang la. Ramai yang datang penuh dewan..rasa dalam 1000 orang ada kot..imagine meriah tak meriahnya grand hi-tea ni. Datang pun semuanya cantik-cantik..lawa-lawa belaka..slim-slim belaka...kalah artis jalan red carpet tau. Semuanya bergaya sakan mengikut tema off white & brown..sangat class!!

Jom tengok gambar..:)


Ni la Kak Mariah..my 3rd sister in law.


Saya diapit oleh Kak Nora & Kak Mariah.




Bahagian lobby Dewan Merdeka @ pwtc


Team De Bella tengah Q nak masuk hall..semuanya berpakaian ikut tema..:)


My 3rd brother, husband Kak Mariah



Masa ni tak ramai lagi yang datang.


Kak Nora pun dalam proses kurus jugak nih..hasilnya belum diketahui..tengah berusaha keras.




Fitri from TV3 is our emcee on that day.





Aisyah ialah Duta De Bella..tengokla..dah slim dia kan..?



Datuk Ahmad Jais pun ada jugak petang tu.



Yang ni plak merupakan acara Itik gembo-gembo...hehehe. Para peserta di adili oleh kami semua yang datang pada petang tu untuk vote sapa yang paling outstanding kurus...sebelum dan selepas menggunakan De Bella. 7 peserta semuanya hanya seorang aje jejaka.



Pemenangnya ialah peserta jejaka itu..dia dpt 1st prize...2nd prize kak ipar ku laa...hehehe. See..see...depa bergambar dengan pengasas De Bella Pn Fauziah.



Tudia hasil usaha keras nk kurus...mmg berbaloi-baloi..dapat cash tuu!! Jeles i tauuu...:P Keep up the good work Kak Mariah!!


Mehla saya cerita serba sedikit, apa yang saya tahu yang saya perhati, saya ni bukan jual atau pun makan...cuma saya nak sharela pengalaman tengok dengan mata saya sendiri hasil usaha para-para peserta lepas makan produk ni. Sambil bercerita...kita tengokla gambar-gambarnya sekali. Produk ni menggunakan pati aloe-vera..kita tahukan aloe vera ni banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan terutamanya. Produk ni disamping dapat menguruskan dan melangsingkan badan, ia juga dapat membantu dalam proses pembakaran lemak. Kalori yang banyak dalam badan seseorang menyumbang kearah kegemukan jugak..so hati-hati yea. Produk ni berkesan tak kira umur dan jantina, boleh tampil menarik dalam masa singkat + penggunaan yang berdisiplin. Disiplin tu penting sangat, Janganla kejap makan..kejap tak makan...rasa mcm nak makan...baru nak makan...tak rasa nak makan tinggal aje camtu..sayangla sebab dah beli mahal-mahal tapi tak makan dgn sebetulnya.

Kalau ada sesiapa yang membaca blog saya ni, dan bercita-cita nak kurus macam kakak ipar saya ni, bukan kurus seperti saya yea....kurus seperti kakak ipar saya tau... boleh aje call dia at this number 013-3778000 dan berbual bicara mesra dengan Puan Mariah. Dah banyak magazine dah dia masuk latest is URTV, MIDI, RAPI & NUR. Cepat dapatkan dipasaran kalau nak tengok gambar dia dalam magazine sebelum dan selepas mengunakan De Bella. Gambar dia yang sebelah gambar Aisyah penyanyi terkenal tu. Semua orang tahukan Aisyah ni duta De Bella, dan hasilnya amat memberansangkan. Kalau nak full details about this product..rajin-rajinla singgah kat their website or just call my sister in-law. Macam-macam cerita ada tau..hehehe


Maaf yea..quality gambar berbeza-beza bergantung pada brand camera/hp masing-masing...ada yg guna canon camera la, samsung hp la, kodak camera la, nokia hp la, dslr la..sebab tu ada certain2 pics ala-ala blur kekabur kekabur sket..harap maklum..hehehehe


pstt...psstt....Kak Mariah...den dh promote ni haaa.....hujung bulan kita outing2 k...:) :D


Monday 23 May 2011

Family dinner

Salam to all my dear friends & family


Dah lama saya tak bercerita kat blog saya ni. Bukannya tak ada cerita, ada sebenarnya bila dah dikumpul-kumpul jadi banyak plak. Takde mender sangat, ni nak cerita family dinner saya, kami p makan kt Rest.Istana Bambu. Dengan family sayala pegi, dgn kawan-kawan tak ada la, semuanya bz dgn hal masing-masing. Asal nak ajak aje semua dah penuh dgn program this and that. Redha ajerlah...:(


Ramai yang tahu tempat ni kan? Restoran ni menjadi pilihan saya sebab dah banyak kali keluar tv, magazine, newspaper. Apa kata kali ni saya & family saya try dinner kat sini. It was on my bday..dah lama basi dah cerita ni, tp nak share cerita makan kat Rest. Istana Bambu ni.


Lagi 1, binaan dan hiasannya 95% menggunakan buluh bermula dari pintu masuk sehinggalah ke ruangan tandas. Kat sini, nak makan kat gazebo pun boleh, nak makan kat dining area pun boleh. Saya memilih makan kt dining area sebab Papa tak boleh nak duduk bertimpuh/bersila lama-lama kat lantai...sakit lutut..huhuhu. Kena consider tu jugak kalau kita bawa warga emas tak boleh nak fikir diri kita sendiri aje kan..hehehe.


Ruang gazebo memang cukup privasi, keliling tu buat dengan buluh, atap guna jerami padi macam sebuah bangsal/pangkin (kt kampung-kampung panggil pangkin) yang boleh muat seramai 4-6 pax. Dan yang istimewanya kalau tempah makan kat gazebo ni kena makan bersila ala melayu..orang muda-muda macam kita ni nak duk bersila makan tu bolehla...tp kalau warga emas tu..kesianla kat depa.

The entrance The dining area


At the gazebo..ni untuk BIG family boleh tempah kat sini. Yg ni privasi..nak makan berdua ke..berempat ke..sesuaila..:)



Makanan yang kami makan malam tu..semuanya sedap-sedap belaka. Persiapan untuk menyiapkan dish2 tu lebih kurang 15-20 minutes.

Kenyang dah ni...nak balik dah..pose kejap..hehehehe

Last pose sebelum keluar dari rest.



Meh nak cerita kami p makan kt Rest Subak plak. Subak ni dekat sangat dengan rumah saya, kiranya belakang rumah aje. Melampaula kan…tp mmg belakang rumah aje…tp kena drive out lalu LDP tol bayar RM1.60..hehehehe Less than 5 minute dah sampai..:)


Rest ni terletak dalam kawasan Sg Penchala. Dengan environmentnya yang sangat nature, servicenya tip top, food tastenya waalaaaa!!!, blended all together, saya rasa worth eating and paying. Once in a while apa salahnya makan mahai sket ye dak..hehehe Kalau selalu2 sgt..mampoihla…ahaaksss..:)





Putra Amir ni bab nk rampas camera mmg no.1..:)


Sebelum our dish sampai..pose dulu..hehe


Western food kat sini sedap dan menyelerakan..silala cuba yea..:)









Dah kenyang..sebelum balik last pose @ Subak.


Jemput datang yeaa..kalau nak tau exact location..silelah google map..belakang rumah saya aje...hehehe..betul tak tipu..:)


Thursday 19 May 2011

Renung-renungkan!

Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10 minit) 10 minit x 5 waktu = 50 minit

Tidur : Sehari 8 jam = 480 minit.

Makan : 3 kali sehari (sekali makan = 20 minit) 20 minit x 3 = 60 minit.

Menonton televisyen : Sehari 3 jam = 180 minit

Bersembang / internet : Sehari 2 jam = 120 minit

Bekerja : Sehari 8 jam = 480 minit

Allah SWT mengurniakan kita 24 jam (1440 minit) sehari. Apa perkara yang paling sedikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut? Perkara yang paling sedikit itula yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak. Fikir-fikirkanla..:)

Tip bagi mendapatkan kemanisan solat

· Sentiasa bersiap sedia untuk solat berjemaah di tempat dilaungkan azan atau didengari suara azan.


· Hati perlu sentiasa tertaut untuk melaksanakan solat berjemaah


· Berhati-hati dan perelokkanla wuduk. Jimatkan penggunaan air dan pelajari bagaimana Rasulullah SAW berwuduk, kemudian berwuduklah sebagaimana baginda SAW berwuduk.


· Hayatila dan fahamila setiap bacaan, zikir, doa dan tasbih dalam solat.


· Sempurnakanla segala rukun dan sunat-sunat dalam solat dengan sempurna. Rukuk, sujud, qiyam dan seumpamanya perlu dilaksanakan dengan sempurna dan sebaik-baiknya


· Luangkan sedikit masa dan waktu untuk menuturkan zikir-zikir sesudah solat dan fahami serta hayati maksud zikir-zikir tersebut.