Salam to all my dear friends and family.
Meh saya sambung cerita Hua Hin ni. Kami selamat sampai di Hua hin dalam pukul 7am lebih camtu. Pekan Hua Hin kecik aje so jangan expect too much sangat. Lps dah siap mandi rehat bagai..nak cari tempat makan. Kebetulan Mr Rean ni tahu tempat halal tak jauh dari guesthouse kami. Dia hntr kami makan dulu bila dh selesai dia akan datang semula pada waktu yang telah ditetapkan. For halal food hunting don't worry keluar train station uolls akan nampak kedai-kedai kecik berhadapan train station . Makanan kat sini tak mahal dan sedap dan yang penting halal. Lps dh makan our 1st stop is at The Venezia. The Venezia ni mendapat inspirasi daripada bandar Venice, Italy. Distance lebih kurang 15 minit. Tiket nak masuk berharga thb300 / RM30. Ada pakej-pakej yang disediakan so kami choose Pakej B. (Gondola ride, 3D Art Gallery, Upside down house, Fontana de Trevi Park, Mini train, King & Queen photo, Sheep Farm & Music Garden). Kami tak sempat tour habis kesemua tempat-tempat ni. Kami diberi masa 2 jam to explore all...memang tak cukup la kan. Cukupla round-round mana yang sempat lagi pun cuaca maak aaiii...Panas!!! Hua Hin-Cha Am sangat terkenal dengan cuaca panas.
View from our room. Sini boleh tengok sunrise. Tenang jugak guesthouse kat sini.
Kedai makan halal ni berdekatan dengan station Hua Hin. Rasanya tanyala sesapa sahaja kat situ, "halal food" sure depa suruh datang kedai sini.
Makan brunch kami pada hari itu.
The entrance
Colorful umbrellas
Tak lepas peluang snap pic kat sini.
Dalam sangkar burung pun teringin jugak.
Macam tak ramai orang..sebab kami datang hari kerja gamaknya.
Belakang saya ni kedai makan halah Mura Mura.
Let's dance
The Stonehenge. Rindu plak kt tempat ni (tetiba)..:D
Be a good camel OK?!?!
Come here sweet little baby penguin..:)
Berborak atas flying carpet.
Come here dear Panda...don't be shy...hehehe
Menunggu giliran nak naik gondola. Walaupun tengah panas terik..ada je pengunjung yang sudi naik gondola tengah-tengah hari rembang macam kami ni. Bila lagi kan..kalau tak sekarang.
Kolam ni tak besar...rasa macam tak sampai 30 minit pun naik gondola ni. Kira OK la..experience. Nak pegi ke real Venice ntah tahun bila..kena tunggu pencen besok la kot..hehehehe.
Hauuusss ayaq nyoq share seteguk dengan Kak Sue..:)
We should make a move..ada beberapa tempat lagi nak pegi. Ni pun kami tak sempat nak explore habis. Luas jugak kawasan The Venezia ni. Sapa-sapa yang nak mai ni..plan your trip well k.
Next, jom ke Santorini Park! Lokasi Santorini Park adalah di Cha-Am tetapi bersempadan dengan Hua Hin. Santorini Park ni memang dalam wish list saya sebabnya binaan di sini mendapat inspirasi daripada Santorini, Greece. Kira agak unik la kan. Perjalanan ke sini dari The Venizia memakan masa selama lebih kurang 15 - 20 minit. Tiket masuk pula berharga thb150 / RM15 sahaja. Harga tiket untuk penduduk tempatan hanya thb50. Untuk pelancong luar pula thb150. Tapi itu hanya tiket untuk masuk saja yea.. Kat dalam tu kalau nak main apa-apa kena bayar lagi ikut harga setiap permainan. Cukup berbaloi pada saya. Lebih murah. Walaupun kawasan Santorini Park juga tidak terlalu luas, tapi saya suka dengan binaan yang ada. Bangunan di sana dicat dengan warna biru dan putih. Cantik! Suasana di sini agak meriah dengan pengunjung jika dibandingkan dengan The Venezia. Merasa la jugak tengok walau tak dapat pergi yang betul-betul punya kan..:) Byk spot bergambar yang cun-cun kat sini.
Mujurla tak sesak sangat dengan manusia..boleh la kami berjalan dengan aman dan tenang.
Banyak spot cantik-cantik untuk bergambar.
Toilet pun cantik I tell youuu...!!
Take a break jap kat cafe' sini. Panas sana lain macam..huhu.
Naik tuk tuk to the next pit-stop.
Ok setelah habis satu pusingan teroka Santorini Park, kita pergi ke destinasi seterusnya yang terletak beberapa km saja dari sini, iaitu Swiss Sheep Farm, Cha Am. Dengar nama pun dah macam kat Swiss kan. Jom explore apa ada sini plak. Swiss Sheep Farm ni memang betul -betul tepi highway nak ke bandar Cha Am. Tiket untuk masuk sini adalah thb150 / RM15. So dalam tu boleh kita berlegar-legar tengok kandang kambing, kuda padi, dan macam-macam haiwan ladang yang lain. Keadaan ladang kat situ dibuat sangat cantik dan kemas, banyak jugak la arca-arca yang menarik kalau nak ambil gambar. Ada jugak aktiviti lain yang kita boleh buat kat sini, contohnya bagi makan kambing biri-biri, naik kuda padi dan sebagainya. Rasanya kalau bawa budak-budak lagi seronok kot.
Musim halloween masa ni kot tu yang depa deco camni.
Smiley cow...cute laaa..!!
Lepak kekeyangan.
Luas ladang kuda ni.
Anak matsalleh mixed thailand.
Kelaparan tunggu kami bagi makan.
Besar-besar jugak kawasan ni tak larat kami nak redah tengah-tengahari rembang masa ni.
View belakang berbukit...cantik sangat!!
Kedai souvenir sebelum kami check-out.
Depa kat belakang tu tengah berbincang...nak p mana lagi lepas ni...kami semua pakat letih nak balik rehat ajer..and to be continue later tonite.
Mr Rean tanya kami mau kemana lagi..sebab hari masih siang/awal. Kami kalau boleh nak balik guesthouse nak tidoo..too tired. Kalau boleh nak sambung jalan semula petang or lepas maghrib nanti. Kami semua setuju, lepas maghrib kami semua keluar semula untuk aktiviti waktu malam pulak. Balik guesthouse..mandi lagi....tukar baju..terus lenaaa... Almaklumla...sanakan panasss!! Ok for today we already had enough fun sambung later untuk dinner and pasar malam.
Dari guesthouse kami ke pasar malam pun tak jauh dalam 1km jalan kaki. Bila dah ramai-ramai berjalan sama ni....sambil borak-borak tak terasa sangatla jauhnya tu. On the way tu, kami singgah kedai Pakistan ni. Memang tak ada sapa pun kedai situ lenggang ajer. Dia bagi salam, kami tengok kedai dia tanda Halal. Moh la ramai-ramai kami masuk situ order makan malam kedai situ ajer. Nanti dah sampai pasar malam kita tak tahu menu apa yang terhidang plak nanti. Dah sah-sah halal kat sini, baik kami terus makan. Kami order nasi bryani ayam, chapati, gulai ayam. Memang sedap. Dah kenyang baru la kami boleh terus menuju ke pasar malam.
Kami singgah kedai ni untuk dinner.
Lepas dah kenyang...hati pun riang..mohla kita explore pasar malam plak...apa yang ada kat sana.
Seafood restaurant banyak kat sini. Tapi tahap halal kami was-was. To be safe just tengok-tengok cuci-cuci mata sahaja.
Memilih FM - RM1.00 sahaja.
Kedai kebab yang halal di pasar malam. Kami beli ni untuk our bfast for tomorrow morning.
Tengok bola Malaysia vs Thailand. Masa ni dah hujung-hujung score penalty.
Muka ada senyum Malaysia menang!!
Besar jugak pasar malam kat sini. Tak ingat nama apa. Rasanya semua pasar malam sama...yang lainnya ialah jualan kat situ. Kami beli buah-buahan, fm, sedikit souvenir Hua Hin. Ada satu kedai kebab halal kat situ. Kami sempat tapau kebab for tomorrow's breakfast. Sementara nak tunggu kebab kami siap, kami siap lepak situ tengok perlawanan bola antara Malaysia vs Thailand. Tu pun dah hujung-hujung kat penalty score. Seronok la Msia masukkan GOL. Tapi, idokla kami sorak kuat-kuat kat situ, karang ada yang tak sempat balik guesthouse kena kepong...hahahahaha.
That's it for now. To be continue very soonn....
Tungguu...
No comments:
Post a Comment