Friday 28 January 2011

01.01.2011

Pada tarikh 1.1.11, merupakan tarikh yang bersejarah untuk adik saya iaitu Ahmad Naim. Sebabnya, dia akan bernikah dengan pasangan hidupnya iaitu Azwa @ Azura. Ini juga bermakna, bertambah seorang lagi adik ipar saya..heh..hehe..heh. Dah akan bertambah lagi seorang adik ipar paling bongsu, insyaAllah tahun depan kot..aminn..:)


Adik ipar saya ni berasal dari Chemor, Perak. Tak jauh dari KL & Kedah ni. Kiranya berjumpa kat tengah-tengah berjalananan. Kalau dari KL mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Chemor, begitu juga dari Penang/Kedah lebih kurang 2 jam jugakla perjalanan.


Majlis pernikahan ni berlangsung cukup sederhana dan meriah. Seperti yang dijanjikan, rombongan pengantin lelaki sampai rumah pengantin perempuan tepat pada waktunya iaitu 11am.

Ni Putra Amir...lasak kemain lagi..umur pun dah setahun lebih..big boy dah ni..:) Ni dlm perjalanan nak pegi Chemor.

Pengantin bersama ayahanda bonda tercinta.
Kusyuk mendengar pertanyaan tok kadi sebelum dinikahkan.
Suspend aje masing-masing tunggu akad nikah.

Syukur hanya sekali lafaz Azwa milik Naim yang sah.

Papa & Uncle..my beloved fathers

Ila, si pengubah hantaran..anak tu tengah lapaq..:)


Juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah sungguh menyelerakan.


Papa bersama ayah Azwa (pengantin perempuan)


Aksi-aksi jurukamera yang bertauliah...heh..heh..heh..


Kami dah nak balik dah ni. Jaga diri baik-baik naaa...:)


From my camera..:)


From allMoments.fotopages.com


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NAIM & AZWA.
SEMOGA AMAN BERBAHAGIA SELALU, GEMBIRA SELALU, SIHAT-SIHAT SELALU, MURAH REZEKI SELALU & BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. AMINNN


Sebelum saya terlupa, majlis bersanding di pihak perempuan akan berlangsung di Chemor pada 12 Feb 2011, manakala pihak lelaki akan berlangsung di Alor Setar seminggu kemudian iaitu 19 Feb 2011.


Short trip to Penang & Alor Setar

Kalau nak diikutkan, cerita ni dah lama...cerita tahun lepas bulan Disember. Memandangkan saya pun tak mempunyai banyak masa nak update...dan tak pandai sangat nak bercerita ni, meh la kita tengok gambar-gambar sambil bercerita.
Tujuan saya pergi Penang & Kedah ni pun sebab nak menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki 4 hari. Dah alang-alang cuti tu..termasuk sabtu ahad in total 9 days...elok sangatla tu kalau nak bercuti-cuti Malaysia. Papa suggest kita naik KTM aje pergi sana, sebab nak drive pun penat & letih and more expensive. Saya tak kisah, boleh aje kalau nak naik KTM. Booked tiket 1st class, sebab Papa dapat harga senior citizen 1/2 price, manakala saya ni mestila FULL price. Takpela...bukannya mahal sangat pun harga tiket tren ni. Nak selesa no hal punya la. Our journey dari KL ke Butterworth. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Tapi, kami tak turun di station Butterworth, kami turun di station Bukit Mertajam. Rumah Abg Wan kat area sana, Kak Hus fetch us there, bawa pergi rumah dia and lunch kat sana.
Sempat bergambar dalam koc ni. Dulu-dulu masa arwah mama sihat kami selalu jugak travel naik tren ni, tiga beranak. Sekarang ni travel dua beranak ajerlah kemana-mana pun.

Ni kat station Ipoh. Sebelah tu ETS (Electric Train Service) direct dari KL - Ipoh - KL. ETS was set up with the purpose of redefining values in commuting for everyone. ETS is committed in provided the fastest, safest, greenest cummuting between Ipoh - KL - Seremban.
Kami travel 1st class. Beginila rupa keadaan suasana kerusi koc 1st class ni. Rasanya ni koc yg lama...seperti tak berapa nak elok saja..:( Takpela..yg penting, wherever we go, we MUST travel in style..hehehehe. Ohhh..yea..kami dijamu dengan air mineral dan banana cake for breakfast.


Sangat laju...!!
Permandangan yang menghijau..nice..:)
2nd track @ Bukit Merah
Sebelah tu hi-way @ Bukit Berapit
Lepas solat maghrib, kami ramai-ramai makan malam di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet. It's quite a unique establishment actually. It's a relatively big restaurant in the middle of the small Kampung Pelet (Penanti, Bukit Mertajam). My brothers selalu promote kedai ni sedapla katanya. Tak jauhla dari rumah Abg Wan..tapi kalau tak tau jalan..mau hilang jugak ni.

Tempat makan kat sini unik..boleh kurang macam style Tupai-Tupai @ Istana Bamboo kat KL ni. Kawasan cafe ni terletak dalam kawasan penternakan kambing itu sendiri..suasana kat situ agak tenang dan romantik. Main menu kat sini is kambing. To those yang tak makan kambing, don't worry, daging arnab, puyuh dan itik pun ada jugak. Ayam, lembu dan ikan pun ada..kiranya varietyla kat sini.
Kami makan Nasi Briyani + kambing, kambil grill, satay, mihun, lamb chop, cendawan goreng, ABC+ice-cream, banyakla foods...penuh meja..sedap-sedap plak tu..memang kenyangla...saya suka!! Harga pun standard dan berpatutan.
Thanks Kak Hus and Abg Wan for the lovely dinner that nite...it was fantastic!!! Nanti bila-bila kita plan p makan kambing lagi k..:)

Naim, Izuan, Kak Hus & Abg Shiral
Hanna, Adha & Kak Hasiah...tengah sedap menjamu selera.

Us all @ Kampung Pelet.
Entrance @ Kampung Pelete aka Puncak Mutiara Cafe.


Ni permandangan dari balkoni apartment Izuan. Suasana keadaan alam sekitar rumah adik saya ni seperti duduk kat resort. Mana taknya, suasana rumah mengadap bukit, pagi punyala sejuk, sentiasa berangin aje and fresh air kawasan rumah dia. Pastu, keliling apartment tu ada tasek buatan..dalam tu macam-macam ikan ada..petang-petang turun dengan twins dia bawa roti bagi ikan makan...fun la rumah dia. Saya suka suasana macam ni..tak semak..calm & cooling aje.

Swimming pool yang sangat besar..puasla budak-budak ni mandi.


Adik saya ni creative, pandai menghias rumah ada saja idea dia..tengokla ni..entrance nak masuk rumah dia..cool kan?


Ni plak, twins Izuan tengah bagi makan roti kat turtle...banyak turtle kat lake sini, pastu ikan-ikan pun macam-macam jenis ikan ada...kenyangla depa kat situ..sebab residences kat situ hari-hari duk bagi makan.

Azlan tomyam ni kedai sepupu saya kt Balik Pulau. Lama jugakla dia meniaga kat sini..selera makanan kat situ pun memang selera tekak melayu kita ni la. Lokasi kedai ni tak jauh dari bandar Balik Pulau..kalau tanya kat orang kampung kat situ, pasti ramai yang tahu. Jenis-jenis hidangan yang ada kat sini, sama saja seperti kedai-kedai tomyam kt KL. Tapi, kt Balik Pulau ni lain sikitla...sebabnya isteri tokey sendiri yang masak..walaupun dia ada pekerjanya sendiri, masa kami datang tu Kak Mas yang untuk kami semua.

Beginila keadaan dapur kedai sepupu saya ni...sangat meriah..:)
Ketam yang tetap menjadi pujaanku sampai bila-bila..sedap ni!! Rasa memang superb!!


Kiranya..penuh meja jugakla kami makan hari tu..siap tapau lagi...vasssss makanan kt Azlan Tomyam ni. Sapa-sapa yang p berjalan-jalan kt Balik Pulau tu, tryla singgah kt kedai sepupu saya nih..pasti tidak menghampakan.

Ni plak dinner ramai-ramai kat rumah Izuan, semua datang...Abg Shiral & family, Abg Wan & family, Naim & fiance' (masa ni x kawin lg)..ramai dan meriah. Yang kalut masak that night is Ila, Kak Hasiah and Me..:)


Masa kat kampung, hari-hari saya dengan Papa pergi ziarah kubur arwah mama. Syukur kubur arwah tak jauh dari rumah, bolehla hari-hari pegi ziarah. Ni gambar terbaru dan baru aje siap batu nisan ni.

Rindu rasanya kt arwah mama...diam tak diam dah 150 hari arwah mama pergi. Al-Fatihah.

Ni station keretapi di Alor Setar. Most of the passengers ni semua nak travel balik KL. Tren saya malam tu pukul 1945..tiba di station Alor Setar pukul 2005..standardla tu..delay.

Nak naik tren dah ni...rasa macam malas aje nk balik KL..:(

Ni cabin tidur 1st class. Sangat sangat sangat selesa. Cuma saya dan Papa saja dalam cabin ni, tanpa gangguan dari orang lain.

Sudah semestinya Papa tidur kt bawah..manakala saya kat atasla..kena panjat tangga...takpe saya ni kecik aje..boleh aje panjat tangga tu.


Cabin tidur ni ada tv, small basin dan meja makan. Kami dihidangkan dengan air mineral & chocolate cake that nite. Koc makan ada jugak, tapi makanan tak banyak, kalau dah selesa macam ni, tak payahla nak beli apa2 lagi kan...masak siap2 kat rumah mihun ke, sandwich ke, makan aje dalam cabin..lagi best...sapa pun tak kacau. As i said earlier..we must travel in style..:) :) :D