Sunday 30 December 2018

Trip to Thai_Part 7


Salam to all my dear friends and family.


Selepas Chatuchak, kami balik ke hotel. Rehat kejap..tukar baju..makan..solat, by 1.30pm kami gerak naik BTS turun di station Bearing. Dari situ kami amek grab ke Ancient Siam. Agak jauh jugak perjalanan kami mengambil masa almost an hour nak sampai sana. Kebetulan banyak pulak jalan yang tutup that day...ada event apa ntah.  

Bila kampai di Ancient Siam is almost 4.00pm. Entrance fee is thb700. Tapi, after 4pm the price will be thb350 / RM35.00.  Dengan harga tiket ni, boleh naik basikal kalau tak larat jalan sebab kawasan sini memang luas..200 acres kot!! OR boleh jugak sewa Golf cart.  Saya dengan Kak Su naik Golf cart..tak kuasalaa nak jalan kaki or kayuh basikal...hehehe. Harga Golf cart ni thb350 sejam and thb200 for the next hour. Boleh tahan mahal jugak nih..huhu. Mahal pun mahalla..asalkan dapat pusing satu taman ni tanpa perlu jalan kaki..:)

Ancient Siam ni memang besarr..macam taman yang ada monument-monument berskala kecil yang ada kt Thailand ni. Ohh yeaa..tempat ni tutup pukul 6pm..impossible kami dapat tour habis tempat ni ..view mmg superb la kat sini... Memandangkan kami sampai sana pun dah nak gelap...nak maghrib...adala lebih baik kami make it fast, quick and short!! 


Dalam BTS nak ke station Bearing.


Harga untuk sewa Golf cart.


Inila Golf cart yang kami sewa thb350 itewwww....:P Memang selesala naik yang ni tak penat..kekeke.


 





The reflection is superb!!





Considered to be the largest outdoor museum in the world, Ancient Siam, showcases replicas of Thailand's most famous buildings, attractions and monuments over 200 acres of land. A great day out for everyone!! 


Mondop Bodhisattva Avalokitesavara (Kuan-Yin)





Pavilion of the Enlightened





Dusit Maha Prasat Palace (Grand Palace)



Pintu gerbang di Ancient Siam. 



Seterusnya kita ke Chocolate Ville.  Nak ke sana tak ada pengangkutan awam..and the best choice is Grab.  Dari Bangkok town dalam 40 min jugakla bergantung pada traffic. Exact location is at Khan Na Yao. Chocolate Ville ni sebenarnya ialah tempat makan dan tiada makanan halal yang dijual disini.  Sekadar nak lepak-lepak layan kopi secawan dua tu bolehla. Christmas is around the corner..so banyak deco-deco kat sana bertemakan Hari Krismas. Landskap pun ala-ala Europe gitewww...byk spot bergambar kat sini yang cun-cun..:) Memang cantikla tempat ni..especially at night...rasa sangat romantik..hehehe.


Entrance Fee : FREE













 






Kalau nk feeling2 romantik, nak rasa suasana Europe..bolehla datang kat sini..!!

Berakhir sudah explore Chocolate Ville..dah malam ni jom balik kita dinner. Call grab..journey balik hotel lebih kurang 20 minit camtu.  Sampai hotel kami tak terus masuk bilik..kami merayau gi cari makan.  Esok saya dan rumet nak balik KL dah..its gonna be our last dinner with this travel team.  Kami singgah kedai Arab..tak ingat nama kedai tu. 


Menu for that night.



Berakhir sudah trip Bangkok saya..and my last travel journey for 2018. Can't wait for many more countries to explore next year!! Flight kami is at 9.15am. Kami dah arranged taxi to fetch us from the hotel at 6am to the airport. Cost us thb500 / RM50.00.  

Sekian..:)


Trip to Thai_Part 6


Salam to all my dear friends and family.

Esok kami dah nak balik. So, its shopping time!!  Kami diberi masa 2 jam...rasa macam tak cukup 2 jam ni..we need more!!  Tapi, kami tak boleh nak berlama kat Chatuchak market ni, sebabnya ada 3 program yang kami nak explore. Rugi kalau tak pergi..cantik tempatnya..:) I make it short and simple this time. Gambar beribu kalau nak diikutkan..hehehe. Letak banyak-banyak jemu pulak nantikan..:)

Cara ke Chatuchak, kami naik BTS ke Mo Chit station, ambil exit no. 1. Ramai pelancong gi situ so tak sesat dengan syarat just follow the crowd if you don’t know the way. Most of them are going to the same place as we are..hehehe. Pasar ni dibuka seawal 6.00am hingga 6.00pm setiap hujung minggu. Tapi, banyak kedai tak buka awal pagi, dalam pukul 10am and above is the best time to come!

Ramai gila manusia yang datang ditambah dengan panas terik..huhuhu.   Chatuchak Market ni  pasar terbesar di Bangkok. Kena datang hari Sabtu atau Ahad..sebabnya on weekends baru pasar ni meriah.  Macam-macam ada kat sini makanan, minuman, pakaian, aksesori, streetwear, barang secondhand, souvenir, alat masak, alat tulis, buku, interior rumah..semuanya ada!! Pasar ni memang happening sampai saya pening nak mencari jalan keluar. Banyak kali sesat kot! 


Kalau datang sini, recommended pakai outfit yang simple material dari kain kapas is the best. Panas weeyy!! Tempat ni  penuh dengan manusia, so hati-hati dengan handbang..pickpocket is everywhere. Bawa cash yang secukupnya, sebab sebahagian besar kedai kat sini semua guna cash dan tak terima kad. 



Jumpa dengan local ppl kat sana..ajak selfie sama.


Breakfast dulu kt McD sebelum we continue our journey that day.



Top view from the BTS station. This time tak ramai lagi orang sebab still early. Memang kami plan awal datang sini, sebab takut tak sempat untuk ke 2 lagi tempat yang kami nk explore.












Terjebak jugak beli perfume kat sini.


Rest kejap isi perut sebelum continue shopping!! Kedai halal ni is at Section 9, No 13/5. Kalau tak jumpa..boleh je tanya local ppl kat sana.



Apa yang dicari tak dijumpai...this place is huge!!



Ni aje yg dapat saya grap kat sini..huhu. 2 jam memang tak mencukupi.  Need to come again next time. At least 1/2 a day berkampung kat sini baru puas. 


Kepenatan..mencari signage tak jumpa..huhu. Jom kita balik. Ada 2 tempat lagi yang kita nk pergi ni.

Those yang datang Bangkok, rugi kalau tak visit market ni. Ini adalah antara lokasi yang perlu pelancong datang. Bukan apa, despite of its name as the largest market, barang-barang pun murah dan pelbagai. 

Sekian dulu...nanti saya tulis lagi..:)