Wednesday 25 March 2020

Turkey Day 1 : KL - Dubai - Istanbul


Salam to all my dear friends and family.

Baru je balik dari Korea bulan Oct......ni travel ke Turki pulak bulan Nov. Huiih...tahun 2019 ni memang banyak betul berjalan.  Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih tahun ni...so why not kita explore kan.  Inila kali pertama pergi bercuti ikut pakej. Negara Turki ni agak besar jadi kalau nak pergi sendiri mungkin agak payah sikit nak ke destinasi di luar kota Istanbul. By the way, trip Turki kali ni saya amek pakej Ayden Averroes Travel. Merata juga saya google/IG cari pakej2 Turki ni. Rata2 semua harga lebih kurang sama.  Memangla di FB / IG tu banyak iklan promosi menarik tapi kita belum kenal atau tahu tentang review perkhidmatan mereka. Kali ni sila buang perasaan risau tu jauh2 sebab entri ni saya nak rekomen pakej percutian ke Turki paling best pada tahun 2019 bersama Ayden Averroes Travel. Memang rezeki kt Ayden dan rezeki kami jugak group kami hanya 15 orang. Kalau ramai2 mau pening jugak la nak kenal..kot2 ada yang tak sekepala ke...kepala angin ke apa ke kan.  Mujur group kami semua..kepala gila2..hehehe. Dah kata percutian ke Turki paling best, mestila saya nak certia detail sikit mengenai trip Turki ni. Harapnya adala baca sehingga habis tau..:)

Penerbangan kami ke Turki adalah menggunakan Emirates Airline yang sangat selesa. Transit Dubai dulu sebelum ke Istanbul. Lama jugak kami transit kat Dubai dekat 10 jam jugak la...huhu. 

UmmutJan ialah tourist guide kami selama 10 hari kat sana dibantu oleh Lily wakil ejen Ayden dari Malaysia.

Ni la group kami seramai 15 orang. Semua ni sempooiii!!

Baru ja balik dari Korea bulan lepaih...ni berjalan plak lagi p Turki..:)

Kami naik Emirates..boleh tengok kat screen time kami depart..:)

Upon checkin kat kaunter..kami request untuk seat together and sebelah tingkap.  Kami mintak jugak upper deck...tapi tak dapat sebab dah penuh. Takpe..as long kami dapat naik A380 ni..dah cukup syukur dan happy.

Sampai di airport Dubai..dah lewat. Transit pun lama jugak almost 10 hours. Plan nak keluar jalan-jalan Dubai waktu malam pun tak boleh..sebab semua kedai/shopping complex tutup. So, kami lepak ajela kat airport..dan tido berehat kat tempat yang disediakan untuk passenger transit.

Dah letih...lena jugakla walau apa keadaan sekali pun.

Airport Dubai ni cantik sangat...and super huge! Sapa yang transit ni..memang seronok la boleh shopping kat duty free shop..byk barang boleh beli as souvenir kat sini.  Saya plan tak beli lagi ...sebab plan nak beli masa kami transit sini jugak on our way home to Msia besok ni.


Kami jumpa baby ni masa tengah breakfast and on our way nak boarding.

Istanbul here we come!!

Kami selamat sampai Istanbul ..after long journey from KUL. Alhamdulillah.

Bas besar ni la yang bawa kami tour Turki selama 10 hari.



Berhenti kat RnR. Tak tau nk pronounce camne..huhu. Kami singgah sini rehat kejap...beli roti pape yang patut. Seterusnya kami dibawa ke Yalova.  

Kami terus dibawa naik cruise ke Yalova. Bas pun naik cruise..kagum kan..boleh imagine how big this ship are..boleh masuk segala lori, bas, kereta bagai...:)

View masa sunset sangat cantik! 

Enjoy the ride.


Seagull is everywhere. Jinak plak tu....kalau kita bagi makan..burung-burung ni akan datang ke kita.


Officemate

Enjoy the view

Our 1st hotel is Ramada Hotel di Bursa.

Tak sabar nak masuk bilik..nak mandi..rasa mcm dh more than 24 hours ni tak mandi..huhu. Tengah tunggu kunci masa ni.

Lawa biliknya..empuk tilam bantal semuala..:)

Jan our tour guide plan bawa kami jalan-jalan small town di Yalova ni. Lepas mandi..jumpa kt lobi..dia bawala kami berjalan.  Tapi tak semua yang ikut.  Sapa yang nak ikut tu...jomla.  Lain-lain tu berehat sebab dah penat. 

 Rasanya ni information counter.


 Bandar Yalova




Kawasan ni macam tepi laut. Tapi sebab dah gelap..kami tak nampak view.  Dari gambar diatas ni..rasanya bila siang...camni la kot kawasan ni.  Memang cantikla tempat ni kalau waktu siang..macam ala-ala tempat rekreasi gituu.

Weather masa ni...not so cold...not so hot...chil chil je...nice la sejuk2 manja gitu.

  Kami lepak kejap kedai kawan si Jan ni..dengar live music.  Tapi sebab tak larat sangat...nak balik la..nak rehat. The next day kami nk jalan jauh lagi. Agak jauh jugakla nak berjalan ke tempat ni dari hotel kami. Letihhh...



 Those are the menu for our 1st dinner at the hotel.

Saya akan update lagi blog saya ni..sambung cerita Turki ni lagi ...very soon.

Tungguu..:)





Trip to Kuching_Part 2

Salam to all my dear friends and family.

Meh kita sambung dari Part 1.

Lepas dah mandi pool...mandi...solat... bersiap untuk keluar pergi dinner.  We plan pergi kat TopSpot Food Court.  Dari hotel tak jauh..kami jalan kaki sahaja. Top Spot ni lokasi dia kat 6th floor paling atas di banguna UTC Sarawak.

TopSpot ni memang terkenal, banyak gerai-gerai seafood dalam satu tempat..so pilih nak makan kedai mana. Jadi kalau penggemar seafood like us ni, tak lepaskan peluang makan seafood yang murah kat sini. Kalau boleh datang awal..sebab hari-hari sini penuh orang.




Ayam Pansuh yang dimasak dalam buluh. Rasa dia macam ada rasa tomyam sket, pedas masam manis..ada sayur herbs..saya tak kenal apadia..tapi lembut la ngam plak dengan ayam tu. Ada bunga kantan sket..bagi naik aroma ayam tu. Harga ni RM24..kira okla..not bad.

Kami order Sotong goreng tepung.


Midin Goreng Belacan..sedap!! Punyala banyak..depa jenih tak kedekut

Ketam masak 3 rasa. Sedappp!! Memang kalau pi kedai seafood mana-mana..ketam is a MUST!!

Ikan kerapu steam soy sauce and ginger.


Total cost dinner kami malam tu is RM150 termasuk ayam pansuh + air. Murah kan?? Kami takut jugak terlebih makan ni...kotla harga pun jadi terlebih mahal...rupanya...OMG..still cheap for us la.  Kiranya boleh la datang sini lagi makan seafood. Or mgkn next trip ke Kuching ni...we maybe order more than this..kekekekeke. 

Bila dah kenyang..moh la kita balik. Tapi bukan balik hotel..kami jalan-jalan sepanjang waterfront tu. Kebetulan ada sampan ke seberang kann...nak merasa naik sampan...jom kita naik ramai-ramai secara berjemaah. Murah tak mahal sorg RM2 sahaja. Last trip is at 11pm. So, kiranya ada masa lagi ni...jalan-jalan kejap ke kampung seberang..lepas tu balik semula.



Sampan yang kami naik ke seberang.  Waktu malam view kt waterfront ni cunn wooo...i like.!!

Next morning, breakfast dulu ...then pack our things and check out.

Next destination is to Pasar Serikin di Bau, Sarawak.  Tempat ni sebenarnya bersempadan dengan Indonesia dan para peniaga kat sini majoriti orang belah sana. But don't worry, depa semua masih boleh cakap melayu..:) Pasar ni meniaga hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja. Perjalanan nak ke Bau ni agak jauh jugak dekat sejam jugak maunya. Sebelum ke Pasar Serikin, kami singgah dulu Tasik Biru.

Muka happy nak pi pasar..:)


Tasik Biru ni terletak kira-kira 35km dari Kuching. Dulunya, tasik ni merupakan lombong emas yang terkenal di Swak. Kini tasik ni dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya. Tasik ni pada saya..tak nampak pun kebiruannya...paling ketara ialah kehijauanya. 


Entrance nak masuk ke Pasar Serikin. Rasanya ni kedai makan kot. Mungkin hanya akan beroperasi waktu malam.


Secara umumnya, pasar ni lebih kurang macam pasar-pasar yang lain, cuma kat sini banyak barangan dari Indonesia terutamanya kain batik dan kain sarung. Kedai makan pun tak banyak yang ada..cuma beberapa gerai sahaja. Tak ada menu yang menarik untuk dicuba pun. Barang-barang kraftangan pun banyak jugak...bolehla beli as souvenir to close family and friends.

Batik indonesia memang banyak







 


Berdasarkan gambar-gambar diatas...rasanya uolls boleh imagne la tempat ni camne kan. Dia macam lebih kurang kat Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam..atau mana-mana pasar kat sempadan Msia - Thai.  Kalau nak cari barang rumah dan kain or souvenir..kira ok lah. Pasar ni agak panjang juga..orang sana sebut 'lumayan' meaning..jauh dan panjang lagi. Kami tak larat dah nak berjalan sampai ke hujung nuunn..sebab lumayan jauhhhnya. Berpeluh panas menitik-nitik ni haa...fuhh!! Well, it was great experience..and glad to be here. Kalau orang tanya..dah pernah pergi la kan..hehehehe.

Ok next, is to cruise. Aiza dah tak sabar nak naik cruise.  Duk sebut cruise tu la dari semalam..hehehehe... Jom la kita pi naik cruise..:)


Dari Bau ke Kuching dalam sejam jugak..mujur traffic tak heavy sangat. Kami kena cepat sebab cruise akan jalan around 3pm.  Dah dalam nak ke Waterfront, boleh pulak sesat haa..walaupun dengan berpandukan google map..adeihh.. Kami sampai jugakla kat Waterfront tu, tp cruise tak jalan at 3pm sebab tak ada orang. So, next trip is at 6pm..which is cruise at this hour berjalan sambil tengok sunset.  Tapi, kami tak boleh la nak tunggu sampai 6pm. Mujur Aiza jumpa dengan Aerol, donut boat ni. Dia boleh bawa kami bertiga dalam 1 boat donut dia hanya RM50 untuk 1 hour trip. This is way cheaper.  Tanpa buang masa..zass ke Aerol donut bot.


Inila botnya...bulat macam donut..sebab tu panggil donut bot..:)











Kami singgah ke kampung seberang..nak beli kek lapis...ikan terubuk masin...tu ajerla cadangnya. Aerol dengan senang hati sudi bawa kami ke kampung seberang..walaupun pada awalnya...hanya tour waterfront tu aje.  Bagus dia ni...peramah dan pandai bercerita.  


Kedai kek Lapis Dayang Salhah...famous kt Kuching. Kita boleh rasa dulu..pilih yang mana kita nak beli.


Done with our shopping. Jom la kita balik KL


Done our JJCM Kuching.  InsyaAllah ada lagi trip JJCM lepas ni. Tapi, kita kena tunggu settle baik pulih covid-19 ni dulu.  Kena banyak-banyak bersabar musim virus tengah merebak sekarang ni. Tak boleh nak plan mana-mana lagi at this moment.

Sekian dulu...nanti saya menulis lagi.