Thursday, 7 December 2017

Majlis di Brunei - Part 3


Salam to all my dear friends and family


Pagi ni lepas bfast K Noriah mengajak jalan-jalan pusing Bandar Seri Begawan. Majlis sanding disebelah malam. So, siang hari its time for us to explore BSB.  Sepanjang bersiar-siar di BSB ni, satu keunikan dapat saya lihat ialah hampir kesemua kedai dan bangunan bertulis tulisan jawi. Nama syarikat dan perkhidmatan bank jugak agak unik kerana diterjemah ke bahasa melayu. Bandar ni kecik aje, kebanyakan bangunnnya adalah bangunan lama tanpa sentuhan moden.

Antara info yang boleh saya share :
- Hari Jumaat dari pukul 12pm - 1pm all closed.
- Bangunan-bangunan kat sana, tak boleh higher than the mosque's minarets.  Kalau buat jugak, di top floor mesti dijadikan surau.
- Non muslims tak boleh makan in public during fasting hours in Ramadhan month.  Kalau  nak makan jugak tapau plsss..:)
- Orang Sabah dan Sarawak kalau drive masuk Brunei tak boleh beli mintak di Brunei sebab minyak kat sana subsidized. Petrol BND 0.53 dan Diesel BND 0.31. Sila buat matematik bandingkan dengan harga minyak di Msia.
- Penduduk ada lebih kurang 400k, kereta ada 1.2 million. Minyak murah. Patutla 1 rumah..berderet-deret kereta. Min is 5 buah, max is 10 buah kot.
- Untuk rawatan hospital, cuma bayar BND 1 je.  Kalau kat sana tak boleh dirawat dan kena ke oversea, semua cost akan ditanggung oleh kerajaan.
- Jumaat dan Ahad are off days. Sabtu hari kerja


PM's office. PM depa pun bukan orang lain..Sultan Brunei ..:)


Kami berkunjung ke shopping mall yang boleh dikatakan terbesar di Brunei yang dinamakan The Mall yang terletak di kawasan Gadong.  Kebetulan masa kami sampai sana ada ada Textiles Symposium.


Mempamerkan kain-kain songket hasil tenunan dari negara Brunei.


Cenderahati sempena 50th Golden Jubilee Brunei.  Memang niat nak beli sesuatu sebagai kenangan kan.  Tapi, nanti dulu..lagi pun baru 2nd day kat sana..ada byk masa lagi.  Banyak tempat lagi yang terjah lagi ni.


Lepas lunch kat kami singgah Masjid Omar Ali Saifuddien.  Masjid ni merupakan sebuah masjid yang cantik di Bandar Seri Begawan.  Ia juga adalah masjid moden yang pertama didirikan kat sana dan yang menjadi kebanggaan rakyat Brunei dan masyhur di seantero dunia disebabkan kubah emas itu. Masjid ni siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden islam.





Di depan masjid ni ada sebuah barge yang diperbuat dari batu. Barge ni diperbuat dari batu dan dibina pada tahun 1967 bagi meraikan ulang tahun ke 1,400 Nuzul Quran.  Ia digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.  Huiihh...tak tertahan panasnya.  Memang nak pergi sampai ke barge nuunn.. pendam ajela niat ituu..its too hot!!






The Parliament.


Bahasa Melayu menjadi keutamaan di sana.


Bila kita memandu kat sana, kalau ternampak signboard seperti diatas..sila baca dengan tenang dan berhati-hati.  Kak Noriah bgtau, sambil kita memandu kita berzikir jugak agar kita sentiasa berhati-hati kat kawasan tersebut.  Kiranya kawasan yang terdapat signboard camni, merupakan kawasan 'keras'.  Kawasan yang selalu accident, byk zombi...so hati-hati guys!!  Kalau siang-siang tak la terasa sangat.  But, when at night...memang you will feel there's something there..tuuuut.  Hati-hati aje..Allah sentiasa bersama kita..don't worry.



Malamnya berlangsung majlis bersanding di hotel yang sama di The Empire, Indera Samudra Hall. Kami orang yang trawal sampai sana dulu.  Tujuan awal tu nak tengok sunsetla kononnya...emm tak sempat jugak.  Bila kami sampai kt hotel, dah tinggal di penghujung set aje..addooiilaa.. 
,



Sedara mara teman borak yang mengamatkan meja makan..hehehehe.



Selagi pengantin tak sampai...selagi tu la kami tetap akan bergambar.


Setelah pengantin berarak masuk ke dewan terus ke pelamin, pengantin bersanding sekejap tak ada pun istiadat merenjis seperti di Msia ni.  Setelah selesai bacaan doa selamat, pengantin ke meja potong kek then turun ke meja santapan.   Memang sangat simple ni..:)


Bila waiter dah buka tudung, its time to eat.  Agak lewat jugak la majlis bersanding berlangsung...perut kami semua dah tak tahan kelaparan..huhu.  Mujur ada roti + butter as a starter..makan yang tu dulu alas perut.







Tetamu dari Brunei.  Kami duduk sekali semeja.  






Kengan bersama pengantin tidak dilepaskan.


Kek pengantin yang simple.


Kak Noriah jugak turut hadir bersama keluarga beliau.  Kita jumpa kat rumah nanti yea...kita sambung sembang..:)



Bersama anak2 Abg Farouk.




Parents pengantin perempuan.



Selesai sudah majlis bersanding untuk kali ni.  Pada keesokkan harinya ada lagi 1 persandingan di pihak lelaki pulak.  Kami pun tak dapat nak balik lagi..hujan punya la lebat malam tu.  Hotel ni tepi laut..lagi lambat la hujan nak berhenti.  Kami org terawal sampai..kami jugak org terakhir yang balik..sebab nak tunggu hujan reda ..baru kami boleh pergi ke kereta kami. Sambil-sambil tu..meluangkan masa bergambar kat lobby sampai lebam..hehehehe.  Nak dijadikan cerita, on our way home..kami boleh sesat. Akibat tersalah masuk simpang aje..jauh benar haa kami merantau..huhu.  Dah la hujan..kereta kat hiway pun tak banyak masa tu.  Dengan jalan gelap..Its already pass midnite at at that time. Kami tawakal ajer..mujurla saya ingat alamat rumah Kak Noriah. Turn on Waze la apa lagi..still sesat jugak. Ya Allah..malam tu macam tak jumpa jalan pulang..horror beb!!  Tak pe..tak pe..slowly ikut jugak Waze ni..ntah mana hala dia bawa pun kami ikut aje...kami pun ingat-ingat lupa jalan rumah Kak Noriah..mujur kami jumpa landmark arah ke rumah Kak Noriah.  Alhamdulillah..kami selamat sampai lewat jugakla malam tu. Tn rumah tunggu kami..risau sebab lambat kami balik...kami tak cerita pun..the next day baru kami cerita yang kami sesat.  Sebab malam tu..is gosip abt the majlis..:)

What's next...?  Nanti saya sambung lagi..

Sekian..

No comments: