Tuesday 22 December 2009

Last post for 2009

Dah lama rasanya saya tak udpate blog saya ni. Yelah, last sekali masa raya haji dulu. Tu pun dah beberapa minggu lepas dah pun.

Memandangkan sekarang ni ada sedikit masa yang terluang, bos besar and bos kecik pun pegi bercuti sampai tahun depan, bolehla curi-curi masa update apa-apa yang patutkan. Walaupun depa ni cuti, kalau ada meeting TETAP masuk office jugak. Then, lepas dah habis meeting depa pun balikla..heh…heh..heh..:)


1st week of Dec

Seminggu lepas raya haji tu saya dengan Oya tengok wayang kat GSC Pavilion, apa lagi kalau bukan New Moon.

Haaiihhh…Edward & Jacob nih sungguhla handsome and caring person.

Edward - He sparkles. He's the best boyfriend you could ever have and btw, he's a damn gentleman. I haven't seen a vampire like that in ages.:)
Jacob - He's just WONDERFUL! And HOT. And NICE. He's ALWAYS calm and collected.

I like both of them equally. Both are hot in their own ways. They are equally caring and have their reasons to be with Bella. Both are willing to die of some one they love.

Tak nakla cerita panjang-panjang, orang pun dah jemu dengan cerita Edward & Jacob nih..heh…heh..heh. But not to Me and Oya..:)

Abang Wan and family came to our house on Sunday. Dia ada wedding photoshoot kat KL. The most awaited watch is here its belongs to TY la..sapa lagi. Papa order Casio from Abang Wan. Ohh…selain sampin, Papa pun suka collect jam tangan. Especially Chronograph. Dah banyak dah collection Chrono papa ni. Thanks to Abg Wan and K.Hus :)

2nd Week of Dec

Nothing interesting happen on this week. Pergi / balik kerja macam biasa. Cuaca pun asyik hujan aje petang-petang. Cabai tak boleh nak cuci selalu, asal cuci aje hujan, cuci aje hujan..’sigh’

Hari Isnin, Papa bawa mama to UH to admit her. The reason is, to removed the PEG tube. Tapi, setelah 3 jam menunggu doctor datang jumpa he said to come again next week on Monday. Sebabnya, ward 6U is full no bed at all. Addeeihh..kesian sungguhla patients2 yg menunggu tu. Its ok, priority pada yang betul-betul memerlukan. Kes mama ni tak serius sangat cuma nak buang tube tu aje. Best jugak tak jadi masuk pun..:)

Hari Khamis, saya kena attend TTG (Tax Technician Group briefing) for 3 hrs.

The session is how we can work together with TTG to achieve better recoveries and enhance the working relationship between CIP and TTG.

- Purpose of Setting up TTG
- What can TTG do to help
- How We Can Work Together
- Roles and Responsibility of TAG and TTG
- Charges out rates
- Estimated time charges
- Work plan moving forward
- Why TASKi
- AOM

Our PwC Family Day this year held at Genting Highland. The best part is, we can bring our entire family for a whoopingly incredible "family-friendly" price of RM15 per person! That's inclusive of -

- ALLPARK tickets
- Buffet Breakfast
- Buffet Lunch
- A fun, family-orientated Treasure Hunt with a chance to win our top prize of RM1,500!
1st Prize: RM1,500
2nd Prize: RM500
3rd Prize: RM300

- Quality time with your family!

Tapi, saya tak pegi..:P So, I continue with my winter shopping yang tak habis2 lagi..hahahaha.. Y.E.S. maaa…masa ni la murah..huhuhu

3rd Week of December

Mama admit on Monday. I’m on compassionate leave that monday. Nak simpan cuti kononnyala. Cuti pun tinggal 1 ½ hari aje nih. Dah tak tahu nak apply bila lagi..nak kena carry forward to next yearlah nampak gayanya.

Sampai UH dalam 10.30 camtu. Tunggu sebelum masuk wad, adala dalam 7 jam menunggu. Orang yang tak sakit ni, menunggu punyala seksa. Inikan pula orang sakit. 5.30 baru dapat masuk wad. Sedih betulla servis hospital sekarang ni. Nasibla masa menunggu tu, mama dapat katil, dia boleh tidur kat situ. Mama pun nampak restless masa tu. Penat tau menunggu nih...sakit jiwa tau!! Tapi i’ve no choice..kenala tahan hati dan perasaan nih.

Bermulala routine saya, Kepong, Office, UH selama 5 hari. The PEG tube removed on Wednesday. Mama on drip for 2 days. Saturday dah discharged. Betapa leganya dah boleh balik rumah.

Reason nak buang tube ni, mama dah boleh makan melalui mulut dia. Kalau nak diikutkan dah 3 bulan lebih dah mama boleh makan melalui mulut. Cuba bagi makan roti, porridge, pudding, cake, cereal semua dah boleh dah. Tak payah guna PEG tube tu lagi.

4th Week of December

Habiskan sisa-sisa kerja Susan (our administrator). Dia cuti sampai tahun depan. 5 Jan 2010 baru masuk keja same goes with me. Saya dah nak mula start cuti Khamis nih sampaila ke tahun hadapan.

Mood nak kerja pun dah semakin berkurang-kurangan nih. Mood holiday yg berkobar-kobar tak terkira..heh..heh…heh. Dalam suka-suka nih, rasa kesian plak nak tinggalkan my parents alone with my brother. Ntahla…rasa macam tak terjamin plak nak tinggal depa lama-lama nih. Harap sangat tak ada apa-apala kan. Selalunya tinggal 2 3 hari aje, ni almost 10 days tinggal nih..adeeihh…:(

Phone saya pun dah upgrade to international roaming. Kena call hari-hari tanya habaq depa and update my whereabout to Papa. Eventhough, saya dah siap print out my locations, whereabout, contact hotel numbers, travel agents numbers, TO DO LIST while I’m away to my brother, clinics numbers, hospital numbers, insurance numbers, pay all bills and few other things. Haaihh…kesianla plak nak tinggal lama-lama nih…how? :(

InsyaAllah, while I’m away rasanya tak ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Lagipun my 2 nieces Fatihah and Farzana pun ada kt rumah teman my parents. Bolehla tolong sapu2 sampah, kemas2 rumah, masak2 nasi, bg mandi mama..apa2 ajerlah. But don’t take my Cabai and drive away dah laa…heh..heh…heh..

Ini ajerlah cerita untuk kali ini pada tahun 2009 dan post saya yang terakhir. InsyaAllah kalau umur panjang kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan..berserta cerita ceriti trip saya ke Korea.

Monday 30 November 2009

AidilAdha @ Bkt Pinang

Salam AidilAdha semua,

Apa khabar to all my dear friends? Macamana dengan hari raya Haji baru-baru ni? Meriah tak?
Bagi saya tahun ni teramatla meriahnya. The Sulaiman's family balik Bkt Pinang. Sama-sama menyambut Hari Raya Haji.


Saya balik AOR hari khamis petang. Journey took us 8 hrs...that is standard. Kalau nak diikutkan 5 jam dah sampai. Banyak tempat yang kami berhenti tak larat nak drive straight. Lagi pun traffic agak heavy jugak dan hujan. So, kenala berhati-hati.

Sampai aje kat kampung, lepas dah settlekan hal mama, tukar diapers and bagi dia tidur, saya terus ke meja makan. Terlalu lapar. Nasibla dinner dah tersedia di meja makan. Thx to K.Hus and aunty.


Gambar ni pagi raya, saya dan sis in-laws beramai-ramai mengupas kulit bawang untuk kenduri pada keesokkan harinya. Pakai cantik-cantik tapi kupas kulit bawang..boleh?? Boleh aje...we all semua boleh..tak adala nak sentap2 ke apa ke..heh..heh...heh. Yang penting pagi raya tetap Vogue..!! Walaupun kena kupas kulit bawang.



Pagi-pagi raya haji ke-2, dah pergi ke Bkt Pinang untuk menyembelih lembu. Saya tak pergi, sebab masih beradu...huhuhu. Bangun aje tengok depa semua dah siap sembelih lembu dah. Dah ada pun kat pondok tinggal nak cuci aje. Tengokla gambar2 kat bawah ni k.

Inila lembu yang kami korbankan.

Kerja-kerja dilakukan di 76 Lorong Kelompang a.k.a Pondok Bkt Pinang..:)

Gigihla Abg Wan memotong daging tu.

Aksi kami adik-beradik membersihkan daging-daging lembu. 1st time ni, but it was FUN!! Kecoh lebihlaaa u all...hahahahahaha



Abg Shiral, Izuan & Syamil tgh kusyuk cuci perut lembu tuu..Semangat :P


Huhuhuhu....mcm tak reti buat kerja kaann...Hahahahaha..:P


Setelah selesai cuci segala-galanya. Masakla pulak. Mak Yah kami export dari Taman Uda untuk menolong kami masak untuk kenduri doa selamat. Dengan pertolongan K.Hus, K.Hasiah, K.Maria and Ila..segala-galanya berjalan dengan lancarnya. Saya ni seperti biasa menjadi tukang kacau, tukang potong, tukang cuci, tukang sibuk, tukang tengok..heh..heh...heh.


Ni la Mak Yah, our export chef from Taman Uda.

Tengah potong daging nak masak. Masing-masing kusyuk memotong.

Majlis doa selamat sedang berlangsung di ruang tamu.

Papa tengah cari senduk nak ceduk nasi..:)


Para tetamu yang hadir pada majlis doa selamat.


Chef-chef Bkt Pinang yg bertauliah tengah menjamu selera.

Pakai cantik-cantik..kesian kena cuci pinggan..heh..heh..heh..:)

Gambar2 ni semua adala hasil kerja allMoments.fotopages.com. Dibantu oleh - Abg Shiral, Abg Bok, Izuan, Naim & Syamil.


Last but not least, Best wishes to Abg Bok and K.Mariah on ur 14th wedding anniversary. May the love that you share, last your lifetime through, as you make a wonderful pair. Happy Wedding Anniversary!


Tuesday 17 November 2009

Cramp di kaki..

Sejak akhir- akhir ni , kaki saya selalu cramp. Sekarang ni tak kira pagi ke, petang ke, malam ke, kalau saya drive kena pakai socks. Kadang-kadang tu terlupa. Orang lain pakai sandle ke, kasut ke, tak berkasut ke while driving, saya kena pakai socks. Kalau tak pakai, kalau sejuk aje, nanti tiba-tiba ibu jari kaki saya akan automatik akan cramp. Addooii...sakit, then kena bagi signal tiba-tiba, berhenti pun kena tiba-tiba jugak. Sebab dah sakit sangat tak tahan. Lantakla…depa nak honk ke..apa ke…dah sakit kan…kenala berhenti. Jangan ada yg tiba-tiba sondol Cabai i udah le. Selalunya bila dah berhenti tu, kena urut-urut ibu jari kaki saya, hingga betul-betul baik. Kalau tak, mesti dia cramp balik.

Mungkin sebab saya kurang aktiviti agak nyer. Asyik terperak aje kat office, terlampau lama duduk depan PC dalam keadaan aircond yang terlampau sejuk tahap maximum. Kurang bergerak kesana kemari. Emm..biasalah orang sekarang ni bermacam-macam penyakit. Kurang aktiviti bersukan kot. Sekarang ni kat office tempat duduk saya pun, saya pakai socks. ONLY at my place. Kalau saya kena berjalan to other floors...cepat-cepatla saya transform to my heels..heh..heh...heh. Tak kan nak pakai socks gak. Ada yg org HR sound nanti kann.:)

Kawan saya bagitau, kita akan menggalami cramp ni apabila darah tidak menggalir dengan lancar. Salah satu sebab perjalanan darah dalam badan kita ni tak lancar adalah kerana stress. Tak taula nak kata stress ke tak..rasanya biasa2 aje.

Ada yang cadangkan agar saya pegi berurut. Urut kat SPA yang jenis rileks massage tu. Urut tu tak sakit dan amatla nyamannya. Saya ni geli ya amat kalau orang tak tentu pegang-pegang tak tentu hala nih. Mungkin cadangan ke SPA tu boleh dipakai. Untuk merehatkan minda, rehatkan badan, why not kan?

Kena start cari SPA yang affordable and tertutup..tp dimana yaa..? Nak try pegi Sembunyi Spa la…situ privacy sket..:P

Mengada-ngadala….dah sakit urat sendi baru gatal nak pegi berurut itu ini bagainya. Tapi sekali sekala (bukan sekali sekali, tak pernah buat pun) untuk ketenangan fikiran, kesihatan tubuh badan…tak salah. Bujet dalam less RM200…bolehla disalurkan ke spa tu. Amik package for body treatment ke or massage, scrub and bath...cukupla..:)

Monday 16 November 2009

What A Weekend..:)


Rain in the morning...it just feels good. It's like a day dream come true, especially on a Saturday & Sunday morning.


Its quite a busy weekend for me. Dating dengan Papa to Bak’s Tailor. Hantar baju melayu yang ntah yang keberapa helai untuk tahun 2008 & 2009 ni. Sempat beli kain sampin Songket lagi tu…”sigh”. Its really nice…memang cantikla…memang patut pun Papa beli. He’s a sampin collector. Ni betul-betul nak sambut raya haji tahun ni. Then, saya singgah ke K.Dilla hantar baju saya yang ke berapa pun tak tahula for 2009 ni..:) Mcm dah banyak baju saya tempah kt K.Dilla tu. We had our lunch at KLCC, kt Madam Kwan. Kesian kt Papa dah lama katanya tak ke KLCC, well, saya dengan hati yang berbunga ria ke KLCC lunch kt sana. Lepas makan pusing-pusing, then terus balik.


On Sunday morning pulak, we went to IKEA. Last week, dapat catalogue baru for Winter Holidays promotions. Shopping kt IKEA, beli barang-barang nak bawa balik kampung untuk Raya Haji. Bukan untuk balik kampung saje, tapi untuk rumah jugak. Tahun ni kami buat Qorban seekor lembu dan nak buat kenduri doa selamat, kenduri arwah & kenduri kesyukuran.


Barang-barang yang diborong –


1) Kram / Lyligt – Paper Napkins
2) Fantastisk – Napkin holder
3) Tindra - Scented candles (cherry & apple)
4) Rotera – Lantern for tealight
5) Mjonas – Lantern with a block candle
6) Volym – Steel vacuum flask
7) Vanlig – Jug
8) Soft toys for Amir Hakimi.





Thursday 12 November 2009

More, more, more..

Why is it in our nature that we are never satisfied with what we have? Why do we always want more? More money. More power. More cars. More shoes. More handbags. The latest handphones. More bargains. More work? Nah, don't think so. More this. More that. More! More! More! Chipsmore. Drew Barrymore. Ahaks!

Everything comes with a price. Risks involved. Sacrifice. Hurt. Pain. So why do we do it? Why are we so obsessed with getting what we want at the expense of all that? I guess it's 'coz we're humans. High risk, high return. It's just a matter of taking chances and ending up losing a lot of things. Values. Faith. Even family and the ones we love. So is it worth it? To taste pleasure, we go through pain. No pain, no gain. Tepuk dada, tanya selera...


Wednesday 4 November 2009

Sana Sini CUCI



Musim teater Cuci pulak kan. Saya, Oya, Intan & hubby dia pegi dah tengok teater ni. Nak komen apa ek? Well, memang best dan lawak giler…dengan aksi group Cuci yang memang selamber aje. To those yang memang nak gelak dan release tension…boleh tengok Cuci ni and you gonna enjoy it to the max.

Walaupun saya and the geng beli tiket RM43 di Upper Circle, BUT, kami telah diupgrade ke Grand Circle…heh..heh..heh.

Secara jujurnya teater Cuci ni memang kelakar…sepanjang 3 jam tu, asyik gelak je…sampai nak pecah perut …memang tak tahan betul dengan lawak tak ikut skrip. Lagu-lagu yang dinyayikan pun easy going.


Kat poster ni harus kena bergambar :)

Me, Oya & Intan

Sebelum show start, sempatla post kejap.

Dinner kat Dome, KLCC.



Tuesday 20 October 2009

My boss wedding


We have been waiting anxiously to share the gorgeousness of CKK’s wedding reception held at Carcosa Seri Negara in Kuala Lumpur recently. It's one of those weddings that look so effortlessly luxurious. Congratulations and thank you so much for letting us share in your wonderful celebration.




Nice sweet couple :)

Their wedding cup cakes..:)

At the registration area


In the bride's room. My boss is so pretty..:)



Nice table arrangements


With my friends

Me, Sabrina, Intan & Oya

With the married couple.

Me & Jess

TY's family favorite


Entry kali ni..banyak pula bab makan kan. Takpelah..lagi pun puasa pun sudah..raya pun sudah. Apa kata kita belajar buat simple dessert ye dak..bagi family kita makan.

Puding ni memang kegemaran parents saya. Papa & mama suka puding ni, sebab lembut, manis and berlemak dan yang paling penting senang nak hadam. Untuk orang yang tak ada gigi ni..puding ni sesuaila..he..he...heh..:P


Nila bahan-bahannya.

Masak gula hangus dulu.


Bila gula hangus tu dah masak and kuning, tuang dalam mangkuk kaca ni.

Sambil tu, boleh buat adunan caramel.


Satukan adunan tadi dalam mangkuk kaca yang ada gula hangus tadi, then, kukus

Nila periuk kukus klasik yg dah puluh2 tahun berjasa. Orang dah tak guna dah periuk ni. Kukus selama 30 minit.

Inila hasil setelah dikukus. Sebelum terbalikkan.


Setelah diterbalikkan Tadaaa!!! :D


Kalau nak buat puding ni, nila bahan-bahan dia.

Dan jangan lupa...mula dengan Bismillahirrahmanirahim.:)

Bahan-bahan gula hangus.
1/2 mug gula hangus (mug yg standard)
3 sudu besar air

Bahan-bahan caramel
1 mug susu pekat (jgn letak sampai penuh, kurang pun xpe)
1 1/2 mug air
6 biji telur (ikut sukala nak buh berapa biji teluq pun)
1 penutup esen vanila

Cara nak buat gula hangus
Masukkan gula dalam periuk berserta air.
Kacau pada api yang paling kecil hingga gula menjadi kuning.
Masa tengah kacau tu, abaikan gula tu punya texture.
Sebab sebelum ia menjadi kuning, texture gula tu akan bertukar pada berbuih, then keras, then mcm serbuk, then baru ia akan bertukar pada gula hangus.
Keeeeep on stiring it k.
Bila dah cair and kuning, masukkan dalam acuan. Then biarkan letak tepi. Buat caramel plak.

Cara nak buat caramel.
Masukkan telur dlm bekas, then kacau smp kembang
Masukkan susu pekat..kacau pelan sampai sebati
Masukkan air..kacau jugak
Last sekali masukkan esen vanila.
Kacau sesemua tu..sampaila sebati dan berbau seharum esen vanila.

Pehtu

Masukkan caramel kedalam acuan gula hangus yg dibiar sejuk tadi. Sebelum tu, tapis caramel tu dulu. Takutla ada kulit2 telur ke...benda2 'alien' ke termasuk dlm adunan gula kan.


Pehtu

Kukus selama 30 - 40 minit.


Pehtu

Bukak tudung kukus tu, asingkan caramel tu dari pengukus. Biar hingga sejuk, then masukkan dalam fridge. Bila dah sejuk tu...bolehla dihidangkan.


Monday 19 October 2009

Ciskek ku


Resepi ni adalah dari kakak ipar saya iaitu K.Hus. K.Hus ni memang pandai memasak. Suruhla dia masak apa pun mesti menjadik punyalah. Bukan K. Hus aje yang pandai masak, even K.Hasiah, K.Maria and K.Nora pun pandai masak jugak..termasuk adik ipar saya Ila. Cuma saya seorang aje yang agak kekurangan cooking skill ni..:P InsyaAllah..pelan-pelan belajar kan.

Last week saya ada baca entry K.Hus on KokoMarble Cheese Cake nih. Sembang punya sembang punya sembang, dengan a few tips here and there from her..semalam saya buatla cheese cake nih dengan gigihnya.

Bahan-bahan senang aje nak cari. Banyak kat supermarket. Caranya pun senang.

Sebelum mula membancuh bahan-bahan pastri, pastikan dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Bukan buat kek aje kena bismillah..segala-gala perkara pun mesti dimulakan dengan bismillah. Dan jangan lupa, diakhiri dgn alhamdulillah. InsyaAllah...menjadikla kek tersebut...heh..heh..heh...


Bahan-bahan wajib, tak lupa juga gula dan esen vanila




Perkakas wajib, cake mixture kena ada kalau nak buat cake ni. Penat weeiii nak pukul guna tangan.

Adunan A campur dgn adunan B


Bila tadi dah dicampur, bakar dlm oven suhu 160 selama sejam.

Tadaaa!! Inila hasilnya..:P :P Sila abaikan rupa kek tersebut, yang penting rasa dia...raaasssaaa dia tu pentinggg... Yummmy...yummmyy...:) :)

Bahan-bahannya ialah -

Bahan A

185gm butter

1/4 cwn serbuk koko

1/2 cwn gula halus

1 cwn tepung naik sendiri

2 biji telur

Bahan B

250gm cream cheese

1/2 cwn gula halus

1/4 cwn fresh milk

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Cairkan butter,masukkan serbuk koko,kacau sebati. Biar sejuk. Pukul gula dengan bancuhan butter, masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung, gaul, ketepikan dulu.

Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula, esen hingga sebati. Masuk telur, fresh milk, sebatikan. Tuangkan adunan koko selang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist