Posting kali ni at random tak ikut turutan...saya ceritakan pengalaman kami ziarah luar mekah.
Selepas sarapan..kami bersiap-siap dan standby tunggu di lobi untuk gerak ziarah luar menaiki bas.
Sepanjang ke sini, memang pemandangan padang pasir. Ada jugak nampak dari jauh ladang unta. Sekarang tak dibenarkan melawat ladang unta atas sebab-sebab kesihatan.
Jabal Tsur, tempat Rasulullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Tempat seterusnya adalah Arafah, Mina, Muzdalifah dan Jabal Rahmah. Arafah, Mina dan Muzdalifah ni akan penuh dengan jemaah masa musim haji sahaja. Masa kami ziarah sunyi takde sapa-sapa. Ada khemah-khemah sahaja. Jabal Rahmah terletak bersebelahan padang Arafah. Bolehla panjat bukit tu kalau ada kesempatan. Jabal Rahmah ni tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa.
Tidak lengkap rasanya ziarah ke Tanah Suci Mekah ini jika tidak singgah di Jabal Rahmah, bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.
Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter. Untuk sampai ke tempat itu atau tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit untuk mendakinya.
Tak terbayang dek akal, tak terfikir dek minda kerinduan semacam apakah yang ditanggung Adam terhadap Hawa dan Hawa terhadap Adam. Namun, Allah Maha Pengasih. Diampunkan mereka, dipertemukan kembali, dikurniakan umur yang panjang dan diberi anak, cucu cicit yang ramai.
Segala pujian dan syukur itu hanya milikNya. Masa saya turun dari bas dan menjejakkan kaki di Arafah ini, seribu satu perasaan melanda diri.
Ustaz kata berdoalah sebanyak mungkin di sini. Arafah ini juga salah satu tempat mustajab doa. Lagi-lagi berdoa untuk jodoh. Ehemm
Sampai atas I was stunt dengan kecantikan view. Tenangnya hati. I looked around leka tengok gelagat orang-orang dan terus mengelamun sebab hati sungguh tenang.
Orang ramai nak naik Jabal Rahmah ni. Ada tangga khas untuk naik sampai atas, Tak tinggi pun. Along the way nak naik atas guna tangga ni, ada peminta sedekah, ada yang jual inai serbuk. Mostly dari rakyat Nigeria. And sewaktu saya naik tangga ni, saya jadi confuse and tergelak sesorang. Sebabnya, ada banyak...saya ulang banyak...gambar-gambar pasangan kekasih or suami isteri dorang letak kat sepanjang laluan nak naik ke Jabal Rahmah. "Perlu ke???" " Kenapa dorang nak kena letak gambar bersama dorang kat sini" "Weh tak sayang ke gambar bf/gf korang ni?" Weh gambar korang kena pijak!!!" Hahaha:)
Weather pun sejuk...Fairel memang kena pakai baju sejuk.
Setelah itu, saya renung seluruh Arafah. Renung seluas-luas pandangan. Manalah tahu, si jodoh ada di depan mata. Macam love at first sight gitu la kononnya. Heheh. Dalam hati saya berkata,
"Ya Allah, kalau jodoh saya ada kat sini maka temukanlah kami."
Tapi sampai naik bas pun takdak aih yang tegur cakap,
Takdenye.
Takdenye.
" Assalamualaikum, sayalah jodoh awak tu. "
Takdenye.
Takdenye.
Hakikatnya, perancangan Allah jauh lebih cantik. Allah dah janji setiap manusia, setiap mahluk ada pasangannya. Dah kita nak sesedih tak kahwin lagi, tak jumpa jodoh lagi kenapa?
Tanya diri tu, dah usaha belum?
Dah improve diri belum?
Dah prepare mental fizikal belum?
Yang paling penting, amal dah cukup belum kalau mati sebelum kahwin?
Tanya diri tu, dah usaha belum?
Dah improve diri belum?
Dah prepare mental fizikal belum?
Yang paling penting, amal dah cukup belum kalau mati sebelum kahwin?
Then, renung-renungkan la...:)
Ziarah luar yang seterusnya ialah Masjid Hudaibiyah. Masjid ni terletak kira-kira 26km dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.
Nama Hudaibiyah ni sebenarnya berasal dari nama seorang lelaki yang telah menggali telaga di tempat tersebut. Daerah itu kemudian diberkan kepadanya serta dinamakan "Hudaibiyah" (termasukla telaga tersebut). Berdekatan telaga itu terdapat sepohon pokok yang cukup rendang yang bernama pokok Hadba.
Bekas tapak Masjid Hudaibiyah yang lama dan kesan runtuh yang masih kekal.
Walau bagaimanapun masjid itu telah dirobohkan dan digantikan dengan masjid baru (warna putih) yang terletak bersebelahan dengan bekas tapak masjid yang lama. Kesan runtuhan tersebut masih utuh berdiri walaupun peristiwa bersejarah telah berlalu beribu-ribu tahun lamanya. Subhanallah.
Sekian dulu untuk kali ni...nanti saya sambung lagi.
Tunggu..
No comments:
Post a Comment