Sunday 13 March 2022

Cameron trip_Jan 2022

Salam to all my dear friends and family.

Meh saya nak bercerita about our Cameron trip recently in Jan.  Sajala buat booking one of the resort kat Kampung Sedia tu.  Resort tu pun memang selalu penuh pun..susah nak dapat ikut tarikh kita.  Kira gamble aje la date yang pick ni. Tak tau pun tu cuti sekolah ke apa ke... memang at randomly pick that date.  Tapi, tu  beberapa kali juga tukar date. Sebabnya berlaku tanah runtuh kat Simpang Pulai, hujan non stop dan ada lagi beberapa faktor yang menyebabkan kami terpaksa tukar tarikh.  Itu adalah antaranya.

New member join this trip kawan Kak Su, Zura. Zura fetch us all at my place. Seronok ada ramai kawan ni lagi meriah especially yang kepala gila-gila.  Sebelum tu, kami lunch kat Sungkai.  Tak ingat plak nama kedai tu, tapi tak jauh la dengan the famous Nasi Buluh Sungai Klah tu.  We had nasi campur. The price pun very reasonable.

Lepas lunch we proceed to CH lalu jalan Simpang Pulai. Alhamdulillah the journey was so smooth tak ada jam langsung! Just imagine kami gerak hari Jumaat ..selalunya dari Lavendar farm tu dah start merangkak...kalau Sabtu lagila kan.  Kali ni memang sangat smooth..masyaAllah kami cukup bersyukur masa tu. Terusla check-in kat Tiny Boutique bilik pun dah ready.  Kami rehat kejap, solat..then petang sikit kami keluar plan nak cari the famous scones kat KHM Strawberries & Jam, Pasar Malam and steamboat dinner.


Dah rehat petang tu...moh la kita pi cari makan plak.


The famous KHM scones.  Now ada tier style...so English kann... yummeh betul scones kat sini..tak tau nak habaq camne ntah!


Layan scones kat sini sampai kedai nak tutupla.  Mujur tak ramai orang...aman-aman aje makan kat sini.


Pehtu kita p layan pasar malam plak.  Padahal baru je kami makan scones.  Tapi, sapa-sapa yang mai CH ni...kalau tak pi pasar malam tu...tak sah la kan.  Masa kami sampai sana pun tak ramai orang.  Mujurla tak kena beratur pun. Park je keta..terus zass boleh masuk jalan dalam pasar malam tu.


Duk sini sat tepi longkang ni dengan Maqayla..:D:D


Kalau ada kat tempat sejuk-sejuk ni, mesti perut tu senang je lapar kan. Kalau makan pula, mestila kita nak cari makanan yang panas-panas untuk hangatkan badan kan.  Tempat ni actually nampak dah dari jauh..area belah-belah Tanah Rata.  Dekat dengan Hotel Zenith hotel.  Kita try makan Highland Steamboat & Grill. 



Memang selerola makan bakar-bakar kat CH ni...layann.  Orang pun tak berapa nak ramai sangat..service pun cepat aje.


Selfie sat...then sambung lagi makan.

Next agenda keesokan harinya, we plan again breakfast di Big Red Strawberry Farm.  Walaupun dah banyak kali datang sini, inila 1st time saya datang kat tempat ni.  Kenapala saya tak pernah tahu wujudnya tempat best macam ni kat CH ni. 


Kat sini macam2 foods and drinks ada berasaskan strawberry..pilih je nak makan apa..semua ada..tapi masa order kena sebut nombor makanan yang tertera..kalau sebut menu..dia tak layan..huhuhu





Rupanya Big Red ni adalah salah satu ladang strawberry yang terbesar. Kalau nak mai breakfast sini, pastikan kena mai awai sebab walaupun tempat kereta banyak, tapi tak semuanya senang tau. Jalannya sangat cerun & menyeramkan..terutama sekali bila jalan turunnya.


Again..aman-aman aje datang sini..tak ramai orang.



Bunga-bunga pun banyak untuk sesi bergambar.


Next destination is Cameron Tea Valley.  Ladang sini pun besar dan luassss. Nak turun ke sini kami naik buggy. Bayar pun tak pe..berapa ntah harga buggy tu tak ingat dah plak. Tak sah kalau mai CH ni tak amik gambar kat kebun teh kan.


Kalau mai sini rugila kalau lalu and tak singgah. Sebab tempat yang indah macamni wajib kita terjah dan pamerkan keindahannya kepada umum kannn.  Kami tak singgah kt cafe nyer sebab ramai orang pada masa tu..takde tempat kosong.  



Untuk pengetahuan uolls, Bharat Group juga memiliki 3 Cameron Valley Tea house dan pemandangan ladang teh.  Dua daripada tea house tersebut terletak di Tanah Rata, manakala satu lagi terletak di Kuala Terla.



Lama juga kami lepak kat sini, tau tau dah nak lunch time.  So, kami plan makan area Kea Farm.  Mujurla traffic smooth sangat...tak jem langsung!  Tu kami pun boleh up and down..up and down to no where...sesuka hati aje kami redah banyak tempat.  Cari kedai masakan panas...finally jumpa jugak berdekatan dengan Copthorne Hotel.


Bila dah lapar tu..memang semuanya sedappp!!  Cepat je licinn.  Kami order tomyam campur, sipkap tiga rasa, sayur campur, telur dadar + nasi putih.  Bila dah makan kat tempat sejuk nih, dia punya feel tu lain macam sedapnya


Seterusnya kami ke World of Spring Garden. Ladang ni bersebelahan dengan Lavender Farm. Nak petik strawberry.  Salah satu agenda wajib kalau mai CH petik strawberry kan.


Seronok Maqayla dapat petik strawberry.





Hasil kutipan masing-masing. Puas hati semua.







Lepas dah petik buah..mohla kita p tengok kambing biri-biri plak.  First time mai kat The Sheep Santuary ni,  lagipun tempat ni masih agak baru lagi la jugak..part buat duit bergeliga otak depa ni kan. Lagipun kalau mai CH ni terlalu banyak tempat menarik yang kita singgah. Rugi kalau tak mai sini.


Tiket masuk ke ladang biri-biri ni, untuk orang dewasa RM8/person dan kanak-kanak  RM5 dan makanan untuk bagi kat biri-biri adalah free. Nak datang ke sini make sure tak bawa orang tua yang wheelchair, if pakai tongkat boleh consider lagi sebab kawasan ni agak curam dan ladang tu ada kat bawah bukit, so kena turun naik tangga banyak, renyah sikitlah, tak campur bau tahi biri-biri lagi, wangi lain achemm, keh keh keh


Ladang biri-biri ni takdelah besar sangat, tapi scenery tepi bukit biri-biri dok bersantai tu memang masuk sangat macam dah kat oversea giteww. 



Bila bagi makan diorang tak menjilat macam lembu, just kena pada bibir je. Bila bagi kat seekor, mulanya la yang lain akan ikut sama. Habis di push nya kita nak mintak makanan. hahahah




Seronok juga dapat masuk ke sini. Serius gebu giler pegang bulu kambing biri-biri ni. Geram rasa. Tapi hati-hati, jangan duduk belakang kambing biri-biri ni, sekali diorang memancut buang air..macam paip bocor ooo.. Bau die jangan cakap la memang hancing giler. Nasib la seorang budak tu tak kena air kencing kambing biri-biri kalau tak habisla basah dan berbau.



Tempat ini tak la terlalu besar tapi cukup la untuk merasai pengalaman pegang kambing biri-biri yang gebu gebas ni.




Ok dah...masing-masing dah penat tak larat dah..moh kita balik rumah.  Kita rehat sat seround..malam nanti kita keluar semula.


Discuss apa tuu..?? Nk pilih tempat makan la tu..hehehe




Cameron Centrum at Brinchang. The new hangout in CH look like Europe. Paling best datang malam, view memang cantik sangat layan lampu kat sini sambil minum kopi. Maqayla dah tido.  Dari kami sampai...hinggala kami balik semula ke rumah pun dia masih tido.  Memang letih sangat la dia tu.




Kami terus je mengopi kt Starbucks. Sebabnya sebelum kami balik rumah tadi, kami ke KHM makan heavy situ dulu hinggala kedai nak tutup baru kami balik.  Jadinya kami semua dah kenyang...layan kopi ajela kat Brinchang ni.




Best layan kopi sejuk-sejuk kat sini..nyamaannnn.


Sebelum check-out kita snap sket gambar kat Tiny Boutique ni untuk kenangan.  InsyaAllah kami akan datang lagi .



Kami sarapan di Warong Ikat Tepi


Basic breakfast roti bakar telur goyang, roti canai



Seterusnya sebelum balik KL, kami singgah di Cameron Adventuring ATV & Safari. Kami naik jeep di lereng bukit sempit sambil menikmati pemandangan ladang teh yang di bawa oleh pemandu yang saya kira agak professional. 



Sampai kat puncak bukit kami akan ditinggalkan pemandu disitu. Terpulangla pada kita berapa lama kita nak stay up there kan. Apa-apa pun view memang cantik.



  Terdapat sebuah pondok yang dibina untuk berteduh dan menikmati pemandangan lebih selesa.


Tamat sudah trip Cameron saya. InsyaAllah kalau umur panjang..ada rezeki kami akan datang lagi ke sini. Rasa tak puas berjalan kat sini...rasa macam banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore. Kami sangat bersyukur trip kali ni tak jem.  Semua tempat yang kami redah tak mengambil masa yang lama pun..kiranya tak buang masa masa atas jalan.  Allah permudahkan perjalanan kami pada hari tu...Alhamdulillah.