Puding ni memang kegemaran parents saya. Papa & mama suka puding ni, sebab lembut, manis and berlemak dan yang paling penting senang nak hadam. Untuk orang yang tak ada gigi ni..puding ni sesuaila..he..he...heh..:P
Bila gula hangus tu dah masak and kuning, tuang dalam mangkuk kaca ni.
Sambil tu, boleh buat adunan caramel.
Satukan adunan tadi dalam mangkuk kaca yang ada gula hangus tadi, then, kukus
Nila periuk kukus klasik yg dah puluh2 tahun berjasa. Orang dah tak guna dah periuk ni. Kukus selama 30 minit.
Inila hasil setelah dikukus. Sebelum terbalikkan.
Setelah diterbalikkan Tadaaa!!! :D
Kalau nak buat puding ni, nila bahan-bahan dia.
Dan jangan lupa...mula dengan Bismillahirrahmanirahim.:)
Bahan-bahan gula hangus.
1/2 mug gula hangus (mug yg standard)
3 sudu besar air
Bahan-bahan caramel
1 mug susu pekat (jgn letak sampai penuh, kurang pun xpe)
1 1/2 mug air
6 biji telur (ikut sukala nak buh berapa biji teluq pun)
1 penutup esen vanila
Cara nak buat gula hangus
Masukkan gula dalam periuk berserta air.
Kacau pada api yang paling kecil hingga gula menjadi kuning.
Masa tengah kacau tu, abaikan gula tu punya texture.
Sebab sebelum ia menjadi kuning, texture gula tu akan bertukar pada berbuih, then keras, then mcm serbuk, then baru ia akan bertukar pada gula hangus.
Keeeeep on stiring it k.
Bila dah cair and kuning, masukkan dalam acuan. Then biarkan letak tepi. Buat caramel plak.
Cara nak buat caramel.
Masukkan telur dlm bekas, then kacau smp kembang
Masukkan susu pekat..kacau pelan sampai sebati
Masukkan air..kacau jugak
Last sekali masukkan esen vanila.
Kacau sesemua tu..sampaila sebati dan berbau seharum esen vanila.
Pehtu
Masukkan caramel kedalam acuan gula hangus yg dibiar sejuk tadi. Sebelum tu, tapis caramel tu dulu. Takutla ada kulit2 telur ke...benda2 'alien' ke termasuk dlm adunan gula kan.
Pehtu
Kukus selama 30 - 40 minit.
Pehtu
Bukak tudung kukus tu, asingkan caramel tu dari pengukus. Biar hingga sejuk, then masukkan dalam fridge. Bila dah sejuk tu...bolehla dihidangkan.
12 comments:
ohh...gitu ke...patutla x jadik..nanti habis period fobiaku inie...2,3 bulan lagi ke..baru try buat balik..:)
cantik je puding yg iera buat tue..nampak cam sedap banget..harus cuba nie..hehe...
hi kak atie,
xpayahla tunggu smp 2 3 bulan..bila2 pun boleh cuba..esok pun dah boleh cuba buat..:)
hi iza,
Haruuss kena cuba tu iza..buat tau, pehtu bgtau hasilnya..:)
Iye, Ira buat caramel mmg sedap and cantek.
Mak sy pon guna lagi apa pengukus tuh...besar tau..senang nk kukus mknn dlm tuh.
Hi Kelar the chubbies,
Pengukus tu memang dah mcm turun temurun plak kan..periuk belanga orang dolu dolu..heh.heh..he..klasikkk!!
iera, i cuba dah puding karamel u tue. mana xnya..asyik dok teringat2 je..hehe.. tp x secantik yg iera buat la..anyway, rasanya adalah yummy...thank u!
yummy..yummy!i nak kene cuba resipi u nih..
Hi iza,
Wahhh!! that's goood!! Its ok, rasa tu yg penting, rupa tu boleh adjust..hehehehehe.
No prob..anytime..:)
Hi anonymous,
Terima kasih sebab singgah kt blog i ni.
Boleh..boleh..silala mencuba..senang aje nak buat ni..:)
nanti buat tau. Kak lin nak rasa. nampak cam sedapp tuhh
Hi Arelynn
Heemm..boleh aje nak buat..datangla rumah kita buat sama-sama..:)
Post a Comment