Thursday 25 October 2018

Mini vacation with TY's family @ CH


Salam to all my dear friends and family.

Cuti panjang buat apa tu? Saya ambil kesempatan cuti panjang spent quality time dengan family.  K Nora, Abg Faiz & Adik nak pergi hiking kt salah satu gunung kat CH ni..Gunung Siku.  Saya tak join...takut stamina tak kuat tak tertahan nak mendaki.  So, kami rehat-rehat aje kat homestay.

Kali ni kami tak stay kt hotel like we used to do.  Kami amek homestay.  Cameron Muslim Apartment by Nurul, Tanah Rata.  Very nice place to accommodate all of us in 1 unit. Rumah ni selesa, banyak kemudahan yang terdapat kat sini. Kedai runcit, kedai makan, dobi, pet shop, steamboat byk area sini, souvenir shop, semuala ada kat sini..name it got it. Nak pegi pasar malam pun tak jauh..less than 10 minutes dah sampai. 

Weather hari tu cukup sejuk.  Dulu-dulu kita duk dengar orang kata..la ni Cameron tak sejuk dah macam dulu....emmmm...tu dulu... La ni dah lain...weather sejukk..nyaman..below 20 degrees kot saya rasa.  Siang terik matahari pun boleh rasa nyaman. Keluar rumah tu memang kena pakai jaket la.  Mungkin badan saya tak ada lemak tepu nk tampung kot..tu yang rasa sejuk.  Emmm...tak jugak...orang yang badan gempal..pun pakai baju sejuk. Kiranya saya pergi kali ni cuaca nyaman-nyaman gituu..:)



Kediaman baru di Tanah Rata.


Living room / dining room


2nd room


Master bedroom with attached bathroom


3rd room.  Sapa-sapa nak nak try book homestay..boleh p search kt booking.com.  Owner dia melayu...so segala perkakas dapur kita tak la rasa was-was nk guna.  Memang lengkap semua pinggan mangkuk..periuk rice cooker..dapur...fridge..lengkapla.  Owner ni memang bagi sewa kat orang melayu ajer..kat bangsa lain dia tak bagi.  


Budak ni demam...so kami tak dapatla nak berjalan kemana-mana. Parents dia dah selamat hiking Gunung Siku. Kena babysit..huhu.  Elok jugak..memang makan tidur makan tidur ajerlah that day.  


Sebelum balik KL, kami singgah ke Kea Farm beli sayur2..fresh flowers..goodies sikit untuk orang kampung..hehehe.




Bunga camni memang depa jual murah kat sana. Sukerr!!







Bunga matahari ni kat Copthorne Hotel.  Memang sebesar-besarnya..:)



Cameron Valley Tea House for scone and coffee2.



Bawa Papa bagi adventure sikit..naik jeep explore ladang teh.  Its his 1st time... mula-mula tu tak mau.  Takut la tuu...hehehe.  Puas kami pujuk...akhirnya mengalah..joinla kami semua naik jeep ni sambil menikmati ladang teh di atas bukit.  Baru dia tau benda ni seronok.  


While waiting for the jeep



Berkenalan dengan driver







Papa tak mau duduk depan plak...nak try duduk belakang katanya... Haa...inila hasilnya...ramai-ramai duduk belakang..:)



Berakhir sudah cerita CH saya kali ni.  Bukan tak pernah datang sini..dah selalu sangat mai sini.. Malaysia ni pun memang banyak lagi tempat yang saya tak explore habis lagi. CH ni pun boleh dikatakan setahun ada la kot 2 kali naik sini.  Walaupun ada certain-certain place yang sesak dengan manusia...memang kami elak. 

Nanti saya cerita lagi..

Sekian.


Wednesday 10 October 2018

Korean food : K Fry Urban


Salam to all my dear friends and family.

Ni geng travel yang baru  nak tubuh..hehehe.  Sebabnya geng ni merupakan kawan saya yang paling lama. Depa-depa ni kawan saya zaman itm lagi. Kami masih lagi keep in touch sampai hari ni.  Banyak perkara up and down kami tempuh sama-sama dulu.  Now depa ni dah boleh bergerak jauh la kiranya...sebab masing-masing anak2 dah besar panjang.  Ada yang dah masuk universiti...ada yang masuk secondary school.  Kiranya depa ni dah boleh berjalan jauh..tinggal anak2 depa with their father. 

Kami ke matta fair baru-baru ni.  Nak cari pakej-pakej yang kami mampu beli/milik for our trip next year.  Kami pilih tarikh yang suitable yang tak clash dgn school exams..not on school holidays...not on public holidays...tak clash birthday their loved ones... Finally, we got the date in October 2019.  Tabung travel pun kena buat jugak nih...sebab tak la terasa sangat duit keluar sekali berlambak banyak ..tak gitu?? 

Settle hal matta fair, kami ke OU.  Dengarnya  K Fry Urban Korean kt OU ni tak seramai other places.  Memang rezeki kami..Alhamdulillah..tak ramai.  Kami que pun tak lama...kebetulan masa kami sampai sana is after lunch hour.  Semua orang pakat dah settle lunch masing-masing.  Kami pun senang aje dapat seat..order makan semua.  Boleh makan dengan aman damai gitewww...:)


Yati, DE & Alin





Mango Bingsu..kami order sebab nampak comel...hehehe


Anchovies & Tuna..sedap macam murtabak pun yea jugak rasanya.


Kami order K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Dia put all the fries, chicken on top, and then we have to wait another 5 minutes just untuk tengok staff mengasingkan fries ke satu pinggan, ayam ke satu pinggan lain pulak, so that tinggal cheese je untuk dia masak.  Lepas tu..barula keluar aksi membalu ayam ke dalam cheese.  Kami request supaya dia tak wrap semua ayam dalam cheese tu sebab takut muak.  Rasa? Masuk je mulut ayam boneless ni..memang rangup dan pedas bersama cheese tu, rasa memang terbaik laa..:)




Kami cuba Ham & Cheese Rice Ball..sampai je makanan ni, staff dia tanya ..nak buatkan rice ball ni, nak ambil gambar makanan dulu ke sebelum digaul..haruslaa kami jawab naakk kan.. Lepas dah amek gambar...staff sana pun gaulkan dan membentuk rice ball untuk kami..comeyyy sgt!!



Japchae namanya..sedap jugak ..dia ada mushroom.

Seronok sangat berborak..gambar pun tak banyak sangat snap. Ni je yang ada ..jadila kan. To those yang nak p makan kat sini..boleh je..g la.  Sesedap semua food kat sini.  Perut kenyang hati pun senang..hehehe. 

Sekian..

Hiking - Gunung Angsi


Salam to all my.dear friends and family.

Its been a while kan tak menulis. Ada je ni..lately ni bz dgn google transform kat office...banyak new things nak kena belajar. Dlm pd tu juga..segala GST/ SST thingie pun trlibat jugak. Make me stay back kt office.. Mmg sungguh memenatkan..'sigh'

September memang banyak cuti kan...so, salah satu aktiviti yang sempat saya buat ialah hiking. Ni pun tak plan nak pergi pun sebenarnya.  Kak Nora mengajak..pergila..lagipun saya tak buat apa-apa pun masa cuti panjang ni.  Habiskan masa yang terluang.  Last saya hking masa pergi Pulau Perhentian in March.  Kiranya masih ada sisa-sisa fit ni lagi la..hehehe. Takut jugak termampu nak mendaki..padahal bukan bukan fit pun nk hiking. Training pun jarang-jarang sekali.

Gunung Angsi ni sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian.  Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung yang ke 241 tertinggi di Malaysia.




Gunung Angsi ni terletak di daerah Kuala Pilah..mempunyai ketinggian setinggi 825 meter. Ia merupakan salah satu tarikan Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Ada 2 laluan masuk iaitu Ulu Bendul dan Bukit Putus. Ramai yang cakap, laluan ikut Bukit PUtus ni santai jer berbanding dengan Ulu Bendul yang mempunya trek hardcore!


Kami mula hiking at 7.30am. Laluan pilihan adalah trek Bukit Putus.Oh ya, nak hiking sini kena bayar yea..tak mahal RM5 je. Ada kaunter bayar situ je. 

Starting nak naik Angsi agak terpacak sikit..bukan sikit..banyak!! . Banyak akar-akar kayu kena panjat. Laluan pun kena memanjat, bukan laluan mendatar. Adalah dalam 30 - 40 minit manjat tu. Sebaiknya makan makanan ringan sebelum nak panjat gunung. Jangan terlalu banyak..jangan terlalu sikit. Cukup untuk dapatkan tenaga untuk hiking.





Trek ni agak curam dalam 40 - 45 darjah. Lepas tu trek dia lebih landai dan santai tapi masih ada jugak trek yang curam sepanjang perjalanan ke puncak.




Lepas hampir 40 minit mendaki..akan jumpa pondok ni. Laluan lepas pondok ni agak mendatar..so, tak la rasa cunggap.


Trek mudah..tak mudah jugakla..ada sesetengah tempat yang rata..ada laluan sempit..bawah tu gaung..so kena extra careful..silap langkah boleh tergelincir masuk gaung nuunn... Apa yang penting ikut je trek yang telah disediakan..jangan nak memandai-mandai tukar laluan plak..karang tak pasal-pasal benda lain plak jadinya..huhuhu.


Sampai 3/4 hiking..hujan turun plak..dengan selebat-lebatnya...basah kuyup tu tak payah cakapla kann..mujur ada baju hujan.. Dengan jalan licinnya..then laluan plak makin mencabar..siap panjat guna tali tuu!! Takut jugak..nak patah balik sayang plak kan..sebab dah dekat sangat nak sampai puncak.  Lagipun jauh jugak jarak yang kami dah daki. 






Yang bagusnya, sepanjang laluan mendaki dan menurun Angsi ni ada penanda "arrow". Tapi tak tulis pun lagi berapa meter. Cuma waktu dah nak sampai puncak ada penanda lagi berapa minit nak sampai. Yang geramnya tu, 6 minit nak sampai puncak..tapi laluan nak start tu dah pacak..rasanya bukan 6 minit ni...mau 60 minit baru smp puncak!! Adeiihhh...mengaahh!! 






Trek dia kejap pacak..kejap landai...agak jauh jugak nak mendaki..adeihh!!



Elok je hujan berhenti..kabus tebal mula menyelubungi kawasan gunung ni..dengan angin kuatnya secara tiba-tiba..tak la kuat tapi memang boleh terasala sejuk dia tu..puncak pun dah diselabuti kabus nampak gayanya ni.  Dah mcm movie The Fog plak rasanya...sejuk..nyaman. 






Dipertengahan jalan, ada air bukit. Sesetengah pendaki mereka sengaja tak bawa air..dan singgah minum kat sini. Sejuukk air ni..turun dari bukitla katakan.


Finally, selepas 3 jam hiking, sampai juga kt Puncak Gunung Angsi. 


Lebih kurang 3 jam lebih hiking..maka sampailah kat puncak!! Patutla beg depa ni penuh semcam jer..macam nak pergi camping!! Siap bawak dapur, periuk, cerek..bentang fly, main masak-masak..lepak sambil makan tenghari. Perghh!!..saya tukang makan ajer...hehehe



Gunung Angsi 2702 ft, 824 m checked!!
Alhamdulillah..dalam kebasahan..kelaparan..keletihan..akhirnya berjaya sampai ke puncak..:)








Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin,


Laluan curam..licin sebab baru lepas hujan..banyak jugakla adengan terjatuh termasukla diri saya sendiri.  Kalau tak jatuh tu..tak thrill la kan..hehehe.





Masa nak turun tak snap banyak gambar...simpan hp sbb nak fokus turun bukit ni. 3 jam jugakla nk turun bukit ni..huhuhu..mana taknya sakit gila kaki tak payah cakapla..sebab curam dan licin..memang kaki kena duk menahan je la...tu yang sakit tu...hamba pasrahh..huhuhu.

Maka berakhirlah cerita Gunung Angsi.  Satu pengalaman yang tak disangka-sangka sebab saya ni bukan jenis orang gunung punya orang..hehehe. Nak hiking kemana plak lepas ni? Emmm..tak tau la..ada peluang why not give a try kan.

Sekian.