Umrah. Jujur saya tak pernah sangka saya dijemput menjadi tetamu Allah secepat ini. Memang saya ada plan untuk tunaikan umrah tapi tak pernah ada exact date tahun bila saya nak pergi sebab kewangan saya tak mengizinkan lagi. But Allah knows best dan saya tak pernah berhenti doa.
Sebulan jugak saya persiapkan diri sebelum nak ke tanah suci. Macam-macam perasaan saya rasa dan takut pun ada. Saya banyak google tentang persiapan umrah lebih-lebih lagi segi rohani. Nervous and way too excited. Saya baca buku, study blog-blog yang tulis pengalaman umrah and so on.
On that memorable 14th Jan 2020, tibalah masa saya dan family berangkat ke tanah suci. Semua ahli keluarga hantar kami kat airport. Serious time ni semua menangis. sedih. Saya doa Allah jaga keluarga kat tanah air sepanjang kepergian kami ke tanah suci. Saya doa jugak Allah permudahkan segala urusan kami kat sana. Semoga kami selamat balik dan kembali kepada keluarga. Saya whatsapp semua kawan-kawan, saya minta maaf dan halalkan semua yang pernah buat and so on.
Berikut beberapa gambar yang saya upload tak mengikut sequence. Apa pun gambar-gambar ni dapat menjelaskan sedikit situasi dan keadaan di Mekah dari camera hp saya ini.
Pertama kali saya tengok kaabah yang selama ni menjadi tunjang arah kiblat umat islam saya terpaku..terdiam. Saya hayati kebesaran Allah didepan saya. Hati jangan cakap..menangis. Saya rasa betapa kasih sayang Allah yang jemput saya ke sini. Antara insan terpilih. Sungguh saya sebak. Amazed. Stunned. It's just so indescribable. It's beyond words. Masa ni hati cuma fokus untuk beribadat. Masa ni saya rasa saya paling dekat dengan Allah. Kita berada di rumah Allah. Tempat paling mulia atas muka bumi. Subhanallah. Kaabah adalah benda paling indah saya tengok.
Beautiful. It's so beautiful and nothing can take my eyes off of this. The holy Kaabah.
Kenangan terindah!! Harap-harap dapat lagi jemputan menjadi tetamu Allah.
Dari pagi kami duduk aje kat masjid ni depan kaabah..sambil berdoa..baca kiriman-kiriman doa dari rakan-taulan, sahabat-handai dan family terdekat. Semoga Allah makbul dan angkat doa-doa kita. Amin ya rabbal Alamin.
Air zam-zam yang sedia untuk diminum terletak disegenap penjuru dan ruang Masjidil Haram
Subhanallah..allahuakbar..view kaabah dari rooftop..tempat yang tak pernah tido..tak pernah sunyi...Masa ni ada kelapangan sewaktu menunggu azan Isyak..saya sempat buka slot kiriman doa kawan-kawan, saudara-mara semua termasuk keluarga terdekat..dengan harapan semua akan mendapat berkat..insyaAllah.
Ruang solat di depan Kaabah terbuka luass..datang 1 jam sebelum azan untuk ikhtiqaf dan solat sunat. Kalau awal pagi datangla 2 jam awal sebelum subuh untuk tahajud.
Suasana tawaf di Kaabah..lelaki dan perempuan bercampur.
Malam terakhir di Mekah, rasa macam kejap sangat..tak puas! Esoknya dah nak bertolak balik dah..huhuhu
Moga ada rezeki untuk ke sini lagi..Amin..
12 hari telah berlalu, dan kami juga telah bersiap sedia untuk bergerak ke Jeddah dan pulang ke tanah air.
Mutawwif mengingatkan kita untuk melakukan tawaf wida, iaitu tawaf terakhir atau tawaf 'selamat tinggal' yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah.
Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat mengerjakannya kerana datang haid.
Selesai tawaf wida, kami TIDAK BOLEH
1.berehat-rehat bersantai atau tidur dibilik hotel
2.membayar hutang yang boleh ditangguhkan
3.mencari-cari orang untuk bersedekah
4.buat solat hajat, solat taubat dan solat lain kecuali solat sunat tawaf
5.membeli barang-barang yang tiada kaitan dengan perjalanan ke Madinah / Jeddah
6.berlengah-lengah dalam masjid sehingga menyebabkan jemaah lain bermasalah dan terpaksa menunggu.
Ya Allah ya tuhanku, jangan jadi kunjungan kami ini yang terakhir, jemputlah kami datang semula untuk menjejakkan kaki dan beribadah di bumi barakah Mu lagi. Amin.
Kenapa kami pergi dengan Saudi Air...balik Msia dgn MAS? Untuk dijadikan cerita, kami 6 orang antara yang random selected by Saudi Air untuk bertolak dari Jeddah sama ada keesokkan harinya atau the same day tapi earlier. Yang terpisah tu pulak, my SIL and her husband, my younger bro and her son fly together without his mommy..which impossible to handle la kan..and myself. Yang lagi 2 tu is other family. So, we have discussed and decided, kami 7 orang ni, purchased new flight ticket..and Alhamdulillah the agent will pay us back soonest possible. Sebab perkara ni terjadi bukan dari pihak kami, ia terjadi dari pihak mereka. Kami tak salahkan mereka, depa pun dah buat sebaik mungkin for us all to fly back together. Mungkin ada sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan pada hari itu, tu yang kami terpaksa berpisah.
Alhamdulillah...kami selamat mendarat di KLIA pada 25 Jan 2020 @ 4.30pm
Pengalaman selama berada di bumi Mekah dan Madinah ni memang sangat-sangat tak dapat dilupakan. Semoga kami semua dijemput Allah ke sana lagi untuk Haji dan Umrah seterusnya. Amin..
Sungguh banyak pengajaran yang saya peroleh sepanjang trip umrah ni..lebih-lebih lagi ujian yang Allah berikan kepada semua jemaah. Allah ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hambaNya. Pada masa ini baru kita akan sedar sejauh mana level kesabaran dan keiman kita kepadaNya.
Semoga dengan coretan pengalaman ini dapat memberikan sesuatu manfaat kepada semua pembaca.
Terima kasih ya sudi membacanya!
No comments:
Post a Comment