Tuesday, 14 April 2020

Turkey Day 5 : Cappadocia_Part 1


Salam to all my dear friends and family.


Pada mulanya, saya memang tak tahu bahawa safari tour ni adalah sebegini adventure dan sangat best!! Apa yang saya bayangkan, bila sebut je safari, kepala saya terus bayangkan macam kat Afrika..naik jeep kat kawasan lapang yang mana ada binatang liar yang tak terkurung tu. Rupanya lainnnnn....ni adalah benda yang uolls patut cuba di Cappadocia. Feel dia memang lain dari duduk dalam van. Adventure yang uolls akan rasa lalu lembah berbatu berbukit..dan mcm2 lagi la di sini.

The next morning, sebuah Nissan X-trail bersama driver..tersedia menunggu kami di hotel lobby seperti yang dijanjikan at 6am. Jeep ni boleh naik 5 orang - 2 depan, 3 belakang..agak selesa jugak..sebab kami pun size kecil molek ajer. Perjalanan dimulakan, drive seperti biasa. Lama-kelamaan makin laju, makin laju. Saya excited dah ni...lepas tu sampai di satu selekoh, driver tu masuk ke simpang, terus drive mendaki bukit...!! Best weyy!!

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia ni, kita boleh try naik Jeep Safari Adventure ni.  Harga dalam USD70 seorang. Memang best!! Nak daki satu satu valley yang ada kt sini memang mustahil..kena guna 4x4 wheel drive. Jeep ni akan berhenti beberapa check point for us all to take photos.  

 Kami tak naik hot air balloon di Cappadocia..sebab kami dah naik di Pamukkale. So, kat sini kami try new adventure naik jeep safari.

Weather sangat sejuk pagi-pagi di Cappadocia.





Menikmati keindahan matahari terbit...subhanallah!!

I wish to come here again..and stay here much longer.





 Mengopi sambil menikmati keindahan valley depan mata..dalam suasana sejuk.

This is the driver yang sangat professional. Dia sangat cekap handle selekoh-selekoh, bukit yang curam dsb. Saya yang memang awalnya memang kecut perut dan ada masanya pejam mata kerana tak sanggup nak tengok bila naik bukit turun bukit yang mencanak menjunam pulak tu!! Tapi, selepas tu saya naik syoq...hahaha..i want more!!  
After the adventure ride, kami disediakn dgn Champagne shower!! Dan dia akan letak extra empty glass kat situ...utk kita bagi tip for them. Terpulangla nak bagi berapa pun...depa terima ajer.

Sparkling fruit juice..:)
Ni la group kami 8 orang semuanya. Berakhirlah sudah safari tour yang sangat best!! Rasa tak puas pulak. Kalau ada rezeki, pasti nak repeat lagi.


Selesai sudah our Jeep Safari adventure. Its time for us all to go back to our hotel and meet with the other group members. Seronok ...betul betul rasa seronok. To those yang nak merasa naik Jeep Safari ni..its recommended. Please try!! Bayar lebih sikit tak apa...tak rugi pun. 

Next post, saya akan cerita tempat-tempat yang kami visit di Cappadocia - Cardak Undergound, Scenery of Esentepe Hill, Matis Carpet, Pigeon Valley, Uchisar Castle, Salkim Tepesi, Lunch di Altinocak, Devrent Valley, Avanos Seramik...

Tungguu....

1 comment:

MAGS PREMIUMS said...

"bantingtravel.blogspot.com
Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"