Tuesday 14 April 2020

Turkey Day 5 : Cappadocia_Part 1


Salam to all my dear friends and family.


Pada mulanya, saya memang tak tahu bahawa safari tour ni adalah sebegini adventure dan sangat best!! Apa yang saya bayangkan, bila sebut je safari, kepala saya terus bayangkan macam kat Afrika..naik jeep kat kawasan lapang yang mana ada binatang liar yang tak terkurung tu. Rupanya lainnnnn....ni adalah benda yang uolls patut cuba di Cappadocia. Feel dia memang lain dari duduk dalam van. Adventure yang uolls akan rasa lalu lembah berbatu berbukit..dan mcm2 lagi la di sini.

The next morning, sebuah Nissan X-trail bersama driver..tersedia menunggu kami di hotel lobby seperti yang dijanjikan at 6am. Jeep ni boleh naik 5 orang - 2 depan, 3 belakang..agak selesa jugak..sebab kami pun size kecil molek ajer. Perjalanan dimulakan, drive seperti biasa. Lama-kelamaan makin laju, makin laju. Saya excited dah ni...lepas tu sampai di satu selekoh, driver tu masuk ke simpang, terus drive mendaki bukit...!! Best weyy!!

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia ni, kita boleh try naik Jeep Safari Adventure ni.  Harga dalam USD70 seorang. Memang best!! Nak daki satu satu valley yang ada kt sini memang mustahil..kena guna 4x4 wheel drive. Jeep ni akan berhenti beberapa check point for us all to take photos.  

 Kami tak naik hot air balloon di Cappadocia..sebab kami dah naik di Pamukkale. So, kat sini kami try new adventure naik jeep safari.

Weather sangat sejuk pagi-pagi di Cappadocia.





Menikmati keindahan matahari terbit...subhanallah!!

I wish to come here again..and stay here much longer.





 Mengopi sambil menikmati keindahan valley depan mata..dalam suasana sejuk.

This is the driver yang sangat professional. Dia sangat cekap handle selekoh-selekoh, bukit yang curam dsb. Saya yang memang awalnya memang kecut perut dan ada masanya pejam mata kerana tak sanggup nak tengok bila naik bukit turun bukit yang mencanak menjunam pulak tu!! Tapi, selepas tu saya naik syoq...hahaha..i want more!!  
After the adventure ride, kami disediakn dgn Champagne shower!! Dan dia akan letak extra empty glass kat situ...utk kita bagi tip for them. Terpulangla nak bagi berapa pun...depa terima ajer.

Sparkling fruit juice..:)
Ni la group kami 8 orang semuanya. Berakhirlah sudah safari tour yang sangat best!! Rasa tak puas pulak. Kalau ada rezeki, pasti nak repeat lagi.


Selesai sudah our Jeep Safari adventure. Its time for us all to go back to our hotel and meet with the other group members. Seronok ...betul betul rasa seronok. To those yang nak merasa naik Jeep Safari ni..its recommended. Please try!! Bayar lebih sikit tak apa...tak rugi pun. 

Next post, saya akan cerita tempat-tempat yang kami visit di Cappadocia - Cardak Undergound, Scenery of Esentepe Hill, Matis Carpet, Pigeon Valley, Uchisar Castle, Salkim Tepesi, Lunch di Altinocak, Devrent Valley, Avanos Seramik...

Tungguu....

Monday 13 April 2020

Turkey Day 4 : Pamukkale - Cappadocia

Salam to all my dear friends and family.

Its the most memorable experience in my life that day..sebab kami naik hot air balloon!! Plan dah lama since last year..since bayar deposit for this package...since then kenala menabung untuk naik hot air balloon ni.  Bukan senang nak datang sini...concept menabung is a must for my travel trip. 

Pukul 5am kami dah bangun..by 5.45am tunggu kat lobby. Lily pesan kemas luggage semua bawa turun ke lobby and she will arrange the luggage masuk dalam bas, sebab kami tak balik hotel dah lepas naik belon ni. Cost untuk naik hot air balloon ni is USD190 di Pamukkale. Tapi, cost di Cappadocia is USD250 or maybe lagi mahal.  Kami dah berbincang pasal nak naik hot air balloon ni dari 1st day kami sampai lagi...which is better...cheaper....pro & con... Finally, we agree naik di Pamukkale. Tak ramai yang berminat nak naik hot air balloon ni dalam group kami ni sebenarnya. Its once in a life time kan...why not spent lebih sikit kan... Lgpun..lepas ni kita xtau dah bila pulak kita boleh naik lagi benda ni.  Pengalaman naik hot air balloon ni memang lain la....seronok dia lain macam. To those yang nak try...bolehla naik kat sini...or ada cash lebih ..boleh try dia Cappadocia..which is more nicer. Terpulang pada poket masing-masing.

Selepas selesai program di Pamukkale, our next destination is to Cappadocia. Perjalanan ke Cappadocia mengambil masa selama 7 jam..agak jauh dari Pamukkale. 



 Hanya kami berlima sahaja yang naik hot air balloon on that day.
Mereka akan masukkan angin dulu sampai balloon tu besar
dah besar baru panas kan jadi baru dia tegak.


Okey dah masuk dalam bakul  dah..panas jugak ye bawah ni...bawah api nihh dan saya terkejut2 dia pasang menda ni..huhu





Cantikk sangat, siap dengan matahari yang baru nak terbit tu.

Lalu di atas cotton palace..nampak putihh tu bukan salji, itu garam dan air panas.
 Suleyman the pilot.
New friends from Turkey.









 Agak lama jugak nak cari port landing...berlegar-legar di udara... so rasanya macam tour ni lebih dari sejam...almost 2 hours la kot... Tak sure kenapa depa tak jumpa tempat landing yang sesuai la kot.  And finally... Alhamdulillah...kami landing dengan selamat.  Lepas landing tu..traditionnya..depa akan buat champagne shower.  Jangan risau..bukan minuman alcohol pun...its a sparking fruit juice.
 Ok they all kemas2 kan semula balloon tu..tinggal separuh besar..sebab utk bergambar kenangan.  
 Siap certificate skali.
 Yeayyy!!! we made it!!
Selesai bergambar kat sini, ada van tunggu group kami yang akan bawa kami ke Cotton Castle...where our next destination is. My group members yang lain semua dah sampai kat sana..tinggal kami berlima ajer yang belum sampai. Luggage semua Lily dah bawa siap masuk dalam bas..sebab kami dah tak balik dah hotel...terus ke Cappadocia.
Pamukkale terletak di bahagian utara Turki. Ia terkenal dengan peninggalan sejarah dan keindahan alamnya. Nama Pamukkale di ambil dari perkataan Turki yang membawa maksud "Cotton Castle". Di sini juga terdapat 2 lokasi unesco world heritage iaitu Hierapolis dan Necropolis. Kita boleh lihat sisa runtuhan bangunan, tembok-tembok, istana lama, runtuhan teater dan kubur lama disini.
Bas berhenti di tempat parking. Jan dan Lily tunggu sambut kami berlima dan bawa kami masuk ke Cotton Castle. Area situ juga ada kedai jualan souvenirs, jualan makanan dan minuman dan toilet. Nak masuk sini kena tunjukkan tiket. Kita kena berjalan agak jauh kedalam untuk sampai ke Cotton Castle tu. Buggy juga ada to those yang tak larat nak jalan jauh tu boleh sewa buggy ..ni kena bayar sendiri.
Di hujung sana nampak ada kesan runtuhan dan tembok-tembok zaman roman empayar.

Cotton Castle ini merupakan teres-teres tingkat kolam air panas dari gunung berapi yang mengandungi campuran mineral karbonat dan kalsium. Airnya suam-suam panas dan bagus untuk rendaman kaki dan mengubati penyakit.  Ramai penduduk tempatan datang sini untuk rendamkan kaki.

Jalan baik-baik di lereng kolam.
Warna putih batu kapur di permukaan bukit seperti putih kapas..sebab tula ia digelar Cotton Castle. Air yang mengalir kat sini rasa suam tapi perlu berhati-hati masa jalan kat bahagian berair ni batu-batu sini sangat licin.
Kalau rajin dan ada banyak masa boleh menapak sampai ke bawah.

Permukaan batu kapur yang terbentuk sejak beribu tahun yang lalu.

Si comel yang memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong..eeeeee...geram!!! Rasa nak gomoi-gomoi...rasa nak bawak balik Msia!!

Ok dah..jom balik naik bas. Jauh lagi perjalanan kita ni nak ke Cappadocia. 7 8 jam lagi ni baru sampai sana.
Kami Lunch Di restoran ini


















Nampak je cuma makan roti nipis, salad dan ayam. Tapi dia punya kenyang, makk aii.. kembung la pipi dan perut ni. Haha. Alhamdulillah, Syukur Lepas makan dah kenyang, kami bergerak untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh. 
Tempat terakhir kami singgah sebelum ke Cappadocia ialah Sultanhani Caravanserai, Aksaray, Konya. 
Sultanhani Caravanserai - bangunan empat segi, bertembok tinggi yang disokong oleh menara-menara yang berbentuk geometri. Bahan binaan dari batu-bata tempatan.....pintu gerbang utama diukir dengan indah serta ditulis kalimah Al-Quran.
Kalau nampak souvenir berbentuk belon camni..meaning kita dah sampai di Cappadocia.
Kami selamat sampai di Cappadocia dah malam. Di Cappadocia kami menginap di Tourist Spa & Resort untuk 2 malam.


Next morning, another new adventure..which is Jeep Safari.  So, saya akan sambung lagi bercerita selepas ni...

Tungguu...