Monday, 7 August 2017

Window shopping di tempat tinggi..:)


Salam to all my dear friends and family.

Unplan trip ni memang selalunya akan menjadi.

Kak Mama jemput breakfast kat rumah dia sebelum pergi.  Helookk sangatla isi perut dulu..nanti dah jalan memusing-musing takut angin plak..hehehe.  

My 1st visit here..and definately will be more than 1st visit la kann..hehehehe. Memandangkan the journey from KL not that too far..boleh aje nak plan dengan kawan-kawan for an outing for a coffee2 atas nuunn..why not kan.  Lokasi GHPO ni adalah di Skyway Awana yang baru.  Memang satu bangunan..so, tak payah risau bab parking sebab memang sangat-sangat luas.  Parking is just RM5 per entry!! Memang brbaloi..:)


Tuan rumah siapkan nasi lemak



Tempat ni kiranya masih baru lagi..baru keluar dari oven gituu...still hot!! Hahahaha.  Concept dia lebih kurang macam JPO jugak... Thre are 3 level of shopping and the best part of the open concept is that unlike Johor, the weather is much more comfortable..sejuk-sejuk nyaman gituu.


Rasa macam nak beli Hbag la....tapi kena fikir dulu 3 4 5 kali...hehehe.


Travelling from KL dalam 45 minit ajer..tak jauh sangat.  Worth to visit, a nice place for shopping on a cooling hill top. 3 sectins of shopping, High Street, Middle Street and Low Street with about 150 shops designer fashions, sportwear, shoes, gift shops, food & baverages as well as food court.




Dalam Sky Avenue ni ada station cable car yang baru.  Connecting dari GHPO. 


You can also take cable car from nearby station to Genting Highland. Dari GHPO ni..kita boleh terus naik cable car.  Harga ialah RM16 return.  Kalau rasa nak tengok atas nun camne..boleh la naik...if not lepak aje kt GHPO sambung shopping pun tak menjadi masalah.  As for us, memandangkan kami dah laamaa tak naik... Kebetulan masa kami pergi tu orang tak ramai...we've decided just GO!!


Mujur tak long Q!!  Tapi, kalau long Q pun tak apa..sebab masa menunggu tu tak lamaa..cable car bannyaakk naik masa tu.


1 cable car tu boleh muat 6 pax.  Tak cramp sangat pun...just nice.


Tengah mendaki masa ni...seriau nak tengok bawah 


Approaching.   Lama dah tak jejak ke Genting ni.  Outdoor theme park ni pun belum siap lagi.  Ntah bila nak siap tu pun tak tau la.  Suram je tengok GH ni.  Sejak outdoor theme park ni tutup rasanya kurang tarikan kt GH ni.    


Dah wujud shopping mall baru rupanya kat sini, Sky Avenue! Linked directly to the Awana Skyway Cable car.  Punyala lamaa tak datang sini, macam-macam yang muncul..:) Shopping mall ni bersambung dengan First World Hotel.  Banyak shop lot yang kosong. Lenguh kaki jugakla kalau ..tapi kalau nk window shopping kat sini..memang cantik dan classla tempatnya.


Keluar aje dari cable car nampak view ni.  Ko rasaaa..?? Tergamam kejap sebab cantikkk..!!


Boleh coffee2 ada deck ni...harga jangan ditanyaaa..:)



Masih dalam musim raya...ada juga ketupat gegasi dalam hotel ni.


Berangan photoshoot ni...candid kononya...hahaha.



Mujurla tak ramai orang masa ni...senang we mingle around tengah-tengah jalan sambil bergambar..:)



Masa kecik-kecik dulu ada rasanya spot gmbr kat sini...mengamit kenangan lalu..:)


Nothing much to do here...kami jalan-jalan amek angin sejuk aje.  Ingat nak pegi indoor theme park...rupanya situ pun dah tutup...on renovation.  Tu pun tak tahu jugak bila nak siap.  Tu sebabnya kami lepak aje kt luar..mujurla tak panas..sejuuk manja gituuu..:)


Cable banyakk..so don't worry k.  Tak payah rebut-rebut..:)


Tengah berkabus ni...seriau plak tak nampak cable depan kami tu..mcm hilannggggggg..:P



 Ni la keadaan outdoor park GH ni.  Memang ditutup betul n contruction besar-besaran.  Dari rupa ni memang buat baru terus semuanya. Inila theme parknya...ntah bila nk siap tak ketahuanla...nampak gaya macam laaaamaaaa lagi haaa.  Apa-apa pun bila dah siap besok ni...it's gonna be a fantastic place for us to hang out!!



Sebelum balik KL..kami lepak kt Dome - GHPO.  Rehat sat sebelum turun KL..transfer gambar/video apa2 yang patut..sementara wifi tengah FREE ni kan ..hehehe.


A great place to shop or just window shop and an additional stop on your way up or down from Genting Highland.

Friday, 28 July 2017

Raya yg sederhana kat kampung + openhouse 2017


Salam to all my dear friends and family.

Rasanya semua duk pakat-pakat pi Openhouse lagi ni kan..raya kita kan sebulan.  Ni saya nak cerita raya saya untuk tahun 2017.  Emmm...tak lain sangat dari tahun-tahun sebelumnya...sama ajer.  Cuma tak semeriah dari tahun lepas.  Tahun ni kami beraya hanya 4 orang yeaaa... Yeaa 4 sahaja gituuu..  Family lain semua raya ramai-ramai...kita plak 4 orang kenapa ekk?? Hehehe...adat berumahtangga begitula kan..harus berlaku adil. So, for this year..semua abang-abang and adik-adik saya beraya di rumah mentua depa masing-masing.  Ada yang balik Kelantan, balik Seremban, balik Perak, balik Penang pun ada..:)  Cuma adik saya seorang aje beraya kt Melbourne...dia kerja kat sana.  Wife + kids aje beraya kat sini..insyaAllah depa akan menyusul tak lama lagi.:)

Tak kisah la ramai ke idak...raya kena la beraya jugak kan.  Menu pun ala kadar ajer..main dish Laksa, Sate, Ketupat daun palas + kuah kacang.  Lain-lain tu biasalah macam biskut-biskut raya...kek...puding tu semua standard.

Guest yang datang pun ramai jugak.. Lepas depa pi Istana mengadap Sultan, memang menjadi routine jugak depa zasss datang rumah kami.  Sebab papa merupakan sedara paling tua dah sekarang ni.  Hat lain semua dah tak dak.  Tak sempat la nak bergambar dengan tetamu yang datang beraya...sebab saya jadi orang kuat dapor gituuu...hahahaha. 


Saya bertolak lepas solat terawih.  Papa kata dia nk last terawih kat surau ni...So, i pun OK jer... Malam tu memang slow moving traffic.  Kami singgah Tapah makan kat sana. Mujur masuk Tapah tak ramai ...and I have my fav spot to park my car..which no body knows....keh keh keh.  Actually, parking tu for Papa's convenience..easy access to toilet tak payah menapak jauh..:)  Next stop kat Simpang Pulai.. ni memang kena stop mata dah tak larat nak bukak...tidoq la sejam kt situ.  Rupanya memang banyaakkk kete bhenti situ berehat siap sahur sekali.  Apa2 pun its an experience travel malam raya ni..:)


Dah sampai kampung...almost 7am jugakla... Lambat kaannn?? Tapi yang penting kami selamat sampai.


Ni juadah last buka puasa..meriah kan?  Izuan and his family still around masa ni....dah malam sket depa pun balik Sg Dua.  Tinggal la kami 4 orang..:)



Menu raya kami..sedap kann..walaupun simple...rasa dia kebabomm tauu.. Aunty masak sedaaappp..!!


My small family..:)




Pondok ni kat belakang rumah saya ajer.  So, kalau sesapa nak photoshoot ke..boleh je datang sini..nk buat iklan ke...photoshoot kawin ke...nak berparty ala-ala kampung ke boleh sangat-sangat...:)  Harga boleh dirundingggggg..:) :D



Berangannn itu freee kann...layan perasaan sorg-sorg...hehehe




Kucing kampung.."Ta" nama diberi.  Dia balik nak makan ajer...lepak dlm 2 3 jam..lepas tu dia keluar la p cari awek...hehehehe.


Sempat singgah beraya rumah Tok Nda ajer.. Kesian Tok Nda..dah uzur sangat haa... Doa semoga Tok Nda and family baik-baik aja kat kampung..:)




Kan dah kata....mmg pondok ni boleh buat backdrop photoshoot...hehehehe


Dah tak banyak pondok camni kt kampung...kebanyakan dah transform to rumah batu.


Ruang dalam pondok... Kalau nk lepak tidur pun boleh...complete furniture termasuk katil pun ada dalam pondok ni.



Pokok mangga telur tepi pondok ni ajer...punyala banyak buahnya..hingga tamu mai beraya pun boleh amek petik bawa balik as buah tangan..:)


3rd Raya tu...Abg-abg dan adik yang beraya di perantauan a.k.a rmh mentua, balik mai kedah.  Giliran sini pulak..selalunya camtula..ikut giliran. 

4th raya saya dah balik KL.  Tak mau nak semak sesak jem kat hiway..better we make a move first.  Gerak lepas Subuh...bfast pun kt Tapah...by 11am kami dah sampai KL. Alhamdulillah ..smooth journey on 4th raya tu..traffic pun tak banyak lagi.  

Dah smp awal kt KL...harusla buat laundry kan.  Tak kuasa nak simpan lama-lama baju dari kampung ni..:)

So, sambung terus menulis openhouse la yea... Lagipun blog raya ni rasa macam pendek dan gambar pun tak banyak ... Jadi, saya campur dgn openhouse sekali lah..:)


2nd week of Syawal.  Majlis rumah terbuka my aunty buat kat Royal Selangor Club.  Ramai adik-beradik, sedara-mara, sepupu-sepapat datang kat sini.  Semua dah datang sini..kiranya terus berhari raya kat sini..then tak payah dah nak datang rumah.  Kalau nak datang rumah pun boleh...tapi dah semua pakat duk jumpa kat sini kan...so, kira beraya terus lah kat sini..hehehe.




Bergambar dengan tuan rumah.  Tq aunty for the invitation.  Makanan semua sedap-sedap..!!!  Bertambah-tambah dibuatnya..:)  

3rd week of Syawal.  Yang ni memang unplan.  Earlier saya dan Amie keluar gi KLCC.  Nak beli barang and survey barang kat sana.  Then, kak mama called, dia tanya kat mana...buat apa now..etc etc.  I told her kt klcc ni nak coffee2 tengah cari tempat lepak. Dia kata..tak payah..meh lepak rumah kak..meh beraya..kak buat makan-makan sket. Pucuk dicita ulam mendatang...boleh ajer..terus zass keluar klcc g rumah kak mama. Rupanya dia buat untuk kawan-kawan Batrisya and Danish.  Dah alang-alang tu...dia jemput terus.  Kebetulan memang ada makanan pun.  Tak lupa jugak dia jemput Kak Yan, Fiza, Wawa and Anie.. Masing-masing semua tengah berangan kat rumah doing nothing at home...berjumpa jugak kt rumah kak mama.




Grilled chicken in the making.


Bukan grilled chicken ajer, mee kari, pasta, dessert, cookies, cakes




Kak Yan pun ada...gamat betul kalau dapat bersembang dengan Kak Yan ni...gelaakkk aje..:D


Chef yang sentiasa sibuk di dapur. Sempat snap gambar ni aje.  Nanti bila-bila kita amek proper pics.  



Amie, Anie, Fiza & Wawa... Thank you so much tuan rumah...jangan serik jemput kami naaa... Kami sudi je datang jika ada kelapangan.  Tq jugak..siap tapau mee kari + grill chicken tuk TY.

3rd week of Syawal. Setiap tahun without miss...Tax FS mesti buat jamuan hari raya.  This year lain sket..kita semua g makan kt Rebung Restoran, Chef Ismail yg terkenal tu.  Dulu restoran ni dekat je dgn ofis kt Bangsar ni.  Now depa dah pindah p Bukit Aman nuun.  Tak lah jauh pun..mgkn sana tempat dia besar dari bangsar ni la.  


Its Joy's bday on 11/7.  


Bergambar kat sini..bukti kami dah sampai dulu sebelum yang lain sampai.


Reservation nama boss...tapi depa pandai2 plak tukaq tambah 'Jane' tu..hahaha.  Mujuqla boss tak kata apa...







Hidayah bawa baby Yasmin.


Our big family in Tax FS.  Thank you Jennifer for this lovely raya makan-makan.  We love it so much..!!

Sekian dulu cerita raya dan openhouse.  Nanti kalau ada cerita lain saya akan update lagi.