Monday 27 July 2009

Ceta magik di alam fantasi..:)

25/7/098

Sabtu lepas, saya tengok wayang dengan Azimah & Eza kt MidValley...Harry Potterla apa lagi. Show is at 11am. Agak rushing jugakla kalau tengok show pagi-pagi nih. Seawal 6.3am saya dah bangun, bersiap apa-apa yang patut untuk Papa & Mama. Pegi pasar, kemas rumah, siapkan branch walaupun hanya gulai ayam & sayur taugeh masak kicap..huhuhuhu. Nasi sure expressla masak dalam rise cooker…:)

Selesai bab rumah.

Saya bagitau kat Eza yg I’ll be there a bit late. Driftla saya ke MidValley tu..:P Sebenarnya, saya tak suka kalau tengok wayang or shopping or jalan-jalan kt MidValley ni…SEMAK!! Parking susah, banyak sangat zonenya dah nak mencari parking 1 hal, hari tu nak mencari GSC 1 hal, jenuh tanya orang GSC kat mana. Dahla sampai lambat...what to do...hal rumahtangga harus diuruskan dulu...baru boleh keluar.

Sebab tula saya suka tengok kat Cineleisure or OU..amatlah selesa dan tenangnya. Lagi 1 dekat dengan rumah saya dan tak sesak.

Cerita HP kali ni agak suram, suam-suam kukula..tak gempak mcm yang previous HP, banyak bercakap dari beraksi. Saya rasa, macam ada something missing, something wrong somewhere. Less graphic, less music, new professor macam tak effective wataknya, even malfoy tu..awatla macam dumb dumb aje…isshh!! Ntah lerr..:(

Kalau nak diikutkan, the 1st sampai 5th movie was awesome…interesting. Kali ni..heemm..ntahla gi la tengok sendiri.

Our next movie si Ghost of Girlfriends Past. Kali ni Azimah & Eza nak tengok kat Cineleisure..
YESSSSS!!!! :) :D

Friday 24 July 2009

Terlanjur Cinta - Rossa & Pasha


Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu

Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi

Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Monday 13 July 2009

Weekends

Semalam saya pegi The Curve. Actually plan nak jumpa dengan Intan kat sana. Endup we met at Starbucks Ikano..lepas tu depa nak pegi IKEA nak beli rak apa ntah..:) :D Lepas dah selesai urusan dgn Intan, saya ke The Curve...shopping a few things, bestla shopping time sale ni..:P

Ni gambar kami -


Ohhh yeaa...saya dah ada toy baru. Kalau nak diikutkan benda ni bukan sesuatu yang 'amat' diperlukan. Tapi, baru-baru ni fikiran saya bertukar pulak dan mendapat sokongan penuh dari Papa. Dia agree aje kalau saya nak beli laptop ni. Well, dengan pertolongan seseorang maka dengan ini saya dengan rasminya mempunyai HP Pavilion dv3000. Lepas ni, bolehla saya melebarkan sayap saya ke merata website, upload movie yg best-best, create an online business ke dan mengupdate FB, Friendster, Twitter yang boleh dikatakan telah lama berkubur. Buat sementara ini saya masih menggunakan khidmat EZ.net/1315. Streamyx is on the way...dalam 2 3 hari masukla tu.

Papa juga nak belajar cara guna laptop ni. Tp, kalau nak mengajar Papa ni...kita memerlukan semangat kesabaran tahab 'max'!! Kalau tak sabar janganla jadi 'cikgu ajar laptop' :)



Wednesday 8 July 2009

Cheta Robots

Saya bagitau kat Papa yang nak pegi tengok wayang kat Pavilion dengan Oya cerita Transformers. Nak tau apa dia kata? ”Aaapalah yang p tengok cheta katun tu”. ”Tu bukan katunla Papa, tu cheta robots...real robots yang besaq2 tu”. Then normal wordings yang dia akan pesan is ” Ok, balik awai jangan lambat-lambat”.

Saya dgn Oya mmg enjoy tengok citer ni. Full of actions dari awal sampai nak habis… HEBAT!!!! Saya rasa kadang-kadang tu baik jugak tengok cerita yang ala-ala tak berpijak dibumi yang nyata ni sebab kita dah tau ketidaklogikannya dibandingkan dengan cerita yang logic tp ‘didramakan’ sampai jadi tak logic, salah faham memanjang misalnya.

Antara slot-slot yang menarik bagi saya :-

1. Kitchen utensils semua jadi Decepticon yang sangatla comel dan ganas. Bumblebee siap tembak rumah tu akibat huru hara dalam rumah tu.

2. Decepticon Wheelie jadi jinak selepas digoda dan dipujuk oleh Mikaela. So sweeeett and very the naughty..:P

3. Autobot Mudflap dan Skids, kembar yang sungguh comel dan sukala bergaduh. Bestla tengok budak2 ni ada aje yang tak kena, nampak aje kecik tapi kuat woooo..:P

4. Decepticons Starscream yang boleh bertukar dari jet fighter F-22 Raptor. Dia dah tua dan bertongkat pulak tu yang dah insaf dan sokong Optimus Prime. Dia juga yang "membawa" Agen Simmons, Sam, Leo dan Mikaela ke Teluk Aqaba, Mesir. Macamana dia ‘bawa’ tu kena tengokla naa…:)

5. Bumblebee nangis!! Sungguh tak ku sangka robot nangis!! and they have the scents of smells too.:P

6. Beberapa aksi-aksi Sam jadi sawan ketika di kolej..hahahaha

7. Teruja..mula-mula cerita tu start dah nampak Malaysia Airlines punya logo. Betul...saya tak tipu ada logo MAS. Saya siap cakap dengan Oya.

To those yang die hard for this Transformers, silerla ke pawagam yang berdekatan untuk saksikan "cheta katun robots" nih..:)

Friday 3 July 2009

Destinasi bujet ke KK


27/06 - 29/06

Dah lama tak naik plane. Kali ni saya pegi KK pulak. Saya, Oya, Ziez & Intan. The journey took us 2.5 hrs to reach there. Sempatla kami makan nasi lemak & nasi ayam. Rasa mcmana? Heemm...okla nak kenyang tu x la kira bolehla tahan as alas perut.

Meh kita tengok gambar sambil bercerita..:)


Masa ni kat epot KK. Kebetulan ada US Air Force Charlie 130 kat situ bergambarla saya dgn Intan & Oya.

Kami stay kat hotel ni for 3D2N


Sunset ni cantikkan..from our room ni rasanya ni pukul 6.30pm kot


Morning view from our room at 7.30am

Kami ber4

Ziez & Intan tengah memilih ikan, udang & sotong. Ni kat area Pasar Philipine waktu malam.

Nila hasilnya setelah dibakar...alamak udang xder plak gambar..tapi..

Haaa...nila udangnya...besar kan!! Sayangnya saya tak makan udang..:(

Kedai Jamilah Jewellry jual mcm2 jenis bentuk, design, barang kristals. Harga kat sini amatla berpatutan. Kami semua ada juga beli kristals kat kedai ni for our own personal collections..:)

Ni kat Pasar Philipine. Kedai ni amatla murahnya. T-shirt dia cantik2 semua yg glow in the dark sale at a very cheap price!! Sesiapa nak beli T-shirt belila kat kedai auntie ni.


Nila auntie yg jual T-shirt murah tu....puas hati sangatlah. FM pun murah...kedai lain 2 or 3 for RM10, kedai dia 4 for RM10..cheap rite!!

Eheemm...untuk pertama kalinya...saya makan Oyster ni!! Percaya tak? Oya perkenalkan saya dengan Raw Osyter ni..huhuhu..:(

This is my lunch..Ikan dlm kuali :)


Our welcome drink, 2nd day baru minum..penatnya muka kami2 ni . Tak habis lagi shopping ni..next


Told you...kami tak habis lagi shopping. Kedai ni bersebelahan dengan hotel kami dalam Parkson..apa nama building tu...tak taula plak..sorry..:)


Rambang mata tengok segala mak nenek gelang, rantai pearl/kristals ni. Ada duit bolehla borong semuanya...tp setakat pesan guna air liur tu...minta maafla....tak dilayan.



Ni nak balik dah...cepatnya dah 3D2N :(


Aircraft depan muka!!

Tu ajelah nak cerita pasal trip kali ni. Kami tak kemana-mana pun melain kan shopping..:) Mengukur jalan bandar KK tu...setiap shopping compleks kat sana kami masuk and explore..:) Kesian kat Ziez sampai melecet kakinya akibat terlalu banyak berjalan kaki. Tu baru dikatakan 'jalan-jalan makan angin'.

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, umur panjang, akan kami sampai lagi ke sini. Tp, kali ni kena berjalan menggunakan kenderaan. Tempat2 seperti Sipadan Island Hoping, Kundasang & Kaki Gunung Kinabalu harus kami lawati on our next visit..insyaAllah.

Thursday 2 July 2009

Medical Dressing



Hari ni saya nak bercerita mengenai dressing. Ni bukan dressing pakai baju cantik-cantik tu...bukan..bukan.

Dressing ni, in Medical Dictionary is – A dressing is an adjunct used by a person for application to a wound in order to promote healing and/or prevent further harm. A dressing is designed to be in direct contact with the wound, which makes it different from a bandage, which is primarily used to hold a dressing in place. Some organisations classify them as the same thing (for example, the British Pharmacopoeia) and the terms are used interchangeably by some people. Dressings are frequently used in first aid and nursing.

Every alternate days saya akan buat dressing ni kat perut mama. Mama guna tiub PEG (Percutaneous Endoscopic Gastrostomy) ni untuk makan.

Begini cara-cara nak buat dressing -

Air suam, gauge, gunting, kapas, bandage & cotton clip

Beginila keadaan gauge di PEG agak kotor dan perlu dibersihkan

Mula-mula tu kena buang bandage & gauge mengunakan cotton clip.


Guna kapas celup dgn air suam, bersihkan keliling PEG tiub tu. Ulang beberapa kali hingga betul2 bersih dgn kering.

Lepas dah bersih dan kering, letak gauge & bandage keliling gauge tu.


Okey!! Dah siap..:)


Mama possing dgn gelang pearl dr KK..:)


Sebelum nak buat Dressing, pastikan tangan bersih sebersih bersihnya. Kuman senang merebak kalau nak lebih bersih nak pakai glove pun boleh yg meant for medical ONLY. Tak boleh guna glove sebarangan.

Mulanya saya ni tak beranila nak buat Dressing ni..tapi dah lama-lama tu kira okla..dah boleh jadi Nurse..hehehehe. Yelah..dah duduk kat hospital tu 4 bulan mestila belajar macam2 kan. Tak kan nak duduk menonong kosong tak belajar. Nak harap nurse datang rumah is agak MAHAL!! Lebih baik dan lebih byk pahala jika anak sendiri yang membersihkan.

Btw, she's on diapers 24/7 tau. Tupun saya dgn Papa yang uruskan. Hal-hal tu semua dah biasa dah. Dah tak jijik pun...dulu masa kita kecik-kecik depa jugak yg bersihkan, skrg ni giliran kita plak menguruskan tak adanya istilah kotor-kotor ni. If you know the technic..then should be fine.

Its already 9 years dia sakit..so far alhamdulillah kami sekeluarga dengan seiklas hati akan menjaga mama sebaik mungkin.